Percutian ke Cameron Highland - Jadual Perjalanan Untuk Waktu Paling Sesak! (Super Peak)

Musim cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Saya ingin berkongsi bersama kenalan mengenai percutian kami ke Cameron Highlands tahun lalu yang telah dirancang khusus untuk waktu cuti yang sangat sibuk namun masih dapat memberikan keselesaan dan keseronokan kepada seisi keluarga.

Kunci utama untuk pergi bercuti di waktu yang sibuk adalah perancangan destinasi dan perancangan waktu. Kami tidak mahu terperangkap di dalam kesesakan yang seterusnya akan merosakkan (spoil) pengalaman bercuti. Oleh itu, kami keluar awal pagi ke destinasi yang dirancang dan perjalanan sehala yang berterusan. Banyak tips mengenai perancangan perjalanan di Cameron Highlands kami perolehi dari perkongsian oleh mrkumai di laman blog beliau.

Keseluruhan percutian kami adalah menyeronokkan. Despite waktu yang sibuk di hujung tahun, kami tidak mengalami masalah kesesakan dan berpeluang melawat hampir kesemua daya tarikan utama yang terdapat di Cameron Highlands. Alhamdulillah.

Berikut adalah maklumat dan jadual perjalanan yang dicadangkan:

 

MAKLUMAT PERCUTIAN

Tarikh Percutian: 25 Disember 2013 (Krismas) – 1 Januari 2014 (New Year).
Tempoh percutian yang agak panjang selama 4 hari 3 malam adalah dirancang untuk memberikan ruang waktu yang selesa dan tidak tergesa-gesa.

Hotel Pilihan: Country Lodge Resort, Brinchang.
Ada banyak hotel-hotel yang boleh dipilih di Cameron Highland yang bersesuaian dengan budget masing-masing. Saya memilih hotel Country Lodge Resort kerana:

  1. Sebab utama adalah lokasi hotel di Brinchang yang sengaja dipilih kerana pelbagai kemudahan yang terdapat di Brinchang (kedai runcit, kedai makan, masjid dll) dan yang paling utama ialah kerana dari hotel ini anda boleh berjalan kaki untuk ke Pasar Brinchang yang wajib dilawati jika pergi ke Cameron Highland. Terdapat pelbagai tarikan di pasar malam ini dengan suasana yang sentiasa meriah di sepanjang musim percutian. Jika hotel berjauhan, anda mungkin terpaksa menempuh keadaan trafik yang sangat teruk untuk sampai ke sini yang merugikan masa dan stressful;
  2. Budget di bawah RM300 semalam menerhadkan pilihan yang ada kerana waktu percutian adalah ketika super peak (musim cuti sekolah akhir tahun di antara Krismas dan New year). Normal rate RM98.00 semalam naik sehingga RM258.00 semalam. Oleh itu, jika anda mempunyai pilihan untuk bercuti di luar waktu sekolah, saya cadangkan anda berbuat demikian. Perkongsian saya ini adalah untuk mereka yang tidak mempunyai pilihan Smile.
  3. Khidmat pelanggan yang baik dengan kemudahan parking yang mencukupi.
  4. Rekabentuk yang cantik (neo-tudor design) yang memberikan suasana percutian yang unik.

country-lodge country-lodge-resort-reception
Country Lodge Resort

brinchang-town1 night-market-brinchang 
Pekan Brinchang

 

 

SENARAI TEMPAT YANG DILAWATI

Hari Pertama

  1. Bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai awal pagi (Kami merancang untuk terus singgah di beberapa tempat yang menarik dalam perjalanan ke hotel).
  2. Cameron Valley Tea House @ Kuala Terla.
  3. Al-Mashoor Strawberries.
  4. Cameron Lavender Garden @ Tringkap.
  5. Butterfly Farm @ Kea Farm
  6. Lunch: Pilihan kedai makan di Brinchang.
  7. Dinner: Pasar Malam Brinchang

