26 LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2018 | LIHAT LIRIK DAN MUATURUN MP3

Gambar latar belakang: Ruang dalaman Cologne Central Mosque di Germany

Lihat senarai tahun lalu:  2017 | 2016 | 2015 | 2014 | 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala rezeki dan kesempatan yang diberikan. Semoga kita semua senantiasa berada dalam keampunan dan keredhaan-Nya selalu. 


Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun lalu, Blog Che Ahmad bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk meneruskan senarai lagu nasyid terbaik untuk tahun 2018M/1440H. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah ke sini. Semoga Allah merahmati kalian semuanya. 

Untuk tahun 2018, terdapat begitu banyak sekali album dan single nasyid baru yang dihasilkan. Saudari Khoirunnisa atau lebih dikenali sebagai Nissa Sabyan dari negara seberang boleh dikatakan menjadi artis nasyid paling popular bagi tahun 2018 dengan pelbagai single yang begitu mengasyikkan.

Tahun ini juga kita dihidangkan dengan acara Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2 di mana saudara Fitri Haris telah dinobatkan sebagai juara dengan lagu Zinnirah. Tahniah buat saudara Fitri Haris!

Tanpa melengahkan masa, mari kita sama-sama dengarkan 26 lagu-lagu nasyid yang paling best dan popular pada tahun 2018. Seperti biasa, lagu-lagu ini dinilai dan dipilih berdasarkan populariti (di Youtube dan carta radio tempatan), senikata yang mengandungi bait-bait doa yang menambahi pahala dan senilagu yang mudah diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Akhir kata, saya menyeru agar para pembaca dapat menyokong industri nasyid dengan membeli single dan album original yang lebih berkualiti dengan lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. 


SENARAI LAGU NASYID TERBAIK 2018M / 1440H


  1. Ya Maulana - Sabyan
  2. Dia - Inteam
  3. Cahaya 114 - Khai Bahar
  4. Dia Ada - Nahwan Nur feat. Yasin Sulaiman
  5. Cinta Syurga - Dato' Siti Nurhaliza & Khai Bahar
  6. Jannah - Ikhwan Fatanna
  7. Yang Pertama - The Faith
  8. Wahai Kekasihku - Fitri Haris
  9. Penjara - Areef
  10. Doa - XPDC
  11. Innallaha Ma'ana - Medina feat. Umi Pipik
  12. Huwa AlQuran - Maher Zain
  13. Beloved Prophet - Aleehya
  14. Ittihad - Rabbani
  15. Putaran - Farred Zane
  16. Hawa Khatulistiwa - Nahwan Nur
  17. Deen Assalam - UNIC feat. Sheikh Abdul Karim Al-Makki
  18. Laskar Cinta - Wildaniey
  19. Jalan Keluar - Rabithah
  20. Kassorga - Mestica
  21. Kebesaran Allah - Zul Handy Black
  22. Jangan Berhenti - Hafiz Hamidun
  23. Is Allah - Aden AnB
  24. Medley Selawat Nabi - Mohamed Tarek & Mohamed Youssef
  25. Shalat Kilat - Iwan Syahman
  26. Doa Buat Ibu - Suhaimi Saad
  



TEMPAT PERTAMA


YA MAULANA
Munsyid: Nissa Sabyan Gambus
Senikata: Ahmad Fairus
Senilagu: Sabyan
Durasi: 04:37
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Buat julung kalinya munsyid wanita mengungguli senarai lagu nasyid terbaik Blog Che Ahmad dengan lagu Ya Maulana oleh Sabyan Gambus. Lagu ini merupakan lagu original yang dimuatkan dalam album Ya Maulana oleh Sabyan Gambus di samping 4 lagu-lagu lain yang berbentuk cover. Ya Maulana memperoleh 187 juta views sejak ia dimuatnaik pada pertengahan tahun ini menjadikan ia satu lagu bertaraf antarabangsa.

Insan-insan terutamanya anak-anak kecil yang pertama kali mendengarkan lagu ini pastinya jatuh cinta dengan lagu yang begitu mengasyikkan dan menginsafkan ini di samping menambahi pahala melalui senikatanya yang mudah meniti di bibir. Sehinggakan rakan-rakan yang jarang mendengar nasyid juga selalu mendengar lagu ini. Selain Ya Maulana, lagu-lagu cover oleh Nissa Sabyan seperti Ya Habibal Qalbi, Deen Assalam dan Ya Ashiqol juga mendapat sambutan yang begitu memberansangkan.

