Jika anda berkerja di dalam sebuah organisasi yang besar, besar kemungkinan organisasi anda sudahpun mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) yang perlu dituruti apabila menguruskan sesuatu projek. Walau bagaimanapun, anda masih perlu juga menguasai teknik-teknik asas dalam menguruskan projek seperti merancang sumber, menyusun kalendar dan menjejak perjalanan projek.

Berikut adalah 5 langkah asas dalam pengurusan projek:

    1. Kenalpasti objektif projek.
    2. Merancang kerja dengan:
      • Menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil.
      • Mengenalpasti sumber yang diperlukan seperti wang, tenaga kerja, kemudahan, kepakaran, peralatan dan lain-lain.
      • Menyediakan jadual.
    3. Melaksanakan projek mengikut jadual.
    4. Memerhatikan progres dan bertindak jika terdapat sebarang sisihan.
      • Perhatikan jika terdapat sebarang sisihan seperti “bottleneck” (sesakan), “log-jam” (kebuntuan) dan “missing-link”. Bertindak dengan segera dengan mengeluarkan sumber-sumber tambahan yang meliputi masa, tenaga kerja dan wang.
      • Ubah jadual apabila perlu.
    5. Menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.

 

Abe: Banyak projek kena tackle sejak akhir2 ini. Projek orang, projek sendiri dan projek-projek terbengkalai…

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2015 |