Hari Kedua

  1. Mossy Forest @ Gunung Brinchang (bertolak awal pagi 7am)
  2. Ladang Teh BOH Sungai Palas
  3. Dinner: Pasar Malam Brinchang

Hari Ketiga

  1. Breakfast: Medan Selera Pekan Brinchang (bertolak awal pagi 7am)
  2. Taman Pertabalan Tanah Rata (Padang permainan kanak-kanak)
  3. Taman Agro Teknologi MARDI
  4. Masjid Abu Bakar
  5. Lunch: Pilihan kedai makan di Tanah Rata
  6. Kg Taman Sedia (Opah Strawberry Icecream paling sedap)
  7. Dinner: Kedai Ikan Bakar Pak Nik @ Brinchang

Hari Keempat

  1. Breakfast: Medan Selera Pekan Brinchang (bertolak awal pagi 7am)
  2. Pasar Tani Kea Farm untuk membeli sayuran dan buah tangan (Dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai selepas checkout hotel)

 

JURNAL PERJALANAN

HARI PERTAMA

Perjalanan menuju Cameron Highlands pada pagi Jumaat itu lancar dan cuaca pun cerah. Kami bercadang untuk melawat beberapa tempat dalam perjalanan ke hotel di Brinchang. Cuaca bagaimanapun mulai mendung apabila kami menghampiri simpang ke kg raja tetapi tidak hujan.

Destinasi pertama kami ialah minum teh dan berehat di Cameron Valley Tea House di Kuala Terla. Kami tiba di sini kira-kira jam 9.30am. Kemudian kami singgah di Al-Mashoor Strawberry untuk menikmati ice cream. Seterusnya kami singgah di Lavender Garden di Tringkap. Agak ramai juga yang singgah di sini. Tiket berharga RM5 seorang. Kawasannya agak luas dan selesa. Saya belikan bunga mekar untuk isteri yang kemudiannya diletakkan di hotel untuk sepanjang tempoh berada di sini.

Masih dalam perjalanan ke Brinchang, kami singgah pula di Butterfly Farm berhampiran Kea Farm. Tidak banyak butterfly yang terdapat di sini berbanding di taman rama2 lain spt di KL dan Melaka, namun tetap menarik bagi budak2 yang teruja melihat pelbagai jenis serangga yang terdapat di sini. Kami sampai di pekan Brinchang pada pukul 1 ptg dan makan tengah hari dahulu sebelum check in sekitar jam 2.30 ptg.

Lewat petang kami keluar ke Pasar Malam Brinchang untuk berjalan-jalan dan makan malam.

cameron-valley-tea-kuala-terla cameron-valley-tea-terrace
Cameron Valley Tea House

DSC_2868 DSC04934 (1024x768)
Al-Mashoor Strawberry

DSC04940 (1024x768) DSC04975 (1024x768)
Lavender Garden

butterfly-farm-entrance butterfly-farm-insects
Butterfly Farm

 

HARI KEDUA

Hari kedua kami keluar awal jam 7pagi mencari sarapan. Rancangan kami hari kedua ini adalah untuk ke Mossy Forest di Gunung Brinchang. Kami memakai pakaian dan kasut yang sesuai.

Perjalanan membawa kereta ke sana agak mencabar kerana jalan yang sempit (satu laluan), berbengkok dan agak cerun. Mulanya kami agak risau tersesat jalan kerana tidak banyak kereta. Kami banyak bertanya dan alhamdulillah sampai di atas gunung jam 830 pagi.

Cuaca puncak yang dilitupi awan yang tebal dan lebih sejuk berbanding di brinchang sekitar 17-18 darjah Celcius. Tidak ramai orang berada di sini pada ketika itu, jadi aku dapat menikmati keindahan alam yang begitu mempersonakan seperti di dunia yang asing. Sesiapa yang pergi ke Cameron Highlands sangat2 dianjurkan untuk datang ke Mossy Forest kerana di sinilah anda akan jumpa ketenteraman yang dicari2.

