23 Lagu Nasyid Terbaik 2015 / 1436H - Dengar, Lihat Lirik dan Muaturun
Alhamdulillah, segala puji bagi Allahu Subhanahu Wataala
Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang
(Kemaskini: Untuk lagu nasyid terbaik 2016, sila klik di sini)
Bertemu kembali kita setelah setahun berlalu sejak kita dihiburkan dengan lagu-lagu nasyid yang terbaik buat tahun 2014.
Berbanding tahun 2014 yang agak muram di mana saya cuma memaparkan 15 buah lagu nasyid, tahun 2015 dihujani dengan begitu banyak lagu-lagu baru yang ternyata unik dan sangat menghiburkan hati. Jadi, untuk senarai lagu terbaik tahun 2015/1436H, saya menghadapi sedikit cabaran dalam mengenalpasti lagu-lagu nasyid terbaik yang layak untuk menduduki tangga teratas di dalam carta nasyid tanah air. Tahun 2015 juga mengetengahkan lagu-lagu nasyid generasi baru yang mula diterima ramai yang sukar saya hadamkan pada mulanya.
Senarai Lagu Nasyid Terbaik 2015 agak istimewa di mana 3 buah lagu nasyid yang menduduki tangga teratas di dalam carta adalah lagu nasyid mengenai Baginda Rasulullah SAW yang mulia. Oleh itu, saya telah memilih hiasan khat pada pintu Masjid An-Nabawi di Madinah sebagai cover album senarai kali ini.
Pada tahun ini juga buat pertama kalinya saya menyenaraikan sebuah lagu nasyid nyanyian wanita walaupun rasa agak keberatan. Bagi saya lagu ini unik dan mempunyai mesej yang mendalam. Lagipun suaranya tidak terlalu menonjol dan boleh diterima. Saya harus akui yang zaman sudah berubah.
Saya juga sangat gembira di mana tahun lalu kita telah dihadiahkan dengan Anugerah Industri Nasyid IKIM.fm (ANI2015) yang bersiaran langsung pada 10 Januari 2015 yang lalu. Kali terakhir anugerah ini dianjurkan ialah pada tahun 2004/2005. Sesungguhnya saya hairan mengapa begitu lama masa diambil untuk anugerah ini mendapat sambutan kerana Malaysia merupakan negara yang mempelopori industri nasyid. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah. Lagu pilihan kedua saya dalam Senarai 15 Lagu Nasyid Terbaik 2014 berjaya memenangi tempat pertama. Tahniah kepada Daqmie dengan lagu Tangis Sebatang Tamar.
Pembaca yang telah mengikut senarai saya pada tahun-tahun yang lalu mungkin sudah sedia maklum dengan kriteria pemilihan. Pilihan lagu nasyid terbaik adalah berdasarkan kepada populariti, keunikan senilagu serta saya mengutamakan bait-bait senikata yang mengetengahkan zikir, selawat dan doa kerana pada pendapat saya, lagu nasyid yang terbaik harus berupaya menjadi siulan ramai yang secara tidak langsung dapat menambahi pahala dan mendekatkan diri pendengarnya kepada Allah.
Tanpa melengahkan masa, saya persembahkan….
~ LAGU NASYID TERBAIK 2015 / 1436H ~
{Sila ke penghujung entri untuk ringkasan senarai}
Tempat Pertama:
Syamail Muhammadiah – UNIC
Senilagu/Senikata: Bazli UNIC | Durasi: 04:41 | Muaturun
Pertama kali mendengar lagu ini pada pertengahan tahun lalu, saya terus jatuh cinta dengan bait-bait puitis bahasa syurga yang memuji Nabi Muhammad SAW dengan senilagu yang begitu mengasyikkan jiwa yang rindu kepada Baginda SAW. Syamail Muhammadiah bermaksud “Kesempurnaan Muhammad SAW”. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Al-Ahzab: 21
Kaulah segalanya, Ciptaan yang sempurna, Membawa cahaya, Hapus semua derita, Teguh taat setia, Ku sambung perjuangannya, Membuktikan cinta, Rindu yang membara, Damba syafaatnya…
Saya yakin jika anugerah lagu nasyid diadakan lagi pada tahun ini, lagu ini ada peluang besar untuk memenangi tempat pertama. Buat UNIC, semoga berjaya dan teruskanlah menyerikan industri nasyid tanah air dengan lagu-lagu nasyid yang terbaik.
