20 LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2021 - DENGARKAN, LIHAT LIRIK & MUATURUN



Segala puji bagi Allah SWT. Di sebalik musibah demi musibah yang menimpa pada tahun ini pada hakikatnya terkandung seribu satu hikmah dan kebaikan yang nyata mahupun tersembunyi.

Musibah Covid dan banjir yang melanda negara, penjajahan Sheikh Jarrah di Palestin, kemalangan maut, tanah runtuh dan sebagainya, ia membuka mata dan menjentik hati akan betapa kerdilnya manusia ini. Namun ada sebahagian mereka yang masih mendabik dada, sombong dan menzalimi orang lain. Ada yang berebut kuasa dan tamak haloba sedang rakyat kebanyakan dihimpit kesusahan. Semuanya adalah ujian yang Allah turunkan untuk menguji sejauh mana keimanan dan keikhlasan setiap individu dari kita.

Persada nasyid negara turut mengambil iktibar daripada musibah-musibah ini dengan terhasil banyak lagu-lagu yang sangat menginsafkan. Antaranya telah menjadi pilihan tempat pertama Che Ahmad buat tahun ini iaitu lagu Terus oleh Simfoni feat. Ezad Lazim yang berkisarkan tentang keperitan dan perjuangan meneruskan kehidupan di sebalik kesempitan ekonomi yang dibawa oleh pandemik Covid. Lagu tentang penjajahan Israel Laknatullah ke atas Palestin juga banyak diterbitkan seperti Lagu Naskah Sang Kuasa oleh Sabyan dan Mana Mungkin oleh The Prophecies. Semoga Allah SWT mengangkat musibah-musibah ini dengan segera dan mempermudahkan urusan kita semua yang tambah mendekatiNya... 

Untuk senarai tahun ini Che Ahmad masih mengekalkan pilihan mengutamakan lagu-lagu nasyid yang mengetengahkan bait-bait zikir dan pujian dalam senikatanya tanpa terlalu dipengaruhi unsur romantika serta senilagu yang unik, mudah diikuti serta menginsafkan. 

Tahun ini juga dapat kita lihat beberapa artis konvensional tanah air yang melibatkan diri secara lebih serius dalam lagu-lagu berbentuk religi seperti Datin Alyah, Ezad Lazim, Sarah Suhairi, Zizi Kirana, Nash, V.E., ELITE dan lain-lain lagi. Komposer-komposer terkenal tanah air seperti Munif Hijjaz, Isman Hijjaz, Ikhwan Fatanna, Daqmie, Hafiz Hamidun, Halim Ahmad dan-lain nampaknya begitu sibuk sekali pada tahun ini. Tahniah diucapkan dan Che Ahmad harap kolaborasi sebegini dapat diteruskan lagi demi menyemarakkan industri nasyid tanah air. 

Untuk tahun ini, Che Ahmad hanya memilih 20 lagu terbaik sahaja dan lebih mengutamakan populariti di media sosial berbanding radio tempatan. Ini kerana Che Ahmad ingin membuka peluang untuk mengetengahkan lagu-lagu nasyid yang tak kurang hebatnya tetapi cuma kurang mendapat perhatian media. 

Kalau nak diikutkan, senarai lagu nasyid yang best untuk tahun ini sebenarnya sangat panjang! Banyak lagi lagu-lagu lain yang cukup mempersonakan. Anda boleh dengarkan melalui senarai pendek panjang di bawah termasuklah lagu-lagu kategori cover dan remake. Kalau ada yang Che Ahmad terlepas pandang di sepanjang tahun 2021 ini, harap pembaca sekalian dapat berkongsi di ruang komentar di bawah.

Tanpa membuang masa lagi, terimalah...


20 LAGU-LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2021 / 1442-1443H

  1. Terus - Simfoni ft. Ezad Lazim
  2. Thank You Allah - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris
  3. Sapu Jagat - Sabyan
  4. Atas Sejadah Cinta - Amar
  5. Mihrabul Quran - Halim Ahmad
  6. Kau Yang Bertakhta - Sarah Suhairi
  7. Mencari Sinar - Inteam & Sam Bunkface
  8. Mana Mungkin - The Prophecies, Suff Ahmed, Afdhal Thuairi & 2Ard
  9. Khadijah Cinta Dari Syurga - FINE feat. Munif Hijjaz
  10. Nusaibah - Furqan Fawwaz
  11. Marhaban Ya Rasulallah - Rabbani feat. Daqmie
  12. Subhanallah Wabihamdih - Ikhwan Fatanna
  13. Syahadah - Faizal Tahir
  14. Ramadhan - Zizi Kirana feat. Hafiz Hamidun
  15. Zayne - Kaulah Cinta
  16. MengenalMu- Halim Ahmad
  17. Naskah Sang Kuasa - Sabyan
  18. Kering Sudah Airmata - Munif Hijjaz
  19. Santun - Rabbani
  20. Luahkan - Major 9

