35 Lagu Nasyid Terbaik Dan Paling Popular 2020 - Lihat Lirik, Dengar & Muaturun


Tahun 2020 berlalu pergi begitu pantas di sebalik musibah Covid-19 yang melanda negara bermula awal tahun. Namun, industri nasyid tidak sunyi daripada lagu-lagu baru yang menghiburkan nurani. Terdapat juga pelbagai artis yang membuat kerjasama spontan melalui zoom semasa perintah berkurung di rumah. 

Di akhir tahun pula, kita dihidangkan Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020. Lagu Ittihad yang tersenarai dalam lagu nasyid terbaik Che Ahmad tahun 2018 merangkul anugerah lagu nasyid terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Melihat ahli-ahli kumpulan nasyid yang terkemuka suatu masa dahulu kembali bergabung adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan mengimbau kenangan.

Untuk tahun 2020, terdapat 33 lagu nasyid baru yang tersenarai. Lagu yang best-best ini menepati ciri-ciri lagu nasyid yang dicari-cari seperti senikata yang menambahkan pahala serta menginsafkan dan senilagu yang mudah diikuti serta unik dan mengasyikkan.

Terdapat banyak juga lagu lama yang diberikan nafas baru. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada lagu-lagu baru dan original. Jadi, Che Ahmad telah buka satu kategori baru untuk lagu-lagu cover atau remake mengikut turutan paling popular.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah...  

 

33 LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2020

Senarai Ringkas

Top 20

  1. Wanita - Inteam
  2. Diciptaku Untuk Mencintaimu - 15 Vokalis Qasidah
  3. Al-Wabaa' - Sabyan
  4. Tiada Kata Secantik Bahasa - Hijjaz, Pasya, Kmy kmo & Luca Sickta 
  5. Talbiah - Simfoni
  6. Madinah - Daqmie, Alfa & Rumie Booty
  7. Mazhab Cinta - Artis Tarbiah Sentap
  8. Salawat 1442 - DUKE, Tuju & Tyco
  9. Agung Cintamu - Munif Hijjaz
  10. Mihrabku - Halim Ahmad
  11. PanggilanMu - Naqiu, Hady Mirza, Mawi, Lah Ahmad, Anas Tahir & PU Azhar
  12. Rindu -Zayne
  13. Cinta Sementara - The Truth
  14. Pewaris - Far East & Naim Mirwana
  15. Ittaqullah - Inteam
  16. Pelita - Far East, Maliq Suhaimi & Naim Mirwana
  17. The 99 Names - Sami Yusuf
  18. Sabda Kekasih - Daqmie
  19. Maher Zain - Antassalam
  20. Rumahtangga Syurgawi - Halim Ahmad
  21. Munajat - Daqmie
  22. Bahagia Sejati - Dzil Afnan & Hazamin Inteam
  23. Lembaran Juzuk Cinta - Halim Ahmad & Furqan Fawwaz Zayne
Kategori Cover & Remake
  1. Aisyah Istri Rasulullah (SAW) - Sabyan
  2. Setanggi Syurga 2020 - Inteam & Khai Bahar
  3. Peluang Kedua - UNIC
  4. Damba CintaMu 2020 - Alif Satar & Raihan
  5. Sesungguhnya 2020 - Nazrey Johani & Dwi Dina Hijriana
  6. Purnama - Zizi Kirana & UNIC
  7. Ya Badratim - Zayne
  8. Satu Di Hati - Ariff Bahran & Sarah Suhairi
  9. Iman Mutiara 2020 - Azim, Syabil, Muaz, Zahir & Qiff
  10. Selimut Putih 2021 - Munif Hijjaz & Ustaz Faizan Tajuid
  11. Birasulillah - Farhatul Fairuzah & UNIC
  12. Ummi - UNIC feat. Ustaz Abdullah Khairi

PLAYLIST



TEMPAT 1-10

Tempat Pertama

WANITA
Munsyid: Inteam
Senikata: Hisyam Ahmad
Senilagu: Hisyam Ahmad
Durasi: 4:56
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Tempat Kedua


