PRU14 - SIAPA PEMECAH UNDI? PAKATAN HARAPAN ATAU PAS?



Siapa pemecah undi?

Siapakah yang dikatakan sebagai pemecah undi? Pemecah undi atau 'spoiler' merujuk kepada 'the 3rd most likely candidate to win'. Jadi, siapa pemecah undi ni akan berbeza dari kerusi ke kerusi dan dari negeri ke negeri. Ia bukan soal siapa lebih senior dan berpengalaman, atau siapa yang datang kemudian.



Pemecah undi bukanlah sesuatu yang baru. Ia berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu oleh calon bebas. Namun dalam PRU14, ia bakal berlaku pada skala yang besar.

Antara impak perpecahan undi

Strategi King Maker

Pemecah undi berkait rapat dengan strategi King Maker di mana calon ketiga tampil dengan objektif untuk mempengaruhi pemenang, bukan untuk jadi pemenang. Dalam strategi ini, adalah menjadi taktik untuk 3rd candidate mewujudkan persepsi bahawa dirinya adalah candidate no 2 atau no 1 berpeluang menang walaupun data tidak semestinya menyokong. Tujuannya ialah untuk menarik undi yang mencukupi untuk seimbangkan sokongan kepada candidate pertama dan kedua. Pembahagian kerusi dengan strategik juga dirancang bagi membolehkan senario ini berlaku.


Apa tujuan strategi ini?

Dalam keadaan 3rd candidate ini pada awalnya mempunyai pengaruh dan sokongan terendah, strategi ini memberikannya kuasa untuk mencapai objektif yang dikehendaki melalui power to negotiate. Adakah ini menjadi kesalahan dalam sistem demokrasi? Tidak. Adakah ia tindakan yang betul? Ia bergantung kepada perspektif anda terhadap matlamat akhir strategi ini.


Adakah strategi ini boleh menyelesaikan masalah?

Ia bergantung kepada perspektif anda terhadap apa yang dikatakan sebagai 'masalah' dan tahap kritikal masalah tersebut. Ia boleh jadi masalah yang kritikal bagi sesetengah pihak tetapi tidak kritikal bagi sesetengah pihak yang lain. KEUTAMAAN SETIAP ORANG ADALAH BERBEZA. Ada yang merasakan isu nasional lebih kritikal. Ada yang merasakan isu sentimental lebih kritikal. Keutamaan juga bergantung kepada masa. Ada yang melihat penyelesaian jangka pendek. Ada yang melihat penyelesaian jangka panjang.

Pelbagai isu semasa ditimbulkan bersama solusinya oleh calon. Apa yang penting bagi pengundi adalah untuk menilai sejauh mana masalah-masalah ini menjadi keutamaan buat anda dan adakah pilihan anda berkemampuan untuk menang dan menyelesaikan masalah.


Siapa pemenang dalam senario 3 penjuru?

Sebagaimana nama yang diberikan, kemenangan ditentukan oleh calon ketiga yang menjadi king maker. Namun, ianya bergantung kepada sejauh mana realistik syarat yang diletakkan oleh king maker untuk diterima oleh candidate yang lain. Dalam keadaan tiada resolusi boleh dicapai, tidak mustahil 1st dan 2nd candidate pula yang akan berkerjasama. Dan tidak mustahil juga jika 3rd candidate yang pada awalnya mempunyai sokongan terendah mendapat sokongan yang tinggi di sepanjang tempoh kempen, mengatasi calon-calon lain. 


Kemungkinan berlaku senario ini?

Jika 3rd candidate ini berjaya menarik sejumlah sokongan yang ketara terutamanya daripada calon paling popular, senario ini tidak mustahil untuk berlaku. Namun dalam sistem 'first past the post', 1st candidate masih boleh menang walaupun tidak mendapat sokongan popular. Banyak ketidakpastian yang terlibat untuk menjayakan strategi ini.

Walau bagaimanapun, ini adalah risiko yang diambil oleh 3rd candidate. Baginya, risiko yang diambil masih boleh diterima dalam keadaan dirinya mempunyai sokongan terendah dan melihat kepada keutamaan objektif yang ingin dicapai. Risiko ini bergantung kepada perspektif kita terhadap apa yang ditafsirkan sebagai masalah dan tahap kritikal masalah tersebut seperti yang dijelaskan di atas.

Manakala bagi pencabar kedua yang paling berpeluang menang, sudah pasti strategi yang diketengahkan oleh 3rd candidate ini menjadi sesuatu yang frustating apabila prospek untuk menang kini menjadi sukar.


Adakah ia menunjukkan demokrasi yang sihat?

Dalam konteks Malaysia yang merupakan negara majmuk, sokongan yang seimbang dari setiap golongan majoriti dan minoriti adalah diperlukan untuk memerintah negara dengan stabil. Maka, amalan politik dalam demokrasi yang sihat perlu inklusif dan tidak meminggirkan golongan lain.

