15 Lagu Nasyid Terbaik 2014 / 1435H - Dengar, Lihat Lirik Dan Muaturun

(Untuk Senarai Lagu Nasyid Terbaik 2015, sila klik di sini)

lagu nasyid terbaik 2014

Subhanallah, begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Rasanya baru semalam saya menulis senarai lagu-lagu nasyid terbaik tahun 2013. Sedar tak sedar kita sudahpun sampai ke penghujung tahun 2014.

Arena nasyid tanah air sepanjang tahun ini dirasakan sedikit hambar berbanding tahun lepas. Tidak banyak lagu nasyid yang berjaya menembusi carta tanah air negara. Secara jujurnya, saya sedikit kecewa kerana semakin kurang kita berpeluang mendengar lagu-lagu nasyid yang berkualiti yang setanding dengan suara-suara emas Raihan, Hijjas, Rabbani dan lain-lain.

Nasyid generasi kini telah ditelenggami dengan lagu nasyid kontemporari yang tidak begitu ‘ngam’ dengan jiwa saya. Petikan gitar, tiupan seruling dan suara lunak wanita yang yang menyanyi tidak dapat menandingi lagu-lagu nasyid dahulu yang mempunyai music arrangement yang simple tetapi sangat terkesan di hati sebagai contoh lagu seperti Cinta Agung, Iman Mutiara dan lain-lain. Sukar nak saya letakkan lagu-lagu baru seperti Kerna Cinta oleh Akhdan yang tersenarai di Carta IKIM sebaris dengan lagu-lagu lama ini. Saya rasa ada banyak lagi lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya tetapi tidak menjadi popular mungkin kerana kurang dimainkan di corong-corong radio. Tapi saya harus akui dan terima hakikat bahawa arena nasyid tanah air telah beralih generasi dan generasi kini mahukan lagu-lagu sebegini.

Walaupun begitu, arena nasyid masih terus diwarnai dengan kehadiran insan-insan berbakat generasi baru. Ada beberapa buah lagu yang layak disenaraikan. Kebanyakan lagu-lagu baru tahun ini banyak berkisar tentang cinta (namun kebanyakannya lebih kepada cinta sesama manusia) dan tentang kehilangan orang-orang yang tersayang (mungkin terkesan dengan tragedi MH370/MH17, insan-insan istimewa seperti Allahyarham saudara Ahmad Ammar hujung tahun lalu dan serangan mengejut melalui daratan oleh tentera Israel LAKNATULLAH ke atas bumi Gaza).

Seperti tahun lalu, kriteria yang digunakan adalah tempoh waktu bertahan di carta nasyid ikim, populariti dan keunikan yang tersendiri dengan tambahan satu lagi kriteria iaitu nilai bait-bait zikir dan doa dalam lagu yang saya lihat semakin kurang ditekankan. Pada pendapat saya, nasyid pada asalnya haruslah berunsur nasihat. Zikir-zikir khusus dan salawat harus diperbanyakkan lagi dalam lagu nasyid (saya akan buat senarai kategori khusus alunan zikir yang selalu ditayangkan di TV jika berkesempatan).

Tanpa melengahkan waktu, berikut saya kongsikan lima belas (15) buah lagu nasyid terbaik bagi tahun 2014.

 

01 TEMPAT PERTAMA

sigma-480x480ISTIKHARAH CINTA 
Munsyid: Sigma
Durasi: 05:01

Walaupun telah lama berkumandang di negara seberang, lagu ini baru mulai mendapat tempat di kalangan peminat di Malaysia setelah dipopularkan oleh penerbit lagu nasyid antarabangsa Arteffects melalui album Istikharah Cinta yang menampilkan sebuah lagu baru berjudul “Hati”.

