#PRU14: ANALISA TREND PENGUNDI, SIMULASI DAN RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA 3 PENJURU
Dengan pengumuman tarikh mengundi pada 9 Mei 2018 dan usainya persempadanan semula oleh SPR, bahang musim pilihanraya kini semakin terasa. Bagi penganalisa pula, banyak simulasi yang dijalankan untuk melihat kecenderungan kemenangan dalam senario 3 penjuru yang hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi.
SIMULASI 3 PENJURU DI PERINGKAT SEMENANJUNG
Berikut adalah keputusan purata PRU13 bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia dengan komposisi kaum purata Melayu 60% & Bukan Melayu 40% (tidak termasuk peratusan keluar mengundi dan undi rosak):
Berikut adalah beberapa perubahan trend atau peralihan sokongan yang berlaku selepas PRU13 (tanpa meletakkan sebarang anggaran peratusan) untuk dipertimbangkan:
- Peralihan sokongan Melayu terhadap UMNO (BN) kepada Bersatu (PH)
- Peralihan sokongan Melayu terhadap UMNO (BN) kepada Ikatan (GS)
- Peralihan sokongan Melayu dan Bukan Melayu terhadap PAS (GS) kepada Amanah (PH)
- Peralihan sokongan Melayu terhadap DAP (PH) kepada PAS (GS)
- Peralihan sokongan Melayu terhadap PKR (PH) kepada PAS (GS)
- Dan lain-lain peralihan sokongan yang kurang ketara.
- Manakala, peralihan sokongan pengundi atas pagar pula sukar dipastikan dengan peratusan yang lebih tinggi berdasarkan culaan.
Mengambil maklum akan peralihan sokongan di atas, berikut adalah anggaran peratusan sokongan bagi PRU14 yang digunakan dalam simulasi ini:
Anggaran di atas adalah pendapat peribadi penulis setelah meneliti kajian dari pelbagai pihak seperti Invoke, Institut Darul Ehsan (IDE), Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Politweet dan sebagainya serta pandangan para kenalan, maka ianya terbuka untuk dipertikaikan. Namun perbahasan mengenai peralihan trend pengundi ini selalunya tidak berpenghujung kerana walaupun banyak kajian dan survey lapangan yang dijalankan, hasil simulasi-simulasi ini selalunya bercanggah dan agak biased.
Walau bagaimanapun, saya berpandangan adalah agak mustahil untuk undi Melayu BN jatuh di bawah 40% terutamanya bagi kawasan-kawasan luar bandar (hardcore penyokong Kerajaan) dan undi Melayu PH jatuh di bawah 20% terutamanya selepas kemasukan Bersatu.