Sesungguhnya, kehadiran Sabyan Gambus dan insan istimewa bernama Nissa ini membawa satu fenomena yang sangat luar biasa sehingga kedengaran suara-suara salawat Nabi SAW dan memuji Allah SWT di segenap dunia. Tahniah Nissa dan Sabyan Gambus!

Untuk peminat-peminat, Sabyan Gambus akan berada di Malaysia buat pertama kalinya untuk konsert bersama UNIC dan Heliza Helmi di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Januari 2019. Dapatkan tiket konsert Sabyan Gambus hari ini!!!






TEMPAT KEDUA


DIA
Munsyid: Inteam
Senikata: Syah Inteam
Senilagu: Harry Khalifah
Durasi: 03:58
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Single ini pantas mencuri perhatian peminat nasyid tanah air melalui cover video yang begitu menyentuh hati lakonan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Lakonan mantap dan jalan cerita yang dipersembahkan begitu kena sekali dengan lirik lagu ini. Senilagu yang digubah oleh Harry Khalifah juga begitu mengasyikkan dan menyentuh hati, sesuai dengan keunikan dan kekuatan vokal kumpulan Inteam. Lagu Dia yang bertemakan kekeluargaan mengungkap rasa syukur terhadap si dia yang menjadi pasangan hidup yang dicintai dalam penuh keredhaan. Setakat ini, sebanyak 1.3 juta views telah berjaya dikumpulkan di Youtube.





TEMPAT KETIGA


CAHAYA 114
Munsyid: Khai Bahar
Senikata: Azrul Azlan
Senilagu: Azrul Azlan
Durasi: 04:09
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Rasanya semua orang tahu doa selepas khatam/baca Al-Quran. Sejak kecil kita telah menghafal doa ini. Bait doa ini mendapat sentuhan Azrul Azlan yang berjaya menggubah sebuah lagu yang begitu berserasi dengan kekuatan vokal Khai Bahar. Sesungguhnya Al-Quran yang mengandungi 114 surah menjadi cahaya yang menyuluh kegelapan, panduan kepada kita untuk membezakan antara hak dan batil (Al-Furqan). Selain Cahaya 114, saya juga menyukai alunan doa oleh dua munsyid dari tanah seberang ini









TEMPAT KEEMPAT


DIA ADA
Munsyid: Nahwan Nur Feat. Yasin Sulaiman
Senikata: Yasin Sulaiman
Senilagu: Yasini Sulaiman
Durasi: 03:45
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Lagu ini mengandungi bait-bait kata dengan mesej yang mudah namun amat sukar untuk diamalkan iaitulah Ihsan. Ihsan bermaksud merasakan Allah sentiasa bersama melihat kita. Sabda Nabi SAW dalam petikan hadis riwayat Muslim:

"... Rasulullah SAW menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau." (HR: Muslim)

Firman Allah SWT:

"Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)” (Al-Baqarah: 186)

Ayuh sahabat, mari kita teguhkan keimanan dan ketaqwaan di mana jua kita berada.






TEMPAT KELIMA


CINTA SYURGA
Munsyid: Dato' Siti Nurhaliza & Khai Bahar
Senikata: n/a
Senilagu: n/a
Durasi: 03:57
Muaturun: MP3Spotify

Di tangga ke-5, Cinta Syurga nyanyian bersama Dato'  Siti Nurhaliza dan Khai Bahar saya kira antara lagu yang terbaik dari segi senilagu dan senikata kerana ia mudah diikuti dan mengandungi bait-bait doa yang menambahi pahala. Lagu ini serupa dengan lagi Cinta Pipi Merah oleh Dato' Siti Nurhaliza yang digubah sempena kelahiran anak beliau. Semoga lagu ini menjadi siualan anak-anak kita agar mencintai dan mendambakan syurga-Nya. Amiin yra...





TEMPAT KEENAM


JANNAH
Munsyid: Ikhwan Fatana
Senikata: Omar K, Ikhwan Fatanna, Shazee
Senilagu: Omar K, Ikhwan Fatanna, Shazee
Durasi: 03:21
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Selepas mengejutkan peminat nasyid dengan lagu Bismillah pada tahun lalu, Ikhwan Fatanna kembali dengan single terbaru berjudul Jannah yang tidak kurang hebatnya. Lagu ini mempunyai kekuatan senilagu yang begitu catchy dengan lirik yang mudah namun menginsafkan.