Video:
Lirik:
يا خيرة الفتاح
من انبياء الله
يا كعبة الاسرار
يا منبع الانوار
بالعرم يا مختار
ايّدْت دين الله
يا من له البرهان
وخلقه القران
ما كانت الاكوان
عليك صلى الله يا خير خلق الله والآل والاصحاب والقوم آل الله
عليك صلى الله يا خير خلق الله والآل والاصحاب والقوم آل الله ش
ماءل محمدية
Kaulah segalanya
Ciptaan yang sempurna
Membawa cahaya
Hapus semua derita
Teguh taat setia
Ku sambung perjuangannya
Membuktikan cinta
Rindu yang membara
Damba syafaatnya
Tempat Kedua:
Salam – Lah Ahmad
Durasi 05:13 | Muaturun
Subhanallah. Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kita seorang insan seni berbakat yang begitu hebat di persada seni muzik tanah air. Lah Ahmad, satu nama yang sudah tidak asing lagi buat kita. Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai ahli kumpulan VE telah diberikan hidayah oleh Allah dan kebahagiaan yang tidak terhingga dirasakan sehingga tempiasnya terkena kepada seluruh umat Islam di Malaysia apabila beliau terus-menerus menghasilkan lagu-lagu nasyid yang begitu unik dan istimewa. Lagu Salam meneruskan legasi lagu “Ya Allah” yang begitu dekat pada hati beliau.
Video:
Lirik:
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wasallam
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alaihi wasallamYa Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alayka
Ya Habib salam alayka
Salawatullah alaykaSalam Buat Nabi Muhammad dan Seluruh Keluarga Baginda
Semua para sahabat dan para solihin
Yang setia dan mulia pada baginda
Yang melimpahkan rahmat buat Nabi junjungan
Salam berpanjangan berterusan
Nabi ada di setiap hati umat
kerna akhlak baginda berkekalan sehingga ke akhir masaNabi Allah Rasulullah
cukup sempurna sungguh muliaYa Rasullulah
Ya Allah limpahkan rahmat buat Nabi junjungan
Salam berterusan berpanjangan sehingga ke akhir zaman
Tempat Ketiga:
Penyelamat – Hafiz Hamidun
Senilagu/Senikata: Hafiz Hamidun | Durasi: 05:13 | Muaturun
“Tak sah jika lagu Hafiz Hamidun tidak tersenarai dalam Lagu Nasyid Terbaik tahun ini!” Begitulah detik hati saya apabila melihat lagu-lagu nasyid Hafiz Hamidun terus tersenarai saban tahun. Lagu Penyelamat berjaya menduduki tangga ketiga senarai lagu nasyid terbaik tahun ini selepas lagu Syamail Muhammadiah oleh UNIC dan Salam oleh Lah Ahmad yang juga berkisar tentang Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW adalah merupakan penyelamat manusia tatkala terpancar sinar kebenaran yang menghapus segala gelap kejahilan. Di akhirat juga Nabi Muhammad SAW menjadi penyelamat dan pemberi syafaat kepada umat Baginda SAW yang terpilih. Kasih sayang Allah terpancar ke seluruh alam semesta melalui akhlak dan susuk tubuh insan yang terpuji ini. Semoga kita diberikan syafaatnya di akhirat kelak. Amiin…
Video:
Lirik:
Tabahnya Nabi Muhammad
Menyeru semua ummat
Menjadi setia taat
Di dunia dan akhiratAllah itulah matlamatnya
Islam itulah jalannya
Nabi Muhammad
Bagindalah penyelamat
PenyelamatTanpa putus asa
Baginda menyampaikan sepenuh amanah
Biar penat lelah
Segala hinaan bukan hentian
Segala pujian juga bukan bermakna alpaDuhai Rasulullah
Engkaulah iman buat kami semua
Hanya syafaatmu yang harapkan
Semoga bertemu di hari perhitungan
Tempat Keempat:
Katakan – Nowseeheart
Durasi: 03:30 | Muaturun
Lagu Katakan oleh Nowseeheart merupakan lagu yang menyeru pendengar supaya berzikir mengingati Allah di sepanjang masa. Jika disematkan di dalam hati apa yang kita katakan, ia akan menjadi saksi terhadap keimanan kita di akhirat kelak. Katakan dengan ikhlas bahawasanya Allah adalah Tuhan Yang Maha Besar dan Tiada Tuhan Melainkan Allah. Teguhkan lah imanmu dengan selalu mengatakan dan membenarkan di dalam hati akan nama-namaNya yang indah.
