Kawal Tablet & Handphone Anak Menggunakan Google Family Link - Tutorial Langkah Demi Langkah




Bagi yang mempunyai gajet seperti handphone atau tablet yang diberikan kepada anak, terutamanya ketika PKP dan PdPR masih berkuatkuasa, sudah tentu anda merasa resah bagaimana untuk mengawal dan memantau penggunaan sedang anda tidak ada di rumah.

Pelbagai kes yang melibatkan penggunaan gajet tanpa kawalan oleh anak sehingga terjadi pelbagai masalah. Oleh tu, sebelum memberikan gajet kepada anak, pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Solusi yang terbaik dan boleh didapati secara percuma adalah dengan menggunakan aplikasi Google Family Link. 


APA ITU GOOGLE FAMILY LINK?

Family Link adalah aplikasi oleh Google yang boleh dimuaturun daripada Google Play (untuk pengguna Android) atau Apple Apps Store (pengguna IOS). Ia adalah percuma.

Cara untuk setup Family Link ini mudah sahaja. Terlebih dahulu, anda memerlukan:

1. Tablet atau handphone extra yang tidak dikongsi dengan anda.
2. Mempunyai rangkaian internet sama ada wifi atau sim card.
3. Anda (ibu/bapa) mempunyai akaun Google sedia ada.


Langkah 1 - Download & install aplikasi Family Link di handphone anda

Muaturun:
Untuk pengguna Android
Untuk pengguna Apple

Pastikan aplikasi yang dimuaturun adalah Google Family Link for parents (bukan for children/teenagers).





Langkah 2 - Daftar akaun Google baru untuk anak anda

Buka aplikasi Family Link yang telah dipasang di handphone anda dan daftar akaun Google yang baru untuk anak anda melalui aplikasi Family Link. Tekan tanda + atau  Add Member dan ikut langkah yang diberikan.

Setiap family group mempunyai seorang manager, seorang co-manager (isteri/suami) dan maksima empat orang anak (empat gajet berlainan).

Untuk anak di atas 13 tahun, boleh daftar akaun baru di https://accounts.google.com/signup/






Langkah 3 - Daftar masuk (log in) di tablet/handphone anak menggunakan akaun anak

Jika gajet anak sudah ada akaun Google lain (akaun anda umpamanya), unlink atau remove kan account tersebut. Gunakan akaun anak anda yang baru didaftarkan tadi sebagai akaun utama untuk gajetnya. Gajet anak anak tidak boleh berkongsi dua akaun google yang berlainan. Satu gajet hanya boleh digunakan oleh satu akaun Google anak.

Untuk remove akaun sedia ada, buka settings gajet dan cari tetapan untuk accounts. Setiap gajet mungkin berlainan lokasi tetapan ini. Di sini saya tunjukkan tetapan untuk MIUI (handphone xiaomi).



Langkah 4 - Set up device untuk anak

Buka aplikasi Family Link di handphone anda. Pilih gambar anak anda dan set up device. Ikut arahan yang diberikan untuk menyambung / connect handphone anda ke gajet anak. 







Tahniah jika anda sudah berjaya sambungkan atau connect handphone anda dengan gajet anak. Langkah seterusnya adalah lebih kepada membuat tetapan-tetapan khusus untuk mengawal penggunaan gajet anak melalui aplikasi Family Link.


Langkah 5 - Menetapkan kawalan / filters di aplikasi Google Play, Google Chrome & Google Search

Buka aplikasi Family Link di handphone anda dan klik gambar anak. Kemudian tekan Manage Settings.

Tetapan pertama adalah untuk mengawal aplikasi yang boleh dimuaturun oleh anak. Untuk anak yang masih kecil, tetapkan supaya semua muaturun dan pembelian melalui Google Play memerlukan approval anda.

Walau pun begitu, anak anda masih boleh membuka Google Play. Oleh itu, had kan juga aplikasi yang boleh dilihat oleh anak kepada rating yang sesuai.

Jika anda belum memasang aplikasi-aplikasi yang akan digunakan oleh anak anda, download dan install aplikasi-aplikasi ini terlebih dahulu di gajet anak sebelum anda membuat tetapan di atas untuk memudahkan. 

Selain Google Play, anda juga wajar menetapkan had kepada Google Chrome dan Google Search. Umum diketahui, pelbagai sumber tidak elok boleh dibuat carian oleh anak. Cara yang terbaik adalah anda terus block aplikasi Google Chrome seperti yang akan saya tunjukkan dalam Langkah 6.




Langkah 6 - Menetapkan aplikasi yang boleh digunakan oleh anak

Langkah ini adalah langkah kegemaran saya. Jika anda sudah memuaturun aplikasi-aplikasi yang akan digunakan oleh anak anda dalam langkah 4 di atas, anda masih boleh mengawal supaya hanya sesetengah aplikasi sahaja yang boleh digunakan pada masa-masa yang tertentu atau terus block/unblock aplikasi tersebut.

Sebagai contoh, semasa waktu belajar, anda mungkin akan unblock aplikasi belajar sahaja seperti Google Classroom dan block aplikasi game dan Youtube Kids misalnya. 

Bila anda block, aplikasi tersebut akan hilang secara magik daripada gajet anak anda dan akan kembali muncul apabila anda unblock.

Pergi ke bahagian settings semula dan pilih Android Apps. Tekan button Limits dan di sebelah setiap aplikasi yang disenaraikan anda boleh tekan untuk set limit masa atau block.

Anda juga boleh memantau aktiviti atau masa yang diluangkan oleh anak.




Langkah 7 - Menetapkan waktu gajet boleh digunakan

Gajet anak anda tidak memerlukan sebarang PIN atau password jika anda menetapkan kawalan waktu ini. Apabila gajet anak dilock, anak anda tidak akan boleh masuk atau login ke dalam gajetnya. Ini bermakna anda tidak perlu risau untuk menyorokkan PIN atau menukar password.

Sangat berguna bukan?

Buka Family Link dan klik gambar anak anda. Scroll ke bawah sehingga anda nampak status device anak anda dan daily limit. 

Anda boleh setkan masa yang tertentu di mana gajet anak anda boleh digunakan atau dikunci. 

Untuk memudahkan saya, saya set bedtime sepanjang hari (8:00AM - 8:00AM) 7 hari seminggu. Ini bermakna gajet anak saya dikunci sepanjang masa. Apabila anak saya hendak menggunakan gajetnya, saya akan unlock secara manual atau terus tekan bonus time.

Cuba godek tetapan ini mengikut kesesuaian dan keperluan anda.







Langkah 8 - Lain-lain tetapan & Tips

1. Anda boleh tambah isteri/suami sebagai co-manager. Dengan itu, anda dan pasangan boleh sama-sama memantau atau mengambil alih tugas jika salah seorang kesibukan. Daftarkan isteri/suami anda sebagai parent dan berikan parental privileges.

2. Buka akaun siap-siap untuk anak-anak anda yang lain walaupun mereka tidak diberikan gajet sendiri. Masukkan mereka ke dalam family group anda (maksima 4 orang anak).

3.  Jika gajet anak tidak mempunyai internet/offline, anda boleh gunakan parental access code. Buka Family Link di handphone anda dan tekan butang settings di sebelah atas kiri (sebelah perkataan Family). Tekan Parental Access Code dan anda akan diberikan nombor 6 digit yang boleh digunakan sekali sahaja untuk anak anda mengakses gajetnya. Kod ini akan diperbaharui setiap 30 minit.


Itu sahaja buat masa ini. Che Ahmad harap artikel kali ini membantu ibu-bapa dan semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati.


Wassalam.



Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.