Isu Serbuan Khalwat 2018



1. Pertamanya, saya tidak bersetuju dengan kenyataan menteri yang melihat isu serbuan ini dari perspektif personal/public spheres semata-mata. Sebab kalau nak cakap pasal public spheres, banyak program TV yang dah langgar bab ni. Dan dalam bab personal spheres, tidak semua maksiat itu urusan peribadi yang tidak membahayakan orang awam (saya percaya yang menteri merujuk kepada aktiviti yang tidak mengancam keselamatan awam). Perbahasan timbul di kalangan ulamak, adakah zina peribadi itu tidak berkaitan langsung dengan kepentingan awam? Lihat pendapat Mufti Wilayah dalam perbahasan ini.


2. Walau bagaimanapun, secara umumnya memang terdapat beberapa kelemahan SOP (Standard Operating Procedure) yang perlu diperbaiki untuk mengelakkan fitnah ke atas agama seperti garis panduan oleh Mufti Wilayah dan Mufti Perlis




4. Mengambil tindakan berdasarkan laporan tidak kukuh dan tidak bertanggungjawab atau sangkaan semata-mata. Terdapat kes suami-isteri diserbu dalam keadaan memalukan hanya kerana sangkaan yang tidak diperiksa terlebih dahulu. Walaupun niat nak mencegah itu baik, ianya perlu dilakukan mengikut tertib. Kalau boleh cegah sendiri, cegah sendiri dahulu. Mulakan dengan berpesan-pesan dan nasihat.

5. Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa di antara kamu yang MELIHAT kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Hadis Riwayat Muslim).

6. Apa yang dimaksudkan dengan melihat? Terlihat atau melihat-lihat (mengintip)? Jika melihat dengan dua/empat mata pun tidak, apatah lagi dengan sangkaan-sangkaan sahaja. Dan dengan sangkaan itu kita melihat-lihat (mengintip) pula.

7. Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat: 12)

8. Sabda Nabi SAW: “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)




9. Fokus kepada pencegahan peringkat awal dan jalan taubat bukan mencari-cari kesalahan untuk dijatuhkan hukuman. Bukti yang paling jelas ialah bertambahnya kes buang anak walaupun serbuan demi serbuan dilakukan. Bermakna punca utama kepada khalwat dan zina adalah lebih kompleks seperti media lucah, masalah sosial, pendidikan agama dan lain-lain. Kenalpasti punca-punca ini dan fokuskan usaha ke arah pencegahan awal.

10. Dalam beberapa kes zina yang berlaku di zaman Nabi SAW, layanan yang diberikan lebih cenderung kepada untuk guide kepada taubat. Jika ada kes yang dihukum, ia adalah kerana pengakuan dan kerelaan penzina itu sendiri, bukan kerana hasil intipan.

11. Penglibatan media, spy camera dan aib yang tersebar di zaman media sosial. Adakah perlu dibawa pasukan media, kamera dsbnya? Adakah ini manifestasi 'mencegah' yang diajarkan oleh Nabi SAW? Jika aib itu boleh dirahsiakan, rahsiakan! Rahsiakan daripada awam, kenalan, jiran hatta keluarga yang terdekat bagi mengelakkan fitnah, penceraian, depresi, dendam dsbnya.

12. Dalam isu ini saya menyokong sepenuhnya inisiatif menteri untuk mengkaji semula penglibatan media dalam operasi serbuan khalwat. Walaupun tujuannya mungkin sebagai pengajaran kepada orang lain, di zaman media sosial ini kemudharatan akibat mudahnya tersebar video/gambar yang bocor itu lebih besar. Apatah lagi dengan kes buang anak yang semakin bertambah walaupun serbuan demi serbuan dilakukan, jelas penglibatan media ini perlu dikaji semula.

13. Mencegah kemungkaran itu satu kefardhuan, namun jalankan kefardhuan ini mengikut tertibnya. Kritikan terhadap kelemahan-kelemahan ini bukan bermakna kita redha dengan kemungkaran tetapi supaya pengamalannya lebih kemas dan indah sekaligus menghindari fitnah terhadap agama. Terdapat beberapa saranan yang boleh kita rumuskan di sini:

(a) Menegur dan memberikan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

(b) Selidik dan periksa dengan pasti terlebih dahulu dakwaan oleh orang awam sebelum melakukan serbuan, terutamanya oleh orang yang tidak dikenali sifat kepercayaannya. Dapatkan laporan dari pelbagai pihak untuk konsistensi. Pastikan laporan-laporan ini bukan sekadar buah mulut. Lebih baik jika pihak berkuasa sendiri bertemu dahulu pasangan yang didakwa bagi mendapatkan kepastian dan memberikan nasihat.

(c) Kurangkan bilangan penguatkuasa yang melakukan serbuan dan batalkan penglibatan media. Sebarang bentuk alat rakaman termasuk handphone hendaklah diharamkan. 

14. Akhir kata untuk kita fikir-fikirkan. Allah suruh kita selalu doa minta keberkatan rezeki, supaya kita cari rezeki yang halal. Selalu doa minta kebaikan, supaya kita kejar amal soleh. Selalu doa supaya ditutupkan aib, supaya kita jaga aib kita dan segera bertaubat.


Wallahu'alam. 


Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.