Isu KEBANJIRAN Pekerja Asing

Pada dasarnya saya bersetuju yang kebanyakan belia dan anak muda kurang berminat untuk berkerja di dalam sektor 3D (Dirty, Difficult & Dangerous), tetapi, bukan kerana mereka merasa malu dan memandang pekerjaan itu sebagai hina dan menjijikkan tetapi kerana gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah bagi memenuhi keperluan asas hidup pada hari ini.
Hujahnya ialah ramai rakyat Malaysia yang sedang berkerja di dalam sektor ini di Singapura kerana gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan yang rakyat Malaysia mempunyai skill set yang diperlukan dan sanggup untuk berkerja dalam sektor 3D jika gaji yang ditawarkan adalah mencukupi. Rakyat Malaysia kurang berdaya saing bukan dari segi kemampuan tetapi dari segi ‘salary expectation’. Pekerja asing sanggup terima gaji yang rendah kerana mereka tidak mempunyai rumah dan keluarga di sini. Mereka sanggup berkorban keselesaan untuk tempoh yang sementara sebelum pulang ke negara masing-masing sedangkan rakyat Malaysia mempunyai komitmen yang lebih besar dan berpanjangan. Pekerja asing sanggup tinggal bersempitan di dalam asrama, berjalan kaki dan menaiki basikal ke tempat kerja, membawa bekal dan sebagainya.