DICIPTAKU UNTUK MENCINTAIMU

Munsyid: 15 Vokalis Qasidah
Senikata: Ustaz Neezam Al-Banjari
Senilagu: Copyright Control 
Durasi: 3:59
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Cintaku sebelum saksi,
jadikan iman meninggi,
Yakinku sebelum mimpi,
Adanya dikau Nabi,

Cinta sesudah menyaksi,
Jadikan rindu meninggi,
Dahagakan kasih Nabi,
Bekalku selepas mati,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،
ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،

Hanya Allah yang Menyaksi,
Nama terpahat di hati,
Alhamdulillah ku memuji,
Dikurnia namamu Nabi,

Namamu terus menyinar,
Hatiku menggeletar,
Saat namamu didengar,
Air mata terus memancar,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،
ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،

يا رَسُولَ الله.........  يا حَبِيْبَ الله..........
Diciptakanku untuk mencintaimu......

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،
ياَ أَكْرَمَ الرُّسُلِ الْكِرَامِ،
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلَّ عَام،


Tempat Ketiga

AL-WABAA'
Munsyid: Sabyan
Senikata: Ayus
Senilagu: Ayus & Nissa Sabyan
Durasi: 3:02
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

الَلَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ هَذَا الْوَبَآءَ
وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ مَرَضِ وَّسُقْمِ وَبَلَآءَ

Begitu banyak 'ku lihat raga tanpa nyawa
Kau ambil mereka, tua dan muda

Bencana kian meraja, datang tak menyapa
Manusia sembunyi dalam atapnya

Tak sedikit air mata, tak sebab Allah yang tega
Kita yang salah dalam menata dunia

اَللهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْغَلَآءَ وَالْبَلَآءَ وَالْوَبَآءَ
فِي الدُّنْيَا خَاصَّةْ فِي بَلَدِنَا اِنْدُونِيسِيَّا
اَللهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْغَلَآءَ وَالْبَلَآءَ وَالْوَبَآءَ
فِي الدُّنْيَا خَاصَّةْ فِي بَلَدِنَا اِنْدُونِيسِيَّا

Dengan ribuan dosa
'Ku pinta…


Tempat Keempat

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Munsyid: Hijjaz, Pasya, Kmy Kmy & Luca Sickta
Senikata Asal: Jamil Bin Sulong (EMI Music Publishing Sdn Bhd)
Senilagu Asal: Ramli Bin Putih (EMI Music Publishing Sdn Bhd)
New Music Arrangements : Luca Sickta 
New Revised Lyric : Isman Nadim (Hijjaz), Kmy Kmo and Luca Sickta
Durasi: 3:24
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Tiada kata seindah selawat
Untuk ku puji Baginda
Kau lah cahaya atas segala cahaya
Terangi alam buana

Ya Rasulallah...
Ya Habiballah...

Oh... Engkau bak matahari
Engkau bak bulan
Allahummasolli 'ala Muhammad

Oh... Indahnya peribadimu mulia akhlakmu
Engkau telah diutuskan untuk rahmat seluruh alam
Selawat ke atasmu, wahai Rasul junjungan 

Allahummasolli 'ala Muhammad
Wa 'ala aali Muhammad

Dia tiada pengganti, dia selalu dinanti
Dia diminta dimimpi, dipuji tak bersilih ganti
Biarpun langit gunung dan bumi menolak
Tetap dia tak berganjak, bertolak teruskan berarak

34 kali nama mu dilafaz di dalam 5 
Waktu di hening pagi wajib hingga waktu purnama
Selawat ke atasmu 1 nikmat 10 selawat dariNya
Segala nikmat dinikmati untuk syafaat di akhir sana 

Allahummasolli 'ala Muhammad
Wa 'ala aali Muhammad



Tempat Kelima

TALBIAH
Munsyid: Simfoni
Senikata: ITO Lara & Imtiaz Simfoni
Senilagu: ITO Lara & Imtiaz Simfoni
Durasi: 4:05
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Aku menyambut panggilan-Mu
Tiada yang sekutu bagi-Mu
Setiap gerak amalanku
Hanyalah kerana-Mu