Video Playlist




WORTH MENTIONING (TIADA TURUTAN)
  1. Mahakarya - Aniq Muhai
  2. Cahaya - Vast
  3. Kemenangan Islam - Fetya
  4. Mencintaimu - Rabbani feat. Ustaz Ridhwan
  5. Maha Mendengar - Halim Ahmad
  6. Ijabah - Isman Hijjaz
  7. Hadirmu - Shidee Khayran
  8. Tuhan Tolonglah Aku - The Truth feat. Aniq Muhai
  9. Teristimewa - Citrawi
  10. Dalil Cinta - Rabithah feat. Fitri Haris
  11. Huwa Ahmadun - Maher Zain
  12. Infiniti - The Truth
  13. Warkah Munsyid - Far East
  14. Satu - Vocamily feat. Saujana
  15. Bukti - Autotune Band feat. The Truth
  16. Tasbih Bergema di Hari Raya - Munif Hijjaz feat. Ezad Lazim & Maliq Suhaimi
  17. Sesuci Ramadhan - Nash
  18. Alhamdulillah - Elite
  19. Nour Ala Nour - Maher Zain
  20. Nur Syahadah - Faiez izhan X Irfan Izhan
  21. Ada Kamu - Mizie Kamis
  22. Menjauh - Ustaz Adnin
  23. KeampunanMu - Ikhwan Fatanna
  24. Love of God - Mounir El Moumni, Hamza Robertson, Inteam 
  25. Indahnya Berjemaah - Hiro & Musawarah
  26. Andai Ini Ramadhan Terakhir - Azhary
  27. Korban Kasih - Rizal Ismail
  28. Isteri Solehah - Ikhwan Fatanna
  29. Sembunyi Lara - Imam Muda Nazrul ft. Shidee Khayran


KATEGORI COVER & REMAKE
  1. Syafaat - UNIC feat. Zizi Kirana
  2. Kau Guru Murabbi Cinta - Munif Hijjaz
  3. Ramadhan Bulan Berkat - Aeydan
  4. Sangkar Hati 2021 - UNIC
  5. Zikir I'tiraf - Sarah Suhairi, Sheryl Shazwanie, Aidilia Hilda, Lia Aziz, Bibi Qairina
  6. Damai Yang Hilang 2021 - Dodi Hidayatullah feat. Awla
  7. Hanya Tuhan Yang Tahu 2021 - UNIC feat. Fitri Haris
  8. Allah Allah Aghisna - V.E. & Inteam
  9. Dia Kekasih Allah 2021 - Munif Hijjaz feat. Ustaz Faizan
  10. Insan Bernama Kekasih Acoustic 2021 - UNIC feat. Fitri Haris
  11. Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti
  12. Alunan Terindah Subhanallah - Aiman Izhan feat. Husnul Izhan
  13. Al-Quds Lana - In-Team
  14. Pemergianmu - Inteam
  15. Kau Pemilik Cinta 2021 - Munif Hijjaz
  16. Pertemuan di Hari Mulia 2021 - Munsyid Malaysia
  17. Sesungguhnya - Alif Satar, Raihan (Syada Amzah, Dalia Farhana, Sheryl Shazwanie & Ili Rawaida)
  18. Aku Tanpa CintaMu 2021 - Faizal Tahir & Mirwana
  19. Rottilu - Zizi Kirana feat. Farha
  20. Selawat Adnaniyyah - Azzam Sham, Sabran Treehill, Reedzwann, Haikal Farid, Yamani Abdillah
  21. Gema Tahmid - Adzando Davema
  22. Munajat Kami - Ustaz Faizan Tajuid & Zairul Masron
  23. Antassalam - Farhatul Fairuzah ft Ayisha Abdul Basith


Senarai Lagu Nasyid Terbaik untuk Tahun-Tahun Lalu:





TEMPAT PERTAMA

TERUS
Munsyid: Simfoni ft. Ezad Lazim
Senilagu : Fadzli Bakar
Senikata: ITO Lara
Muaturun: Spotify

Akibat peningkatan kes yang begitu tinggi dan sekatan ekonomi bermula pada bulan Mei sehingga hari ini, begitu banyak sudah kita dengari perniagaan kecil dan besar yang terjejas. Ramai juga yang kehilangan perkerjaan dan terpaksa menyara kehidupan melalui kerja sampingan. 

