30 LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2017 - DENGAR, LIHAT LIRIK & MUATURUN MP3

cover

Senarai sebelum ini: 2013 | 2014 | 2015 | 2016 | 2017

Alhamdulillah, kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2017 dan masih diberi peluang untuk menghela nafas sedalam-dalamnya. Maka berbahagialah bagi setiap nafas yang berzikir mengingatiNya. Bagi yang tersesat dan melankolia, segeralah menyusuri jalan pulang kerana waktu yang berbaki adalah anugerah tanda kasih sayang Allah untuk hamba-hambaNya yang bertaubat.

Tahun 2017 sangat meriah dengan begitu banyak sekali nukilan nasyid yang mengasyikkan dan menginsafkan. Sebanyak 30 buah lagu telah terpilih sebagai lagu nasyid yang terbaik dan paling popular sepanjang tahun 2017 (senarai terpanjang setakat ini!). Seperti tahun-tahun lalu, kriteria yang dipilih adalah bait-bait kata yang mudah dan menambahi pahala, senilagu yang senang diikuti dan populariti.

Tahun ini juga memperlihatkan acara sulung Gema Gegar Vaganza 1 (GGV1) di mana kumpulan UNIC telah dinobatkan sebagai juara melalui lagu Ainul Mardhiyah. Tahniah diucapkan kepada kumpulan UNIC. Semoga acara sebegini diteruskan lagi di masa hadapan. Tidak lama lagi juga kita akan dipersembahkan dengan Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang diterbitkan oleh Radio IKIM.fm. Pada masa artikel ini ditulis, sebanyak 10 buah lagu  layak ke peringkat akhir. Mungkinkah pemenang AN17 merupakan salah satu lagu yang tersenarai di bawah? Saya harap begitulah.

Untuk senarai tahun ini, saya memilih gambar oleh Takashi Nakagawa berjudul Ben Youssef di Marrakesh yang telah memenangi tempat pertama pertandingan National Geographic' Traveler Photographer of the Year 2016 (Cities). Saya rasa ia sangat sesuai dengan lagu Jalan Syahadah oleh Daqmie yang menduduki tangga ke-3 senarai tahun ini.

Oleh itu, tanpa melengahkan masa, saya persembahkan senarai lagu nasyid terbaik dan paling popular bagi tahun 2017. Akhir kata, jangan lupa untuk menyokong industri tempatan dengan membeli full album yang original jika anda menyukai lagu-lagu ini. Saya yakin dalam full album terdapat banyak lagi lagu butir-butir permata untuk dihayati dan diinsafi. Kongsikan artikel ini dan semoga kalian dirahmati Allah selalu hendakNya.


~ LAGU NASYID TERBAIK 2017 / 1438H ~

{Sila ke penghujung artikel ini untuk ringkasan senarai dan playlist}

    
 

Tempat Pertama:

Image result for ya rabbi ya

Ya Rabbi Ya
Munsyid: Inteam feat. Adik Viral
Senikata: Adik Viral
Senilagu: DJ Fuzz & Raqib Majid
Durasi: 3:28
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BDfYv6 

Lagu yang menduduki tempat pertama sudah pasti tidak lain dan tidak bukan single Ya Rabbi Ya oleh Inteam featuring Adik Viral. Ia merupakan lagu yang paling kerap diputarkan pada tahun ini sehingga terngiang-ngiang di kepala. Anak-anak kecil begitu cepat menangkap bait-bait korus dalam lagu ini dan menyanyi bersama. Itulah kuasa dakwah yang ada pada lagu sehingga ia terus-menerus mengungguli carta nasyid tahun ini. Lagu yang mendapat sentuhan DJ Fuzz ini mengajar kita supaya tidak berputus asa dan terus berusaha. Caranya? Iaitulah dengan meminta dan mengadu kepadaNya selalu.

Video:

Lirik:

Akan aku teguh tuk bisa menerima
Tak rela ku dikabur malah terima kesan sampingnya

Aku nyanyikan lagu cuba kau hayatinya
Agar ini membantu ku sedar bahawa kebesaran-Nya

Yakinlah kan ada sesuatu menantimu
Selepas kesabaran kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya x3
Ku berserah

Rasa sakit kamu sama dan serupa
Mungkin ada yang berbeza cuma menghadapinya

Cepat atau lambat apa nak dirisaukan
Maju seperti biasa kuatkan keimanan

*Sifat terburu-buru. No! Jangan terburu
Masa boleh atur berundur bukan maksud berputus asa
Cuma belajar berserah. Telaah agar jadi kuat dan tak beragah
Di pagi ku nanti ku pasti ku perlukan-Mu juga lagi
Bersujud selagi ku wujud*
    
  
   

Tempat Ke-2:

36761534_800_800Tujuh Dinar Terakhir    
Munsyid: Soutul Amal    
Senikata: Mohd Firdaus Sahiddin
Senilagu: Alfa Booty Kesuma
Durasi: 3:59    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BcI5Ru 

Jika lagu Tangis Sebatang Tamar mengisahkan tentang sebatang tamar yang rindukan Rasulullah SAW, maka pada tahun ini kita ada lagu Tujuh Dinar Terakhir oleh Soutul Amal yang mengisahkan tentang keamanahan Rasulullah SAW. Walaupun bilangan dinar itu tidaklah besar mana, dan walaupun Baginda SAW telah dijamin masuk syurga, namun begitu Baginda SAW masih takut dan risau tentang harta dunia yang tidak diagihkan kepada yang memerlukan sebelum meninggalkan dunia ini. Lagu yang sangat menginsafkan kita yang terlalu asyik mengumpul harta kekayaan. Lagu ini dimuatkan dalam album terbaru Soutul Amal iaitu #DutaKasihSayang. Dapatkan full album di sini.