Video:
Lirik:
Katakan Allah yang Maha Suci
Katakan baginya segala puji
Katakan Allah yang Maha Besar
Bila katakan hadir ketenanganKatakan tiada tuhan selain-Nya
Katakan Satu tiada dua
Katakan pada_Nya kekuasaan dan
Pada-Nya segala pujianDialah Tuhan yang menghidupkan dan jua yang mampu mematikan
Dialah Allah yang bisa melakukan segalaYa Allah yang Maha Menyelamat darimu semua keselamatan
Sucinya wahai Pemilik keagungan kemuliaanBasahilah lidahmu dengan menyebut nama-Nya selalu
Tempat Kelima:
Khusyuk – Hufaz
Senilagu & Senikata: Pakli | Durasi: 04:09 | Muaturun
Lagu ini telah lama tersorok dalam album ‘Kembali Pada Asas’ Hufaz yang telah muncul pada 2013 namun baru mendapat tempat di kalangan peminat nasyid tempatan pada tahun lalu apabila terus mendaki carta nasyid tanah air. Saya secara peribadi amat meminati kumpulan nasyid anak didik Hijjaz yang dianggotai lima anak muda ini dengan perwatakan mereka yang ceria. Saya terhibur dengan ‘drama’ yang dipersembahkan apabila pertama kali melihat mereka melalui video musik lagu Selagi Ada Waktu. Pendekatan mereka dalam menyanyikan lagu nasyid yang mesra dan bersahaja membuatkan peminat nasyid mudah mendekati nasihat yang ingin dibawakan.
Lagu Khusyuk mengajak kita untuk khusyuk di dalam solat melalui senilagu dan senikata yang sangat catchy dan mudah diikuti. Untuk mengetahui rahsia mendapatkan solat yang khusyuk, bolehlah membaca artikel saya Rahsia Solat Khusyuk Dan 7 Cara Mudah Untuk Meraihnya. Semoga kita rasa terpanggil untuk memperbaiki solat kita agar lebih khusyuk dan diterima Allah SWT.
Video Lagu:
Lirik Lagu:
Hati Solat Jiwa Solat
Menyembah Yang Esa
Hati Solat Jiwa Solat
Menyerah Pada NyaTiada Tuhan Selain Allah
Nabi Muhammad Pesuruh Nya
Tinggalkan Saja Sementara
Urusan Dunia Yang Fana
Khusyukkan Diri Pada Yang Esa
Ilahi Ya RabbiTiada Tuhan Selain Allah
Nabi Muhammad Pesuruh Nya
Tetapkan Arah Menghadap Kiblat
Ikhlas Dan Redha Pada Rahmat Nya
Munajat Diri Pada Yang Kuasa
Ilahi Ya RabbiKetika Rasul Di Ambang Wafatnya
Berulang Kali Pesanan Akhirnya
Jagailah Oleh Mu Solat
Agar engkau Dekat Pada Nya
Tempat Keenam:
Hidayah-Mu – Ippo Hafiz
Senilagu: Ippo Hafiz & Rusy Nastia | Senikata: Ippo Hafiz | Durasi: 03:37 | Muaturun
Insan seni bernama Ippo Hafiz ini mungkin asing bagi kebanyakan pendengar nasyid. Namun bagi mereka yang menonton drama bersiri Hidayahmu Ramadhan yang bersiaran sepanjang Ramadhan tahun lalu di Samarinda TV3 pasti merasa familiar dengan lagu ini.