Lagu Istikharah Cinta begitu sempurna dengan kawalan vokal mantap Zulmy Erwinsyah, senikata-nya yang mendalam dan senilagu-nya yang hidup. Saudara Hafiz Hamidun sendiri pun menganggap lagu ini indah dan merupakan salah satu lagu nasyid yang paling diminatinya. Mungkin kerana saudara Hafiz Hamidun waktu itu dilanda musim angau Smile. Walaupun lagu ini mengisahkan tentang istikharah yang khusus untuk mereka yang sedang mencari jodoh, namun kita boleh meluaskan lagi pengertian istikharah dalam setiap perkara dalam kehidupan dan tidak semestinya kepada soal cinta sahaja.


LIRIK LAGU:

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh
doa

Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

 

02 TEMPAT KEDUA

1395910_1413052658925488_730564626_nTANGIS SEBATANG TAMAR 
Munsyid: Daqmie
Durasi: 04:45

Daqmie terus mencuri perhatian arena nasyid tanah air dengan sebuah lagu yang begitu indah yang dihidupkan oleh vokal yang mantap. Lagu Tangis Sebatang Tamar bukan sekadar sebuah lagu tetapi ia merupakan satu kisah yang mengabdikan kecintaan sebatang tamar kepada Rasulullah SAW. Oh alangkah hebatnya sebatang tamar berbanding kita manusia yang mengaku umat Baginda SAW.

LIRIK LAGU:

Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu

Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

 

03 TEMPAT KETIGA

imageBINTANG SYURGA
Munsyid: Raqib feat. UNIC
Durasi: 04:45

Fuh… Lagu ini begitu menggetarkan hati yang mendengarnya. Ini adalah nyanyian bintang-bintang syurga yang sedang terbang bebas di angkasa. Terasa kerdil jika hendak dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang berjuang dan mati syahid kerana mempertahankan agama Allah dan maruah diri di tanah air mereka sedang kita di sini hidup senang dan bermewah-mewahan. Wahai sahabatku, simpanlah hasrat untuk mati syahid walaupun sekelumit kerana ia adalah semulia-mulia martabat bagi seorang hamba. Bantulah saudara-saudara kita yang sedang berkorban dan bermatian mempertahankan agama di seluruh dunia pada hari ini. Ingatlah mereka selalu. Janganlah ingatan kita itu bermusim. Ya Allah… rahmatilah mereka.

LIRIK LAGU:

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak
Aku tega…
Aku rela…
Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Roh ku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki dari Ilahi

Kejayaan (kejayaan)
Kebahagiaan (kebahagiaan)
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Derita hanya sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya

 

04 TEMPAT KEEMPAT

Warkah CintaSELALU BERSAMA
Munsyid: IM Nazrul, IM Fakhrul feat. Fakhrul UNIC
Durasi: 04:12

Kesedihan saya akibat kekurangan nasyid-nasyid hebat sepanjang tahun ini sedikit terubat dengan lagu ini. Lagunya mudah dan ‘catchy dan senang diikuti. Liriknya pula terkandung doa di mana di samping bernanyi kita mendapat pahala. Jika diniatkan di dalam hati mudah-mudahan Allah makbulkan. Lagu-lagu nasyid sebeginilah yang saya nanti-nantikan. Lagu ini dimuatkan dalam album terbaru hasil kerjasama IM Nazrul, IM Fakhrul dan juga Fakhrul UNIC yang berjudul Warkah Cinta. Boleh dapatkannya di sini.

 

LIRIK LAGU:

Andai kau rasa indahnya cinta
Kau ingin selalu bersama

Setiap saat setiap waktu
Seakan tidak jemu

Begitulah jiwa yang kekosongan
Iman jangan dipisahkan

Saat kau hadir memberi kekuatan
Membakar semangat perjuangan

Jagalah dia hiasilah dia
Agar sentiasa bersedia

Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukkan ke syurgaMu dengan iman

Terkadang selalu leka dan alpa
Itu lumrah manusia
Segeralah mohon taubat padaNya
Keampunan juga keredhaan
Selalu Bersama

 