TEMPAT KETUJUH


YANG PERTAMA
Munsyid: The Faith

Senikata: Omar K, Adib Hamdi, Ustaz Adnin
Senilagu: Omar K & Adib Hamdi
Durasi: 04:00
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Yang Pertama menjadi single original yang pertama oleh kumpulan The Faith yang sebelum ini banyak menghasilkan cover-cover lagu popular yang begitu unik dan mengasyikkan. Lagu ini mempunyai kekuatan senilagu yang begitu mempersonakan dan setanding dengan lagu-lagu popular yang dijadikan cover oleh mereka. MV Yang Pertama menampilkan wajah-wajah anak muda yang begitu berbakat ini buat mereka yang masih belum mengenali. Yang Pertama merujuk kepada Al-Awwal iaitu antara nama-nama Allah dalam Asmaul Husna.






TEMPAT KELAPAN


WAHAI KEKASIHKU
Munsyid: Fitri Haris
Senikata: Encik Mimpi
Senilagu: Hafidz Garib
Durasi: 03:39
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Meneruskan tema kekeluargaan dalam senarai kali ini selepas lagu Dia oleh Inteam, single terbaru oleh juara GGV2, Fitri Haris, mengisahkan tentang fitrah cinta yang suci seorang ayah kepada anak-anaknya yang jarang ditunjukkan oleh si ayah di hadapan orang ramai. Sebagai seorang ayah, saya dapat merasakan mesej yang disampaikan melalui sketsa bersiri di dalam MV yang begitu menyentuh hati. Mungkin lagu ini berlatarbelakang kan kisah sebenar saudara Fitri Haris.






TEMPAT KESEMBILAN


PENJARA
Munsyid: Areef

Senikata: Akmal Mustafa
Senilagu: Akmal Mustafa
Durasi: 03:33
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Single terbaru anak muda yang berbakat ini mengisahkan tentang hakikat dunia. Walaupun dunia ini penuh dengan pelbagai perhiasan dan keindahan, namun bagi orang-orang yang beriman, dunia umpama penjara dosa yang memerangkap dan menjerut mereka. Sedang akhirat yang menjadi destinasi abadi umpama bebasnya ladang menghijau yang dihiasi langit yang terbentang luas.






TEMPAT KE-10

DOA
Munsyid: XPDC
Senikata: Izo XPDC
Senilagu: Izo XPDC
Durasi: 04:55
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Arena nasyid tanah air dikejutkan apabila lagenda rock XPDC muncul dengan album terbaru berjudul  "Doa" selepas 9 tahun mendiamkan diri. Album ini mengandungi 11 buah lagu bertemakan ketuhanan yang hebat-hebat belaka termasuk lagu "Doa". Lagu Doa mengandungi senikata yang begitu mudah tetapi tegas dengan senilagu yang tidak asing lagi dengan musik rock XPDC. Sesiapa yang mendengarnya pasti dengan mudah dapat mengenali empunya lagu ini. Dapatkan album terbaru XPDC di sini.






TEMPAT KE-11

INNALLAHA MA'ANA
Munsyid: Medina Feat. Umi Pipik

Senikata: Sunu Matta Band
Senilagu: Sunu Matta Band
Durasi: 03:59
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Kumpulan Medina dari Indonesia mencuri perhatian industri nasyid tanah air sekali lagi selepas lagu DSAS (Dunia Sementara Akhirat Selamanya). Single terbaru mereka Innallaha Ma'ana begitu indah sekali dengan senikatanya yang puitis. Semoga Allah SWT sentiasa bersama kalian yang sedang diuji terutamanya kepada Sunu Fabian dan Umi Pipik untuk terus tegar menghasilkan karya-karya sebegini di masa hadapan.










TEMPAT KE-12

HUWA ALQURAN
Munsyid: Maher Zain

Senikata: Ahmed Al-Yafie
Senilagu: Maher Zain
Durasi: 04:22
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Sebuah single terbaru ciptaan Maher Zain dengan lirik yang begitu indah sekali oleh Ahmed Al-Yafie. Lagu Huwa AlQuran . Lagu ini meninggikan kedudukan Al-Quran dan mengajak kita semua mencinta kitab suci yang dihadiahkan Allah SWT kepada Nabi SAW dan umatnya sebagai bekalan dan panduan untuk menghadapi apa jua dugaan semasa berada di dunia ini. Sematkan Al-Quran sebagai pendamping sepanjang hari.