Ippo Hafiz mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian tanah air sejak tahun 2009 dengan menyertai program realiti seperti Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM, yang mana dia telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.
Susunan lagu dan vokal Ippo Hafiz mirip lagu-lagu ketuhanan ciptaan Opick.
Video:
Lirik:
Langit terbentang, lapang hatimu
Di saat kau lihat kebesaranNyaMenanti waktu, silih berganti
Di saat kau mengharapkan kasih-NyaCahaya yang suram terlihat di depan
Saat kau mencari keredhaan-NyaKu biarkan masa berlalu
Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Dengan rasa cinta-NyaHilangkanlah rasa resahmu
Kuatkanlah pintu hatimu
Agar bisa kau peroleh Hidayah dari-Nya
Tempat Ketujuh:
Cukuplah Bagiku – The Muhibbain ft. Lah Ahmad
Senilagu & Senikata: Erwan Muhibbain | Durasi: 04:24 | Muaturun
Album Muhibbain #LOVECINTAMAHABBAH yang dilancarkan pada bulan Oktober 2014 memuatkan lagu Cukuplah Bagiku yang mula popular sepanjang tahun lalu. Lagu ini sangat istimewa kerana bait-bait liriknya adalah penceritaan yang dipetik dari qasidah masyhur, Qod Kafani yang dikarang oleh Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad.
Video Lagu:
Lirik Lagu:
Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala inginkuSungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala pintakuKau memiliki diriku
Akulah hambaMu
Dan itu kebanggaanku
Aku masih tetap ada di pintuMu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmatMu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagikuOh Tuhanku ohh
Pintaku hanya padaMuAku masih tetap ada di pintuMu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmatMu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukup bagikuBantulah aku melangkah untuk mendekatiMu
Selalu tanpa jemu tanpa lelah cintaMu
Kerna segalanya aku ingin selalu bersamaMu
Ku yakin kau tahu dan itu cukuplah bagiku
Tempat Kelapan:
Mikraj Cinta – Siti Nurhaliza
Senilagu: Hafiz Hamidun | Senikata: Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya | Durasi: 04:34 | Muaturun
Buat pertama kalinya saya menyenaraikan lagu religi nyanyian wanita setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya. Lagu yang dimaksudkan adalah Mikraj Cinta oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang sudah tidak asing lagi di persada seni tanah air. Insan seni yang berbakat ini sangat merendah diri walaupun telah menduduki takhta kejayaan. Dan kini beliau banyak menyanyikan lagu berbentuk religi yang mengajak kita kepada mengingati Allah. Pertama kali mendengar lagu ini saya dapat merasakan irama yang tidak asing buat kita. Rupa-rupanya lagu ini dicipta oleh Hafiz Hamidun dengan sentuhan Fedtri Yahya.
Selain Dato’ Siti Nurhaliza, ada beberapa lagu munsyid wanita yang popular sepanjang tahun lalu iaitu Heliza Helmi yang menyanyikan lagu ‘Jom Selawat’ dengan adiknya Hazwani Helmi, Farazila AJ dengan lagu ‘Allah Tahu’ serta Najwa Latif dengan lagu ‘Aku’. Namun saya memilih Mikraj Cinta kerana kesesuaian vokal Dato’ Siti Nurhaliza dan kekuatan senikatanya. Hayatilah lagu ini dan semoga bisa mengecap Mikraj Cinta.
