Bahagia Sejati oleh Dzil Afnan & Hazamin Inteam (Lihat Lirik, Video & Muaturun)


Tajuk Lagu: Bahagia Sejati
Munsyid: Dzil Afnan & Hazamin Inteam
Senilagu: Amin Inteam & Wan Saleh
Senikata: Ito Lara
Muaturun: Spotify | Deezer

Lirik Lagu:

Kebahagiaan cahaya sanubari
Terpancar di wajah berseri-seri
Bermukim di hati rahsia pesona peribadi

Bila ditimpa musibah
Duka penderitaan
Sungguh sabar itu indah 

Kebahagiaan sukar ditemui
Selagi hati dikail pesona duniawi
Segala-galanya telah dimiliki
Tetap jua merasai belum mencukupi

Di kala hati remuk keresahan
Cubalah cari erti ketenangan
Di hujung penderitaan pasti ada kebahagiaan
Tempuhilah dengan keyakinan

Dan di kala malam gelap gelita
Baru terlihat bintang terang bercahaya
Andai kehidupan serba kekurangan
Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan 

Seandai dimiliki hati yang begini
Sudah menghampiri bahagia sejati
Selepas kehilangan cinta manusiawi
Kau kan jumpai cinta Ilahi

Kebahagiaan sukar ditemui
Selagi hati dikail pesona duniawi
Segala-galanya telah dimiliki
Tetap jua merasai belum mencukupi 

Di kala malam gelap gelita
Baru terlihat bintang terang bercahaya
Andai kehidupan serba kekurangan
Yakinilah kesyukuran akan mencukupkan

Bahagia sejati…



Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.