Lagu ini menyuntik semangat buat mereka untuk TERUSkan perjuangan walaupun begitu pahit sekali untuk menyaksikan kehidupan yang dibina dengan penuh jerih selama bertahun lamanya kini di ambang kemusnahan. 

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Simfoni dan saudara Ezad Lazim! Pada waktu artikel ini ditulis, lagu ini hanya menjana 185k tontonan di youtube sejak dilancarkan pada April 2021. Saya rasa lebih kredit dan pendedahan media perlu diberikan terhadap lagu ini.

Semoga Allah segera mengangkat musibah ini dan mengampunkan segala dosa kita.

Video:



Lirik:

Kesilapan seringkali terjadi
Rintangan perlulah dihadapi
Terus melangkah gapai mimpi indah
Pedulikan segala caci jua persepsi 

Kekurangan jangan jadikan alasan
Pamirkan senyuman penuh kesan
Andai kepenatan kuasai diri
Berehatlah tetapi bukan berhenti

Takdir telah ditentukan
Kehidupan harus diteruskan
Walau berat teruskanlah 
kau berjalan

Biar tak mengubah dunia
Jangan berubah kerana dunia
gambarannnya mempersona... sementara
keasyikan hanyalah sementara 

Kejayaan dan kegagalan saling melengkapi
Keyakinan ditutup jangan dengan kebimbangan
Usah berkecil hati kerna kelemahan
Bangkit semula terus melawan keraguan



TEMPAT KEDUA

THANK YOU ALLAH
Munsyid: Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris
Senilagu: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K
Senikata: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris
Muaturun: Spotify

Siapa sangka single religi Alyah dengan Cat Farish dan Ustaz Haris Ismail ini berjaya memikat hati pendengar dari pelbagai latar belakang dengan jumlah tontonan menghampiri 4 juta sejak video muzik rasminya dilancarkan pada 6 Ogos yang lalu.

Lagu yang sangat baik dari segi nasihat dan mempunyai irama yang cukup catchy sehingga anak-anak kecil pun mudah menghafal dan mengikutinya. Mendapat sentuhan Alyah sendiri dengan dibantu oleh komposer terkenal Ikhwan Fatanna dan Omar K.
"Thank you Allah diilhamkan oleh Datin Alyah di kala pandemik coronavirus melanda negara. Setahun yang lalu, industri seni kreatif amat sendu, tanpa acara, kurang persembahan dan ramai hilang punca pendapatan. Namun Datin Alyah merasa amat bersyukur kerana terus diberikan rezeki dan semangat untuk berkarya." - Warner Music Malaysia


Video:



Lirik:

Sesungguhnya diri ini tanpa kehadiran Mu Ya Rabb
Seperti jiwa yang tiada cahaya
Hamba perlukan naungan Mu, kasih sayang Mu, bantuan
Dalam setiap gerak-geriku
Kau lah yang terpaling penting buat ku, Ya Allah
Thank You, thank You for all the uprightness

Di perjalananku
Sering saja aku tersungkur
Pilu rasa dibelenggu

Di waktu senangku
Tak pernah sekali bersyukur
Semuanya jadi debu

Tidakkah aku melihat
Cinta Mu yang penuh nikmat

Thank you Allah
For every single beat of my heart
Even though when life is so hard
You’re by my side

Kerna Allah
Segala-galanya baik ku
Sebenar-benarnya dari Mu
Thank you Allah

Celahan rinduku
Ku temui rasa cintaku
cahaya Mu yang melindung

Beratnya dibahu
Memikul dosaku yang lalu
Ampunan Mu tak berhujung

Dalam gelap adanya cahaya
Ada hitam ada pemutihnya
Jiwa kelam dalam gembira
Bila hati ada nya Dia

Lumrah manusia leka menggapai mimpi
Meniti duniawi agar berdiri tinggi
Liat hati tunduk ke bumi
Dah gayat nanti baru tercari-cari

