10 PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KUALA LUMPUR DENGAN KOLAM RENANG DI BAWAH RM300,000 (UPDATED 2019)

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)? Pastikan anda membuat pilihan yang tepat!



Assalamualaikum WBT.

Dalam pos terdahulu, saya telah berkongsi sedikit sebanyak berkenaan punca masalah mismatch di antara demand dan supply. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dijalankan sama ada di peringkat pusat atau negeri untuk menambah stok rumah mampu milik seperti PR1MA, Rumah SelangorKu dan lain-lain.

Di pusat bandar Kuala Lumpur, antara inisiatif Kerajaan adalah melalui usahasama dengan pemaju-pemaju swasta dan sebagai syarat pemajuan di bawah program RUMAWIP atau Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Dijangkakan sebanyak 80,000 unit RUMAWIP akan disiapkan dalam tempoh 5 tahun sejak ia dilancarkan.



Program RUMAWIP boleh dikatakan berjaya berbanding PR1MA di mana projek-projek yang dilancarkan mendapat sambutan yang memberansangkan. Unit-unit yang dijual berharga kurang daripada RM300,000 dengan 3 bilik tidur. Syarat-syarat pemilikan RUMAWIP adalah seperti berikut:
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan;
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat;
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;
  • Suami atau isteri boleh memohon RUMAWIP di Wilayah Persekutuan namun hanya satu tawaran sahaja diberikan kepada setiap isi rumah;

Sehubungan dengan pengumuman Kerajaan untuk membolehkan rumah RUMAWIP disewakan kepada orang lain, saya berpandangan bahawa RUMAWIP mempunyai potensi pelaburan yang tinggi kerana ianya terletak di pusat bandar Kuala Lumpur di mana supply tanah adalah sangat terhad. 

Selain potensi sewaan, rumah RUMAWIP juga berpotensi untuk mengalami peningkatan harga jika ia terletak di kawasan premium dengan supply tanah yang terhad. Namun RUMAWIP mempunyai moratorium selama 10 tahun sebelum boleh dijual. Ini menjadikannya sesuai untuk pelaburan jangkamasa sederhana panjang yang tidak menjejaskan pasaran (melalui aktiviti flipping).

Oleh itu, dalam pos kali ini, saya cuba senaraikan projek-projek terkini RUMAWIP (2018) yang berpotensi tinggi dengan kemudahan kolam renang. Saya memilih secara spesifik projek dengan kolam renang kerana apartment dengan kemudahan ini mampu mendapat sewaan yang lebih tinggi berbanding apartment biasa atau rumah flat.

Saya juga turut sertakan kadar sewaan pasaran (bukan rumah flat) di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya sarankan pembaca membuat kajian terperinci mengenai potensi sewaan kerana kadar yang saya kongsikan di sini cuma pemerhatian kasar listing sahaja yang mungkin kurang tepat dan boleh berubah. Lawat tapak dan buat pemerhatian terhadap pembangunan di kawasan sekitar. Utamakan projek yang berdekatan stesen LRT/MRT atau universiti untuk memaksimakan potensi sewaan.

Saya juga sertakan anggaran bayaran bulanan rumah dengan andaian tempoh pembiayaan 35 tahun (sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun ke bawah) pada kadar keuntungan 4.5%. 

Dan jangan lupa, sebagai pembeli rumah pertama, anda layak memohon pinjaman 100% dan jika anda tidak layak, anda masih boleh gunakan EPF2 untuk pembayaran deposit 10%. Buat yang masih muda dan ada lebihan pendapatan, saya nasihatkan buat pelaburan dalam rumah RUMAWIP dan tangguhkan pembelian kereta atau lain-lain barangan yang tidak menjana pendapatan.

Untuk panduan membeli rumah pertama, anda boleh baca artikel ini






Pemaju: IJM Land
Lokasi: https://goo.gl/maps/qTSY8YEpVqz
Harga Jualan: RM275,000 seunit
Luas Lantai: 810 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM340 skp
Keunikan: Sebahagian daripada projek Pantai Sentral Park bersebelahan hutan simpan

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,300 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Pantai Hillpark Phase 5 - RM1,800 ke RM2,000 sebulan (1,000 kp)
Pantai Indah Apartment (tiada pool) - RM1,500 sebulan (765 kp)



2. PANGSAPURI NURI DESA PETALING



Pemaju: EXSIM Group
Lokasi: https://goo.gl/maps/cGy2qbQWm6Q2
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 850 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM353 skp
Keunikan: Facade yang moden dan di atas bukit

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Sri Lata Condominium (siap 1995) - RM1,200 ke RM1,400 sebulan (1,270 kp)
Amadesa Resort Condominium (siap 2000) - RM1,000 ke RM1,200 sebulan (728 kp)





Pemaju: Best Silver Development
Lokasi: https://goo.gl/maps/wzUUwD7GuH22
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 900 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM333 skp
Keunikan: Facade yang moden dengan link bridge

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Symphony Heights - RM900 ke RM1,300 sebulan (900-1,100 kp)
Ria @ Amanah Mulia - RM1,200-1,300 sebulan (970 kp)





Pemaju: Best Silver Development
Lokasi: https://goo.gl/maps/kqB3ygCrSxK2
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 850 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM353 skp
Keunikan: Lokasi premium berdekatan Mont Kiara

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Villa Orkid - RM1,600-1900 sebulan (1,650 kp)
Bougainvilla Apartment - RM1,100-1,500 sebulan (1,000 kp)







Pemaju: AlmaVentures
Harga Jualan: RM298,000 seunit
Luas Lantai: 815 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM366 skp
Keunikan: Layout bilik yang baik