Video:

Lirik:

Semakin hampir detik kematian suratan taqdir takkan dilengahkan
Diri khuatir resah perasaan dinar terakhir masih tersimpan

*Apakah jawapanku nanti pabila menghadap Tuhanku
Sedangkan tujuh dinar ini masih ada di tanganku*

Akhirnya tujuh dinar diagih
Barulah tenteram nurani
Menuju Kasih Tertinggi
Dunia bukan halangan

Tujuh dinar terakhir lambang kesederhanaan
Bukti keamanahan Rasulullah
Dia pemimpin ulung dia kekasih Agung
Siapakah kita di mana berada

*Ya Rasulullah terlalu agung peribadimu
Engkaulah qudwah pimpinan dambaan ummah*

Baginda kekasih Allah di tangannya kunci khazanah (semesta)
(Namun) dunia bukan dambaannya
Cintanya Ar-Rafiqul A’laa…
     
      
     

Tempat Ke-3:

Daqmie Jalan SyahadahJalan Syahadah    
Munsyid: Daqmie   
Senikata: Alfa Booty Kesuma
Senilagu: Alfa Booty Kesuma
Durasi: 4:52    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2ALsdmd 

Daqmie sekali lagi mencuri perhatian setelah lagu Tangis Sebatang Tamar diumumkan sebagai Juara Anugerah Industri Nasyid 2015 dengan lagu Jalan Syahadah. Lagu ini mempunyai senikata yang begitu mudah namun mempunyai makna yang sangat mendalam. Digandingkan pula dengan kekuatan vokal Daqmie, pastinya ia menusuk kalbu mereka yang menyusuri jalan syahadah.

Video:

Lirik:

Jalan syahadah, jalan mujahadah
Panduan sunnah untuk menuju Allah

Jalan yang sunyi, jalan yang sepi
Jalan untuk kita kembali

Islam dan iman, itulah tujuan
Khabarkan berita ke seluruh alam

Akhlak yang mulia cerminan syiarnya
Selamat kita selamanya



Tempat Ke-4:

Harris J Salam AlaikumSalam Alaikum    
Munsyid: Harris J   
Senikata: Paddy Dalton, Moh Denebi, Maher Zain & Bara Kherigi
Senilagu: Paddy Dalton, Moh Denebi, Maher Zain & Bara Kherigi
Durasi: 3:21    
Muaturun MP3: n/a

Nama Harris J sekelip mata menjadi satu nama yang cukup popular apabila lagu Salam Alaikum kerap diputarkan di radio tempatan dan antarabangsa. Di Youtube sahaja ia memperoleh 65 juta views, satu jumlah yang tidak sedikit! Walaupun album sulung Harris iaitu Salam telah diterbitkan pada 2015, lagu ini terus popular sehingga ke hari ini. Lagu ini juga mendapat tempat di hati kanak-kanak yang begitu mudah menuturkan bait korusnya yang cukup catchy. Suara Harris J juga cukup unik dan mendapat tempat di kalangan remaja. Sesungguhnya Islam adalah agama rahmah untuk sekalian alam. Sebarkan salam, sebarkan keamanan!

Video:

Lirik:

You can try and turn off the sun I’m still going to shine away, yeah
And tell everyone we’re having some fun today

We can go wherever you wanna and do whatever you like
Let’s just have a real good time

Assalamu ‘alaikum, ‘alaikum yeah

I just want to spread love and peace and all of my happiness, yeah
To everyone that I meet ‘coz I'm feeling spectacular

I love it when we love one another, give thanks everyday
For this life, living with a smile on our face

Spread peace on the earth, cherish the love that is around us
Spread peace on the earth, treasure the love, let it surround us
Always be kind, always remind one another
Peace on the earth everyday
 
    
   

Tempat Ke-5:

Black Dalam AkuDalam Aku    
Munsyid: Black feat. Rabbani 
Senikata: Sheikh Qalam
Senilagu: Sheikh Qalam
Durasi: 4:17    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2AsjKaB 

Lagu ini mengejutkan peminat-peminat nasyid apabila ia terus-menerus mendaki carta nasyid tanah air di sepanjang tahun ini. Lagu ini juga telah berjaya layak ke peringkat akhir AN17 setanding dengan lagu Jalan Syahadah oleh Daqmie. Menampilkan kekuatan vokal Black, mesej yang ingin disampaikan dalam lirik lagu ini begitu mendalam sekali dan pasti akan menusuk kalbu mereka yang menghayatinya dengan teliti. Lagu ini dimuatkan di dalam album terbaru Rabbani berjudul Yang Benar. Dapatkan full album mereka di sini.

Video:

Lirik:

Melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu
Berfikir dengan minda-Mu

Berlari ku berlari mencari arah diri yang ku sendiri tak pasti
Jalan yang manakah seharusnya aku lalui
Liku-liku yang manakah harus aku tempuhi
Dalam mencari makna kehidupan ini bagai tiada erti
Tanpa ku sedari aku jatuh sendiri ditelan arus duniawi

Kini aku sedar aku telah jauh pada-Mu oh Kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku
Tak pernah ku tahu siapa diriku

Mencari ku mencari lemah ku tak berdaya
Namun tak pernah berhenti melafazkan keagungan
Nama di hati Kaulah yang abadi
Tanpa ku sedari aku jatuh sendiri
Dan kini baru ku mengerti

Tiadaku tanpa ada-Mu
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku



Tempat Ke-6 (Pilihan Penulis):

FirastMelankolia 
Munsyid: Firast feat. Fadzli Far East
Senikata: Hazalinda Harun
Senilagu: Fadzli Fareast
Durasi: 4:16    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2iRfDtB 

Pertama kali mendengar lagu ini diputarkan di radio, saya terus jatuh cinta dengan senikata dan senilagunya. Seolah-olah ada sentuhan ajaib yang membuatkan jiwa ini terpaut. Ternyata ia istimewa kerana mendapat sentuhan Fadzli Far East dengan lirik oleh Hazalinda yang begitu puitis dan mendalam maksudnya. Senilagunya yang naik dan turun mirip alunan lagu Istikharah Cinta oleh Sigma yang membuai perasaan yang berbaur seribu satu rasa, itulah dia jiwa yang melankolia…