![]() |
Hasil simulasi PRU14 mengikut komposisi kaum |
Berdasarkan simulasi di atas berikut adalah pemerhatian yang dapat dirumuskan:
- Senario 1-4 menunjukkan BN menang kerusi yang dipertandingkan.
- PH mula menang kerusi yang dipertandingkan apabila demografi Bukan Melayu sekurang-kurangnya 54%.
- Di dalam semua senario, GS gagal memenangi kerusi yang dipertandingkan.
- Harus diingat, simulasi di atas belum mengambilkira faktor Sabah & Sarawak, peratusan keluar mengundi, undi rosak, peralihan demografik akibat persempadanan semula dan pertambahan undi pos yang lebih memihak kepada BN.
- Simulasi ini hanyalah simulasi kasar yang tidak diterjemah berdasarkan data komposisi kaum (Melayu dan Bukan Melayu) bagi setiap kerusi (selepas persempadanan semula SPR) dan trend pengundi di kerusi yang berkenaan.
POTENSI GS UNTUK MENJADI KING MAKER
Untuk GS menang kerusi yang dipertandingkan, berikut adalah senario yang diperlukan:
- Untuk kawasan 90% majoriti melayu - Undi Melayu 38% BN, 20% PH & 42% GS - Undi Bukan Melayu kekal 30% BN, 60% PH & 10% GS.
- Untuk kawasan 80% majoriti melayu - Undi Melayu 37% BN, 20% PH & 43% GS - Undi Bukan Melayu kekal 30% BN, 60% PH & 10% GS.
- Untuk kawasan 70% majoriti melayu - Undi Melayu 35% BN, 20% PH & 45% GS - Undi Bukan Melayu kekal 30% BN, 60% PH & 10% GS.
Untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu, GS perlu 'mencuri' sekurang-kurangnya 12% undi Melayu daripada BN (daripada 50%) dan 5% undi Melayu daripada PH (daripada 25%). Angka ini menjadi lebih tinggi apabila majoriti Melayu berkurang. Saya berpendapat adalah agak mustahil untuk undi Melayu BN jatuh di bawah 40% dan undi Melayu PH jatuh di bawah 20% (terutamanya selepas kemasukan Bersatu) terutamanya di kawasan luar bandar. Manakala undi Bukan Melayu pula tidak memberikan impak yang besar di kawasan majoriti Melayu.
SIMULASI 3 PENJURU DI PERINGKAT NEGERI-NEGERI SEMENANJUNG
Bagi simulasi di peringkat negeri (Semananjung) pula, anggaran peratusan sokongan Melayu dan Bukan Melayu menjadi lebih sukar untuk dianggarkan. Oleh itu simulasi ini adalah berdasarkan anggaran penulis semata-mata. Komposisi Melayu dan Bukan Melayu berdasarkan daftar pemilih PRU13 dan peratusan undi kepada BN adalah seperti berikut (tidak termasuk undi awal dan undi pos):
Nota: Terdapat percanggahan keputusan PRU13 bagi peringkat Semenanjung (BN Melayu 51%) berbanding peringkat negeri (BN Melayu 63% purata) berdasarkan dua sumber berbeza.
Berikut pula adalah anggaran kasar penulis terhadap peratusan sokongan Melayu dan Bukan Melayu mengikut negeri berdasarkan sokongan undi Melayu yang diterima BN dalam PRU13 di atas:
Berdasarkan anggaran peratusan sokongan di atas, berikut adalah keputusan simulasi mengikut negeri:
Keputusan ini adalah selari dengan keputusan simulasi di peringkat Semenanjung yang saya kongsikan di atas.
KUASA PENENTU PRU14 - UNDI MELAYU
Jika kita lihat peratusan sokongan undi Melayu pada PRU13, BN 51% dan Pembangkang 49%. Daripada peratusan ini, katakanlah BN kehilangan 10% undi Melayu; 5% kepada PH (melalui Bersatu) dan 5% lagi kepada GS (melalui Berjasa dan Ikatan). Sokongan Melayu menjadi - BN 41% dan Pembangkang 59%. Namun, walaupun Pembangkang (PH+GS) memenangi majoriti undi Melayu, apa yang terjadi adalah undi Melayu Pembangkang telah berpecah kepada PH dan GS dalam senario 3 penjuru. Ini menyebabkan kebanyakan kerusi majoriti Melayu akan lebih memihak kepada BN berbanding PH atau GS.
KESIMPULAN
Pada hemat saya, pertembungan 3 penjuru PADA SKALA YANG BESAR dalam PRU14 akan menyebabkan BN menang dengan selesa dan berjaya membentuk majoriti dengan deposit Sabah dan Sarawak kekal. Ini kerana perpecahan undi yang berlaku adalah di kalangan pengundi Pembangkang (PR) semasa PRU13 dan bukannya pengundi Kerajaan (BN). Manakala faktor peralihan sokongan Melayu terhadap UMNO kepada PH atau GS pula tidak cukup besar terutamanya di kawasan luar bandar.
Di peringkat DUN pula, di negeri-negeri di mana majoriti Melayu di antara 60% ke 70% seperti di negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, perpecahan undi Melayu yang menjadi undi penentu akan memberi impak yang besar di mana BN besar kemungkinan memenangi kebanyakan kerusi Melayu yang dahulunya 50-50 (sipi-sipi). Kerajaan campuran (PH+GS) mungkin diwujudkan di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan BN kekal memerintah Kerajaan Pusat dengan majoriti mudah melebihi 50% kerusi (112 kerusi).
Oleh yang demikian, tiada senario King Maker (di peringkat pusat) apabila BN menang majoriti mudah. Ini kerana, walaupun GS mungkin mampu memenangi beberapa kerusi hardcore di Kelantan, Kedah dan Terengganu, PH mungkin gagal mendapatkan bilangan kerusi minima yang diperlukan untuk menjayakan strategi 'King Maker' PAS. PAS berkemungkinan kehilangan Kelantan dan PKR berkemungkinan kehilangan Selangor.
Jika difikirkan, King Maker di Kelantan sebenarnya adalah PH di mana GS mungkin perlu mewujudkan kerajaan campuran di peringkat negeri jika PAS tidak mahu Kelantan jatuh kepada BN. Begitu juga di Selangor, di mana GS pula yang akan menjadi King Maker jika PKR tidak mahu Selangor jatuh kepada BN. Manakala di Pulau Pinang, kemenangan PH agak solid dan mungkin menang majoriti 2/3.
Kesimpulannya di sini, kerjasama di antara PH dan GS memang tidak dapat dielakkan jika tidak mahu BN menang, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.
Adakah GS mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi untuk menjadi 'King Maker' berdasarkan hasil simulasi di atas?
Adakah jumlah kerusi yang dimenangi PH & GS mampu mengatasi kerusi BN untuk memberi kelebihan kepada GS sebagai 'King Maker'?
WAY FORWARD