Video Lagu:
Lirik Lagu:
Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMuPada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNyaTuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sanaTuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurgaTakkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMuPada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNyaBukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMuTuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurgaYa Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyumanTuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta
Tempat Kesembilan:
Jalan Cintaku – Aidil
Senilagu/Senikata: Hafiz Hamidun | Durasi: 04:01 | Muaturun
Lagu Jalan Cintaku adalah contoh yang baik yang menepati pemilihan saya di mana ia mengetengahkan bait-bait doa dengan senilagu yang menarik sehingga berjaya meniti di bibir para pendengarnya. Secara tidak langsung para pendengar berdoa dan jika ia dinyanyikan dengan kehadiran niat di hati yang ikhlas, moga-moga ia dimakbulkan Allah SWT.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun ini adalah sebahagian album Jalan Cintaku yang telah dilancarkan pada tahun 2013 lagi. Namun baru mendapat tempat di hati pencinta nasyid apabila klip video lagu ini siap dihasilkan dan mula dikongsikan oleh orang ramai sepanjang tahun lalu.
Lirik Lagu:
Alhamdulillahilladzi 'afani
Mimmabtalaka bihi wafaddolanii
'Ala katsirin mimman kholaqtafdilaBiar jatuh kubangkit semula
Biar lemas kurenangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin beraniLa ilaha illa anta
Subhanaka inni kuntumminzzoliminInilah jalan cintaku
Di laluan yang berliku
Tidak mudah
Kaki ini melangkahInilah jalan cintaku
Biarpun berjuta batu
Tidak lemah
Terus aku melangkah
Tempat Kesepuluh:
Seru Pembelaan – Soutul Amal
Senilagu & Senikata: Firdaus Sahidin | Durasi: 04:05 | Muaturun
Dunia umat Islam tidak sunyi dari kezaliman mereka yang memusuhi agama ini dan tiada bezanya dengan tahun lalu apabila Israel laknatullah dan ekstremis ISIS terus menindas umat Islam di Palestin dan di Syria. Lagu Seru Pembelaan mengingatkan kita agar tidak lupa kepada mereka yang dizalimi dan menyeru agar umat Islam di seluruh dunia bangkit membela nasib mereka. Semoga Allah merahmati mereka dan menghancurkan musuh-musuh Islam walau di mana sahaja mereka berada.
Video Lagu:
Lirik Lagu:
Cukupkah sekadar deraian airmata
Tangisi kematian insan teraniaya
Lantaran dunia tandus keadilan
Kezaliman berleluasaBerjuang seorang menongkah sengsara
Terhina merana tiada pembela
Sedih perit ditanggung sendiri
Jerit keluh di dalam hatiSedang kita masih Petah megah berkata
Itu salah mereka Bukan urusan kita
Tidakpun terlintas Ingin turut merawat
Parah hati saudara yang dhaifWalhal si durjana terus berleluasa
Memamah meratah Menjarah maruah
Kononnya Islam pencetus intiqam
Berlarutan tiada kesudahanAyuh dengan kesedaran kita mara
Pulihkanlah maruah dan sucikannya
Nyawa, tenaga, harta dan doa senjata utama
Pengorbananmu tinggi nilainya
Tidak terbanding isi dunia
Tempat Ke-11 Hingga Ke-16
11. Esok Menanti – Mirwana | Muaturun
Lagu Esok Menanti adalah lagu islami generasi baru. Senilagunya mirip hasil nukilan Noh Hujan dan sebab itu ia mudah diterima oleh orang muda dan sememangnya itulah audience yang ingin ditujukan nasihat yang terkandung dalam lagu ini. Masa muda sememangnya penuh ranjau dan dugaan. Jika tersalah langkah pasti rebah. Jika sudah rebah, orang muda harus bangkit semula menjadi insan yang lebih baik. Usahlah disesali apa yang telah terjadi di waktu muda kerana esok masih menantimu. Jika ada berbuat salah kepada keluarga dan rakan-rakan, segeralah meminta kemaafan daripada mereka. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu.