Video:

Lirik:

Melankolia diriku yang melankolia tercari-cari tempat yang terima hinanya aku
Melankolia diriku yang melankolia dan aku ketemukan Dia disisiku

Wahai Zat yang menggenggam jiwa-jiwa yang hidup dan jiwa yang mati kerana dosa
Sesungguhnya aku takut akan neraka
Terimalah taubatku sebelum nyawa terlepas dari raga

Engkau telah khabarkan aku berita gembira
Islam adalah Ad-Din yang lengkap dan sempurna
Kerna rahmat jua kasih-sayangNya
Taubatku ditunggu hingga hujung nyawa…



Tempat Ke-7:

Syurga DuniaHitam Putih
Munsyid: UNIC feat. Ustaz Elyas Ismail
Senikata: n/a
Senilagu: n/a
Durasi: 4:22    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2jMPvkw 

Lagu Hitam Putih mengisahkan tentang jiwa yang terlanjur dengan dosa. Maka beruntunglah jiwa yang gelisah dan pantas menyesali dosa yang terlakukan. Lagu ini menepati ciri-ciri lagu nasyid yang mudah dengan senikata yang menuturkan bait-bait doa. Dapatkan full album Syurga Dunia yang menampilkan alunan zikir-zikir menginsafkan oleh keunikan vokal Ustaz Elyas Ismail.

Video:

Lirik:

Dosa itu meresah di jiwa mengundang murka Yang Maha Esa
Musnah semua yang diusaha sesat di dunia sementara

Sangat gelisah di hati ini jika tanpa redhaMu Ilahi
Jiwa sunyi dan sepi kerana Dia pemilik hati

Tubna Ya Allah
Wa nadimna Ya Rahman
Wa raja’na ya Rahim
Irhamna Ya Rabbana

KeampunanMu yang dinanti penyubur jiwa yang telah mati
Membasuh nurani hidupku kembali lebih bererti


Tempat Ke-8:

akim the majistret - hanya padamuHanya PadaMu
Munsyid: Akim & The Majistret
Senikata: Shamril    
Senilagu: Shamril   
Durasi: 4:48    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2jMPvkw 

Akim & The Majistret membawa satu kelainan apabila menampilkan sebuah single berjudul Hanya PadaMu. Lagu yang sungguh menyayatkan hati-hati yang telah disentuh cahaya hidayahNya. Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang selalu mendapat keampunanNya…

Video:

Lirik:

Dalam pekatnya malam aku terjaga
Dihimpit dosa tersimpuh ku menghadapMu      

Inikah perasaan bila Kau menyapa
Baru ku sedari dari tidurku      

Pantaskah aku ke sana tinggalkan semua untukMu…

Hanya padaMu ku ingin kembali
Pintaku hanyalah ampunilah dosaku ini        

Berilah daku keluasan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku sendiri ampunilah aku…

Berapa banyak Kau beri tidak ku syukuri
Ku tetap berpaling menjauhiMu      

Pantaskah aku ke sana tinggalkan semua untukMu

Setiap nafas yang ku hela adalah dengan izinMu
Setiap rahmat yang Kau berikan takkan ku persiakan lagi




Tempat Ke-9:

ismail izzani sabarSabar  
Munsyid: Ismail Izzani  
Senikata: Omar K. Adib Hamdi, Ismail Izzani, Zyn   
Senilagu: Omar K. Adib Hamdi, Ismail Izzani, Zyn 
Durasi: 3:27    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2jBLZfW 

Lagu Sabar nyanyian Ismail Izzani mungkin adalah lagu yang paling popular di Malaysia pada tahun ini. Ia turut mendapat tempat di kalangan peminat muzik dari negara-negara jiran. Lagu ini mengetengahkan unsur-unsur nasihat yang sesuai untuk dimuatkan di dalam senarai kali ini.

Video:

Lirik:

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan laguku

Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini ku disakiti
Namun jua kau sedar kau tersakiti

*Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me*

Ku disakiti namun jua kau sedar kau tersakiti

Jangan pedulikan teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita walau bukan selamanya



Tempat Ke-10:

Voices of Ummi Rasulullah SAWRasulullah SAW  
Munsyid: Putri VOU (Voices of Ummi)
Senikata: Omar K 
Senilagu: Omar K 
Durasi: 3:33    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2C6LFKz

Lagu nyanyian adik Putri dari kumpulan Voices of Ummi (VOU) ini begitu mempersonakan seakan-akan kita mendengar lagu-lagu dari filem Disney. Namun, ia mempunyai mesej yang begitu baik dan mudah sekali untuk dihadam dan diamalkan oleh anak-anak. Lagu ini dimuatkan di dalam album Voices of Ummi 2 yang menampilkan banyak lagu-lagu lain yang sesuai untuk anak-anak. Dapatkan full album di sini.

Video:

Lirik:

Apakah hidup kita lebih sempurna dari gelita ke cahaya
Bagaimanakah kita terus bahagia walaupun hati dalam duka

Dia pendidik terbaik anugerah dari Allah
Yang telah menerangi jalan

Oh Rasulullah... ciptaan yang teragung
Hidupnya contoh yang terbaik dan sempurna

Oh Rasulullah... hambaNya yang tercinta
Dialah jalan untuk kita menuju ke Syurga

Jika cintai Allah ikutlah Rasul
Allah akan sayangi kita

Bila berkata-kata jangan berdusta
Buat baik pada semua


Tempat Ke-11:

The Faith DengarilahDengarilah 
Munsyid: The Faith
Senikata: Ustaz Adnin
Senilagu: Luis Foncy, Daddy Yankee ft. Justin Bieber 
Durasi: 3:48    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BEF8JM 

Semua orang sudah biasa dengan lagu Despacito yang begitu popular sekali pada tahun lalu. Namun, cover oleh kumpulan The Faith ini mempunyai kekuatan pada senikatanya yang begitu menusuk dan menginsafkan. Hayatilah senikata oleh Ustaz Adnin dengan teliti. Lagu ini turut dibawakan oleh adik Syafa Wany yang saya rasa tidak kurang juga hebatnya. Anda boleh lihat versi adik Wany di sini yang telah viral dengan lebih 1.5 juta views. Apa yang menarik dengan kumpulan ini adalah mereka tidak menghasilkan lagu-lagu ini kerana industri muzik tetapi semata-mata untuk berdakwah. Ini kerana lagu-lagu cover yang mereka hasilkan tidak boleh diniagakan. Tahniah The Faith!