TEMPAT KE-13


BELOVED PROPHET
Munsyid: Aleehya
Senikata: Danu & Dian
Senilagu: Ari
Durasi: 04:11
Muaturun: MP3Spotify | Deezer

Pertama kali saya mengenali kumpulan Aleehya dari Indonesia ini adalah melalui lagu cover baby shark yang berjudul Sholawatan yang begitu digemari oleh anak-anak saya. Kini lagu-lagu Aleehya mula diedarkan oleh Inteam Records. Aleehya begitu kreatif menghasilkan susunan lagu yang menggabungkan bait-bait doa dengan rentak rap yang catchy. Selain lagu Beloved Prophet, lagu Apa Khabar Assalamualaikum juga tidak kurang hebatnya.







TEMPAT KE-14


ITTIHAD
Munsyid: Rabbani
Senikata: Ito Lara
Senilagu: Daqmie
Durasi: 03:48
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Dalam keadaan negara dikejutkan dengan pelbagai rentetan peristiwa yang membakar api perkauman, kehadiran lagu Ittihad tepat pada masanya mengajak ke arah perpaduan dan keharmonian semua pihak tidak kira latar belakang. Single terbaru Rabbani ini mempunyai senikata yang puitis tetapi begitu mendalam maksudnya. Tahniah Rabbani kerana kekal utuh mendidik ummat!







TEMPAT KE-15


PUTARAN
Munsyid: Farred Zane
Senikata: Omar K & Ikhwan Fatanna
Senilagu: Omar K & Ikhwan Fatanna
Durasi: 03:45
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Farred Zane mulai popular dan mendapat tempat di hati peminiat melalui lagu Putaran apabila kerap diputarkan di radio dan seterusnya tersenarai di Carta Nasyid IKIM pada tahun ini. Lagu gubahan Omar K dan Ikhwan Fatanna ini mempunyai bait-bait senikata yang mengasyikkan dan senilagunya pula amat sesuai dengan vokal Farred Zane yang unik.







TEMPAT KE-16


HAWA KHATULISTIWA
Munsyid: Nahwan Nur
Senikata: Ajie
Senilagu: Wan Saleh
Durasi: 03:25
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Selain lagu Dia Ada yand menduduki tangga ke-4, Nahwan Nur tampil dengan sebuah lagi lagu yang sangat mengasyikkan berjudul Hawa Khatulistiwa. Lagu ini memuji Allah SWT di atas segala keindahan ciptaanNya terutamanya Bumi yang kita diami dan nikmati bersama ini. Umpama lukisan yang indah dengan pelbagai ciptaan, tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT.





TEMPAT KE-17


DEEN ASSALAM
Munsyid: UNIC Feat. Abdul Karim Al-Makki
Senikata: n/a
Senilagu: n/a
Durasi: 04:30
Muaturun: MP3

Lagu nyanyian asal Sulaeman Al-Mughny ini diberikan nafas baru oleh kumpulan UNIC dengan penampilan istimewa Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki. Walaupun mendapat kecaman netizen mengenai bahasa Arab yang digunakan, lagu versi UNIC ini tetap popular dan evergreen.

 




TEMPAT KE-18

LASKAR CINTA
Munsyid: Wildaniey
Senikata: Kay Are Wildaniey
Senilagu: Kyrel AlGayauwi
Durasi:
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Single sulung kumpulan Wildaniey, Laskar Cinta, mengisahkan tenang cinta Rasulullah SAW kepada ummatnya yang tidak berbelah bahagi. Sesungguhnya beruntunglah ummat Nabi Muhammad SAW.








TEMPAT KE-19

JALAN KELUAR
Munsyid: Rabithah
Senikata: Ustaz Adnin Roslan
Senilagu: Ustaz Adnin Roslan
Durasi: 05:04
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Senikata sentuhan Ustaz Adnin Roslan memang berbisa dan mencuit jiwa yang insaf. Lagu Jalan Keluar merumuskan perjalanan kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa namun fitrah jiwa yang suci ingin insaf dan bertaubat. Inilah perjuangan hakiki kita di dunia ini yang akan menentukan arah tuju kita di akhirat kelak. Oleh itu, teruskan berdoa dan berharap untuk menemui jalan keluar dan istiqamah di jalan itu. Selain Jalan Keluar, lagu Cukuplah Sengketa juga mendapat perhatian peminat-peminat dalam keadaan negara berdepan dengan pelbagai krisis.