Tawaf di Ka’abah penuh syukur
Pada rahmat dan kurniaan-Mu
Mengheret jiwa yang berdosa
menadah jirus maghfirah
 
Ku terima segala ketentuan dariMu
Permudahkan segala urusanku
 
Labbaikallahumma labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wanni'mata 
Laka walmulka la syarikalak


Tempat Keenam


MADINAH

Munsyid: Daqmie feat. Alfa & Rumie Booty
Senikata: Jart Hassan, Daqmie
Senilagu: Daqmie, Alfa Booty
Durasi: 3:57
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Madinah...
Madinah...

Makin hampir ku bertemu mu
Ya Sidi Mustafa kekasih mulia
Makin hampir ku bersama mu
Menuju mahligai, mahligai bahagia

Makin hampir berdebar jantungku
Menuju raudhahmu wahai Rasulullah
Makin hampir ku bersama mu
Melerai rindu ya Habiballah

Madinah...
Madinah...

Seribu langkah diayun tak terbanding selangkahmu
Seri Padukamu bertakhta mulia di jemala
Hanya mampu kuhirup debu wangi kasturi mu
Mendamba setitis Kauthar agar hilang dahaga

Madinah...
Madinah...

Ya Rasulallah...
Ya Habiballah...


Tempat Ketujuh


MAZHAB CINTA

Munsyid: Rabithah, Aniq Muhai, Syed, The Truth, Areef dan Norhafiz
Senikata: Akmal Mustafa
Senilagu: Akmal Mustafa
Durasi: 3:24
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu 

Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul, keluhan unta didengar

Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon, batu dan pergunungan
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan

Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada baginda 
Dijanjikan syurga dan bersamanya 
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya

Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi 
Ditenangkan Rasul lantas didakapi

Walau cinta umat taruh di neraca 
Pasti cintanya lebih dari segalanya
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah 

Kadang wajahnya gelisah ribut melanda 
Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa

Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada baginda 
Dijanjikan syurga dan bersamanya 

Walau tika hujung nyawanya
Resah memikirkan umatnya 
Kerana sebegitu hebat cintanya
Layakkah ku jadi umatnya?
Layakkah aku kan bersamanya?


Tempat Kelapan

SALAWAT 1442
Munsyid: Duke, Tuju & Tyco
Senikata: Tuju, Neo, Almanjawi & Public Domain
Senilagu: Tuju, Neo, Almanjawi & Public Domain
Durasi: 3:54
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Sollalahuala muhammad
Sollallahuala wasallam
Sollalahuala muhammad
Sollallahuala wasallam

Lakaran sejarah di buku hidup
Pengalaman dalam nota
Bertemu noktah sebelum penutup
Salah tafsir satu dua alif Ba’Ta

Cinta terukir di bintang
Mengikut harapan meniup
Ku terus ke depan, depan
Berjalan setiap langkah dengan bekalan lafaz syukur

Untuk masa depan, depan
Ku tanam semua warna warna hidup yang telah luntur
Dunia yang fana penuh dugaan
Ku relakan jiwa setiap kali menempuh
Tujuan dibetulkan sebelum terlambat

Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat

Dunia ini penuh pancaroba
Ikut jalan lurus biar susah ku tetap mencuba
Ku lihat luka di kenangan hidup
Ku khayal ketika ku melakar sesal ku hirup
Siapa yang sempurna kau pun tahu
Siapa yang sempurna kau pun tahu

Di sebalik dugaan
Ku belajar balik mencari hidup
Dan yang menjaga ku kanan kiri
Tahu dan mengerti catatkan
Aku di dalaman dan
Bukan yang nyata pada kenalan
Ku hanya satu pandangan mereka olah sendiri

Aku yang dalam kenangan
Aku yang tak kenal diri
Tentang kehidupan
Aku hanyut dalam air yang ku selami

