32 LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2019 - DENGAR, LIHAT LIRIK & MUATURUN MP3




Lihat senarai tahun lalu:
20182017 | 2016 | 2015 | 2014 | 2013



"ASSALAMUALAIKUM, SAMBUTLAH SALAM MESRA, WAALAIKUMUSSALAM"

Assalamualaikum dan hai hai hai para pembaca Blog Che Ahmad. Semoga sihat hendaknya. Che Ahmad jawab salam sendiri di atas bukan kerana Che Ahmad dah jadi tak waras ya. Sebenarnya ia adalah bait lagu yang tersenarai tahun ini. Kalau nak tahu lagu apa dan siapa munsyidnya, teruskan membaca.

Tahun ini menyaksikan acara yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) di mana Kumpulan Caliph Buskers telah dinobatkan sebagai juara melalui lagu Buta. Manakala naib juara pula dirangkul oleh Kumpulan XPDC dengan lagu Doa (tersenarai di Blog Che Ahmad tahun lalu). Lagu favourite saya, Bertemu Semula oleh Kumpulan REUNIC dan Dia oleh Kumpulan Inteam turut memenangi anugerah. Untuk yang terlepas, boleh tonton siaran ulangan penuh AN19 di Youtube.

Walau bagaimanapun, Che Ahmad berasa sedikit kecewa dengan Carta Mingguan Nasyid IKIM yang agak lambat mencalonkan lagu-lagu baru walaupun sudah lebih setahun dikeluarkan. Lagu-lagu yang dipilih pula kadang-kadang dirasakan kurang sesuai oleh kebanyakan pendengar yang saya kenali.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, senarai Lagu Nasyid Terbaik Dan Paling Popular Che Ahmad memberikan keutamaan kepada populariti di media sosial dan radio tempatan (setakat November 2019), senikata yang bermakna dan mengandungi zikir yang menambahkan pahala serta senilagu yang unik, catchy dan mudah dinyanyikan.

Pada tahun ini, terdapat begitu banyak sekali lagu nasyid atau religi baharu yang dilancarkan. Terdapat banyak juga lagu yang berbentuk cover yang menjadi begitu popular dan viral seperti Man Ana oleh ZayneSuaramu Syairku Versi Arab oleh Syed dan Laa Ilaaha Illallah oleh Sabyan, namun Che Ahmad cuba terhadkan senarai ini kepada lagu-lagu original sahaja untuk memberi ruang kepada 32 lagu yang telah tersenarai pada tahun ini.

Akhir kata, Che Ahmad menyeru agar para pembaca dapat menyokong industri nasyid dengan membeli single dan album original yang memuatkan track yang lebih berkualiti dan lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. Kebanyakan lagu-lagu ini sudah mudah didapatkan melalui aplikasi dan online store seperti Spotify, Deezer, Amazon, Apple Music dan lain-lain.

P/S: Jika ada lagu-lagu lain yang tidak tersenarai di sini, anda boleh kongsikannya di ruang komen. Terima kasih, semoga Allah merahmati. 







LAGU NASYID TERBAIK & PALING POPULAR 
2019M / 1441H



TEMPAT PERTAMA

SESUNGGUHNYA 2019
Munsyid: Alif Satar & Raihan
Senikata: Nazrey Johanie
Senilagu: Nazrey Johanie
Durasi: 05:24
Muaturun: Spotify

Kerjasama yang tidak dirancang di antara Alif Satar dan kumpulan Raihan membuahkan hasil yang tidak disangka apabila klip video lagu Sesungguhnya 2019 yang diberikan nafas baru oleh The Locos telah menjadi antara klip video yang paling popular di Youtube dengan jumlah view melebihi 15 juta! 

Lagu Sesungguhnya 2019 membawa kita mengimbau kembali kenangan peminat-peminat nasyid akan lagu yang satu masa dahulu menjadi satu fenomena luar biasa sehingga mencetuskan keseluruhan industri nasyid moden di rantau ini. Oleh kerana itu mungkin ramai yang terkesan dengan lagu yang diberikan nafas baharu ini.

Senikata nukilan Nazrey Johanie ini ternyata begitu evergreen dan menyentuh hati dan kekal mendapat tempat yang istimewa di kalangan peminat-peminat nasyid tanah air. Selain lagu Sesungguhnya, lagu Iman Mutiara juga telah diberikan nafas baru (insyaAllah bakal jadi hit dan tersenarai tahun hadapan).