Keputusan Simulasi 3 Penjuru Mengikut Negeri |

Harus diingat bahawa simulasi di atas adalah simulasi undi popular sedangkan kemenangan adalah berdasarkan bilangan kerusi dengan faktor Sabah & Sarawak sebagai safe deposit BN.
Mengambilkira faktor perpecahan undi Melayu untuk pembangkang (PH atau GS), ramalan saya untuk kerusi parlimen adalah seperti berikut di mana BN berkemungkinan menang majoriti (status quo):
Di bawah saya kongsikan keputusan PRU13 sebagai perbandingan. Pada PRU13, BN cuma menang 46% undi popular berdasarkan 80% peratusan keluar mengundi namun memenangi 132 kerusi daripada 222 (60%) kerusi parlimen yang dipertandingkan.KESIMPULAN
Pada hemat saya, pertembungan 3 penjuru PADA SKALA YANG BESAR dalam PRU14 akan menyebabkan BN menang dengan selesa dan berjaya membentuk majoriti dengan deposit Sabah dan Sarawak kekal. Ini kerana perpecahan undi yang berlaku adalah di kalangan pengundi Pembangkang (PR) semasa PRU13 dan bukannya pengundi Kerajaan (BN). Manakala faktor peralihan sokongan Melayu terhadap UMNO kepada PH atau GS pula tidak cukup besar terutamanya di kawasan luar bandar.
Di peringkat DUN pula, di negeri-negeri di mana majoriti Melayu di antara 60% ke 70% seperti di negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, perpecahan undi Melayu yang menjadi undi penentu akan memberi impak yang besar di mana BN besar kemungkinan memenangi kebanyakan kerusi Melayu yang dahulunya 50-50 (sipi-sipi). Kerajaan campuran (PH+GS) mungkin diwujudkan di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan BN kekal memerintah Kerajaan Pusat dengan majoriti mudah melebihi 50% kerusi (112 kerusi).
Oleh yang demikian, tiada senario King Maker (di peringkat pusat) apabila BN menang majoriti mudah. Ini kerana, walaupun GS mungkin mampu memenangi beberapa kerusi hardcore di Kelantan, Kedah dan Terengganu, PH mungkin gagal mendapatkan bilangan kerusi minima yang diperlukan untuk menjayakan strategi 'King Maker' PAS. PAS berkemungkinan kehilangan Kelantan dan PKR berkemungkinan kehilangan Selangor.
Jika difikirkan, King Maker di Kelantan sebenarnya adalah PH di mana GS mungkin perlu mewujudkan kerajaan campuran di peringkat negeri jika PAS tidak mahu Kelantan jatuh kepada BN. Begitu juga di Selangor, di mana GS pula yang akan menjadi King Maker jika PKR tidak mahu Selangor jatuh kepada BN. Manakala di Pulau Pinang, kemenangan PH agak solid dan mungkin menang majoriti 2/3.
Kesimpulannya di sini, kerjasama di antara PH dan GS memang tidak dapat dielakkan jika tidak mahu BN menang, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.
Apa pandangan saudara dan saudari?
Adakah GS mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi untuk menjadi 'King Maker' berdasarkan hasil simulasi di atas?
Adakah jumlah kerusi yang dimenangi PH & GS mampu mengatasi kerusi BN untuk memberi kelebihan kepada GS sebagai 'King Maker'?
Untuk mengalahkan BN yang sudah begitu lama memerintah, semua parti-parti pembangkang perlu bersatu-padu sebagaimana orang Melayu, Cina & India yang berlainan dasar dan cita-cita bersatu dan bertolak-ansur dalam mendapatkan kemerdekaan daripada British melalui PRU 1955.
Jika ingin melihat BN dikalahkan di dalam PRU14, PAS dan PH perlu bertolak ansur dan berkerjasama untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru. PAS perlu menyertai parti-parti pembangkang yang lain di dalam PH dan melihat manfaat jangka panjang yang akan diperoleh apabila BN dikalahkan.
Soal berlainan dasar adalah soal keseimbangan kuasa. PAS perlu meramaikan bilangan orang Islam di dalam pakatan pembangkang dan bukan menjauhi. InsyaAllah, suara orang Islam akan menjadi lebih kuat dan didengari. Inilah prinsip demokrasi. PAS harus melihat senario pasca PRU-14 di mana kekuatan PAS akan bertambah dengan runtuhnya BN dan UMNO ditinggalkan nyawa-nyawa ikan sekaligus menambah bilangan kerusi Melayu Islam di sebelah pembangkang.
Hakikat negara Malaysia adalah negara berbilang kaum. Maka, jika PAS ingin dasar Islamnya diterima rakyat marhain, PAS perlu mendekati Bukan Islam yang kebanyakan mereka berada di dalam DAP serta merancakkan usaha dakwah dengan pendekatan yang berhikmah dan tanpa paksaan.

Berikut saya kongsikan analisa manfaat dan mudharat untuk orang PAS fikir-fikirkan. Akhir kata, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ada menyatakan, jika semua pilihan buruk belaka, pilihlah yang paling kurang keburukannya. Wallahu'alam.
Tunaikan tanggungjawab anda dan selamat mengundi!

Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keputusan_Pilihan_raya_umum_Malaysia_2013_mengikut_parlimen
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/04/03/pru13-statistik-komposisi-pemilih-mengikut-negeri/
https://politweet.wordpress.com/2015/07/27/analysing-pakatan-rakyats-performance-with-malay-voters-in-peninsular-malaysia-ge13/

Leave a Comment