05 TEMPAT KELIMA

z_fareast-halawatulimanSYAHADAH
Munsyid: Far East
Durasi: 04:20

Kalimat Syahadah adalah kalimat yang paling berharga yang diungkapkan di seluruh alam semesta. Ia adalah kalimat yang dititipkan kita sewaktu mengangkat sumpah dan bersaksi di alam ruh sebelum dilahirkan ke dunia. Peliharalah dan sematkanlah kalimat syahadah di dalam hati. Sebelum tidur amati doa yang diajarkan Nabi SAW. Semoga hidup dan mati kita di dalam keimanan dan dijauhkan dari azab api neraka. Ampunkanlah dosa kedua ibu dan ayahku.

 

LIRIK LAGU:

Saat lahir ku ke dunia kalimah pertama dibisikkan ke telinga
Itulah detik yang paling dinanti seorang ayah menyambut lahir zuriatnya
Nyenyaknya tidurku di buaian ibu didodoi kalimah yang sama
Pada-Mu Ya Allah di akhir hayatku matikanlah aku dalam syahadah

La Ilaha Illallah
Muhammad Rasulullah

Antara azan ayahanda dan dodoian ibunda syahadah terungkap sempurna
Keyakinan di hati terlafaz dengan lidah mati pun husnul khatimah
Telah ku sandarkan seluruh hidupku pada cinta yang teragung
Telah ku utuhkan jiwa dan ragaku menjadi hamba yang taat

La Ilaha Illallah
Muhammad Rasulullah

 

06 TEMPAT KEENAM

AziziAf1_411835726JAUH SUDAH
Munsyid: Azizi AF1
Durasi: 4:27

Azizi AF1, setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan, kini kembali dengan single terbaru yang penuh dengan keinsafan namun bersesuaian dengan personaliti dirinya. Walaupun memiliki irama rancak, namun pendengar dapat merasakan dan menghayati kesungguhan pada bait-bait doa keinsafan yang terkandung dalam senikata lagu ini. Sesungguhnya kita perlu senantiasa dan berterusan meminta perlindungan daripada Allah walaupun ketika kita senang apatah lagi ketika kita sedang susah kerana sesungguhnya seluruh kehidupan kita ini bergantung kepadaNya.

 

LIRIK LAGU

Ya Allah, lindungilah diriku
Jauhi aku dari kesesatan
Aku tidak mahu hanyut
Ya Allah, aku tidak mahu
Ya Allah, ampunilah aku

Jauh sudah aku melangkah kaki
Menuju jalan ujian dariMu
Melepaskan semua yang ada
Yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit tak menentu
Tiada yang tahu tiada yang mengerti
Apa yang ku rasa
Hanyalah sekasih
cinta Kau padaku

Ya Allah lindungilah hidupku
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari kesesatan
Saat aku habiskan masa masa duniaMu

 

07 TEMPAT KETUJUH

34d6ca93-3a2a-4e33-a6b3-79afdce4df24DALAM SUJUD CINTAKU
Munsyid: Halim Ahmad
Durasi: 03:20

Sesungguhnya dunia hanyalah tempat persinggahan, satu medan ujian, satu taman permainan yang menjadi tempat untuk berseronok. Namun Allah tidak melarang kita daripada mengecapi ‘syurga’ di dunia ini dalam keadaan Dia redha terhadap kita iaitu jika kita sentiasa ingat siapa diri kita dan apa tanggungjawab kita. Oleh itu, janganlah mudah alpa jika Allah berikan rezeki yang melimpah ruah. Bersyukurlah dengan erti kata yang sebenarnya, iaitu dengan patuh terhadap suruhan-Nya.