Video:

Lirik:

Aku pernah dengar cerita
Tentang dunia akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
Oh, teman…

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama direndahi dan dihina, Hina…

Kita terus bergaduh sesama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil dan arah tuju!

Oh! Ku... Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Oh yea... Ya, mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa

Oh, tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak terpedaya dengan musuh!
Zina riba judi arak rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar bagi mereka sama sahaja!

Oh, jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila

Kau sanggup bermaksiat
dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu
untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah
bahkan bangga,
Buka buka buka tuk mengejar pujian dan nama
Yang menutup aurat pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga pandangan mata!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku kan ke syurga

Dengarilah wahai teman
Hayati dan fahamilah...

Dosa kecil dosa besar
Wahai teman sampai bila?
Dengarilah…



Tempat Ke-12:

Munif Ahmad Ku PintaKu Pinta
Munsyid: Munif Ahmad
Senikata: Lukhman S
Senilagu: Putra Aiman 
Durasi: 3:37    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2Awp8cZ

Munif Ahmad tampil dengan single terbaru yang dimuatkan dalam album The Best of Penawar Hati yang dilancarkan pada akhir tahun lalu. Lagu yang mendapat sentuhan Putra Aiman dan Lukhman S ini begitu sayu dan menginsafkan.

Video:

Lirik:

Ke mana saja hati ini ku bawa pergi
Rasa sedih hiba berpaut di hati

Berulang kali ku menepis segalanya
Namun semakin hari resah datang lagi

Dengan doa yang tidak pernah jemu
Aku mengharapkan rahmat-Mu

Dan usah dibiarkan aku kelemasan dalam kenikmatan

Mengejar bayangan yang pastinya akan hilang
Jalan lurus berduri yang terpaksa aku tempuhi

Aku mohon Engkau melindungi aku
Hanya Engkau sahaja tempat ku meminta



Tempat Ke-13:

Infaq KekasihKekasih
Munsyid: Infaq  
Senikata: Althofunnisa
Senilagu: Althofunnisa 
Durasi: 4:15    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2kqyRGL

Lagu Kekasih oleh Infaq mengetengahkan senilagu yang begitu sinonim dengan peminat nasyid era 90-an. Senikatanya pula cukup mudah dan menampilkan bait selawat yang mudah dituturkan. Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW…

Video:

Lirik:

Hebatnya pengorbananmu kekasih
Menghadirkan cinta di hati
Apakah akan bertemu nanti
Di suatu penantian abadi

Kusebut namamu selalu
Penawar di kala rasa rindu
Mengharap syafaat darimu
Kekasihku ya Rasulallah…

Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad
Ya rabbi salli 'ala sayyidina Muhammad


Tempat Ke-14:

Brothers 2 Malaikat2 Malaikat
Munsyid: Brothers
Senikata: Yasin Sulaiman 
Senilagu: Syah Inteam
Durasi: 3:56    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BVeLvk

Pertama kali saya melihat klip video lagu 2 Malaikat saya terasa begitu hiba sekali. Lagu ini dibawakan dengan begitu baik dan sepenuh jiwa oleh kumpulan Brothers di mana senikatanya disusun oleh saudara Yasin sendiri. Masakan tidak, ia adalah lagu yang didedikasikan khas buat Almarhum saudara Salleh yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun lalu. Sesungguhnya pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar buat kita. Al-Fatihah… teruskan perjuangan Brothers!

Video:

Lirik:

Jika datang dua malaikat dan bertanya perkara pertama
Kau katakan padanya hanya dia Esa tiada selainNya
Yang kau tuju hanya Dia Satu

Damailah tenanglah
Jangan takut Tuhan Maha Sayang

Ku yakin makna hidup ini telah kau temu
Pada cinta setiap kami yang rindukanmu
Dan tidaklah makna hidup ini sempurna tanpamu
Bagiku yang telah lama mengenalimu

Damailah teman di alam baru
Menanti masa kita kan bertemu



Tempat Ke-15:

Simfoni Mengalir ke SyurgaMengalir Ke Syurga
Munsyid: Simfoni feat. Heliza Helmi
Senikata: Fedtri Yahya
Senilagu: Imtiaz Simfoni
Durasi: 3:58    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BVW2zJ 

Mengalir Ke Syurga mengingatkan kita dengan penderaan demi penderaan yang dialami oleh saudara-saudara kita terutamanya di Aleppo. Marilah kita sama-sama menyumbang dan meringankan beban yang dihadapi mereka. Paling sedikit yang termampu, doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah begitu bermakna bagi mereka. Oleh itu, janganlah kalian berhenti mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka. Lagu ini ditampilkan dalam album EP Simfoni Mengalir Ke Syurga. Dapatkan album mereka di sini.

Video:

Lirik:

Telah lama dibelenggu, gelap malam tak bercahaya
Menangis dalam sendu yang terhiba    

Tangan kecil calar luka, gelora yang tak berhenti
Menggapai mimpi sepi yang melara

Bebanan yang ditanggung
Sedih yang menggunung
Deraikan air mata oh...