Video Lagu:
Lirik Lagu:
Pagi itu
Enak mentega kacang bagai menampal retak-retak hati yang lukaSegelas air putih
Tak mampu menjernihkan rasa kecewa semalam yang masih belum beredarNamun aku
Cuba mengukir senyuman di bibir kerna tak mungkin mampu ketawaAda cerita duka
Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arahGelora di minda
Masa mudaku terus menduga
Kemelut laku kata
Penuh silap dan salah
Seringnya angkuhku menurut rasaCinta..
Engkau menggoda
Cinta..
Mendebar jiwaDapatkah aku cari butiran mutiara suci
Di sebalik biasan kaca noda dosa mengujiMuda..
Tak pernah kumengalah
Muda..
Takkan selamanyaMungkinkah kukecapi kemaafan hakiki
Daripada mereka insan yang pernah kusakitiHarus kuteruskan langkah ini
Kerna esok menanti
Masa muda kan pergi
Takkanku berpaling lagi
12. Surat Cinta – In-Team | Muaturun
Lirik Lagu:
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Menyelimuti seluruh hati ku
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku
Pastinya… bila ku merindu pada-Mu
Surat-Mu kan ku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut nama ku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta teragung
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Sesegar bumi syurga hatiku
13. Abdi – Ajwad Amal | Muaturun
Lirik Lagu:
Jujur aku akui tak mampu dustai hati
Gusar di dalam jiwa hanya aku yang rasa
Di manakah silapnya hingga ini semua terjadi
Kekusutan ini bagai tiada hujung akhirnyaOh Tuhanku…
Tunjukkan aku jalan sebenarMalamku penuh syahdu
Penuh dengan air mata
Bila kenangkan dosa punca kerasnya hati
Andai takdir tertulis ini nafasku yang terakhir
Matikanlah aku dalam iman kepadaMuOh Tuhanku…
Tunjukkan aku jalan sebenarYa Allah lembutkanlah hati ini
Agar aku bisa malu tunduk di hadapanMu
Jadikanlah diri ini hamba yang setia
Setia dalam ABDI CINTA padaMuيا ربّ بالمصطفى
بلّغ مقاصدنا
واغفرلنا ما مضى
يا واسع الكرم
14. Indah – Destiny | Muaturun
Lirik Lagu:
Lihat di sekelilingmu
Bunga-bungaan
Penuh warna dan berbagaian
Sungguh indahBila tiba musim gugur
Pudar warnanya
Layu rahat tinggal tangkaiMelihat keindahan pada zahirnya
Dan di sudut yang sebaliknya
Setiap yang indah Penciptanya
Pasti lebih indahIndah dunia sementara tak kekal lama
Akan sirna semua hilang tiba masanya
Indah syurga yang abadi tiada akhirnya
Kekal buat selamanyaSetiap penciptaan
Tersembunyi hikmah
Sebagai tamsilan untuk difikir dinilai
Takkan tersia tiap ciptaan Yang EsaDi mana indahnya bebunga
Pada kelopaknya
Atau tiap yang menjadikannya bungaOhh
Ukhuwwah itu indah saling bertemu
Berpaut kerana AllahOhh
Ukhuwwah bak bunga jadi indah
Bila hati mesraDiciptakan setiap makhluk
Lengkap-melengkapi
Khalifah di muka bumi
15. Sabar – Brothers | Muaturun
Lagu Sabar oleh Brothers menampilkan lagu (separa) acapella yang semakin jarang kita dengari pada hari ini sedangkan dahulu genre ini sangat popular di kalangan munsyid seperti Saujana, Raihan dan lain-lain. Syabas Brothers! Sememangnya kami merindui kalian!
