20 Lagu Nasyid Terbaik Paling Best Tahun 2013 / 1434H - Lihat Lirik dan Muaturun

Picture1
Pejam celik pejam celik kita sudahpun berada di penghujung tahun 2013. Tahun ini menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka dan isu-isu semasa yang membuatkan kita bangga, sedih, marah dan lain-lain lagi (pasca PRU-13 dan siri kenaikan harga barang). Apa-apa pun yang terjadi, saya berharap agar kita semua terus tabah dalam mengharungi hidup dan selalulah bersyukur kepada Allah SWT.

Buat industri nasyid tanah air pula, lagu-lagu baru yang muncul di sepanjang tahun ini telah berjaya mencuri hati peminat-peminat masing-masing. Di samping itu, trend artis yang bersara dari dunia hiburan dan menjadi pendakwah seni terus menjadi kesyukuran dan kebanggaan kita semua. Apatah lagi apabila melihat ada yang bertemu jodoh yang berkongsi pengalaman menyelusuri jalan keinsafan yang sama. Alhamdulillah...
 
Seperti kebiasaannya di penghujung tahun ini, akan muncullah pelbagai jenis senarai 'best of the best' yang meliputi pelbagai topik. Che Ahmad juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian nasyid-nasyid terbaik yang menjadi halwa telinga kita di sepanjang tahun 2013. Antara kriteria yang dilihat adalah tempoh masa berada di carta nasyid ikim.fm, populariti lagu dan keunikan yang tersendiri. Lagu-lagu ini tidak semestinya baru dilancarkan pada tahun 2013 di mana ada sesetengahnya dilancarkan pada tahun lalu dan bertahan sehingga ke pertengahan tahun 2013.
 
Jadi tanpa membuang masa, terimalah anugerah...

 

~ 20 LAGU NASYID TERBAIK TAHUN 2013 ~

 
 
NOTA: Sila ke penghujung entri untuk mendengar kesemua lagu-lagu di bawah yang telah diedit dan diupload ke soundcloud.


Tempat Pertama

Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

 
Berada di carta lebih 40 minggu (10 bulan), lagu ini ditujukan khas buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang kita rindui dan kasihi selalu. Sesiapa yang mengikuti sirah perjalanan Baginda SAW dengan bersungguh-sungguh pastinya akan jatuh cinta dan bertambahlah kasih dan rindu kepada insan agung ini. Keindahan budi pekerti, akhlak, rupa paras yang sempurna dan pengorbanan Baginda dalam usaha dakwah untuk menyinari kehidupan manusia dengan nur Islam yang menenggelamkan kejahilan menjadi kenangan dan kerinduan kita semua. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda SAW.
 
 
 
 

LIRIK:

 

Rasulullah...
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
 
Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
 
Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga
 
Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah...
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah...
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah...
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasulullah... Ya HabibAllah...
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku


Abe: Bila diteliti lirik dan irama lagu ini, ternyata Hafiz Hamidun sememangnya insan seni yang berbakat!

 

Tempat Kedua

Don't Forget Allah - Farid Sanullah

 
Walaupun tidak berada di carta ikim, lagu yang didendangkan oleh munshid warganegara Australia kelahiran tanah air ini telah mencuri hati ramai peminat nasyid yang mendengarnya buat pertama kali, tertarik dengan larikan biola dan senikatanya yang indah, mudah diikuti serta mudah difahami seiring dengan mesejnya yang simple iaitu - don't forget Allah!
 
 

 

Nota: Video di atas tidak lagi available. Boleh lihat video lain di sini: https://www.youtube.com/watch?v=SWqFjlMMmHU

 

 

LIRIK:

 
 
You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way
 
Hey, you make du'a Allah’s there
Whoever you are because He cares
 
Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah
 
Lets flashback lets backtrack to a time like yours and mine
The story of the three who long to be free of their misery
To the poor he opened the doors gave him plenty of His bounty
 
Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah
 
Can't you see His promise to you
Can't you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah
 
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah He’ll guide you to all that is good
 
Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands Alhamdulillah
 
You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way
 
Abe: Ada iras-iras Farid Sanullah

 
 
Tempat Ketiga

Al-Haq Yang Satu - Mawi feat. Dato' AC Mizal

 
Sebuah lagu yang memberi nafas baru kepada industri nasyid tanah air. Walaupun baru disenaraikan dalam carta Ikim pada bulan November, namun lagi ini pantas mendapat tempat di hati peminat-peminat nasyid tanah air. Kehadiran semula Mawi dengan suaranya yang lunak dan alim-alim gitu pastinya dirindui oleh para peminat kipas-susah-mati beliau. Di sebalik senilagu yang berbeza dari kebiasaan, senikata lagu ini mengandungi bait-bait zikir istighfar yang penuh dengan pengertian dan keinsafan yang mendalam. Hayatilah liriknya dan datangkanlah kekesalan dari hati yang ikhlas ingin mendekatiNya sekaligus membimbing isteri dan anak-anak bersama. Semoga lebih ramai lagi artis yang diberikan kekuatan untuk berhijrah meninggalkan dunia hiburan yang dimurkaiNya. Amiin...
 
