Kita Bertanya, Quran Menjawab {Artikel Pilihan}

Al-Quran petunjuk buat orang2 yg beriman

Kehidupan seorang mukmin tidak akan pernah lari daripada memerlukan ayat-ayat cinta Allah SWT iaitu Al-Quran Al-Kareem. Maka apabila mempunyai pertanyaan dalam soal kehidupannya, seorang mukmin itu pasti akan kembali kepada Al-Quran. Al-Quran adalah berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Masakan mereka mahu mencari kegembiraan yang selain daripada yang ditawarkan oleh Allah di dalam Al-Quran jika mereka beriman dengan sebenar-benar keimanan.

إِنَّ هٰذَا القُرءانَ يَهدى لِلَّتى هِىَ أَقوَمُ وَيُبَشِّرُ المُؤمِنينَ الَّذينَ يَعمَلونَ الصّٰلِحٰتِ أَنَّ لَهُم أَجرًا كَبيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (17:9)

Apabila dilanda persoalan dan sebelum bertanya pakar ataupun kenalan sewajarnya sebagai orang yang beriman kita merujuk kepada Al-Quran terlebih dahulu. Apa yang terjadi ialah manusia tercari-cari jawapan daripada sumber-sumber yang lain dahulu sebelum akhirnya merujuk kembali kepada Al-Quran. Apakah kedudukan Al-Quran itu sekadar menjadi tempat rujukan yang terakhir? Bukankah Al-Quran itu sepatutnya dijadikan sumber yang utama yang menjadi panduan buat kita?

Cubalah amalkan membaca terjemahan Al-Quran setiap hari. Bacalah dengan hati yang lembut dan yang bersedia untuk menerima sentuhan qalbu daripada Tuhan. Bacalah ayat-ayat cinta-Nya dengan penuh kedekatan. Nescaya akan terjumpa jawapannya.

Sempena bulan yang mulia ini, yang juga dinamakan sebagai Bulan Al-Quran, ayuh kita sama-sama meletakkan kembali Al-Quran pada tempatnya yang mulia. Jadikan ia sebagai sumber utama rujukan kita. Jadikan ia sebagai teman kita. Pernah tak kalian mendengar akan kisah seorang pemuda yang sangat kacak yang akan menemankan kita di waktu kita disoal-siasat di alam barzakh kelak? Ketahuilah Al-Quran adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Cuma kita sahaja yang sombong dan lalai dengan pekerjaan kita. Malah berani pula mempersoalkan apa yang terjadi ke atas kita. Sedangkan Allah telah lama berikan jawapannya kepada kita di dalam Al-Quran…

Ayuh sama-sama kita tanyakan kepada Al-Quran!

 

KITA BERTANYA, QURAN MENJAWAB: 
7 Soalan Yang Selalu Menjadi Pertanyaan Hati

1. KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

 

2. KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN TERHADAPKU SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (2:286)

 

3. KITA BERTANYA: BAGAIMANA AKU TAK KECEWA?

QURAN MENJAWAB:

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (3:139)

 

4. KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEMUA INI?

وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (2:45)

 

5. KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (9:111)

 

6. KITA BERTANYA: PADA SIAPALAH NAK AKU MINTAK TOLONG?

QURAN MENJAWAB:

فَإِن تَوَلَّوا فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (9:129)

 

7. KITA BERTANYA: DAPATKAH AKU BERTAHAN?

QURAN MENJAWAB:

يٰبَنِىَّ اذهَبوا فَتَحَسَّسوا مِن يوسُفَ وَأَخيهِ وَلا تَا۟يـَٔسوا مِن رَوحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لا يَا۟يـَٔسُ مِن رَوحِ اللَّهِ إِلَّا القَومُ الكٰفِرونَ

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (12:87)

 

Abe: Soalan matematik, soalan fizik, semua pun tanya Al-Quran. Begitulah kehidupan seorang mukmin Smile <3 Quran!

1 ulasan:

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.