Keresahan yang timbul di kalangan rakyat marhain berkenaan cadangan mengimport 1.5 juta pekerja tambahan dari Bangladesh adalah wajar dan berlandaskan sebab yang perlu diambil perhatian serius oleh Kerajaan.
Menurut Malaysian Employers Federation (MEF), sektor pekerjaan di Malaysia pada waktu ini cuma boleh menyerap kira-kira 6.5 juta pekerja. Terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing yang berkerja secara sah dan kira-kira dua juta lagi pekerja asing yang tidak sah (termasuk mereka yang 'missing in action') yang sedang dalam proses pemutihan. Bermakna lebih 4 juta peluang pekerjaan telah diisi oleh pekerja asing iaitu 61.5% kuota. Ini sudah melebihi kuota sosial 15% pekerja asing sahaja seperti yang diperuntukkan di dalam Rancangan Malaysia ke-11. Dengan kehadiran 1.5 juta lagi pekerja asing dari Bangladesh, jumlah ini sudah pastinya akan mengancam peluang pekerjaan dan membuatkan rakyat Malaysia bimbang. Keadaan ini diburukkan lagi apabila lebih kurang 26,000 pekerja telah dibuang pada tahun 2015 akibat kemelesetan ekonomi dan dijangka jumlah ini akan meningkat pada tahun ini jika keadaan tidak baikpulih.
Pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia sememangnya diperlukan bagi mengisi permintaan pekerja dalam sektor 3D seperti buruh kasar, pencucian, sekuriti, pembantu rumah dan perkilangan bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Namun, apa yang terjadi sebilangan mereka terutamanya yang 'missing in action' atau masuk ke negara ini secara tidah sah telah mula berkerja di luar sektor 3D seperti menjadi pembantu kedai, cashier, customer service dll. Mereka tidak lagi berada di bawah perit matahari tetapi sudah mula memasuki pasaraya, pejabat berhawa dingin, restoran dll. Tidak kurang juga yang telah berjaya memulakan bisnes sendiri.
Akibat situasi-situasi ini, peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan terutamanya yang melibatkan lepasan SPM dan teknikal/vokasional terancam dan mereka tidak mampu berdaya saing dari segi ‘salary expectation’ seperti yang dijelaskan di atas. Kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia perlu dikaji semula dengan mengecualikan peluang pekerjaan yang telah diisi oleh pekerja-pekerja asing.
Pekerja asing juga mengundang pelbagai masalah sosial akibat peningkatan populasi, pertembungan budaya dan pembawaan sikap yang tidak sihat. Kadar jenayah melibatkan rakyat asing semakin meningkat seperti kes culik dan rogol, pecah rumah, penipuan, penyeludupan dadah, pelacuran, gengsterisme dan sebagainya sehingga penduduk setempat merasa terancam dan tidak merasa selamat lagi berada di tanah air sendiri. Tidak hairan terdapat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dan produk keselamatan seperti cctv, perumahan gated and guarded dll. Kira-kira 11.2% kes jenayah di negara ini adalah melibatkan warga asing seperti yang direkodkan pada tahun 2014 dan jumlah ini dijangka meningkat pada tahun 2015-2018 apabila lebih ramai pekerja asing dibawa masuk.
Peningkatan populasi pekerja asing juga mengundang pelbagai masalah. Banyak rumah kos rendah disewakan kepada pekerja asing terutamanya di ibu kota. Dengan peningkatan populasi mereka, kadar sewa rumah kos rendah akan meningkat kerana terdapat lebih banyak demand. Stok sediada rumah kos rendah berkurang dan tidak mampu menampung keperluan rakyat sendiri yang tidak mampu membeli rumah yang semakin mahal. Begitu juga halnya yang terjadi dalam pasaran bahan makanan mentah seperti sayuran yang tidak dikawal di mana harga pasaran naik mendadak akibat permintaan yang kian meningkat. Kapasiti pengangkutan awam juga tidak mampu lagi menampung peningkatan penggunaan akibat bertambahnya populasi pekerja asing. Kos untuk mendapatkan bas tambahan dan kekerapan maintenance semakin bertambah.
Oleh kerana kebanyakan pekerja asing yang dibawa masuk ini adalah orang lelaki, permintaan terhadap perkhidmatan seks juga semakin bertambah. Pusat pelacuran tumbuh bagaikan cendawan. Gangguan seksual terhadap wanita tempatan bertambah. Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan gangguan seksual terhadap isteri vokalis Genji Buskers yang dipeluk dari belakang oleh warga Nepal. Saya percaya lebih banyak kes gangguan seksual yang berlaku tetapi tidak direkodkan atau dilaporkan kerana tidak melibatkan orang penting. Dahulu, terdapat banyak kejadian wanita kita diraba dan disondol di dalam bas mini oleh warga Indonesia, dan sekarang sama juga ceritanya tetapi oleh warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar pula. Di manakah maruah kita? Kesabaran kita ada hadnya.Jika mereka tidak mendapat apa yang dimahukan, ia boleh menyebabkan kes rogol dan bunuh dengan kejam.
Kebanjiran peminta sedekah yang membawa budaya janggal juga perlu diambil perhatian. Mereka membawa budaya baharu yang bertentangan dengan norma kemasyarakatan yang telah kita bentuk selama ratusan tahun. Mereka meminta tanpa segan-silu walhal mereka mampu untuk berusaha dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Mereka juga melibatkan anak-anak kecil warga asing. Lebih banyak masalah sosial yang timbul apabila kemiskinan bandar meningkat. Keadaan ini menjadi lebih parah jika pekerja-pekerja asing tidak pulang ke negara asal dan mengemis di negara ini dengan bertambahnya IC Merah mahupun IC Palsu.
Kesannya, populasi negara bertambah dan keperluan serta kemudahan perlu ditambah. Sedangkan kemudahan yang ada sekarang pun tidak mencukupi. Contohnya di hospital-hospital Kerajaan sekarang telah dibanjiri dengan pekerja asing yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang murah. Bilangan kes dirujuk meningkat dan akibatnya para kemampuan dan kapasiti para doktor dan jururawat menjadi lebih terhad apabila terpaksa merawat pekerja asing sebelum merawat rakyat sendiri.
Sesungguhnya, rakyat marhain sudah tidak percaya lagi kepada Kerajaan kerana rendahnya kredibiliti dalam bab perlaksanaan bagi menjamin isu-isu yang ditimbulkan di atas diambil perhatian sewajarnya. Kerana itu rakyat bimbang dan marah dengan cadangan mengimport lebih ramai pekerja asing tatkala ramai di antara mereka yang berkerja secara tidak sah dan hilang tanpa jejak.
Walaupun isu-isu di atas ini ternyata serius dan membimbangkan, Menteri Kerajaan seolah-olah memejamkan sebelah mata. Tugas Kerajaan adalah memastikan keselamatan dan keharmonian sosial rakyat terjamin, bukannya meminta rakyat berkorban dan menyelesaikan masalah untuk mereka yang lepas tangan dan mengambil jalan mudah seperti yang disarankan oleh Azalina. Jika Kerajaan hari ini tidak bijak mengurus dan memerintah negara, tidak mustahil negara ini akan tergadai dan rakyatnya hidup merempat di bumi sendiri. Sebelum itu terjadi, rakyat yang bijak berfikir sudah pasti akan menggantikan kerajaan hari ini dengan kerajaan yang lebih baik.



Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.