Video:



Lirik:

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir, namun rindu takkan berbunga


Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir, namun rindu takkan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga kutahu syukurku adalah milikMu



TEMPAT KE-2

CARILAH AKU DI NERAKA
Munsyid: Fadzli FarEast & Maliq Suhaimi
Senikata: Ito Lara & Hazalinda Harun
Senilagu: Fadzli Fareast & Shukri Sahari
Durasi: 04:49
Muaturun: Spotify | Amazon Music

Mendengarkan tajuknya sahaja membuatkan kita tertanya-tanya. Adakah manusia waras di dunia ini yang berimpian masuk neraka untuk diseksa selamanya? Orang beriman yang waras pastinya ingin masuk syurga dan berjumpa dengan orang-orang yang mereka sayangi.

Persoalan ini bakal terjawab setelah kita mendengar tazkirah pendek pada permulaan klip video lagu ini. Oleh itu, pastikan anda mendengar tazkirah tersebut dari mula sehingga selesai (jangan skip!)

Lagu Carilah Aku Di Neraka dinukilkan oleh Ito Lara dan Hazalinda Harun dan mendapat sentuhan irama 'trademark'  Fadzli Fareast. Tidak hairanlah lagu ini mempunyai persamaan dengan lagu Menanti Di Barzakh yang begitu unik dan menginsafkan.

Walau bagaimanapun, saya agak kecewa kerana lagu yang begitu baik ini tidak mendapat tempat di carta radio tempatan. Saya hairan bagaimana lagu seperti Saat Kau Perlukan oleh Lutfan boleh mendapat tempat pertama di carta nasyid Radio IKIM berbanding lagu ini. Ustaz Erwan Johari, please do something!

Video:




Lirik:

Merenung gugurnya dedaunan masa
Ayuh kita singkap tabir makna
Mentafsir dengan bijaksana
Kematian yang pasti tiba
Semakin merapati kita

Apabila tiba di pintu kedua
Jangan tawarkan ku sendu dan air mata
Apa yang ku perlu di saat itu
Bisikan syahadah di telingaku

Wahai kawan carilah ku di neraka
Andai nanti tidak kau temui aku di syurga
Katakan pada-Nya kita selalu bersama
Bersolat juga puasa di dunia


Malu untukku ungkitkan kepadamu
Sezarah jasaku untukmu di dunia dulu
Di saat engkau khabarkan kepada ku
Engkau lelah dengan mehnah duniamu

Di luar tahu mu
Kau jadi antara doaku
Agar kau memiliki kebahagiaan itu
Andai tak di dunia
Ada bahagiamu



TEMPAT KE-3

LAFAZ SALAM
Munsyid: Hijjaz feat. Jeff A to Z
Senikata: Ito Lara
Senilagu: Munif Ahmad
Durasi: 05:01
Muaturun: n/a

Setelah beberapa tahun Munif bergelar artis solo, pada tahun ini kumpulan Hijjaz membuat comeback dengan beberapa single baru yang pastinya mengubat rindu peminat-peminat. Lagu Lafaz Salam yang mendapat sentuhan Ito Lara dan Munif Ahmad mempunyai trademark yang sudah tidak asing lagi dengan identiti Kumpulan Hijjaz dan suara emas Munif Ahmad. Lagu ini disegarkan dengan suntikan rap oleh Jeff A to Z.

Lagu ini mempunyai potensi yang tinggi untuk mengungguli carta tanah air dengan irama lagu yang begitu catchy dan lirik yang mudah. Namun saya rasa pihak marketing Hijjaz Records boleh menambahbaik usaha untuk menonjolkan lagu-lagu baru mereka. Umpamanya memasarkan lagu melalui apps Spotify, Deezer dan lain-lain.

Selain lagu Lafaz Salam, lagu Terima Kasih Segalanya tidak kurang juga hebatnya dan turut tersenarai di bawah sebagai nasyid terbaik dan paling popular tahun ini.


