Tutorial Bergambar- 3 Cara Paling Mudah Dan Pantas Untuk Muat Turun Video Dari Youtube! [PETUA MAYA]

label - petuamayaSalam… bertemu kembali kita di dalam ruangan Petua Maya setelah beberapa minggu berlalu dengan entri-entri yang berbaur politik belaka. Kali ini saya ingin meluangkan sedikit masa di atas permintaan beberapa orang kenalan yang ingin mengetahui bagaimana saya dengan terlampau hebat sekali mampu untuk mendownload kesemua 51 episod video The Arrivals yang saya kongsikan tempoh hari dalam masa tak sampai dua jam. Tanpa membuang masa, saya persembahkan…

3 Cara Paling Mudah Dan Pantas Untuk Muat Turun Video Dari Youtube!

Oleh: Che Ahmad

Sebelum saya mulakan sesi tutorial ini, ada beberapa maklumat yang perlu anda ketahui:

1. Kebanyakan video di internet adalah dalam bentuk flash (.flv) yang agak kurang mutunya.

2. Download dan Streaming adalah dua konsep yang hampir serupa. Bezanya cuma fail yang di-download adalah permanent dan fail yang sedang di-streaming (buffering) adalah temporary.

Orait, itu sahaja. Yang berikutnya adalah beberapa program dan fail yang asas yang diperlukan sebelum anda boleh mula mendownload secara tak hengat-hengat.

 

CARA PERTAMA:
FIREFOX + FLASHGOT

KELEBIHAN: Boleh digunakan di kebanyakan laman web yang ada video (tidak terhad kepada Youtube sahaja)
KEKURANGAN: Agak memakan masa apabila mencuba buat pertama kali tetapi akan jadi mudah dan pantas apabila sudah terbiasa

 

1. Fasa Persediaan

Firefox dan Addon Flashgot
Gunakan Mozilla Firefox sebagai alternatif untuk Internet Explorer (skip ke 1.2 jikalau anda sedang menggunakan Firefox sebagai pelayar utama).

1.1 Download Firefox installer ke desktop dan terus install. Ikuti langkah-langkah bergambar di bawah (dari kiri ke kanan; letakkan mouse cursor di atas gambar buat seketika untuk lihat caption dan klik pada gambar untuk perbesarkan).

1. Search kat google "Firefox" 2. Laman Utama Firefox 3. save installer kat desktop 4. double click installer untuk install 5. ikut arahan installer

1.2 Buka Firefox dan dapatkan addon Flashgot.

1. Buka Firefox 2. Pergi ke laman addon Flashgot 3. Download/Install addon Flashgot ke Firefox anda 4. Ikut arahan 5. Restart Firefox dan pergi ke Tools>Addons 6. Lihat tetapan bagi Flashgot

Nota: Untuk langkah bergambar yang terakhir (ke-6), jika anda menggunakan aplikasi download manager seperti Orbit Downloader, Download Accelerator Plus mahupun Firefox addon seperti DownThemAll!, anda boleh pilih untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini daripada drop-down menu di situ (saya menggunakan IDM, yang akan saya kongsikan sebagai CARA KETIGA di bawah).

 

2. Fasa Muaturun

2.1 Pergi ke laman web video kegemaran ramai, YOUTUBE!

Search video yang anda mahukan. Kumpulan Libanglibu dengan tajuk lagu UMNO Haprak nih macam best jer. Jom bolayan!

2.2 Tekan PAUSE dan gunakan Flashgot. Perhatikan ada status icon yang baru timbul dan sedang berkelip-kelip di bahagian bawah kanan tetingkap Firefox. Klik pada icon tersebut. 

Tekan

2.3 Satu popup akan muncul di tengah-tengah skrin. Tekan browse untuk pilih di mana anda hendak simpan video ini di dalam komputer anda.

223

2.4 Setelah download selesai, pergi ke folder di mana fail video tersebut disimpan. Fail yang anda download tadi perlu ditukarkan kepada jenis FLV. Ikuti langkah-langkah bergambar di bawah:

1. Folder settings 2. Uncheck hide extension 3. Right click pada fail dan pergi ke properties 4. tambah extension .flv di hujung nama fail 

2.5 Jika anda sudah mempunyai codec, fail tadi akan dikenalpasti oleh komputer anda sebagai sebuah fail flash video ataupun lebih dikenali sebagai FLV. Untuk kepastian, cuba buka fail ini dengan aplikasi player video yang sedia ada dalam komputer anda seperti Windows Media Player.

Jika video tersebut tak boleh dimainkan oleh player anda (tak keluar gambar), saya sangat menyarankan anda supaya menggunakan KMPlayer tanpa memerlukan codec yang diimpot dari luar  seperti ffdshow. Saya sendiri menggunakan KMPlayer sejak 2 tahun yang lalu.

Itu sahaja. Sekarang cuba kaedah ini di laman-laman web bervideo yang lain seperti yang terdapat di laman web THE ARRIVALS. Enjoy your videos!

Salam…

 

*Cara kedua dan ketiga akan menyusul dalam entri yang akan datang… STAY TUNED!

3 Cara Paling Mudah Dan Pantas Untuk Muat Turun Video Dari Youtube! - SAMBUNGAN

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.