TIPS BELAJAR PALING BERKESAN UNTUK PELAJAR SEPARUH MASA

belajar separuh masa di rumah

Proses pembelajaran wajar diteruskan walaupun telah mendapat ijazah atau diploma demi kemajuan karier. Namun, oleh kerana telah mempunyai kerjaya yang tetap, ramai yang tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajaran, baik kerana faktor masa yang terhad atau kos yang tinggi.

Letak ketepi faktor kos, semua orang mempunyai masa yang sama, iaitu 24 jam sehari. Terdapat di kalangan kita yang masih mampu meneruskan dan menghabiskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi walaupun sibuk berkerja. Maka, dapat dirumuskan di sini bahawa pengurusan masa memainkan peranan yang penting.

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk mereka yang belajar separuh masa:

1. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Masa yang terhad wajar digunakan dengan sebaiknya. Jika ada sedikit kelapangan setelah habis berkerja, luangkan sedikit masa untuk menelaah paling kurang satu jam sehari. Mulakan dari awal semester dan cekal konsisten hingga ke minggu-minggu terakhir. Satu jam yang kita luangkan itu lebih banyak jumlahnya jika kita kumpulkan berbanding jika kita memilih untuk belajar secara last-minute.

Contoh: 1 jam x 7 hari x 6 minggu = 84 jam

Kita juga lebih mudah untuk mencerna pelajaran apabila kita menghadam sedikit demi sedikit. Kefahaman yang baik akan memudahkan kita untuk mengingat secara mantap apa yang dipelajari dan dapat mengurangkan strain kepada otak akibat terlalu banyak menghafal.

Buat nota ringkas bermula dari awal dengan menghighlightkan kata kunci. Bina koleksi peta minda dan flash card anda sedikit demi sedikit. Ini akan membantu anda untuk membuat rujukan di minggu-minggu terakhir pengajian sebelum peperiksaan.

Apa yang penting adalah konsistensi atau istiqomah. Jadikan ia sebagai satu rutin harian yang wajib anda buat setiap hari/malam.

Saya mewajibkan untuk belajar selama satu jam setiap malam sebelum ‘dibenarkan’ untuk menonton tv series kegemaran atau bermain game. Di sini, kematangan dalam mengawal diri perlu ada. Minta pasangan anda (bagi yang sudah berkahwin) atau ibubapa untuk mengingatkan anda supaya tetapkan pendirian. Apabila rutin atau habit telah terbentuk, ia akan menjadi lebih mudah dan natural untuk diamalkan.

2. Gunakan internet dan youtube untuk meningkatkan kefahaman

Di zaman canggih ini begitu mudah untuk kita mencari bahan rujukan selain daripada buku teks. Terdapat video-video kuliah yang disediakan oleh universiti ternama di dunia dalam pelbagai jenis subjek. Isi masa yang terluang anda untuk menonton dan mengambil nota kuliah online ini untuk memantapkan kefahaman anda.

Contoh: https://goo.gl/rSNG4o

Selain itu, terdapat banyak forum yang membincangkan subjek yang dipelajari. Gunakan medium ini untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara yang kurang difahami jika sukar untuk mendapatkan penjelasan daripada pensyarah atau instructor.

3. Gunakan handphone

Setiap orang memiliki smartphone yang canggih dan serba-serbi dilengkapi dengan pelbagai jenis apps. Terdapat aplikasi yang boleh membantu kita belajar dan mengambil nota dengan lebih efisyen untuk menggunakan setiap masa yang terluang memandangkan masa sangat terhad.

Contoh: https://goo.gl/qSBn81

Saya menggunakan aplikasi sedia ada dalam phone iaitu voice recording. Di samping mengambil nota bertulis, merekodkan suara atau video dapat memantapkan lagi kefahaman anda. Di samping itu, rekod-rekod ini dapat dirujuk semasa anda memandu dalam kesesakan lalulintas atau perjalanan yang jauh.

Ingat, gunakan masa anda dengan sebaik-baiknya! Explore kaedah-kaedah pembelajaran kreatif yang lain supaya anda dapat mengisi setiap ruang waktu yang ada.

4. Marathon di minggu-minggu terakhir

Marathon di sini bermaksud anda menggunakan masa sepanjang hari untuk belajar dan hanya diselangi perkara-perkara yang perlu sahaja seperti untuk makan, solat dan lain-lain. Sebagai pekerja, amat digalakkan untuk mengambil cuti belajar atau cuti tahunan untuk anda belajar secara intensif dari pagi sehingga ke malam.

Pada waktu ini, segala nota yang disediakan akan banyak membantu. Ini akan mengurangkan waktu untuk menyediakan nota di mana ulangkaji yang dilakukan pada ketika ini harus menjurus kepada menjawab soalan-soalan lepas (exam oriented). Hafal perkara-perkara yang perlu sahaja. Apa yang penting adalah kefahaman anda dapat diterjemah dengan baik untuk menjawab soalan-soalan.

Marathoning tidaklah begitu sukar untuk dilakukan apabila anda mula melakukannya. Cabaran yang paling besar dalam proses ini adalah gangguan atau distraction seperti keinginan untuk relaks sekejap dengan menonton tv, bershopping dan sebagainya. Jika perlu, letakkan syarat seperti anda hanya boleh menonton tv, bermain game atau bershopping untuk satu jam atau kurang setelah belajar straight 3 jam (3jam belajar = 1jam reward).

Ingat, ganjaran yang paling besar dan bermakna adalah apabila anda telah selesaikan pengajian atau semester anda! Letakkan habuan yang besar supaya anda mempunyai motivasi yang tinggi untuk tidak mengalah kepada gangguan-gangguan ini pada minggu-minggu akhir. Jangan reward diri sendiri awal daripada waktunya  (early celebration) dan fokus kepada peperiksaan dan setiap kertas yang diambil sehingga selesai semuanya.

Untuk yang sudah berkahwin, dapatkan bantuan pasangan untuk mengelakkan gangguan daripada anak-anak. Jika perlu, cari tempat yang kondusif di luar rumah untuk memberikan fokus seperti belajar di perpustakaan atau pejabat pada waktu hujung minggu. Saya memilih untuk belajar di masjid di samping mengambil keberkatan daripada solat dua rakaat dan sedikit-sebanyak mengemaskan apa yang patut. Ini adalah pengorbanan yang sedikit dan cuma mengambil masa sekejap sahaja berbanding reward yang bakal anda perolehi seperti pergi melancong bersama keluarga.

Itu sahaja tips ringkas namun padat untuk anda cuba amalkan. Jika anda mempunyai tips-tips lain, silakan berkongsi di ruang komentar. Jangan lupa share dan semoga sukses!

Abe: baru selesai ambil exam untuk sijil profesional

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.