Alhamdulillah tangan ku tadah
Kerana tanpa pedoman pasti ku hilang arah
Kitab diwahyukan jadi pegangan
2,4,4,3,4, ketenangan

Ya Rabbi
Segala-gala yang terpuji
Limpah ruahkan rahmatmu
Ke atas nabi


Tempat Kesembilan


AGUNG CINTAMU
Munsyid: Munif Ahmad
Senikata: Zuraiti
Senilagu: Munif Ahmad 
Durasi: 5:03
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Kulirikan hiba jadi lembaran rindu
Membaitkan kata-kata dalam alunan pilu
Berabad lamanya kau tinggalkan aku
Tetapku kagumi hebatnya cintamu

Sejauh manapun kaki ini melangkah
Namun hanya kepadamu ingatanku terarah
Saat rindu memuncak nafasku teresak
Ternyata ini duka yang paling indah

Anihnya cintaku terhadapmu
Kerana tak pernah kita bertemu
Hanya nama dan kisahmu merajai hatiku
Andainya kau ada didepanku, Pasti lidah ini kelu 
Malu meluahkan rasa cinta kepadamu

c/0
Sedar diri ini masih jauh dari sempurna
Tetapku hulurkan kasih harap engkau terima
Walaupun tidak terbanding hebat kasih yang lain
Disimu aku berdamping

Oh penyejuk kalbu
Hanyalah satu yangku mahu
Besungguh aku merayu jangan sisihkan aku
Hatiku yang rapuh ini pasti hancur dan luluh
Andainya aku tidak bersamamu di syurga


Tempat Ke-10

MIHRABKU
Munsyid: Halim Ahmad
Senikata: Datuk Dr Nohafizah Musa
Senilagu: Datuk Dr Nohafizah Musa
Durasi: 2:54
Muaturun: n/a


Video


Lirik

Di ruang kecil ini
Hatiku tenang luar biasa
Di sudut sunyi ini
Mihrabku menuju Mi'raj 

Di sini kusedar diriku
Ku kenal Tuhan yang satu
Pahitnya dosa manisnya taubat
Semua rasa bersatu

Mihrabku ketaatanku
Mihrabku perjalananku
Kiblat hatiku hanya untukMu
Jangan gelincir dek nafsu

Jauh sudah perjalananku
Di mihrabku tersungkur syahdu
Jalan berliku ke lembah nafsu
Hanya kerna Kau selamatkan aku



Tempat Ke-11

PANGGILANMU
Munsyid: Naqiu, Hady Mirza, Mawi, Lah Ahmad, Anas Tahir & PU Azhar
Senikata: Lah Ahmad, Nabil Zamanhuri dan PU Azhar
Senilagu: Lah Ahmad, Nabil Zamanhuri dan PU Azhar
Durasi: 5:29
Muaturun: n/a


Video



Tempat Ke-12

RINDU
Munsyid: Zayne
Senikata: Rahim Inteam
Senilagu: Wan Saleh
Durasi: 4:02
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Malamku kelam tiada teman bicara
Melerai resah merubah gundah jiwa
Hatiku pilu kerna jauh darimu
Semua tak tahu aku rindu

Pada... dia yang menantiku
Sabar... menunggu dari dulu

Tak pernah... kan ada
Yang lebih sempurna
Lahir di dunia

Tak mungkin... kan ada
Lebih indah pernah mata melihatnya
Di dunia

Hidupku sayu kerna jauh darimu
Tuhan pun tahu rinduku

Pada... dia yang menantiku
Sabar... menunggu saban waktu

Semua duka dan sengsara
Tentangku tak ku endah
Asal saja melihatmu bahagia

عليك صلى الله
يا رسول الله
يا حبيب الله

Tak mungkin.. kan ada
Lebih indah pernah mata melihatmu

Oh kasih ku...