Lirik Lagu:
Kita semua inginkan hanyalah yang terbaik
Namun bila yang terjadi sebaliknya
Bila yang telah kau usaha namun tidak akhirnya
Menjadi apa saja yang kau harapkanSabar sabar, sabar sabar
Sabar sabar itulah yang terbaik
Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
BersabarNantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunyaSabar sabar sabar sabar
Jika kau terus berusaha mesti jua akhirnya
Menjadi yang apa saja yang kau harapkan
16. Tuhan Ingin Khabarkan – Halim Ahmad | Muaturun
Lirik Lagu:
Sekuat dan sejujur manakah hati ini
merelakan dia bukannya tercipta untukkuKuselami erti mencintai
berat dan bisa merebahkan
andai tak kugagahi
kerna cinta itu memberi
kerna cinta itu peluang
namun bukan lagi buatku
mungkin Tuhan ingin memberitahukan sesuatuBagaimana untuk aku terima
kebahagiaanmu itu punya jalannya
jalannya bukan bersama dengankuDia yang mengenalkan padaku erti cinta sebenar..ohoo
dia yang menyakitiku meski tanpa kehendaknya
sehingga aku sedar segalanya
Tempat Ke-17 Hingga Ke-23
17. Kau & Aku – Shauqi Kashim | Muaturun
Terdapat banyak lagu islami untuk pasangan romantis suami isteri yang baru diijabkabulkan. Tahun 2013 kita ada lagu ‘Kau Ditakdirkan Untukku’ oleh In-Team ft. Almarhum Aden Edcoustic dan pada tahun 2014 kita ada lagu ‘Jodoh Berdua’ oleh Hafiz Hamidun maka tidak terkecuali tahun 2015, saya memilih lagi indie ‘Kau & Aku’ oleh Shauqi Kashim untuk jejaka soleh wa musleh nyanyikan buat isteri tercinta…
18. Al Nuraa Yang 5 Yang 6 - Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf | Muaturun
19. Nasuha Tercipta - Afee Utopia | Muaturun
20. Wanita Istimewa – Feelhoney | Muaturun
21. Engkau Telah Pergi - Alkautsar & Anas Tahir | Muaturun
22. Sahabat - Al-Manna | Muaturun
23. Kau Pelita Hati - Azhary ft. Hazami & Addin | Muaturun
RINGKASAN SENARAI LAGU NASYID TERBAIK 2015
1. UNIC - Syamail Muhammadiah
2. Lah Ahmad - Salam
3. Hafiz Hamidun - Penyelamat
4. Nowseeheart- Katakan
5. Ippo Hafiz - HidayahMu
6. Hufaz - Khusyuk
7. Muhibbain ft Lah Ahmad - Cukuplah Bagiku
8. Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta
9. Aidil – Jalan Cintaku
10. Soutul Amal - Seru Pembelaan
11. Mirwana - Esok Menanti
12. In-Team - Surat Cinta
13. Ajwad Amal - Abdi
14. Destiny - Indah
15. Brothers – Sabar
16. Halim Ahmad - Tuhan Ingin Khabarkan
17. Shauqi Kashim - Kau & Aku
18. Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf - Al Nuraa Yang 5 Yang 6
19. Afee Utopia - Nasuha Tercipta
20. Feelhoney - Wanita Istimewa
21. Alkautsar & Anas Tahir - Engkau Telah Pergi
22. Al-Manna - Sahabat
23. Azhary ft. Hazami & Addin - Kau Pelita Hati
Demikianlah 23 buah lagu nasyid yang saya rasakan terbaik, paling best untuk tahun 2015. Jika ada yang tak tersenarai di sini, saya mohon maaf kerana senarai ini adalah pemilihan peribadi semata-mata (mungkin ada yang tertanya-tanya lagu ‘Assalamualaikum’ oleh Faizal Tahir). Saya mengalu-alukan pembaca untuk memberi komen dan berkongsi lagu-lagu nasyid lain yang tidak kurang hebatnya, terutamanya lagu-lagu nasyid dari jiran kita Indonesia mahupun dari negara-negara lain.
Akhir kata, insya Allah kita bertemu kembali di tahun hadapan. Terima kasih di atas sokongan anda.
Leave a Comment