 

 

 

LIRIK:

 
 
(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku perbetulkan segala kesilapan lalu.
Andainya kupernah melukakan hatimu, izinkan aku mengubati jiwa ragamu.
Segala-gala suka dan duka tak pernah dapat kulupa
Daku manusia biasa dibawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara janganlah leka jangan terpedaya antara kaca dan juga permata

(Mawi)
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah Yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Kuingin dekat denganmu...


Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah x2
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi, kukota kata-kata yang telah kujanji
Andainya ditakdirkan esok aku pergi, susun sepuluh jari memohon diampuni
Janganlah bersedih berduka berjumpa di sana semula
Kembali kepada Pencipta di ruang yang luas terbuka pintu syurga dan neraka
Betapa kau bersedih berduka dijiwa gelora di dalam dilema menanggung derita

(Mawi)
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah Yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Kuingin dekat denganmu...

Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah x2
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti

Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi israfil
Fi a'mami bismillahi izrail

(AC Mizal)
Allahu Akbar Allah Yang Maha Besar
Mari memuji memuja Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah segala dosaku yang lalu kumerindui padaMu
Setiap hembusan nafasku kuseru namaMu
Sebagai hambaMu yang lemah dan hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Kuberdoa padaMu dekatkan diriku denganMu
Tenangkan jiwaku terangkan jalanku

 
Abe: moga dapat menghayati isi-nya bukan sekadar nyanyian-nya sahaja


Tempat Keempat

Ikramul Kareem - UNIC feat. IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz & IM Naufal

 
Ikramul Kareem adalah sebuah lagu zikir yang memuji nama-nama Allah yang termulia dan dimuliakan. Ia turut menyelit bait-bait zikir taubat yang diberikan nafas baru. Alunan senilagu yang juga sangat menyentuh hati yang ingin selalu dekat kepada Allah SWT.

 
 
 

LIRIK:

 
Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim

Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim

Khabir
Shahid
Hamidr Raqibul Muqit

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim

Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim

Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim

Kau selalu ada di hatiku
Ku kan selalu menyebut namaMu Allah Allah

Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar

Dan sujudku rebahkan untuk mengharapkan
Keampunan keredhaan kasih sayang dan rahmat
DariMu Ya Allah

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul zanbil adzhim

Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Kau pengampun dosa-dosa besar



Tempat Kelima

Kasih - Mestica feat. Dakmie

 
Sebuah lagu lama yang dihidupkan semula ciptaan Dakmie. Lagu yang sepatutnya dimuatkan di dalam album ketiga UNIC kini menjadi single yang sangat popular di kalangan pendengar nasyid. Lagu ini memiliki senikata yang sangat indah dan sayu. Kasih yang dimaksudkan itu ialah junjungan besar nabi kita Muhammad SAW...

(klip video yang ada cuma persembahan pentas yang lama)
 
 


 

LIRIK:

 
Kasih yang aku rindu
Membawa perasaan pilu
Kasih yang aku tunggu
Menjelma dalam mimpiku

Kan termetrilah
Hati yang terlalu gundah
Membelai rasa yang terindah

Kasih yang tersembunyi
Di balik kesucian hati
Kasih yang kumiliki
Hamparan dari ilahi

Dan terlerailah
Hati yang terlalu gundah
Membelai masa yang terindah

Terbentang luas pandangan
Pada mata yang memandang keindahannya
Airmata kasih yang mengalir
Menzahirkan kecintaan
Yang tak terhingga

Hinggaku merasa kaku
Hinggaku merunduk malu
Betapa hebatnya
Cintamu..
 
Abe: Alangkah indahnya apabila sang kekasih muncul di dalam mimpi...
 
