Jangan Salahkan Rakyat Jika COVID-19 Kembali Merebak Semula!

 



Bermula tanggal 10 Jun 2020, Kerajaan mengumumkan bahawa mereka yang pulang dari luar negara tidak lagi diwajibkan kuarantin di pusat-pusat kuarantin tetapi kuarantin di rumah  masing-masing (self-isolation).

Dalam sebulan sahaja sejak pengumumam itu, ada tak kurang 10 kluster baru membabitkan PUS yang pulang dari luar negara. 

Tan Sri Hisham sebut hari tu 25% langgar SOP kuarantin di rumah (tidak duduk di rumah, tidak asingkan diri dengan ahli keluarga lain, tiada penjarakan dsbnya).

Ismail Sabri turut melaporkan bahawa terdapat 2,897 yg sedang kuarantin di rumah gagal menjalani ujian saringan wajib kali kedua hari ke-13. Harapan tipis mereka ni semua negatif. Terdapat beberapa kes yang negatif semasa ujian pertama tetapi positif apabila melakukan ujian kedua.

No such thing as 100% compliance. Lagi kurang pengawasan, lagi tinggi risiko SOP tidak dipatuhi. Lebih-labih lagi apabila melibatkan golongan kayangan yang rasa dirinya lebih istimewa daripada orang lain dan kebal dari undang-undang. Apalah sangat denda RM1,000 kepada golongan ini. 

Ia seolah-olah seperti memberikan kepercayaan bahawa semua rakyat akan mematuhi undang-undang lantas tidak memerlukan polis untuk mengawal!

Tambahan pula, kes import hari ini lebih berisiko dari dulu (awal tahun - Mac 2020) kerana:

1. Dulu tidak banyak negara yang terlibat lagi. Boleh bilang dengan jari. Malaysia boleh kata yg terawal kena.

2. Dulu ramai pelancong China, skrg pelancong US, Brazil, India semua ada. Negara-negara ini melaporkan lebih banyak kes berbanding China.

3. Virus ini boleh bermutasi. Jika dulu tak tahan panas, maka hari ini lebih ganas. R0 virus semakin meningkat. Lebih banyak kematian melibatkan pesakit berumur 40 tahun ke bawah..


Hanya satu kes melibatkan seorang super spreader yang ingkar kuarantin boleh mengakibatkan penularan besar-besaran. Ini yang terjadi terhadap kluster Sivaganga. Sejarah kluster tabligh yang diimport dari luar negara boleh berulang dan bakal mengembalikan seluruh negara dalam perintah berkurung yang lebih ketat jika kita tidak berjaga-jaga.

Oleh itu, sangat-sangat mengejutkan apabila Kerajaan mengumumkan self-quarantine di rumah mengambilkira pelbagai risiko di atas.

Kita sudah hampir berjaya apabila mula melaporkan 0 kes tempatan warganegara (WN).

Tetapi malangnya, hari ini penularan tempatan melibatkan WN semakin hari semakin meningkat.

Apalah sangat jika kerajaan menanggung kos kuarantin di hotel atau pusat kuarantin seperti AKEPT jika dibandingkan dengan kos ekonomi jika PKP dilaksanakan semula. Peniaga terpaksa tutup kedai, orang hilang kerja, suami terpisah dari isteri, ibu terpisah dari anak, frontliners bertarung nyawa..

Jadi, jangan salahkan rakyat lain yg mencatatkan rekod 90% pematuhan SOP semasa PKP. Kami telah banyak berkorban dan lakukan yang terbaik.

Perkara ini telah menjadi kerisauan ramai seperti yang cuba ditekankan oleh Doktor Musa di bawah:


UPDATE: Alhamdulillah pada 21 Julai 2020, Kerajaan menyedari akan kesilapan yang dilakukan dan telah mengembalikan semula polisi kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin. Kita berharap ianya tidak terlalu lewat. 

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.