Tempat Ke-13

CINTA SEMENTARA
Munsyid: The Truth
Senikata: Akmal Mustafa
Senilagu: Akmal Mustafa
Durasi: 4:18
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Aku musafir dunia
Berkelana bukan lama
Segala indahnya dunia telah ku amati
Pernah di persimpangan
Kabus menutupi jalan
Hingga mata tertawan pada jalan lain nan indah

Ibarat fatamorgana yang menipu mata tapi ku mengerti yang palsu atau benar 
Hanya kerana bodohnya aku ingin nikmatinya 

Bagaimana hati tak tergoda dek cela terhias seri warna 
kelabu mata terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara 

Sukar aku nafi dan menipu diri sendiri
dalihku seribu pada cinta hakiki
Hanya kerana bodohnya aku sangka Kau kasihi

Biar timur-barat ku kembara gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara

Tuhan saksikanlah usahaku mencari-Mu
Kerana kasih-Mu abadi awal dan akhir
Mekarlah selalu agar dapat aku singkir
Cinta selain-Mu sepenuhnya dari hati
bagaimana hati tak tergoda 

Bagaimana hati tak tergoda dek cela terhias seri warna 
kelabu mata terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara 

Biar timur-barat ku kembara
gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara



Tempat Ke-14

PEWARIS
Munsyid: Far East, Fadzli Far East, Naim Mirwana
Senikata: ITO Lara
Senilagu: Fadzli Far East
Durasi: 4:16
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Dikau dian terbakar 
Terang sinaran menyuluh 
Agungnya pengorbananmu

Taman harum narwastu
Guru yang tak pernah jemu
Pewaris tamadun ilmu
 
Bagai ayah harap dan pasrah
Sentiasa ceria dalam gundah payah
Selindungkan airmata derita

Kau adalah teman sejati
Yang sentiasa menjaga hati
Biar tak sama menyusur hari
Jelmakan mimpi jadi realiti

Membantu dalam ketaatan
Memeluk erat tubuh yang lesu
Dalam senang dan juga payah
Berpisah hati sering gelisah

Berkumpul kami jadi satu
Tak terlawan kau seorang di situ
Engkaulah guru kami, ayah dan sahabat kami
Engkau ulama’ pewaris nabi 

Biar kau tiada lagi di sisi
Namun kau di hati


Tempat Ke-15

ITTAQULLAH
Munsyid: Inteam
Senikata: Frizdan
Senilagu: Yasin Sulaiman
Durasi: 3:52
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Umpama meniti jalan nan berduri
Kau berhati-hati bimbang dilukai
Begitulah taqwa pada Yang Kuasa
Kau berjaga-jaga agar tak dimurka

Ittaqullah ittaqullah
Bertaqwalah kepada Allah
Ittaqullah ittaqullah
Ada taqwa sempurna jiwa

Selami lautan kalam suci Tuhan
Pasti ditemukan makna ketaqwaan
Murnikan amalan dengan keikhlasan
Bertunjangkan iman demi keredhaan

Ittaqullah ittaqullah
Bertaqwalah kepada Allah
Ittaqullah ittaqullah
Ada taqwa sempurna jiwa

Patuh pada tiap suruhan
Hindar dosa jua larangan
Ada taqwa hidup mulia

Taqwa jadi pakaian diri
Bekal nanti alam abadi
Ada taqwa sempurna jiwa

Ittaqullah ittaqullah
Bertaqwalah kepada Allah
Ittaqullah ittaqullah
Ada taqwa sempurna jiwa


Tempat Ke-16

PELITA
Munsyid: Far East, Naim Mirwana, Fadzli Far East & Maliq Suhaimi
Senikata: Ikhwan Fatanna
Senilagu: Ikhwan Fatanna & Hazwan
Durasi: 3:01
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Darjatmu kan diangkat
Bukti segala nikmat
Begitulah ganjaran dari Tuhan

