Lihat Lirik dan Muat Turun Lagu Kerana Cinta oleh In-Team dan Mestica

KERANA CINTA

keranacintacoverMunsyid: In-Team & Mestica
Album: Kerana Cinta
Muaturun MP3 | 4.23MB ~ 4m27s

 

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala

Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta, kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati, hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda, tulus suci selamanya
Cintakan saudara, masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan, suburkan dengan ketakwaan

 

NOTA LAGU:
Semoga cinta sesama kita yang dikurniakan Tuhan ini adalah kerana mengharapkan cinta yang sejati. Amiin…

 

Abe: dapat hadiah

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.