Insan hulurkan doamu dalam tahajjudmu
Curah rasa pada Maha Esa
Damai yang kita damba moga dikabulkan
Mengalir tenang hingga ke SyurgaNya

Hidup ini sementara, berbaktilah sepenuhnya
Sekecil doa tetap kan bermakna



Tempat Ke-16:

Medina Dunia Sementara Akhirat SelamanyaDSAS (Dunia Sementara Akhirat Selamanya)
Munsyid: Medina
Senikata: Derry Sulaiman
Senilagu: Derry Sulaiman
Durasi: 3:17    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2z3HQWQ

Lagu DSAS (Dunia Sementara Akhirat Selamanya) telah lama popular di Indonesia namun mula mendapat tempat di kalangan peminat tanah air apabila ia selalu ke udara di radio-radio. Lagu yang begitu mudah namun mengingatkan kita kepada hakikat kematian dan dunia yang sementara.

Video:

Lirik:

Wahai manusia jangan engkau tertipu daya oleh dunia yang fana sebagai tempat pujian bagi kita
Dunia sementara akhirat selama-lamanya...

Orang kaya mati, orang miskin mati. raja-raja mati, rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi, dunia yang dicari tak ada yang berarti

"Perkara yang paling terpenting itu ialah perkara iman. Iman ini lebih penting daripada duit, lebih penting daripada rumah, kendaraan dan sebagainya. Seseorang mati gak punya duit Allah gak marah. Mati gak punya rumah Allah gak marah. Tapi kalau mati gak punya iman gimana? masalah. Harga iman itu sebesar dzarrah. Itu Allah hargai dengan surga 10 kali dunia besarnya. Sahabat bertanya kepada Rasulullah. Bagaimanakah cara memperbaharui iman ya Rasulullah? Sahabat itu bertanya seperti itu. Maka Rasulullah katakan, dengan perbanyakkan mengucap Laa ilaaha illallaah"




Tempat Ke-17:

maher-zain-medinaMEDINA    
Munsyid: Maher Zain
Senikata: Paddy Dalton, Bara Kherigi, Maher Zain
Senilagu: Maher Zain, Moh Deneb
Durasi: 3:17    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BfPGvk

Lagu Maher Zain yang menjadi pilihan pada tahun ini sudah tentunya lagu Medina. Lagu ini dimuatkan di dalam album One yang diterbitkan pada pertengahan tahun lalu dan cukup popular di radio tanah air. Selain lagu Medina, saya juga menyukai lagu Close to You dan By My Side.

Video:

Lirik:

Medina, Medina, Medinatun Nabi

In my dreams I make my way to Medina, the home and chosen place of our beloved Prophet
Where all I feel is peace and so much joy around
No better place for me, yeah!

Medina, Medina, Medinatun Nabi
Medina, Medina, that’s where I want to be
Oh, oh, Medina Medina
 
I wake with the morning light in Medina. Everywhere I see blue skies set above these mountains.
Bright colours fill the streets, a smile on every face
A special place for me, yeah!
 
Tala’al badru ‘alayna, min thaniyyatil wadaa’
Wajabash shukru ‘alayna, ma da’a lillahi daa’
Ayyuhal mab’uthu fina, ji’ta bil amril mutaa’
Ji’ta sharraftal Medina, marhaban ya khayra daa’



Tempat Ke-18:

Rabbani Yang BenarYANG BENAR    
Munsyid: Rabbani
Senikata: Edry Abdul Halim
Senilagu: Edry Abdul Halim
Durasi: 3:51    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BsRkxM 

Yang Benar adalah sebuah lagu yang tidak kurang hebatnya yang ditampilkan dalam album ke-22 Rabbani akhir tahun lalu selain daripada lagu Dalam Aku yang menduduki tangga ke-5 senarai tahun ini. Ia mendapat sentuhan Edry KRU yang ingin mengembalikan nostalgia yang dibawakan oleh Almarhum Ustaz Asri melalui lagu ‘Pergi Tak Kembali’. Lagu ini turut menampilkan rentak yang rancak namun sarat dengan mesej yang menginsafkan kita. Dapatkan full album terbaru Rabbani di sini!

Video:

Lirik:

Di sini berdiri atas ihsan Yang Esa. Tubuh dikandung nyawa yang dipinjam dari-Nya.
Di sana nanti kita akan pulang kembali. Lengkapkanlah di dada dengan pedoman suci

Di sini sementara di sana selamanya

La ilaha illallah, Tiada Tuhan selain-Nya
Sanjung-sanjunglah Dia, sanjung Maha Pencinta
Syukur-syukur pada-Nya, hidup dalam sejahtera
Moga-moga arah kita di atas jalan yang benar

Di duniawi ini kita serba memilih. Baik atau sebaliknya semua pilihan kita.
Tiba akhirat nanti dihitungkan semula percaturan yang benar bawa kita ke Jannah



Tempat Ke-19:

Irfan Haris RedhaREDHA   
Munsyid: Irfan Haris
Senikata: Ippo Hafiz
Senilagu: Ippo Hafiz
Durasi: 3:57    
Muaturun MP3: http://bit.ly/2zc3B3D

Lagu ini menjadi popular sebagai lagu OST drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, lebih popular daripada drama itu sendiri. Lagu sentuhan Ippo Hafiz ini begitu sesuai dengan vokal Irfan Haris. Sesungguhnya keampunan Ilahi itu ibarat cahaya yang menerangi hati yang selama ini gelap diselubungi dosa.

Video:

Lirik:

Tuhan Tolonglah bukakan cinta dan kasih dalam hidupku
Waktu kan menyepi kian pergi membawaku
Saat ternanti ku akan rahmat-Mu

Ku Imbasi jalan yang berliku penuh gelap bisa dan harus kutakutkan
Merantai jiwaku berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redhaMu aku sakit menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku saat bila Engkau terima ampunanku



Tempat Ke-20:

harris j save me from myselfSAVE ME FROM MYSELF  
Munsyid: Harris J
Senikata: Maher Zain, Paddy Dalton, Moh Denebi, Bara Kherigi
Senilagu: Maher Zain, Paddy Dalton, Moh Denebi, Bara Kherigi
Durasi: 3:32
Muaturun MP3: http://bit.ly/2kVYsI3

Save Me From Myself, sebuah single terbaru oleh Harris J yang begitu indah dengan senikata yang sungguh mengasyikkan. Begitulah perjuangan kita dalam melawan hawa nafsu. Terkadang kita tewas, terkadang kita menang. Terkadang ia dirasakan begitu berat sekali. Namun apa yang penting ialah kita kembali menyerahkan diri kepada Allah. Single terbaru Harris yang diterbitkan pada Mei tahun ini baru dimuatnaik di Youtube pada September lalu namun ia telah mendapat lebih 2.4 juta views. Harris J, teruskan membawa mesej dan keindahan Islam ke seluruh dunia!