Walau terpesong jauh...
Walau imannya rapuh..
InshaAllah sahabatku
Taubat mu tak pernah ’kan lusuh



TEMPAT KETIGA

SAPU JAGAT
Munsyid: Sabyan
Senilagu: Ayus
Senikata: Ayus
Muaturun: Spotify

Sapu Jagat (penyapu semesta) adalah istilah yang digunakan oleh rakan-rakan kita dari Indonesia yang merujuk kepada ummul/ibu doa yang selalu kita baca iaitu:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار 

Lagu ini sangat sayu dan saya tertanya-tanya mesej tersembunyi di sebalik senikata dan juga music videonya yang telah berjaya mengumpulkan lebih 15 juta jumlah tontonan sejak Mac 2021. Satu pencapaian yang sangat konsisten dan luarbiasa! 

Saya begitu kagum dengan Sabyan terutamanya saudara Ayus yang tidak putus-putus menghasilkan karya-karya super sejak Sabyan menjadi terkemuka melalui lagu Ya Maulana yang menduduki tempat pertama dalam senarai nasyid Che Ahmad pada tahun 2018. Apa jua krisis yang dihadapi mereka, mereka masih mampu meneruskan dakwah melalui penghasilan lagu-lagu religi yang sangat menginsafkan.

Semoga urusan mereka dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Satu komentar penonton di Youtube menarik perhatian saya:
“Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia.” (Ali bin Abi Thalib)


Video:



Lirik:

Letihnya mencari jawaban misteri
Larut ku dalam lamunan angan tak bertepi
Jiwa yang tak tenang hati yang tenggelam
Khilaf ku untuk relakan sgala yg ku genggam 

Robbana atina fid duniya hasanah
Wa fil akhiroti hasanah wa qina 'adzabannar 

Rasa yg kau beri bukan yg ku pinta
Ku pasrah dan menerima ku serahkan semua
Jalan tak berarah kemana melangkah
Membawa cinta bersama luka yg kurasa 

Berserahku pada Nya tuk menggapai semua
Yakin ku cara Mu lah yang terbaik untuk ku
Bawa hati ku pergi tuk slalu bersama Mu
Demi kebaikan dunia dan keabadian


TEMPAT KEEMPAT

ATAS SEJADAH CINTA
Munsyid: Amar
Senilagu: Amar
Senikata: Ramzul Ikbar Saiful Aula
Muaturun: Spotify

Saudara Amar atau nama sebenarnya iaitu Arif Muazzim Abdul Rahman yang terkenal dengan lagu Nurul Iman kali ini tampil dengan sebuah lagu yang cukup-cukup berbisa. Senikata yang dipilih rapi oleh Ramzul Ikbar dan diganding dengan lenggok full range yang sangat sayu dan mencabar. 

Mesej lagu ini sangat jelas melalui senikata dan drama yang dipersembahkan dalam video musiknya. Ramai yang bergenang dan mengalirkan air mata. Segeralah bertaubat dan meletakkan kepala di atas sejadah cinta sebelum nasi menjadi bubur.. 

Sejujurnya bagi Che Ahmad, lagu ini memang sangat wajar mendapat lebih perhatian daripada media. 

Video:



Lirik:

Makin jauh melangkah
Susur jalan yang indah
Buru nikmat tak sudah
Kejar dunia yang parah

Makin berat di pundak
Pikul jahil dihendak
Kabur rahmat diletak
Binasa dan rosak

Wahai Maha Pengasih
Sujud aku merintih
Rayu dipulih
Dosa yang berbuih

Telah kuzalimi diri sendiri
Ampunilah daku sesali
Takkan ku mengulangi

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا
وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ



TEMPAT KELIMA

MIHRABUL QURAN
Munsyid: Halim Ahmad
Senilagu: Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
Senikata: Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
Muaturun: n/a

MasyaAllah... tidak putus-putus Ustazah Norhafizah Musa menghasilkan lagu-lagu yang begitu terkesan di hati, seolah-olah ia terlahir dari hati yang tulus. Semua lagu beliau memang best2 belaka dan cukup menginsafkan. Ayuh kita bertahajud ditemani Al-Quran di sebalik kedinginan malam...

