Isteri Prejudis

“HA, tu nak keluar jumpa perempuanlah tu, pakai wangi-wangi ni…,” suara nyaring itu bergema lagi. Walaupun bukan kali pertama mendengarnya, tetapi memang cukup menyakitkan telinga.

 

ISTERI PREJUDIS
Suami Jangan Memendam Rasa

Langkah Masri segera terhenti sebaik sahaja mendengar suara Anita yang lantang itu. Sekaligus darjah kepanasan hatinya meningkat mendengar kata-kata isteri. Mata Masri merenung tajam ke arah Anita yang selamba bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

“Awak jangan samakan saya dengan lelaki lain,” ujar Masri akhirnya.

“Ah, awakpun sama saja dengan lelaki lain. Pantang nampak dahi licin sikit, naik julinglah mata tu,” kata Anita penuh cemburu.

“Tak bolehkah saya pakai minyak wangi, saya nak jumpa orang, mestilah elok-elok sikit, tak boleh ke?” soal Masri.

“Alah, kalau setakat nak jumpa pelanggan, tak payah pakai minyak wangi,” cepat mulut Anita menjawab. Seperti biasa Masri malas hendak melayan isterinya. Api cemburu Anita bukan mudah untuk dipadam. Semakin dilayan, semakin marak pula jadinya nanti.

“Ha, ni balik tengah-tengah malam ni, mesti jumpa perempuan!” sekali lagi Masri mendengar ledakan suara Anita ketika pulang ke rumah pada malamnya pula.

“Awak ni prejudis sangat dengan saya. Apa yang saya buat semua awak salah tafsirkan. Isteri apa awak ni ha?” tengking Masri, setelah gagal menahan kesabarannya.

“Bang… lelaki kalau balik jauh-jauh malam, tak hubungi rumah awal-awal, mesti jumpa perempuan, tak ada lainlah tu…,” becok mulut Anita menjawab. Masri semakin bengang. Bagaimana untuk menyakinkan Anita bahawa dia tidak seperti yang disangkakan?

Anita memang cemburu. Sekaligus cepat prejudis terhadap dirinya. Malah dalam fikirannya tidak ada langsung perkara positif yang terlintas. Semua gambaran dirinya yang buruk dan bersalah.

“ Kalau begini, elok saya berhenti kerja. Duduk rumah menghadap awak sajalah. Tak payah keluar-keluar rumah,” ujar Masri bagaikan merajuk.

“Apa yang saya buat mesti salah. Awak ingat saya ni apa? Saya pun ada maruah, ada perasaan. Tapi awak tak memikirkan semua ini,” leter Masri pula.

“Lelaki bukan boleh beri muka sangat. Naik minyaklah nanti…,” selamba sahaja Anita menempelak suaminya. Masri benar-benar hilang sabar. Rasa mahu sahaja menampar mulut Anita yang celupar. Mujur Anita cepat masuk ke dalam bilik, kalau tidak pasti bengkak pipi kena penampar suami…

Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat Ayat 10 - 11 | Muat turun mp3

إِنَّمَا المُؤمِنونَ إِخوَةٌ فَأَصلِحوا بَينَ أَخَوَيكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(10) Believers are indeed brothers, therefore make things right among your two brothers and fear Allah, so that you will be subject to mercy.

(10) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا يَسخَر قَومٌ مِن قَومٍ عَسىٰ أَن يَكونوا خَيرًا مِنهُم وَلا نِساءٌ مِن نِساءٍ عَسىٰ أَن يَكُنَّ خَيرًا مِنهُنَّ ۖ وَلا تَلمِزوا أَنفُسَكُم وَلا تَنابَزوا بِالأَلقٰبِ ۖ بِئسَ الِاسمُ الفُسوقُ بَعدَ الإيمٰنِ ۚ وَمَن لَم يَتُب فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمون

(11) Believers, do not let people mock other people who may be better than themselves. Do not let women mock women, who may be better than themselves. Do not find fault with one another, nor abuse one another with nicknames. An evil name is disobedience after belief. Those who do not repent are the harmdoers.

(11) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

buruk sangka 2 
Hindari buruk sangka 1 dan 2

 

Bagaimana caranya berdepan dengan isteri prejudis?