Video:

Lirik:

I want it all I want it now
Forget about the consequences
I know that it’s bad, it’s better to wait
But sometimes I can be selfish

And the only sound I hear is right now
And all my patience gets locked out
I know that it’s wrong and I want to change
I need You here with me

Allah, Allah, Allah… Save me from myself
Allah, Allah, Allah… Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah… Save me from myself
Allah, Allah, Allah…

Big lights pull me in every time And it’s so hard to break a pattern
But I see it clear, what’s deep inside Is the only thing that really matters
So tell me how, how to turn it around before my senses hit the ground
‘Coz I know that’s it’s wrong and I want to change I need You here with me

Save me from myself ‘coz I tripped and fell and there is nothing, nothing that I won’t do
Oh, save me from myself ‘coz I need Your help and now I’m running, running back to You




Tempat Ke-21:

ainul mardhiah GGV 2017AINUL MARDHIAH GGV 2017 
Munsyid: UNIC
Senikata: ITO Lara
Senilagu: Putra Aiman
Durasi: 4:07  
Muaturun MP3: http://bit.ly/2paFD9p

Tahun ini kita dihidangkan dengan sebuah lagi anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu nasyid selain Anugerah Nasyid iaitulah Gema Gegar Vaganza (GGV) 2017 yang telah diungguli oleh kumpulan UNIC melalui lagu Ainul Mardhiah yang diberikan nafas baru. Tahniah UNIC!

Video:

Lirik:

Dirimu pembakar semangat perwira, rela berkorban demi agama.
Kau jadi taruhan berjuta pemuda yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itu lah janji Pencipta Yang Esa.

Engkaulah bidadari dalam Syurga, bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri, indahnya wajah bermandi seri.

Ainul Mardhiah.. kau seharum kuntuman di taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki untuk menjadi bukti cinta sejati.

Oh Tuhan.. bisakah dicari di dunia ini, seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih di hati lelaki bernama kekasih




Tempat Ke-22:

syukur dalam redha saff oneSYUKUR DALAM REDHA 
Munsyid: Saff One feat. Ustaz Nik Azizan  
Senikata: n/a
Senilagu: n/a
Durasi: 4:07  
Muaturun MP3: http://bit.ly/2zb7cig

Lagu Syukur Dalam Redha dimuatkan di dalam album terbaru kumpulan Saff One Zikir, Doa & Nasyid yang diterbitkan akhir tahun lalu yang menampilkan banyak alunan zikir dan nasyid yang hebat-hebat. Dapatkan full album mereka di sini.

Video:

Lirik:

Bergenangan air mata ini luluh jatuh terus ke bumi mengenangkan nasib diriku ini
Ampunkan aku Ya Rabbi

Keresahan diri sering ku alami hanya Tuhan sahaja yang mengerti betapa ku syukur pada-Mu Ilahi
Pimpinlah daku Ya Rabbi

Setiap derai air mata
Setiap zikirku pada-Nya
Adakah semuanya cukup berbanding pemberian-Nya

Setiap hela nafasku
Setiap rasa syukurku
Adakah semuanya cukup kerna terlalu banyak pemberian-Nya

Betapa banyaknya rahmat-Mu Ilahi tetapi terkadang ku melupai
Kau pimpin Kau bentukkan hati ini ku mohon redha Ya Rabbi



Tempat Ke-23:

syamun al-ghaziSYAM’UN AL-GHAZI 
Munsyid: Al-Manna
Senikata: ITO Lara
Senilagu: King Algebra
Durasi: 4:15  
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BtnOYR

Tahun ini kita dihadiahkan dengan sebuah lagu nasyid yang begitu istimewa sekali iaitu Syam’un Al-Ghazi oleh kumpulan Al-Manna. Lagu ini disusun dengan begitu baik sekali dalam menyampaikan kisah yang jarang didengari oleh masyarakat kita. Tahniah buat King Algebra dan ITO Lara! Lagu ini ditampilkan di dalam album EP kumpulan Al-Manna yang diterbitkan pertengahan tahun ini. Dapatkan album Al-Manna di sini!

Video:

Lirik:

Sahabat berkumpul di Ramadhan itu mendengar kisah dari Rasulullah
Riwayat seorang Nabi yang termasyhur Syam'un Al Ghazi
Kegagahannya yang dicemburui kekuatannya melembutkan besi
Menghunus rahang unta liha jamal membunuh semua musuh yang menentang     

Kehebatan itu adalah mukjizat kelemahan pula ada di rambutnya
Memasuki syurga berseorang diri kerana dirinya sering dimusuhi

Hatta isterinya yang rakus haloba membantu musuh untuk memerangkapnya
Dengan tipu helah muslihat yang jahat akhirnya berjaya diikat dengan rambutnya yang panjang

Bila dia terjaga dari lena seutas tali mengikat dirinya
Dengan mudah dia meleraikannya terbukti kekuatannya
Esoknya dia terikat lagi dengan rantai yang lebih teguh dan kuat
Ikatan itu mudah juga lepaskan kecuali diikat dengan helai rambutnya

*Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini selagimana kita menyandarkan pengharapan pada Allah. Keajaiban akan menjelma seperti yang berlaku kepada Syam'un Al Ghazi sehingga Allah memakbulkan segala permintaan baginda. Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu di sisi Tuhannya tiada hijab*

Kaki dan tangannya telah dipotong, telinga  dikerat dan bibir dihiris disayat
Kedua matanya ditikam dan dibutakan, dia diperlakukan dengan kejam