Video:



Lirik:

Alhamdulillah dikejutkan Allah
Meninggalkan lena yang panjang
Dingin air wudhuk ku
Titisan menggugur dosa
Alhamdulillah atas hidayah

Subhanallah agungnya kuasa-Mu
Hebat kebesaran-Mu Ya Allah
Tangisku memuji-Mu
Meruntun di jiwa
Subhanallah atas hidayah

Mihrabul Quran
Kujiwai kalam-Mu yang suci
Penawar hidup dan matiku
Suluhan hidup dan hati

Mihrabul Quran
Menikmati hikmah yang terpuji
Nilai hidup damai terisi
Subhanallah walhamdulillah

Hasbunallah wanikmal wakil
Cukup dengan-Mu untuk hidupku
Siang dan malamku
Suka dan dukaku
Dengan kalam-Mu aku bahagia




TEMPAT KEENAM

KAU YANG BERTAKHTA
Munsyid: Sarah Suhairi
Senilagu: Isman Hijjaz
Senikata: Isman Hijjaz, Ustaz Muhammad Izzat
Muaturun: Spotify

Lagu yang sangat wow oleh penyanyi comel kesayangan Malaysia, juara program realiti Big Stage musim pertama iaitu Sarah Suhairi. Lagu yang cukup simple dengan bait-bait zikir namun mengandungi mesej yang sangat jelas berkaitansoal hati, hasil sentuhan otai Isman Hijjaz. 

Jika kita menjaga hati kita dengan selalu mengingati Allah, nescaya Dia akan bertakhta di hati dan nescaya kita tidak akan kecewa.. Semoga Allah memberkati dan memelihara Sarah Suhairi..

p/s: comel je tengok si sarah ni jadi mak-mak, amiin!!! :P


Video:



Lirik:

Getar hati
Tika desiran namaMu berlalu
Gelora jiwa
Seakan bayu menghembus lembut
Ke jantungku

Luahan rindu
Pada warkah cintaMu
Indahnya rasa saat berdua
Walau berkali 
Lafaz ku tak jemu
Hati tenang mengingatiMu

Subhanallah
Maha Suci Allah
Alhamdulillah
Puji pada Allah
Allahu Akhbar
Allah yg Maha Besar

Kaulah Segala
Yang bertahta
Aku hambaMu Ya Allah



TEMPAT KETUJUH

MENCARI SINAR
Munsyid: Inteam & Sam Bunkface
Senilagu: Ahmadi Hassan
Senikata: Ahmadi Hassan dan Sam Bunkface
Muaturun: Spotify

Video:



Lirik:

Andainya terpijak onak dan duri
Carilah penawar untuk mengubati
Sekiranya diri tidak diberkati
Laluilah jalan yang Allah redhai

Andai hidup kita gelap gelita
Taatkan Allah, ikuti Rasul mulia

Hijrahlah, hijrah mencari sinar-Nya
Hijrahlah, hijrah, hijrah ke sana

Seandainya diri kita dihanyuti
Tibalah waktunya kita menginsafi
Usia yang muda usah dibaziri
Dunia dicari, akhirat dikejari

Semaikanlah iman, takwa di dada
Jiwa dan jasad mencari jalan bahgia

Hijrahlah, hijrah mencari sinar-Nya
Hijrahlah, hijrah, hijrah bersama

Buka mata, lihat apa telah kita buat
Mula dengan niat bersyukur setiap saat
Jika jalan sesat, cepat-cepat kita taubat
Cari jalan berkat, kita menuju akhirat

Jangan buang masa nanti kita kesal
Dosa biar nipis, pahala biar tebal
Jika iman kuat kita jadi kebal
Sila guna akal, tidak payah pakai tangkal

ألله (ألله)، ألله، أللهُ ألله
ألله، ألله، أللهُ ألله
ألله (ألله)، ألله، أللهُ ألله
ألله، ألله، أللهُ ألله




TEMPAT KELAPAN

MANA MUNGKIN
Munsyid: The Prophecies, Suff Ahmad, Adhal Thuairi & 2Ard
Senilagu: Albert, Rauf D, NgahSham, Salam
Senikata: Rahman D, Albert, Rauf D, NgahSham, Salam
Muaturun: n/a

Video:



Lirik:

خيبر خيبر يا يهود
جيش محمد سوف يعود

Mana mungkin... Ku duduk diam membisu sahaja
Mana mungkin... Tika pembunuhan di depan mata
Mana mungkin... Kubiar diriku terus terleka
Mana mungkin... Aku kamu tidak merasa

