5 Hotel di Melaka Dengan Kolam Mandi & Taman Air Yang Paling Best Untuk Kanak-Kanak



Ada sesiapa nak pergi ke Melaka hujung minggu ni? 

Selain Port Dickson, Melaka menjadi destinasi hujung minggu pilihan warga kota kerana ia tidak jauh dari bandar dan memiliki pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi dengan pilihan tempat makan yang menyelerakan.

Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda tentu tercari-cari hotel yang sesuai untuk mereka dan tidak terlalu mahal. Kanak-kanak tidak cerewet bahkan mereka hanya mahukan kemudahan yang menyeronokkan seperti kolam mandi, playground, games room dan sebagainya.



Berdasarkan kriteria ini, berikut adalah hotel-hotel yang disarankan. Klik link untuk melihat lebih lanjut review-review pelanggan sebelum membuat tempahan:

(Nota: Kadar bilik yang dinyatakan adalah kadar bilik hujung minggu yang dibooking sebulan awal)





Star Rating: 4 Bintang
Agoda Rating: 7.3/10

Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Puteri Resort Ayer Keroh sebelum dinaiktaraf. Antara naiktaraf paling ketara adalah kolam mandi kanak-kanak yang memuatkan sebuah kapal gergasi dan pelbagai jenis slides yang sesuai untuk toddlers. Terdapat pelbagai lagi kemudahan kanak-kanak seperti pasir pantai, outdoor playground, indoor playground, mini ATV dan lain-lain. Paling mengujakan adalah slide utama pada ketinggian 3 tingkat untuk si kecil yang berani!

Apa yang menariknya ialah, walaupun kolam mandi kanak-kanak agak besar dengan pelbagai kemudahan, ia adalah percuma jika anda menginap di sini. Tidak seperti beberapa hotel lain dengan taman air yang mengenakan tiket berasingan. 

Lokasi hotel yang berdekatan dengan Ayer Keroh memudahkan anda pergi ke destinasi-destinasi pelancongan yang lain seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama dan lain-lain.

Oleh kerana hotel ini menjadi semakin popular di kalangan pengunjung dan sering penuh terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah, pastikan anda membuat tempahan awal!

Nota: Hotel ini adalah hotel pilihan penulis :D

Kadar Bilik: RM180-320 semalaman






Star Rating: 4 Bintang
Agoda Rating: 7.7/10

Hotel ini adalah antara hotel baharu di Melaka sebahagian daripada pembangunan bercampur The Shore yang terletak bersebelahan Kg Morten. Terdapat 1 blok hotel dan 2 blok residences di atas podium letak kereta dan pusat beli-belah. Kolam air kanak-kanaknya menarik dengan pelbagai jenis pancuran namun agak sejuk jika angin bertiup kencang kerana kedudukannya yang tinggi. 

Terdapat beberapa tarikan yang terdapat di sini seperti The Shore Sky Tower, Oceanarium, 3D Interactive Park dan Toy Museum. Namun harap maklum semua tarikan ini dikenakan tiket berasingan. 

Antara kelemahan utama hotel ini adalah lif dan tempat letak kereta yang tidak mencukupi kerana ia dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung lain. 

Kadar Bilik: RM200-570 semalaman


3. ATLANTIS RESIDENCE





Star Rating: Tiada (Homestay)
Agoda Rating: 8.4/10

Saya baru sahaja menginap di sini dan secara keseluruhannya ia pengalaman yang memuaskan! Tidak hairanlah Atlantis Residence mendapat review yang tinggi di Agoda. Walaupun ianya bukan hotel tetapi kebanyakan unit-unit apartment di sini disewakan sebagai homestay melalui AgodaHomes, AirBNB dan lain-lain dengan kemudahan bertaraf hotel 4 bintang. Semasa kunjungan saya, terdapat ramai pelancong dalam dan luar negara yang menginap di sini. Pada harga bermula dari RM200 semalaman (hujung minggu), anda mendapat unit studio (1 bilik + ruang tamu) yang dilengkapi dengan dapur jika anda ingin memasak sendiri makanan kegemaran si kecil. Memang berbaloi!

Kolam airnya yang terletak di aras 7 sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil dengan keadaan bilik yang sangat memuaskan dan dihias dengan cantik (bergantung kepada unit homestay pilihan anda). Seperti juga di The Shore, angin bertiup agak kuat di lantai fasiliti kerana terletak di aras tinggi menjadikan kolam agak dingin untuk si kecil.

Ia juga terletak berdekatan dengan Bandar Hilir dan pesisir pantai Klebang menjadikan lokasinya sangat strategik untuk instant getaway ke pelbagai tarikan pelancongan yang berdekatan dan berkelah di tepi pantai sambil menghirup Coconut Shake Special yang dipadankan dengan Kuih Keria Antarabangsa. Hmmm menggiurkan!

Oh ya, pastikan anda memilih sea view yang cantik. Jika tidak, anda masih boleh melihat 360 view bandaraya Melaka daripada Sky Deck di aras 24 dengan lantai kaca yang menggayatkan!


Kadar Bilik: Dari RM200 semalaman






Star Rating: 4 Bintang
Agoda Rating: 6.8/10

Hotel ini adalah sebuah apartment atau kondominium lama yang diuruskan oleh operator hotel. Oleh kerana ia adalah hotel lama, keadaan biliknya mungkin agak tidak selesa. Namun, antara sebab mengapa pengunjung menginap di sini adalah kerana taman tema air yang dilengkapi beberapa jenis slides. Jadi, pengunjung tidak berapa kisah dengan keadaan usang bilik hotel asalkan anak-anak mereka seronok bermain air. 

Kadar Bilik: Dari RM340 (termasuk tiket taman tema air 2 dewasa 2 kanak-kanak)



5. GOLD COAST MALACCA INTERNATIONAL RESORT



Star Rating: 3 Bintang
Agoda Rating: 5.9/10

Seperti Bayou Lagoon, hotel Gold Coast Malacca juga menawarkan taman tema air dengan keadaan bilik yang mungkin kurang selesa (ikut nasib) berbanding hotel-hotel 3 bintang yang lain yang lebih baru. Seperti juga hotel Bayou Lagoon, tarikan utamanya ialah taman tema air (tiket  berasingan). Cuma jangan expect macam taman tema air Sunway Lagoon lah ye.

Kadar Bilik: Dari RM350 (termasuk tiket taman tema air 2 dewasa 2 kanak-kanak) 


Cukup dahulu setakat ini untuk anda terokai. Selain daripada hotel-hotel di atas, terdapat juga banyak penginapan homestay yang lebih luas yang terletak berdekatan dengan tarikan pelancong dan taman tema air. Jika anda ingin kurangkan travelling di bandar pada waktu peak dan lebih mahu menikmati kemudahan hotel, maka hotel-hotel di atas adalah yang paling sesuai dan pastinya menggembirakan anak-anak.

Ada cadangan lain? Kongsikan di ruang komentar di bawah.



Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.