 
Tempat Keenam

Aku Yang Berdosa - Shahir AF8

 
Lagu yang dilancarkan pada tahun 2012 ini terus gah menakluki carta Ikim tahun ini. Sememangnya lagu ini mempunyai kekuatannya tersendiri walaupun dengan senikata yang mudah. Tahniah Shahir kerana berjaya membawakan lagu ini dengan sepenuh hati dan perasaan yang dibasahi keinsafan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
 
 

Nota: Video di atas tidak lagi available. Boleh lihat video lain di sini: https://www.youtube.com/watch?v=lhyXL7SnIpc
 

LIRIK:

 
Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburiku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
 
 
Tempat Ketujuh

Kau Ditakdirkan Untukku - Inteam feat. Aden Edcoustic

 
Menjelangnya hujung tahun ini, sudah tentu ramai yang akan melangsungkan pernikahan. Jadi saya rasa tidak sah jika tidak dimasukkan sebuah lagu romantis islami buat pengantin baru. Malahan bukan untuk pengantin baru sahaja, boleh juga tujukan khas kepada isteri untuk ulangtahun perkahwinan akan datang. Insya Allah isteri akan terharu dan rumahtangga akan terus bahagia. Walau apa pun sebabnya, lagu ini memang layak untuk disenaraikan sebagai antara lagu terbaik 2013.
 
 


 

LIRIK:

 
Terucap syukurku
Aku memilihmu untuk menjadi teman hidup setia selamanya

Belahan hati ini
Kini telah terisi aku dan dirimu mengikat janji bahagia

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan
Belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia disurga-Mu 
Pegang tanganku tataplah mataku 
Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya
 
Abe: Untuk isteri tercinta...


Tempat Kelapan

Maafkan Aku - Nowseeheart

 
Lagu terbaru oleh Nowseeheart kini sedang hangat mendaki carta ikim.fm. Lagu ini pastinya memberikan nafas baru kepada industri nasyid tanah air dengan rentak yang lebih dekat kepada generasi muda. Ayuh dengarkan...
 
 


 

LIRIK:

 


Selama menjalani kehidupan ini
Tiada kusedari kesilapan diri
Aku tidak berdaya hanyalah manusia
Terlanjur ku ada aku biasa
 
Mengapa tidak ku mengerti semua yang terjadi
Hanya penuh anggapan yang jauh menyasari
 
Benarkah ada kesempatan ditebusi segala
Usah biarkan aku terus hidup tersiksa
 
Aku bersalah Aku berdosa
Selalu mengingkariMu

Kan ku derita Kan ku sengsara
Tanpa kemaafanMu

Dan aku menyesal Aku bertaubat
Dari semua dosaku

Kesilapanku Kekuranganku
Dalam mentaatiMu
 
Pastinya aku bahagia
Di dunia jua disana
RahmatMu itu segala
Membawa ke syurga
 
Benarkah ada kesempatan ditebusi segala
Usah biarkan aku terus hidup tersiksa
Abe: Aku maafkan...
 


Tempat Kesembilan

Iman Aman - Inteam



Lagu kegemaran peribadi penulis buat tahun 2013. Iman Aman adalah sebuah lagu dakwah untuk pendakwah.  Ayuh, kita kekal dalam keimanan, pastinya keamanan akan bertakhta di dalam hati.
 
 


 

LIRIK:

 


Tuhan... gelora dunia
Mengundang resah menyulam seksa
Fitnah bersengketa jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia gersang sekali

Di mana mujahid yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad semarakkan kesedaran ummat

Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
Tarbiah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar bersendikan pohon iman
ayuh sedia wahai pejuang jika mahu ambil pengajaran

Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
tarbiah berilmu beriman murnikan budi
berjuang berkorban beramal sucikan diri
inilah nilaian pejuang yang dicari

Betapa indahnya indahnya merendang teduh
hamparan ditaman buana bernama amal
oooo... iman dan amal...


Tempat Kesepuluh

Ya Maulana - Opick

 
 
Lagu baru Pak Opick dalam album terbarunya yang berjudul Ya Maulana 2013. Lagu ciptaan Opick senantiasa indah senikatanya dan mudah senilagunya untuk kita dan anak-anak menyanyi bersama.
 
 
 


 

LIRIK:

 


Maulana Ya Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan
Abe: Berkesempatan melihat persembahan lagu Ya Maulana secara live baru-baru ini


 

TEMPAT KE-11 HINGGA KE-20

 
 
 

11. Hufaz – Selagi Ada Waktu

 
 

 

LIRIK:

 
Hitam putih kehidupan
Kita sendiri yang menentukan
Harus percaya pada keupayaan
Tabahkan hati menempuh cabaran

Dunia hanya satu persinggahan
Sampai masa akan ditinggalkan
Jangan hanyut dalam kelalaian
Dibuai dunia penuh kepalsuan

Tersesat kita di dalam perjalanan
Masih ada jalan untuk pulang
Selagi diberi kesempatan

Dalam perjalanan kadang kita lupa
Dan asyik mengejar nikmat dunia
Apakah kita lupa tujuan sebenar
Mengapa kita dijadikan Tuhan?