Kebiasaannya, 3rd candidate ini mempunyai sokongan segmen yang tertentu dan tidak cukup inklusif untuk mewakili semua golongan masyarakat dan latar belakang, terutamanya di dalam negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Seperti yang dijelaskan di atas, sistem first past the post mempunyai kelemahan utama di mana kemenangan undi popular tidak bermakna kemenangan kerusi. Sistem ini juga boleh dimanipulasi melalui persempadanan semula yang membahagikan sokongan, atau dikenali sebagai gerrymandering. Dalam keadaan dua calon menjadi pilihan utama, kehadiran 3rd candidate (spoiler effect) menimbulkan masalah yang lebih besar dalam sistem first past the post seperti yang dijelaskan dalam video di bawah:




Pemenang yang sebenar

Apa yang sedang berlaku adalah perebutan pengaruh/dominasi dan krisis keutamaan. Di sebalik perebutan dan krisis ini, pengundi adalah pemenang yang sebenar, dengan syarat pengundi bebas untuk memilih dan mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat 'informed decision'. Namun, sentimen tidak berasas yang digunakan untuk mencipta sesuatu persepsi boleh menyebabkan pengundi membuat keputusan berdasarkan andaian dan bukannya berdasarkan maklumat yang tepat. Sebagai pengundi, pastikan anda mempunyai akses kepada setiap sumber maklumat dan uji ketepatan maklumat tersebut.

Sebagai pengundi yang bijak, jangan biarkan orang lain yang menentukan keutamaan anda. Kenalpasti sendiri apa keutamaan anda serta risiko dan pulangan yang terlibat (risk and return). Align keutamaan anda dengan pilihan yang ada.


Tactical Voting

Dalam senario 3 penjuru, sebagai pengundi yang bijak anda boleh gunakan strategi ini. Tactical voting atau undi taktikal merujuk kepada undi yang memahami sistem first past the post dan jelas dengan calon mana yang mahu dikalahkan.

Contoh:

Jika anda memilih untuk BN menang, maka anda akan pilih BN.

Jika anda memilih untuk BN kalah, maka anda perlu pilih calon yang paling berpeluang untuk menang. Calon ini akan berbeza dari kerusi ke kerusi. Mungkin PH, mungkin PAS.


Strategi ini akan defeat pecahan undi dengan syarat anda jelas calon mana yang paling berpeluang untuk menang. Lihat demografik kaum dan trend survey pengundi yang terkini.





Mengundi adalah satu pelaburan

Mengundi boleh diibaratkan seperti pelaburan. Dan sebagaimana pelaburan, analisa risiko dan pulangan berdasarkan keutamaan wajar dilakukan untuk mengelakkan kerugian.

Adakah risiko yang dikenalpasti itu realistik dan mencemaskan?
Adakah ia masih boleh diuruskan?
Adakah pulangan yang bakal diterima boleh justify risiko yang diambil? 
Sejauh mana anda bersedia untuk menerima kerugian jika pelaburan ini tidak berjaya?
Apakah timeframe atau jangkamasa yang wajar bagi anda?

Contoh-contoh risiko (kenalpasti keutamaan anda dan sejauh mana ianya realistik dan masih boleh diuruskan):
  1. Kestabilan negara tergugat
  2. Anasir tidak sihat menyerap masuk
  3. Kehilangan hak istimewa Bumiputera
  4. Tanah rezab Melayu tergadai
  5. Kos sara hidup meningkat 
  6. Jurang miskin kaya meningkat
  7. Gaji tidak naik dengan mencukupi bagi menyara kos sara hidup 
  8. Bebanan hutang Negara yang meningkat
  9. Ancaman Kristianisasi dan gejala murtad
  10. Ketirisan dan rasuah
  11. Salahguna kuasa dan conflict of interest
  12. Pertembungan kaum dan agama akibat perpecahan
  13. Masalah sosial dan kesempitan hidup
  14. Jalan berlubang dan masalah bekalan air bersih
  15. Kebebasan suara disekat
  16. dan lain-lain lagi.

Contoh-contoh pulangan (kenalpasti keutamaan anda dan sejauh mana ia memperbaiki hidup anda):
  1. Kestabilan dan keharmonian kaum
  2. Ancaman anasir luar dan merbahaya dapat dibendung
  3. Ketirisan dan rasuah berkurangan
  4. Hutang Negara berkurangan
  5. Pengasingan kuasa dan conflict of interest
  6. Anjakan paradigma, budaya kerja dan mentaliti
  7. Kemudahan yang berkualiti
  8. Perlaksanaan (delivery & implementation) yang berkesan dan konsisten
  9. Polisi yang adil dan inklusif
  10. Sistem pengangkutan yang lebih baik
  11. Bantuan tunai
  12. Ruang dakwah yang semakin luas
  13. Imej Islam yang lebih sejahtera dan dihormati
  14. Peningkatan taraf dan kualiti hidup
  15. Keadilan sosial dan pengurangan jurang miskin dan kaya
  16. dan lain-lain lagi.


Lakukan analisa komprehensif ini sebelum membuat keputusan. Janganlah keputusan kita hanya berdasarkan andaian dan perspektif yang sempit. Buatlah penilaian secara objektif. Pertimbangkan semua pembolehubah dan letakkan weightage yang wajar. Elakkan persepsi yang negatif dan tidak berasas.

Dalam senario 3 penjuru, perkara yang paling penting adalah untuk anda fahami sistem first past the post seperti yang dijelaskan di atas dan menggunakan strategi undi taktikal iaitu dengan objektif untuk mengalahkan calon bukan pilihan sekaligus menyelesaikan masalah-masalah yang menjadi keutamaan buat anda.

Akhir kata, selamat mengundi dengan bijaksana.

Rujukan: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Spoiler_effect

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.