Mengadu Syam'un kepada Allah agar mendapat kekuatan semula
Dan memulihkan semua anggota yang terpisah dari badan
Lalu Allah memakbulkan doa terputuslah rambut yang mengikatinya
Robohlah istana menimpa raja rakyat serta isterinya

Setelah berakhir episod duka, Syam'un bertaubat menebus dosa     
Malam beribadah siang berpuasa sehingga ke akhir hayatnya

Dikalangan sahabat ada yang bertanya berapa banyakkah jumlah pahalanya
Dengan rasa terharu rasul pun berkata hanya Allah saja yang mengetahuinya

Malam lailatul qadar telah diwahyukan burulah kelebihan malam seribu bulan
Semoga mendapat pahala berganda seperti diraih Syam'un Al-Ghazi



Tempat Ke-24:

SyafiklisHIJRAH
Munsyid: Syafiklis
Senikata: Dr. Phaosan Jehwae
Senilagu: Salman Syafiklis
Durasi: 4:22
Muaturun MP3: http://bit.ly/2kzGETx

Lagu Hijrah oleh Syafiklis ini mengimbau kembali kenangan lagu-lagu nasyid lama di mana senikatanya diulang-ulang. Senilagunya juga cukup padu dan sesuai sekali dengan senikata yang diketengahkan. Tahniah Syafiklis, teruskan mewarnai arena nasyid tanah air dengan lagu-lagu sebegini.

Video:

Lirik:

Di keheningan malam yang sepi dari Mekah engkau berhijrah
Mencari perlindungan Ilahi demi memperjuangkan agama suci

Menyebar Kalamullah di muka bumi tanpa rasa lelah dan letih
Tanpa rasa takut dan gerun engkau berdakwah cerita syurga dan neraka

Ya Rasulullah utusan Allah kami sangat rindu kepadamu
Hijrahmu telah menyinari hidup kami dan insan di seluruh dunia ini

Tala’al badru ‘alayna min thaniyatil Wada’i
Wajaba syukru ‘alayna ma da’a lillahi da’i




Tempat Ke-25:

REUNIC bertemu semulaBERTEMU SEMULA
Munsyid: REUNIC (UNIC, Hafiz Hamidun, Fadzli Aziz, Fitri Haris)
Senikata: ITO Lara
Senilagu: Bazli UNIC
Durasi: 4:08
Muaturun MP3: http://bit.ly/2Dn4cCT

Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan. Tuhan yang menguji dengan perpisahan, kini ditakdirkan bertemu semula… Indah sekali senikata ini dan cukup menyentuh hati apabila kita menyingkap kembali sejarah kumpulan UNIC yang begitu dekat dengan hati semua peminat nasyid tanah air. Beberapa ahli UNIC diuji dengan dugaan demi dugaan dan mereka mengambil kesempatan ini untuk bertemu semula. Kita doakan yang terbaik buat mereka dan semoga mereka semua dirahmati Allah hendaknya.

Video:

Lirik:

Suka dan duka tangis dan tawa itulah lumrahnya
Sukma didera sepi menyapa dan rindu menyiksa

Haruskah luka dibiar saja membarah di dada
Sembuhkan ia dengan setelus benih kemaafan

Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji dengan perpisahan
Kini ditakdirkan bertemu semula

Usah persia peluang yang ada begitu sahaja
Ini detiknya kasih dan sayang ditaut semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja




Tempat Ke-26:

dutakasihsayang soutul amalAWWAL KALAM
Munsyid: Soutul Amal
Senikata: Firdaus Sahiddin, TG. Hj. Muhammad Zawawi Abdullah
Senilagu: Firdaus Sahiddin
Durasi: 4:31
Muaturun MP3: http://bit.ly/2p7ELlJ

Saya cukup menyukai lagu Awwal Kalam oleh Soutul Amal yang mengetengahkan bait-bait bahasa arab yang begitu indah sekali. Soutul Amal menampilkan begitu banyak lagu yang hebat-hebat di dalam album terbaru mereka #DutaKasihSayang  selain daripada lagu ini dan lagu Tujuh Dinar Terakhir yang menduduki tangga ke-2 senarai tahun ini. Oleh itu, jangan tunggu lagi dan segera dapatkan album luar biasa ini di sini!

Video:

Lirik:

أول أول كلامي
أهدي أهدي سلامي
عليه على محمد
أحمد خير الأنام
أهدي أهدي صلاتي

جزيلا جزيل شكري
عليه على حبيبي
أحمد محمد رسولي

Awal bicara, salam sejahtera
Atas Muhammad rahmat sejagat
Allah dan malaikat turut berselawat
Ke atas baginda kekasih semesta

صلوا على خير العباد
المصطفى كنز الرشاد
شفيعنا يوم المعاد
لتبلغوا نيل المراد

Selawatlah buktikan cinta
Pada Baginda Pahlawan Cinta
Satu selawat sepuluh darjat
Susur Sunnahnya, Jalan Cahaya




Tempat Ke-27:

heliza hazwani helmi - jom doaJOM DOA
Munsyid: Heliza Helmi & Hazwani Helmi
Senikata: n/a
Senilagu: n/a
Durasi: 3:57
Muaturun MP3: http://bit.ly/2DpNSS3

Video:

Lirik:

Marilah kita berdoa kepada Allah Yang Esa
Kita sebagai hamba yang mengharap padanya

Turuti lah perintah tinggalkan lah laranganNya
Moga doa kita di terima

Duduk lah dengan sempurna menghadap kiblat yang sama
Tangan diangkat tanda meminta

Mulakan dengan bismillah selawat atas baginda
Puji pujian kepada Yang Esa

Pohon lah kepadaNya dengan hati yang ikhlas
Yakini sesungguhnya doa kita didengar

Ya Allah Ya Tuhan kami ampuni dosa kami
Juga dosa ayah dan bonda, muslimin muslimat