Ada buruk baik keduanya beriringan
Gunakan iman menepis dugaan
Mencari yang benar sebagai pedoman
Harus percaya janji Tuhan
Yang pasti benar



12. Maher Zain – This Worldly Life

 
 

 

LIRIK:

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

 
 

13. Firast – Epilog Perjuangan

 
 

 

 

LIRIK:

 
Tika fajar nan menyinsing membawa sinar cahaya
Terang menyuluhi bumi yang gersang dan ketandusan
Suara azan berkumandangan mengalunkan kesyukuran
Bersatu dalam kalimah ketakwaan
 
Berkubur sebuah episod kejahilan duniawi
Tanda bermula sebuah kehidupan yang dinanti
Bergema suara kalam melimpah cahaya Ilahi
Tersebar risalah agung yang abadi
 
Bertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sana
 
Detik ini senyuman tawa
Terukir kembali mengiringi perjuangan
Membawa erti kemerdekaan anugerah Ilahi
Terbinalah maruah ibu pertiwi
 
Epilog perjuangan cinta yang satu
 
Bertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sana
 
Detik ini senyuman tawa
Terukir kembali sekian lama
Memberi erti hakikat merdeka
Menjelma sebuah impian bermakna

Melestari harapan suci dan murni
Menyusur jejak langkah tercinta
Terbina maruah ibu pertiwi
Kejayaan, kejayaan
Epilog perjuangan
 

 

14. Imam Muda Asyraf – Rahmatan Lil ‘Alamin

 
 
 

LIRIK:

 
Sesungguh telah datang kepadamu seorang Rasul
Terasa berat baginya pada tiap kesusahanmu
Yang amat mendambakan ketulusan iman bagimu
Menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada umatnya

Dikaulah insan yang memaafkan umatmu
Tiada manusia yang terguris dengan sifatmu
Seluruh kehidupan terasa keasih sayangmu
Betapa alam tersentuh dengan pemergianmu

Rahmatan Lil'Alamin
Rahmatan Lil'Alamin

Kau pimpin tangan halus isterimu menuju ke pintu
Pehamu atas pijakan tika mereka memerlukan
Kau seru mereka dengan panggilan nama yang manja
Disandarkan dengan mesra tubuhmu pada mereka

Lembut tanganmu mengusap rambut anak kecil
Dikau cium mereka bagai mencium anakmu
Ketawa suka mereka berpaut dibahumu
Belaian manjamu terasa menyentuh di kalbu

Man La Yarham La Yurham
Man La Yarham La Yurham

Terdengar tangisan yang misteri disisi mimbarmu
Dari kehidupan pohon tamar yang kau sandar dahulu
Kau muliakan insan yang mencintai makhluk Tuhan
Walau hanya memberi minum pada haiwan kehausan

 
 

15. 6ixth Sense – Cintaku Padamu Seluas Angkasa

 
 

 

LIRIK:

 

Salamku kepadamu yang Nabi Allah
Junjungku kehadiratmu ya Rasul Allah
Rinduku kepadamu selalu dihatiku

Terluntur dijalanku yang Nabi Allah
Cahaya di hatiku ya Rasul Allah
Cintaku kepadamu selalu di hatiku

Sallallah ala Muhammad
Sallallah alaihi wassallam
Ya Nabi salam alaika
Salawatullah alaika

Cintaku padamu seluas angkasa
Terbentang di jagat raya

 

16. Wildan – Usah Berpaling Lagi

 
 

 

LIRIK:

 

Usah berpaling lagi tentang kisah semalam
Jalanmu masih jauh terus jangan berpaling
Usah kau pedulikan kata-kata nista
Usah dipeduli kata bersalut dusta

Kerna kau perlu percaya
Pada dirimu sendiri
Jalanmu masih jauh
Jangan engkau peduli
Pada fatamorgana

Yang memukau namun dusta

Biar masa berlalu
Jangan engkau berundur
Biar badai menderu
Biar ombak membadai

Yakinlah padaNya
Dia Yang Maha Mengetahui
Minta petunjukNya
Agar jalanmu tidak kan terhenti

 
 

17. Ayai Illusi feat. Altimet – Duniaku Dakwahku

 
 
 

LIRIK:

 