Membentuk peribadi
Luhurnya sanubari
Agar sucinya jiwa dari noda

Ilmu akal laksana mata
Lihat cahaya sempurna

Pelita ilmu menjaga nafsu
Dari dibelenggu jiwa yang lesu

Pelita ilmu menjaga qalbu
Menjadi temanku saat ku perlu

Menuntutnya ibadat
Mencari satu jihad
Begitulah hakikat qalam hikmat

Ilmu akal laksana mata
Lihat cahaya sempurna

Pelita ilmu menjaga nafsu
Dari dibelenggu jiwa yang lesu

Pelita ilmu menjaga qalbu
Menjadi temanku saat ku perlu

Santapan ilmu penunjuk jalan
Jadi amalan penguat iman

Pelita ilmu menjaga nafsu
Dari dibelenggu jiwa yang lesu

Pelita ilmu menjaga qalbu
Menjadi temanku saat ku perlu


Tempat Ke-17

THE 99 NAMES
Munsyid: Sami Yusuf
Senikata: Traditional
Senilagu: Sami Yusuf
Durasi: 8:31
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

n/a


Tempat Ke-18

SABDA KEKASIH
Munsyid: Daqmie feat. Alfa, Rumie Booty
Senikata: Aeril Zafrel, Abban Namus
Senilagu: Daqmie, Alfa Booty
Durasi: 4:12
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Sejauh detik nan berlalu
Terdiam zahir dan ragaku
Bukannya tidak redha takdirmu
Belum ku mengerti perkasihan Mu

 
Di jazirah rindu syahdu ini
Sempadan khayalan terlerai
Bertamu kenangan abadi
Ajari sebenar cinta kerna Illahi

Sabda kekasih menutur rasa
Mengelus damainya ke sukma
Terukir kasih dengan cinta Nya
Sabdamu berkorban miliki cinta hakiki

Kasih ke kasihnya
Ke serata jiwa
Membawa janji
Sampai syurga

Sejauh detik nan berlalu
Sabda kekasih mewangi
Ke hujung nafas


Tempat Ke-19

ANTASSALAM
Munsyid: Maher Zain
Senikata: Maher Zain and Bara Kherigi
Senilagu: Maher Zain
Durasi: 4:00
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

There’s something on my mind, on my mind
I just can’t get it right, can’t get it right
It doesn’t go away, doesn’t go away
Even though I try to ignore it
I just want peace of mind, I want peace of mind
I feel like breaking down time after time
And it keeps coming back, always coming back
All my life doubting was a part of me
Day and night I fight my insecurities
Asking: "Why?" "Why am I?" "Who am I?"
I just want some peace of mind

Antassalam (You [God] are Peace)
Wa minkassalam (And from You comes all peace)
Tabarakta ya (Blessed are You)
Ya Thal Jalali wal Ikram (O Lord of Majesty and Bounty)

O God I need Your peace, I need Your peace
I still believe with hardship comes ease
Make this stress go away, go away
Go away, go away, yeah!

 All my life I know You’ve been guiding me
You’re the One, the One who knows my destiny
I’ll be alright, I’m sure that You’ll look after me
You know what’s inside of me

All my life I know You’ve been blessing me
You’re the only One, the One who knows my destiny
I’ll be alright, I’m sure that You’ll look after me
You know what’s inside of me


Tempat Ke-20

RUMAHTANGGA SYURGAWI
Munsyid: Halim Ahmad
Senikata: Ustazah Norhafizah Musa 
Senilagu: Ustazah Norhafizah Musa 
Durasi: 4:22
Muaturun: n/a


Video


Lirik

Kisah dukamu 
lukis di pasiran tepian pantai
Ombak menghempas 
menghilang semua tanpa berbekas

Kebaikannya 
lakar di batu sedalam kau bisa
Badai melanda 
tak menukar sejarah cinta

Till jannah
Harapan takkan punah
Melihat takdir-Nya penuh indah
Setiap saat berserahlah
Jalanmu dipermudah

Bahagia itu sederhana
Cinta yang jadi sumbunya
Biarkan ia menyala
Marak membahagia


Tempat Ke-21

MUNAJAT
Munsyid: Daqmie ft Alfa & Rumie
Senikata: Ad Samad
Senilagu: Daqmie/Alfa Booty
Durasi: 4:17
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Kau Ya Alim
lagi tahu apa yang ku
mampu rangkul dan kupikul
sebelumnya terkesima tak berdaya