Soalan Masri mungkin sama dengan soalan yang berlegar dalam fikiran anda. Memang bukan mudah berdepan dengan isteri yang bersikap begini. Prejudis, cemburu, berfikiran negatif, ia sama sahaja. Biasanya isteri yang bersikap begini tidak mudah dibawa berunding dan susah pula menerima pendapat orang lain.

 

Mengenali isteri prejudis

Dia adalah seorang wanita yang cepat menyangka yang bukan-bukan terhadap anda. Gambaran yang diberikan kepada anda biasanya negatif dan jauh dari jangkauan anda sendiri. Dia cemburu buta, suka menyamakan anda dengan lelaki-lelaki lain samada melalui watak nyata atau watak khayalannya.

Watak nyata mungkin dari kalangan ahli keluarganya, rakan-rakannya atau orang yang pernah dikenalinya. Misalnya jika dalam keluarganya terdapat salah seorang lelaki yang suka berpoya-poya, dia akan cepat menyamakan anda dengan watak nyata itu. Terutamanya apabila berlaku kebetulan dalam beberapa perkara.

Contohnya, jika anda seorang pendiam, ayat yang mungkin diluahkannya kepada anda mungkin begini: ah si anu pun pendiam juga, tahu-tahu dah kahwin lagi satu!

Misalnya juga, jika salah seorang kawannya suka mendera isteri, dia juga akan menganggap anda begitu. Sebagai pertahanan diri, dia akan menyerang anda dulu dengan sikap prejudis ini.

Watak khayalan, mungkin dari cerita yang ditonton dikaca televisyen, dibaca dari novel atau didengar dari orang lain. Isteri seperti ini akan sengaja mencari persamaan sifat antara anda dan sifat yang ada dalam watak khayalannya. Apabila kebetulan berlaku persamaan, dia akan menuduh anda melakukan apa yang watak khayalannya lakukan.

Isteri prejudis juga seorang yang cemburu dan mahu tahu setiap apa yang anda lakukan. Lebih buruk lagi jika si isteri sentiasa ingin mengawasi setiap tindak tanduk anda. Tidak cukup mengganggu anda di pejabat, anda juga diminta untuk menghubungi rumah atau dirinya setiap beberapa jam tertentu dan melaporkan apa yang anda lakukan.

Jika anda gagal berbuat demikian, pasti ada anggapan lain pula yang dilemparkan terhadap anda nanti.

Isteri prejudis juga bersikap menguasai. Mereka ingin apa yang anda lakukan mengikut keputusan mereka. Hatta untuk berpakaian sekalipun, anda harus mengikut kehendaknya bbukan kehendak anda. Malah fesyen rambut, cara bercakap dan penampilan pun mesti mengikut kemahuannya.

Isteri prejudis memang tidak mahu mengalah dalam segala hal.

Dia juga seorang yang mudah merajuk dan mudah marah. Tetapi dia mempunyai cara tersendiri untuk mengubati kemarahannya. Bagaimanapun ia tetap perkara yang mungkin akan menyakitkan hati anda.

Pendendam! Ya, dia memang seorang yang suka berdendam. Walaupun selalu hendak menang, tetapi sesekali dia akan kalah juga. Awas! Pada waktu inilah dia akan mencari jalan untuk melepaskan dendamnya!

Inilah antara sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang isteri yang prejudis terhadap anda. Dia jarang menilai suaminya sebagai seorang yang berhak untuk diberi penghargaan, sebaliknya dia akan menyifatkan suaminya seorang yang mesti diingatkan tentang itu dan ini. Mesti diberitahu apa yang harus anda lakukan, mesti tahu menjaga hatinya, biar hati anda luka asalkan hatinya dijaga. MEMANG SUSAH!

 

Bagaimana berhadapan dengannya?

…akan bersambung…

(Seperti yang disiarkan dalam majalah Seri Dewi keluaran September 1998)

Abe: Sangat malang sekali buat lelaki yang terpaksa berhadapan dengan isteri dan perempuan yang berperangai sebegini kerana mengikut statistik sebuah kajian psikologi, sebenarnya, hanya 5% daripada semua perempuan bersikap begini!

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.