Selepas Mossy Forest, kami singgah pula ke Ladang Teh Boh Sg Palas untuk menikmati keindahan pemandangan sambil menghirup teh, scones dan strawberry cheesecake. Keistimewaan ladang milik BOH ini ialah terdapat guided tour mengenai sejarah dan cara pemprosesan teh.

Kami pulang awal ke hotel untuk makan tgh hari dan berehat. Petang itu kami tidak ke mana-mana. Malam itu kami berjalan2 di sekitar pekan brinchang dan bungkus makan malam yang dibeli di pasar.

mossy-forest-entrance DSC05089 (1024x768) Stitch
Mossy Forest

sungai-palas-tea-center tea-center-view sungai-palas-balcony tea-factory
Ladang Teh BOH Sungai Palas

 

HARI KETIGA

Seperti hari-hari sebelumnya, kami keluar awal pagi untuk elak kesesakan. Destinasi kami hari ini adalah Tanah Rata. Kami sarapan di pekan dan kemudian beriadhah di taman pertabalan. Selepas puas bermain kami terus ke Taman Agroteknologi MARDI.

Semasa baru berkahwin dahulu kami pernah ke sini pada tahun 2010. Tidak banyak yang berbeza. Selepas membeli benih dan pokok hiasan, kami pergi mencari tempat yang sedikit ekslusif untuk makan tengah hari. Selepas makan kami mengambil kesempatan untuk menziarahi Masjid Abu Bakar sekaligus menunaikan solat zohor dan asar secara jamak qasar. Mengambil wudhuk di sini begitu menyegarkan kerana airnya yang sejuk.

Selepas berehat di masjid kami singgah di hutan lipur parit falls dan kg taman sedia. Di parit falls ini tiada apa-apa yg menarik dan kawasan nya tidak terjaga. Mungkin kerana daya tarikan utamanya, iaitu air sungai tidak lagi jernih dan banyak sampah.

Di kg taman sedia pula kami mengambil gambar2 homestay yang terdapat di sini dan nombor yang boleh dihubungi. Mana tahu akan ke sini lagi dengan keluarga yang lebih ramai, homestay adalah pilihan yang lebih selesa berbanding hotel. Lagipun kawasan ini adalah kawasan majoriti melayu. Kami juga sempat menikmati ice cream strawberry di kedai Opah Strawberries & Jams. Kami berpendapat ice cream di sini lebih sedap dan ramai pengunjung yang singgah. Must try!

Selepas bermain di taman permainan bersebelahan tadika islam taman sedia, kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 4 ptg. Malam itu kami makan di kedai ikan bakar pak nik. ada orang buat tempahan ikan bakar untuk kira2 20 orang. kami cuma makan tomyam ayam, telur bungkus dan nasi goreng cina. rasa boleh tahan, servis pun ok.

tanah-rata-town1 tanah-rata-clock-tower2

Abu Bakar Mosque 2
Pekan Tanah Rata

15007990542_b8d35551a4_c DSC05295 (1024x768)
Taman Agroteknologi MARDI

pintu gerbang homestay tmn sedia P1060514
Kg Taman Sedia & Opah Strawberry

 

HARI KEEMPAT (HARI TERAKHIR)

Selepas checkout hotel jam 9 pagi, kami sarapan dahulu di pekan brinchang sebelum ke destinasi terakhir kami iaitu Kea Farm untuk membeli sayur dan buah2 segar untuk dibawa pulang.

kea-farm-market1
Kea Farm

 

TEMPAT-TEMPAT LAIN YANG MENARIK

1. Bharat Tea Plantation
2. Butterfly Garden @ Kea Farm
3. Big Red Strawberry Farm
4. Cactus Valley
5. Blueberry Earthouse

 

Sources:

http://www.cameronhighland.net/
http://mrkumai.blogspot.com/

 

6 ulasan:

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.