Mana mungkin... Ku duduk diam membisu sahaja
Mana mungkin... Tika kepala dihuyun senjata
Mana mungkin... Ku biar dirimu terus terseksa
Mana mungkin... Aku kami tidak merasa

Saat untaian doa dibaca
Pada malam seribu purnama
Hadirlah bedilan sangkakala
Menginjak kemanusiaan
Mengusir ketuanan
Ayah ibu anak terkorban
Terpisah dipisah terus diratah
Bukan antah berantah

Ini bukan kali pertama
Dari Nakba hingga ke Shabra Shatila
Meruntun hingga permukiman Sheikh Jarrah
Cubaan demi cubaan telah dijarah
Peristiwa ini akan betul-betul terjadi
Bukan sekadar menjamah harus diperhalusi
Kerana seperti kuku dan isi
Kita adalah satu hati

Kau ditakdirkanNya
Lahir dalam sengketa
Walau peritnya sengsara
Hingga syahidnya dicemburu

Kami rasa apa kau rasa
Lihat apayang kau tanggung
Kita sedarah seagama
Ku tetap akan bersama

Tegap terus dipertahan
Hingga hujung Syahadah
Hijjarul Sijil, Asful Ma'kul, dan Saif Al-Quds
Ini bukti perjuangan
Tidak pernah kau berserah
Penentangan penjajahan
Hilang kemanusiaan

Marilah! Mari siap sedia!
Kita angkat senjata
Ayyahsh sudah pun menyala
Halakan pada mereka
Hingga Tel Aviv bergema
Negaraku tetap bersama
Koyakkan mereka semua
Sudah tiba masanya
Untuk kita tegakkan semula panji kita

Terlayang kabar di angin selayang
Kami mendengar cemas dan bimbang
Berita tabahmu Baitulmuqaddis
Hati di dalam kembang kempis

Tampak bayangan di awan petang
Kami memandang hiba dan sayang
Gambaran nasibmu Palestina
Semangat di dalam bergelora


TEMPAT KESEMBILAN

KHADIJAH CINTA DARI SYURGA
Munsyid: FINE feat. Munif Hijjaz
Senilagu: Daqmie & Alfa Booty
Senikata:Zuryati Isa
Muatarun: Spotify

Video:




Lirik:

Betapa ingin aku seka deraian air mata
Berlinangan membasahi bibirnya yang mulia
Entah bagaimana rasa kepedihan hatinya
Saat mendakap dirimu dingin tak bernyawa

Tak dapat ku membayangkan hatinya yang sunyi
Melalui hari tanpa mu disisi
Waktu berlalu perlahan turut kesedihan
Kehilangan cinta sepertimu

Khadijah walau kau tiada
Namamu basah di bibirnya
Nuansa duka jiwa sarat
Dibeban rindu

Seumur hidupmu dengannya
Tak pernah kau tinggalkan dia
Sendirian harungi dugaan

Khadijah dengan penuh kasih
Kau pujuk dia yang tersisih
Teguhkan jiwa muhammadku
Pelindung setia

Simfoni cinta dari syurga
Pada hati seorang wanita
Kau curah hingga ke hujung nyawa
Khadijah...


TEMPAT KE-10

NUSAIBAH
Munsyid: Furqan Fawwaz
Senilagu: Furqan Fawwaz
Senikata: Ustaz Mohd Izat
Muatarun: Spotify

Video:



Lirik:

Kau ibu mithali
Mencurah jasa budi
Rela korbankan diri
Demi cinta Ilahi

Kau rela berkorban
Demi tegakkan Islam
Rasul dipertahankan
Kau membuktikan kecintaan

Nusaibah
Engkau wanita solehah
Engkau mujahidah
Perisai Rasulullah

Nusaibah
Engkau Ummu Imarah
Tetangga Rasulullah
Di Syurga Allah

Biar ditubuhmu
Penuh tetakan pedang
Hingga terpisah
Tangan dari badan

Nusaibah
Namamu terindah
Terukir megah
Lembaran sejarah
 
Kau srikandi
Pembela agama
Tidak tertawan
Kesenangan dunia

Di medan Uhud
Menjadi saksi
Permulaanmu
Menabur bakti
Lelah penatmu
Di dunia ini
Untuk rehatmu
Di akhirat nanti

Anakmu syahid 
Kerna pertahankan
kebenaran

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.