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Residensi Gombak (siap 2016) - RM1,100-1300 sebulan (550 kp)
Idaman Suria (siap 2002) - RM800-1,200 sebulan (850 kp)





Pemaju: Poly Ritz Development
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 800 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM375 skp
Keunikan: Berdekatan dengan stesen MRT Kuchai Lama

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Sri Lata Condominium (siap 1995) - RM1,200 ke RM1,400 sebulan (1,270 kp)
Amadesa Resort Condominium (siap 2000) - RM1,000 ke RM1,200 sebulan (728 kp)





Pemaju: Platinum Victory
Harga Jualan: RM299,000 seunit
Luas Lantai: 850 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM352 skp
Keunikan: Berdekatan Stesen LRT Muhibbah dan densiti rendah (220 unit sahaja)

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Casa Green  (siap 2019) - RM1,250 sebulan (850 kp)
Z Residence (siap 2014) - RM1,400-RM1,600 sebulan (1,230 kp)

Nota: Persaingan pasaran sewa agak kompetitif di kawasan ini kerana banyak unit yang baru siap)





Pemaju: Platinum Victory
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 850 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM353 skp
Keunikan: Berdekatan Stesen LRT Taman Melati (<500m) dan UTAR

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Indah Apartments (walk-up, tiada pool) - RM1,100 sebulan (900 kp)

Nota: Tidak banyak unit untuk disewakan di kawasan ini menunjukkan permintaan yang tinggi dan juga potensi sewaan mengikut bilik kepada pelajar universiti.





Pemaju: Aset Kayamas
Harga Jualan: RM230,000 seunit
Luas Lantai: 850 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM271 skp
Keunikan: Berdekatan dengan cadangan pembangunan Bandar Malaysia (stesen HSR)

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,100 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Danau Idaman (siap 2000) - RM1,200-1,400 sebulan (900-950 kp)
Casa Desa (siap 2008) - RM1,500-2,000 sebulan (1,110-1,300 kp)

Nota: Projek ini salah satu daripada kes penjualan tanah DBKL melibatkan pemaju Aset Kayamas. Jadi mungkin terdapat halangan dan sebagainya. Buat pemeriksaan lanjut dengan DBKL.





Pemaju: Skyworld
Harga Jualan: RM300,000 seunit
Luas Lantai: 800 kaki persegi
Harga Jualan SKP: RM375 skp
Keunikan: Kemudahan lengkap bertaraf kondominium

Anggaran Bayaran Pinjaman: RM1,400 sebulan

Kadar Sewaan Pasaran
Setapak Ria (siap 1994) - RM1,000-1,300 sebulan (1,000-1,200 kp)
PV10 Platinum Lake - RM1,400-1,600 sebulan (1,100-1,270 kp)



KESIMPULAN

Mahu tidak mahu, polisi projek rumah mampu milik telah menggantikan perumahan kos rendah dan kos sederhana di pusat bandaraya (selain daripada flat PPR). Oleh itu, peluang untuk memiliki hartanah di pusat bandar KL dengan kemudahan yang selesa adalah sangat terhad.

Dalam jangkamasa sederhana panjang, projek-projek RUMAWIP dengan penyelenggaraan yang berkualiti dan lokasi yang strategik mampu mengekalkan kadar sewa yang berdaya saing di samping peningkatan nilai. Oleh kerana RUMAWIP hanya dibenarkan untuk disewa kepada rakyat tempatan, kemungkinan rumah ini disewakan kepada pekerja asing yang boleh menjejaskan nilai pasaran adalah rendah.

Selain projek-projek di atas, terdapat juga projek-projek RUMAWIP yang dilancarkan sebelum ini yang masih belum terjual sepenuhnya (tinggal Bumi lot sahaja). Oleh itu, jika lokasi tertentu menjadi pilihan anda atau anda tidak kisah jika tiada kemudahan kolam renang, bolehlah lihat senarai projek lengkap RUMAWIP di laman rasmi.

Nota: Senarai ini akan diupdate dari semasa ke semasa jika terdapat projek baharu bagi tahun 2018 atau sudah habis terjual. Jadi, pastikan anda bookmark artikel ini dan share dengan kawan-kawan. 


UPDATE: PROJEK-PROJEK TERKINI 2019


Residensi Aman Bukit Jalil

Pemaju: Gaya Kuasa Sdn Bhd (anak syarikat Juta Asia Corporation)
Lokasi: https://goo.gl/maps/2bJmAtxGHHgFHxpR9
Bilangan Unit: 1,260 unit
Luas Lantai: 900 kaki persegi
Harga Jualan: RM300,000 seunit (RM333 skp)
Anggaran Bayaran Bulanan Pinjaman: RM1,500 sebulan
Keunikan: Terletak berdekatan dengan Stesen LRT Alam Sutera (800m)

Kadar Sewa Pasaran

Residensi Jalilmas - RM1,000 - RM1,300 sebulan (800kp)






Skyawani 4

Pemaju: Skyworld
Lokasi: https://goo.gl/maps/rTWi1gkDSAkZ5qjy6
Bilangan Unit: 1,782 unit
Luas Lantai: 800 kaki persegi
Harga Jualan: RM300,000 seunit (RM375 skp)
Anggaran Bayaran Bulanan Pinjaman: RM1,500 sebulan
Keunikan: Kemudahan lengkap bertaraf kondominium. Walau bagaimanapun, kemudahan ini dikongsi dengan fasa terdahulu dengan ketumpatan penduduk yang tinggi.

Kadar Sewa Pasaran

Skyawani 3 - RM1,300 - RM1,500 sebulan (800kp)











Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.