Wahai Yang Maha Pengasih berkati rezeki kami
Lindungi lah diri kami dari azab yang pedih

Wahai Tuhan kami kurniakan lah kami
Kebaikan hidup di dunia dan syurga di akhirat yang kekal abadi




Tempat Ke-28:

rabithah hari itu hari iniHARI ITU HARI INI
Munsyid: Rabithah
Senikata: Akmal Mustafa
Senilagu: Akmal Mustafa
Durasi: 4:38
Muaturun MP3: http://bit.ly/2zbfOFK

Video:

Lirik:

Hari itu bangkitku di dini pagi
Bergegas ku menyempurnakan hari
Oh berjuta beban kan ku akhiri
Doa tidak ku sempati

Kesulitan menerpa diriku lagi
Tetap terus ia membebani
Ku tertanya tiadakah bantuan Ilahi

Dan aku masih berinterogasi
Namun masih jahil berinvestigasi
Di manakah bantuan Ilahi? Tiadakah pertolongan Ilahi?
Oh aku masih di sini

Ku ingin melihat semua pesona indah belaka
Tapi saat lelah, gelap kabur ku terima
Huluran tangan tiada bisa untuk ku merubah
Resah dan gelisah, tiada jawab ku terima

Cuba mengetuk pintu sanubari
Merujuk kembali Yang Empunya hati
Memahami rahsia tersembunyi
Inilah yang ku cari

Dan aku masih berinterogasi
Namun masih jahil berinvestigasi
Di sini hadir damai hakiki
Semua jawapan telah terbukti

Kini ku melihat kini ku sedar
Tiada ujian luar dayaku
Dan kerana rahmat-Mu
Telah Kau berikan
Hanya mengingati-Mu hatiku kan tenang

Hari ini bangkitku di dini pagi
Meditasi sebelum ku mulai
Oh berjuta beban kan ku akhiri
Kau jua tempat kembali




Tempat Ke-29:

Dai SyedKEAGUNGAN CINTA-MU
Munsyid: Syed Iqmal
Senikata: Aiman Zul 2 By 2 & Syed Iqmal
Senilagu: Aiman Zul 2 By 2
Durasi: 4:02
Muaturun MP3: http://bit.ly/2Bg5PAI

Video:

Lirik:

Takkan bisa ku melupakan-Mu
Di setiap ingatanku
Dalam setiap langkahku
Dalam detakan jantungku
Selalu memanggil nama-MU

Kau terangi jiwaku yang gelap
Di saat aku terperuk sendiri
Ada cinta-Mu
Dalam kasih-Mu
Keagungan-Mu

Kau lah cinta dalam hatiku
Yang selalu ku puja di setiap nafasku
Kau yang tak akan pernah terganti
Dalam cinta keabadian

Takkan pernah ku menduakan-Mu
Dalam setiap amarahku
Nama-Mu penyejukku
Kebahagiaan jiwaku
Kerinduan setiap insan

Anta nurun fil qolbie
Fi sa'ahti ehna binnafsie
Ada cinta-MU
Dalam kasih-MU
Keagungan-MU

Kau lah cinta dalam hatiku
Yang selalu ku puja di setiap nafas
Kau yang tak akan pernah terganti
Dalam cinta keabadian




Tempat Ke-30:

sidqe salleh ke jalan muKe Jalan Mu
Munsyid: Sideq Saleh
Senikata: Sideq Saleh & Fadzstratocaster
Senilagu: Sideq Saleh & Fadzstratocaster
Durasi: 3:40
Muaturun MP3: http://bit.ly/2BtlAbH

Video:

Lirik:

Di kiri penuh onak duri
Di kanan syurga nan menanti
Kehadiran Sang Pencipta nurani

Diri ini penuh dosa
Luruskan tujuan hati
Melangkah ke kasih nan abadi

Bila hati terbuka
Itulah permulaannya
Subhanallah, Maha Suci Allah

Tuhan… dengarkanlah rintihan hati hambaMu ini
Tuhan… berikanlah kerahmatan dalam hidup ini



Senarai Ringkas:

1. Ya Rabbi Ya - Inteam Ft. Adik Viral
2. Soutul Amal - Tujuh Dinar Terakhir   
3. Daqmie - Jalan Syahadah    
4. Harris J - Salam Alaikum     
5 Black ft. Rabbani - Dalam Aku    
6. Firast feat. Fadzli Far East - Melankolia
7. UNIC ft. Ustaz Elyas Ismail - Hitam Putih
8. Akim & The Majistret - Hanya PadaMu
9. Ismail Izzani - Sabar
10. Putri VOU - Rasulullah SAW
11. The Faith - Dengarilah
12. Munif Ahmad – Ku Pinta   
13. Infaq - Kekasih
14. Brothers – 2 Malaikat   
15. SIMFONI ft. Heliza Helmi – Mengalir ke Syurga
16. Medina - Dunia Sementara Akhirat Selamanya     
17. Maher Zain - Medina
18. Rabbani – Yang Benar
19. Irfan Haris - Redha
20. Harris J – Save Me From Myself
21. UNIC – Ainul Mardhiah GGV 2017   
22. Saff One ft. Ustaz Nik Azizan - Syukur Dalam Redha    
23. Al-Manna – Syam’un Al-Ghazi
24. Syafiklis - Hijrah
25. REUNIC – Bertemu Semula
26. Soutul Amal – Awwal Kalam
27. Heliza Helmi & Hazwani Helmi - Jom Doa
28. Rabithah - Hari Itu Hari Ini    
29. Syed Iqmal - Keagungan Cinta-Mu   
30. Sideq Saleh - Ke Jalan Mu

Playlist:   


    




Abe: Ayuh sokong industri nasyid tanah air. Mari kita borong album original beramai-ramai!

4 ulasan:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi singgah ke sini. menarik blog awak tu. followed! :D

    BalasPadam
  3. Terima KASIH CHE AHMAD... PADU!

    BalasPadam
  4. sama2 saudara Firdaus. semoga Allah merahmatimu.

    BalasPadam

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.