Meniti masa
sering saja
aku alpa dan terluka

Munajat ini
kupersembah
dengan tari bahasaku sendiri
dengarkanlah
terimalah
alunan rintih jiwaku ini

Risau gundah
melingkari peri dunia
tatkala aku terlupa
segala perancangan-Mu

Meniti masa
sering saja
aku alpa dan terluka

Nun di satu hari indah
di jembatan sang kekasih
kau sambutku
kau terima yang aku hamba

Meniti masa
sering saja
aku alpa dan terluka

Bahawasanya
firman-Mu nyata
setelah sukar, akan mudah

Nun di satu hari indah
di jembatan sang kekasih
kau sambutku
kau terima yang aku hamba

Duhai jiwa
janganlah kau mudah lupa
kepada yang Maha Tahu.


Tempat Ke-22

BAHAGIA SEJATI
Munsyid: Dzil Afnan & Hazamin Inteam
Senikata: ITO Lara
Senilagu: Amin Inteam & Wan Saleh
Durasi: 4:12
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Kebahagiaan cahaya sanubari
Terpancar di wajah berseri-seri
Bermukim di hati rahsia pesona peribadi

Bila ditimpa musibah
Duka penderitaan 
Sungguh sabar itu indah 

Kebahagiaan sukar ditemui
Selagi hati dikail pesona duniawi
Segala-galanya telah dimiliki 
Tetap jua merasai belum mencukupi

Di kala hati remuk keresahan 
Cubalah cari erti ketenangan
Di hujung penderitaan pasti ada kebahagiaan
Tempuhilah dengan keyakinan

Dan di kala malam gelap gelita 
Baru terlihat bintang terang bercahaya 
Andai kehidupan serba kekurangan 
Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan 

Seandai dimiliki hati yang begini
Sudah menghampiri bahagia sejati
Selepas kehilangan cinta manusiawi 
kau kan jumpai cinta Ilahi

Kebahagiaan sukar ditemui
Selagi hati dikail pesona duniawi
Segala-galanya telah dimiliki 
Tetap jua merasai belum mencukupi 

Di kala malam gelap gelita 
Baru terlihat bintang terang bercahaya 
Andai kehidupan serba kekurangan 
Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan

Bahagia sejati…


Tempat Ke-23

LEMBARAN JUZUK CINTA
Munsyid: Halim Ahmad & Furqan Fawwaz Zayne
Senikata: Halim Ahmad
Senilagu: Halim Ahmad
Durasi: 4:29
Muaturun: Spotify


Video


Lirik

Tuhan aku tak punya kudrat
Bila dia mendatangiku
Hanya padaMu kan kutambat
Pelihara hatiku

Bisikannya terus ke jantung
Seolah mengalir dalam darah
Kadang membuatku termenung
Kerana memikirkannya

Lembaran juzuk cinta
Di sebaliknya ada tersimpan sejuta rahsia
Sebuah kesucian tak tercemar noda
Bimbang aku akan tercoret warna dosa

Lembaran juzuk cinta
Sememangnya aku ingin terus menatapnya
Merasai setiap halaman cerita
Tapi maaf kerana ku belum bersedia


KATEGORI COVER/REMAKE PALING POPULAR


Aisyah Istri Rasulullah (SAW) - Sabyan



Setanggi Syurga 2020 - Inteam & Khai Bahar




Peluang Kedua - UNIC (Cover)





Damba CintaMu 2020 - Alif Satar & Raihan



Sesungguhnya 2020 - Nazrey Johani & Dwi Dina Hijriana



Purnama - Zizi Kirana & UNIC



Ya Badratim - Zayne



Satu Di Hati - Ariff Bahran & Sarah Suhairi (Bicara Rasa versi Islamik)



Iman Mutiara 2020 - Azim, Syabil, Muaz, Zahir & Qiff



Selimut Putih 2021 - Munif Hijjaz & Ustaz Faizan Tajuid



Birasulillah - Farhatul Fairuzah & UNIC



Ummi - UNIC feat. Ustaz Abdullah Khairi

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.