Ayuh
Duniaku dakwahku

Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tikaku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan
NamaMu, cahayaMu, wahidku, Kau yang satu

Satu kalam cetusan mindaMu
Kan menyubur indah imanku
Kala hatiku dirundungi mega
Kembali ke jalan syurgaNya

Tiada ikutan yang terpaling indah
Membawaku tenang di sana
Dakwahku seikhlas hati terbina
Pencetus rasa di jiwa

Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia

Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milikNya
Takkan ku berpaling dariNya
Duniaku dakwahku selamanya

Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu
Allahu Akbar

Dakwahku percaturan
Dakwahku bak pelaburan
Moga esok nanti bila ia matang
Berbuah sebelum sangkakala datang
Biar dakwahku menjadi bekalan
Untuk aku, kamu dan semua kenalan
Banyak tarikan ranjau sepanjang jalan
Dakwahku menyuluh langkahku ke hadapan

 

18. UNIC – Seiring Sehaluan

 
 

LIRIK:

 

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

 
 

~ANUGERAH KHAS~

 

 

Amar – Macam Cantik Jer

 
Saya cukup salute dengan saudara kita Amar yang all-rounder ni. Inilah satu parodi yang sangat positif dan bukan sekadar kelakar semata-mata. Senikatanya juga penuh nasihat yang menyedarkan kita bahawa keindahan, kecantikan dan kemolekan rupa paras yang kita miliki adalah satu ujian dan pinjaman kepada kita. Sesungguhnya segala kecantikan itu adalah milik Allah SWT.
 
 

 

LIRIK:

 

Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa Ilahi
Hebatnya Dia Yang Maha Pencipta
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Macam cantik jer, macam comel jer
Semua ciptaan Allah

Macam cantik jer, macam comel jer
Segala pujian kembali pada-Nya

Macam cantik jer, macam comel jer
Indahnya Tuhan ciptakan kita

Macam cantik jer, macam comel jer
Ajaibnya alam semesta

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa

Bersyukurlah kita dengan nikmat-Nya

 
 
 

Ustaz Jeffry Al-Buchori – Sepohon Kayu

 
Saya mulai mengenali Allahyarham Ustaz melalui lagu Ya Robbana yang dinyanyikan bersama oleh Pak Opick. Beliau adalah seorang insan seni kelahiran Jakarta yang berbakat dan telah banyak berbakti kepada dakwah islam. Al-Fatihah untuk beliau…
 
 


LIRIK:

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunnah yang ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang lima lah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sadarkan diri
Hidup di dunia tiada berarti
Akhirat di sana sangatlah rugi

 

Demikianlah 20 buah lagu nasyid yang terbaik buat tahun 2013. Jika ada yang tidak tersenarai di sini, saya memohon maaf kerana ini adalah pemilihan peribadi semata-mata (terpaksa keluarkan lagu Jatuh Bangun oleh Inteam). Saya mengalu-alukan para pembaca sekalian untuk berkongsi lagu-lagu nasyid kegemaran anda buat tahun ini di ruang komen untuk sama-sama kita menghayati senilagu dan senikata lagu yang hebat-hebat ini.

Akhir kata, insya-Allah kita bertemu  kembali di tahun hadapan. Semoga arena nasyid tanah air terus meriah diwarnai dengan lagu-lagu berunsur nasihat yang tambah mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT.

 

RINGKASAN SENARAI

 

    1. Hafiz Hamidun – Kasih Padamu
    2. Farid Sanullah – Don’t Forget Allah
    3. Mawi feat. Dato’ AC Mizal – Al Haq Yang Satu
    4. UNIC – Ikramul Kareem
    5. Mestica – Kasih
    6. Shahir AF8 – Aku Yang Berdosa
    7. Inteam feat. Edcoustic – Kau Ditakdirkan Untukku
    8. Nowseeheart – Maafkan Aku
    9. Inteam – Iman Aman
    10. Opick – Ya Maulana
    11. Hufaz – Selagi Ada Waktu
    12. Maher Zain – This Worldly Life
    13. Firast – Epilog Perjuangan
    14. Imam Muda Asyraf – Rahmatan Lil ‘Alamin
    15. 6ixth Sense – Cintaku Padamu Seluas Angkasa
    16. Wildan – Usah Berpaling Lagi
    17. Ayai Illusi feat. Altimet – Duniaku Dakwahku
    18. UNIC – Seiring Sehaluan
    19. Amar – Macam Cantik Jer
    20. Ustaz Jeffry Al-Buchori – Sepohon Kayu

 

DENGAR & MUATURUN ALBUM:

Abe: Tutup tirai 2013

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.