Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Calon Isteri {Pedoman & Tauladan}

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah."

(Imam Al-Ghazali)


Penjelasan Istilah:

1. Wanita ANANAH
Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian.

2. Wanita MANANAH
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Bahasa mudah: Mengungkit.

3. Wanita HANANAH
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…

4. Wanita HADAQAH
Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.
Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.

5. Wanita BARAQAH
Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).

6. Wanita SYADAQAH
Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).

Kredit kepada: Syahfeeza. Thanks for sharing!

*Gambar diculik daripada hasil carian Google Images sebagai hiasan.

Abe: Pesanan untuk lelaki dan juga perempuan, yang dah kahwin atau pun yang belum. Terutama sekali buat wanita yang belum berkahwin. Pesanan ini telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada umat Islam 1000 tahun yang lalu, namun pesanan beliau sangat bersesuaian sekali untuk dijadikan pedoman buat kita yang hidup di zaman moden ini.
Renung-renungkanlah…

 

Cerita Tauladan: Cikgu Pakar

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”

 

Kredit kepada: Aminatul Huda. Thanks for sharing!

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.