LIRIK LAGU:

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan

Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku

Kau berikan ku segala galanya
dan Kau menguji ku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan

Kau janjikanku dengan ayat-ayat Mu
Di sana menanti di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabbi…

 

08 TEMPAT KELAPAN

hhnJODOH BERDUA
Munsyid: Hafiz Hamidun
Durasi: 0:50

Jika tahun lalu kita ada lagu “Kau Ditakdirkan Untukku” oleh Inteam & Edcoustic, maka untuk tahun ini kita ada lagu ‘Jodoh Berdua’ oleh Hafiz Hamidun. Saya sebenarnya agak keberatan nak letakkan lagu ini dalam senarai kali ini kerana saya rasa ia agak kekurangan dari segi ‘nilai nasihat’, namun masih tidak keterlaluan dan mungkin sesuai sebagai penyeri untuk musim kenduri di hujung tahun 2014 ini. Tambahan pula, saya mahu orang ramai lebih kenal dan lebih minat saudara Hafiz Hamidun (serta artis/komposer nasyid yang lain) berbanding artis-artis pop yang ke laut mengarutnya. Walau bagaimanapun, saya teringin nak dengar versi Anuar Zain menyanyikan lagu ini Smile with tongue out. Jangan marah yer Hafiz Hamidun, nanti lambat sampai jodoh!

LIRIK LAGU:

Jika cinta mampu untuk kulukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telahpun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah

Bersedialah menunggu di garis penghujung
InsyaAllah ke syurga
Bersatu kasih kita

 

09 TEMPAT KESEMBILAN

sigma62HATI
Munsyid: Sigma feat. Hafiz Hamidun
Durasi: 04:26

Selain Istikharah Cinta, album baru kumpulan Sigma juga memuatkan lagu baru hasil kerjasama dengan Hafiz Hamidun yang berjudul ‘Hati’ yang saya rasa sungguh indah sususan senilagu dan senikatanya. Hayatilah lirik lagu ini dan marilah kita menjaga hati kita dari dikotori oleh perkara-perkara yang keji kerana hati adalah merupakan amanah Allah.

 

LIRIK LAGU:

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Kuasa

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman

 

10 TEMPAT KESEPULUH

6ixth sense bukan milik kitaBUKAN MILIK KITA
Munsyid: 6ixth Sense
Durasi: 03:36

Saya kagum dengan band ini. Mereka tidak pernah kering dengan lagu-lagu indah yang penuh bermakna dan menginsafkan sejak mulai condong kepada lagu-lagu dakwah Islami. Mereka memberi nafas baru kepada industri nasyid tanah air dan berjaya menarik anak muda untuk mendekati Islam. Lagu Bukan Milik Kita meneruskan tradisi ini. Lagu yang sangat menyentuh hati bagi mereka yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang. Sesungguhnya ajal maut adalah ketentuan Allah. Semoga tabah dan redha dengan pemergian orang-orang yang tersayang.

LIRIK LAGU:

Ditinggalkan kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir

Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Hidup bukan milik kita

 

 

 

TEMPAT KE-11 HINGGA KE-15

11. Epilog Seorang Manusia – Fitri’s Clique

Kadang kala kita di guna demi kepentingan mereka
Kadangkala kita rasa terhina rasa kerdilnya di dunia
Rasa bersendirian

Biarkan kita rasa susah
Jangan biar kita susahkan mereka
Terbitkan keikhlasan hati
Walau kita tak pernah di hargai

Kehidupan diibarat roda
Yang berputar-putar
Mencari destinasi

Oh langit
Tak selalu cerah, tak selalu mendung
Senyumlah sentiasa, jangan sedih

Ada yang rasa diri hebat
Jalan dongak ke langit
Pandangan semua orang salah
Dia saja yang betul
Megah berkata-kata, namun kosong bicara

Astaghfirullahal Azim

 


12. Kembali (MH370) - Fizan Hashim

 

 

Kisah antara kita semua
Sakit kian terasa
Berikan aku jawapan
Untuk kisah ini
Kembalilah kembalilah…

Walau kau masih tiada
Namun kau di hati
Berikan aku jawapan
Dalam kisah ini
Kembalilah kembalilah…

Berikanlah aku
Jawapan yang belum pasti
Berikanlah aku
Beri sekali lagi
Agar ku mengerti
Agar ku memahami