TEMPAT KE-20


KASSORGA
Munsyid: Mestica
Senikata: Izz Akasyah
Senilagu: Izz Akasyah
Durasi: 04:12
Muaturun: MP3 

Setelah sekian lama menyepi, kumpulan Mestica tampil dengan single terbaru berjudul Kassorga dengan tema yang agak berbeza. Meskipun tidak berjaya memenangi GGV2 baru-baru ini, penampilan Mestica mengubat rindu peminat-peminat yang setia sehingga ke akhirnya. Saya mengandai Kassorga bermaksud "Ke Syurga" di mana lagu ini mengisahkan perjuangan seorang hamba untuk kekal istiqamah dalam beramal soleh dan melawan hawa nafsu untuk sampai ke syurga.





TEMPAT KE-21


KEBESARAN ALLAH
Munsyid: Zul Handy Black
Senikata: Iwan Syahman
Senilagu: Iwan Syahman
Durasi: 04:02
Muaturun: MP3 | Spotify

Lagu Kebesaran Allah mengimbau senilagu dan irama rock tahun 80/90an yang sangat sesuai dengan keunikan bekas vokalis kumpulan Handy Black, Nurzul Suphia'an Sa'ban atau lebih dikenali sebagai Zul Handy Black. Sesungguhnya, tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Allah SWT ada di mana-mana untuk kita perhatikan dan insafi. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali ‘Imran:190-191)







TEMPAT KE-22

JANGAN BERHENTI
Munsyid: Hafiz Hamidun
Senikata: Hafiz Hamidun
Senilagu: Azlan Abu Hasan
Durasi: 04:22
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Lagu OST drama bersiri Mencari Kiblat dendangan Hafiz Hamidun ini memberikan suntikan semangat kepada mereka yang sedang menghadapi ujian. Jangan pernah berhenti mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT dengan selalu berdoa memohon keampunan daripada-Nya.







TEMPAT KE-23


(IN MY HEART) IS ALLAH
Munsyid: Aden AnB
Senikata: n/a
Senilagu:  n/a
Durasi: 03:54
Muaturun: MP3 | Spotify | Amazon

Ramai yang mengenali Aden Edcoustic tapi kurang mengenali Aden AnB (Aden & Brother).  Aden mulai mendapat tempat di hati peminat sejak memenangi Idola Nasyid Indonesia (INI) pada tahun 2015. Anak muda ini mempunyai vokal unik yang terserlah di dalam lagu yang lebih popular iaitu Kekasih Sejati dan Ana Uhibbuki Fillah. Lagu Is Allah mempunyai senilagu yang catchy dan mudah diingati namun amat bermakna sekali senikatanya. Semoga saudara Aden terus menghasilkan karya-karya yang hebat di rantau ini. Album Aden AnB diedarkan di Malaysia oleh Loonaq Records dan boleh didapatkan di sini.









TEMPAT KE-24


MEDLEY SALAWAT NABI
Munsyid: Mohamed Tarek & Mohamed Youssef
Senikata: Pelbagai
Senilagu:  Pelbagai
Durasi: 03:34
Muaturun: MP3

Akhir tahun lalu, MV medley oleh dua jejaka Mohamed yang mendendangkan lagu-lagu selawat kepada Nabi SAW menjadi viral dan begitu popular sekali sehingga mendapat jumlah 11 juta views di Youtube. Lagi ini terus popular dan banyak dikongsikan ketika kita meraikan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW dapat dirasakan getarnya melalui suara mereka yang lunak dan penuh ekpresi. Salawat dan salam buat Rasulullah SAW.






TEMPAT KE-25


SHALAT KILAT
Munsyid: Iwan Syahman
Senikata: Ustadz Hamdan
Senilagu: Ustadz Hamdan
Durasi: 03:35
Muaturun: MP3

Lagu Shalat Kilat mengisahkan kisah solat terawih 23 rakaat dalam 7 minit yang pernah viral pada tahun 2015 lalu sebagai peringatan untuk umat Islam yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Lagu dengan senikata yang catchy dan begitu bersahaja ini mempunyai mesej yang jelas akan keperluan kita menjaga perihal solat yang berkualiti agar diterima Allah SWT.






TEMPAT KE-26


DOA BUAT IBU
Munsyid: Suhaimi Saad
Senikata: Suhaimi Saad
Senilagu: Suhaimi Saad
Durasi: 03:45
Muaturun: MP3 | Spotify | Deezer

Sebuah lagi lagu bertemakan kekeluargaan, Doa Buat Ibu begitu menyentuh hati mereka yang merindui ibu yang telah pergi untuk selama-lamanya. Jika anda masih mempunyai ibu, berbaktilah dan berbuat baiklah kepadanya selagi waktu masih berbaki. Sesungguhnya berbakti kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia dan dituntut oleh Allah SWT.













1 ulasan:

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.