5 Lagu Nasyid Yang Bakal Menggetarkan Jiwa Anda

Arena nasyid tempatan masih terus aktif mewarnai dunia hiburan tanah air kita. Namun begitu, kebanyakan alunan lagu dan irama yang dipersembahkan sudah kurang maknanya dek dicemari cinta kepada manusia. Nasyid seharusnya mengingatkan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

Walaupun saya agak kurang mengikuti perkembangan terkini artis-artis nasyid kita hari ini, namun saya tidak dapat lari daripada terus mendengar beberapa buah lagu yang saya rasa sangat cantik dan menusuk kalbu sesiapa sahaja yang mendengarnya. Saya tidak bergurau apabila saya katakan sesiapa sahaja. Salah sebuah lagu nasyid yang saya senaraikan di bawah ini pernah membuatkan beberapa orang insaf dengan hakikat kejadian manusia, lantas memeluk agama Islam dan terus mengabdikan diri kepada Allah SWT sehingga ke hari ini.

Lagu-lagu di bawah adalah 5 buah lagu yang cantik bahasa, lagu dan iramanya. Walaupun cantik dan sedap didengar, lagu-lagu ini ada mesej yang pasti akan menggetarkan jiwa anda...

Tanpa panjang bicara, saya persembahkan, pemenang-pemenang kepada anugerah...

5 Lagu Nasyid Paling Top Yang Bakal Menggetarkan Jiwa Anda!

Nota: Kalau YouTube lambat load video, boleh scroll down ke bawah setiap lirik dan play MP3 sahaja. Tapi saya masih syorkan anda supaya lihat video untuk efek menggetarkan jiwa yang paling maksimum!

Pemenang Pertama: 

Menanti di Barzakh oleh Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

 

Pemenang Kedua:

I'tiraf oleh Raihan

 

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

 

Pemenang Ketiga:

Rayuan Nurani oleh Saff One

 

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

 

Pemenang Keempat:

Sebelum Terlena oleh Hijjaz

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

 

Pemenang Kelima:

Munajat - Nadamurni

 

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

 

Pemenang Anugerah Istimewa:

1. Sesungguhnya - Raihan

Note: Sengaja saya tambahkan lagi satu anugerah kalau-kalau korang rasa ada lagu-lagu nasyid lain yang turut menginsafkan korang. Kalau ada, boleh bitau dan share. Nanti saya tambah di sini.

P/S: So... Amacam? Ada bergetar tak jiwa? Semoga kita semua diberikan cahaya petunjuk dan sinar keinsafan... Salam...

26 ulasan:

  1. salam..ika ade cdgn..cuba dgr..mane la tau hati terpaut.hee

    1) tangisan rindu- wildan
    2) layar keinsafan - mestica
    3) taubat seorang hamba -irsyadee feat hafiz hamidun
    4) lafaz yg tersimpan - unic
    5) tanpamu - in team

    sume ni nasyid yg ika suke..mmg best..its not a hitz, but i like it :)

    p/s: by the way, ika da fix da prob kat blog..tQ buat saudara :)

    BalasPadam
  2. Salam ika. Sori sgt sebab lambat beri feedback berkenaan blog ika. Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan blog ika. Bolehlah kita exchange links selepas ini.

    Thanks a lot for the lovely songs. Saya dah dengar sebahagian di Imeem.

    BalasPadam
  3. damai yang hilang = now see heart

    ada mp3 lagu munajat tu

    BalasPadam
  4. Lagu peberet tuh mat. Nih direct link untuk download lagu munajat:

    http://tr.im/270l

    BalasPadam
  5. salam..sgt ske lagu2 tuh...in fact 3 dr 5 tu mmg fevret especially munajt..dr kecik lg suka...thanx jg sbb dpt download dr link anda (^_^)

    BalasPadam
  6. http://www.youtube.com/watch?v=FgX-PLvuaWE

    video sebelum terlena-hijjaz

    BalasPadam
  7. Nadamurni_-_Di_Pondok_Kecil

    sedih dengar lagu ni!!!!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. saya nak kongsi 1 lagu. yang cukup dekat dengan hati saya. :)

    muhasabah cinta - Edcoustic

    BalasPadam
  9. w'salam. sy juga meminati dan sering mendalami lagu muhasabah cinta nyanyian edcoustic.

    BalasPadam
  10. nasyid iman mutiara dan aeman buatmu ibu memang meinginsafkan diri saya sendiri.. saya suka nasyid tu..

    BalasPadam
  11. salam, lagu 'mentari hidup - haikal' selalu buat saya teringatkan-Nya. tahniah kepada hamba Allah yang mencipta lagu itu.

    BalasPadam
  12. In Team - Nur Kasih still pilihan no 1 aku....

    BalasPadam
  13. wah..bnyaknye lagu nasyid..semuanya best2..klau ade share2 lah lagi..ade 1 lagu yg sye suke..lagu 'Aku ingin mencintaimu' dgn 'sebiru hari ini' dari edcaostic..best lagu 2..

    BalasPadam
  14. lagu 'cinta berkawan' ngan lagu 'menjadi diriku' boleh tahan jugak lagunya..

    BalasPadam
  15. Lagu 'langkah tercipta _unic' .. Lagu ni mmg best dan sedih sgt..

    BalasPadam
  16. cuba dengar ni :)

    - de hearty wanita, permata yang dicari, inspirasi hati.
    - inteam pemergianmu.
    - amar cebisan kenangan.
    - mestica destinasi hati, layar kehidupan.
    devotees setiap kali, tika dini hari

    BalasPadam
  17. nak jugak bagi cadangan,,
    1. Kalimah cinta-inteam
    2. Ratu Syahadah-inteam
    3. Lafaz yang tersimpan-UNIC
    4. Ainul Mardiah-inteam
    5. Taubat seorang hamba-Irsyadee

    #harap seronok mendengar :)

    BalasPadam
  18. langkah tercipta...nasyid ni best....

    BalasPadam
  19. antara dua kasih _ unic
    mahar cinta _ devotees
    nur syahadah _ fareast
    sebuah pertemuan _ unic
    bidadari hidupku _ dehearty
    aku cinta Allah _ wali band
    bisikan malam _ unic
    keinsafan diri _ fursan
    keredhaanMu _ inteam
    hanya Tuhan yang tahu _ unic

    BalasPadam
  20. salam tuan . sy juga ingin berkongsi salah satu nasyid yg menginsafkan saya . Rabbani - Insaf

    http://www.youtube.com/watch?v=OpZ21bGtJMI

    BalasPadam
  21. Budimu Rasulullah-Inteam
    Aisya' Humaira-unic
    Balqis-Unic
    Setanggi Syurga-inteam
    Rabiatul Adawiyah-inteam
    menuju haji-raihan

    BalasPadam
  22. muhasabah cinta by edcoustik
    istikharah cinta by siqma
    permata yang di cari by dehearty
    wanita by dehearty

    yang paling saya suka...

    my mother by yusuf islam..

    BalasPadam
  23. muhasabah cinta by edcoustik
    istikharah cinta by siqma
    permata yang di cari by dehearty
    wanita by dehearty

    yang paling saya suka...

    my mother by yusuf islam..

    BalasPadam

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.