Maafkanlah aku
Andai ianya dariku
Terimalah doaku
Agarnya kembali
Untukku mengerti
Untukku fahami

 

 

13. Syurga Kita – Demascus

Biarpun hujan dan ribut
Tetap diri teguh merimbun
Walau luka dedaun gugur

Dari panas ku cipta bayang
Buat engkau teduh dan tenang
Mendakapmu dengan damai

Sungguhpun aku derita
Ku tetap berdiri
Demi cinta yang memberi cahaya

Hilang ribut langit pun cerah
Pergi sudah udara resah
Bahagia pun mekar dan menghiasai indah warnanya

Kemarau kini tiada lagi
Dan hujan kasih pun membasahi
Tiap nafas mengulangi janji-janji kita

Di puncak sana kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di hati kita
Harum dengan kasih serta cinta

Di puncak sana kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di  hati kita
Indah dihias setia dan percaya

 

 

14. Syahadah Rabaah - Fetya

Di mana ke mana demokrasi yang indah
Jalanan yang berdarah menyaksikan syuhada
Dunia kau sepi hilang kata ternanti
Kau dengar dan fahami rasa hati menangis
Ooo.. syahadah rabaah

Engkau syahid hidupkan cintamu lagi
Bangkitkan hati-hati yang lama mati
Membela agama biar hancur luluh
Demi masa depan indah generasi

Rabaah padamu wangi kasturi
Berguguran cinta menghadap Ilahi
Janji Tuhanmu syurga menanti-nanti
Kepulangan wira yang sejati
Bangkitkan hati-hati yang lama mati

Musuh kau tutuplah cara bagaimana
Cahaya Allah kan kembali bersinar
Meninggikan syahadah mulia
Hapus kebatilan seluruh makarnya

Dunia yang lena sudah lama tidur
Bilakah terjaga kembali bertarung
Sempurnakan titah agungkan kembali
Di persada Islam ke puncak tertinggi

 

15. Rindukan Cahaya - Muadz

Dalam setiap langkahku
Tersimpan sebuah ragu
Yang memberi ruang haru

KepadaMu sang pencipta
Bersujud alam semesta
KepadaMu kukembali

Kumerindu cahaya terangMu
Di antara setiap gelap jalanku
Berdiri dalam bimbinganMu
Berjalan mengikuti arah tujuan

 

 

ANUGERAH KHAS

photoTANAH INI MILIK KAMI
Munsyid: Gabungan Artis-Artis Malaysia
Durasi: 08:30

Sememangnya tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar keimanan kita terutamanya bagi umat Islam di Gaza Palestin. Saya harap kesedaran kita mengenai kesusahan yang dihadapi mereka akan terus berterus dan tidak bermusim. Tidak bermakna jika hanya terjerit-jerit menyanyikan lagu tanpa menghulurkan bantuan yang sedaya mampu tanpa pernah jemu berdoa. Ya Allah, ampunkanlah kelemahan kami hamba2Mu yang tenggelam dalam kesenangan dunia sedang saudara-saudara kami bermandi darah orang-orang yang tersayang.

LIRIK LAGU:

Di tanah ini tersimpan lembaran cerita
Perebutan daerah menindas menghina
Nyawa jadi taruhan, Tanpa belas kasihan
Anak-anak kecil dibunuh kejam

Berapa banyak lagi
Ratapan dunia ini
Tertuju hingga
Kalimahmu terhunjam
Takbirmu bergema
Tasbihmu menggelora
Berkumandang megah
Dibumi merdeka
Gaza di Palestin

Pertama: AQSA matlamat kami
Kedua: Syahid idaman kami
Ketiga: Membantu bersama kami
Keempat: Tanah ini milik kami


Marilah bersama kita bangun
membenteras segala kekejaman
Seiring kata menyuara kezaliman
Bersatu kita teguh
Membahu dan membantu

 

 

DENGAR DAN MUATURUN

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.