Video:




Lirik:

Permulaan kalam Assalamualaikum
Sambutlah salam mesra Waalaikumussalam
Berukhwah bersaudara
Semoga kita semua dikurnia rahmatNya

Jalinan ukhwah suatu yang terindah
Saling mengasihi dan saling menyanyangi
Mula dengan salam senyuman dihulurkan
Dengan tulus hati berputik kemesraan

Awal kalam ucap Assalamualaikum
Sambut salam dengan Waalaikumussalam
Tanda berukhwah bersaudara
Moga dikurniakan rahmatNya

Tidak akan putus di jarak menjauhkan
Tidak akan lerai dek waktu memisahkan
Kasih yang terbina sekian lama
Kembali mewangi dalam jiwa




TEMPAT KE-4

LABBAIKALLAH
Munsyid: Inteam
Senikata: Frizdan
Senilagu: Frizdan
Durasi: 03:45
Muaturun: Spotify | Deezer

Lagu baru oleh Inteam yang bertemakan ibadah Haji ini sangat menyentuh hati. Apatah lagi buat mereka yang sudah berpengalaman mengerjakannya.

Klip video musik yang diterbitkan pastinya mengingatkan mereka pengalaman manis dan menginsafkan sewaktu menerima sepucuk panggilan haji yang tidak terungkapkan dengan kata-kata.

Air mata mengalir setiap kali mengenangkan. Rasa membuak-buak ingin kembali menziarahi kota suci Mekah dan Madinah, melihat Kaabah teragam di hadapan mata, menghirup sekelumit wangian dan kedamaian yang mengubat rindu kepada Syurga yang dinanti. 

Video:




Lirik:

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innal hamda wan ni'mata
Laka wal mulka la syarika lak

Ku menyahut panggilan-Mu
Tiada sekutu bagi-Mu
Puji, nikmat dan kuasa
Milik-Mu tiada setara

Hadirku menuju kota yang mulia
Ku serahkan harta benda jiwa raga
Demi mengharapkan keredhaan

Air mata tak mampu tertahan lagi
Bila ku menatap Baitullah yang suci
Ya Allah ampuni diri ini

Ku sesali dosa
Ku panjatkan doa
Kabulkanlah permintaanku

Dunia dan akhirah
Kurniakan hasanah
Jauh dari seksa neraka


TEMPAT KE-5

BUKTI
Munsyid: Farhatul Fairuzah
Senikata: Bazli UNIC
Senilagu: Bazli UNIC
Durasi: 04:10
Muaturun: Spotify | Deezer

Nama Farhatul Fairuzah menjadi sebutan ramai setelah dinobatkan sebagai Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019. Anak bongsu dari lima beradik ini sedang mengikuti pengajian Tingkatan Enam di SMAP Labu, Negeri Sembilan.

SMAP Labu menghasilkan ramai munsyid yang sudah bergelar artis. Farhatul turut tidak ketinggalan apabila dijemput oleh UNIC Records untuk menyanyikan single terbaru nukilan Bazli.

Lagu Bukti dengan bait-bait dalam bahasa Arab sangat sesuai dengan Farhatul. Liriknya pula sangat bermakna walaupun mencetuskan sedikit kontroversi berkenaan kesalahan tatabahasa. Apa yang pasti, lagu ini terus mendaki carta nasyid popular tanah air.

Video:

 

Lirik:

Semakin ku mencari
Semakin ku dekati
Semakin ku rasa
Hilang kekalutan dalam jiwa

Tuntun dan bimbinglah daku
Beri kesempatan waktu
Agar ku buktikan
Pengakuan cintaku padaMu

Ya Rabbu ya Rahman
Thabbitnahu fil jinan
A'izna minan nisyaan
Wakhtimna 'alal imann

Ya Rabbu ya Rahman
Fahhimna haqqal bayann
Hafizna kullul Quran
Wathiqalu fil mizann

Astaghfirullaahh...
Astaghfirullaahh...
Astaghfirullaha innallah kaana tawwabaa






TEMPAT KE-6

YA ALLAH BIHA
Munsyid: Sabyan
Senikata: Ayus Sabyan
Senilagu: Ayus Sabyan
Durasi: 04:06
Muaturun: Spotify | Deezer

Album terbaru Sabyan berjudul Bismillah memuatkan banyak lagu yang bakal menggegarkan industri nasyid untuk kesekian kalinya seperti lagu-lagu dahulu yang menaikkan nama Sabyan seperti Ya Maulana dan lain-lain.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini, lagu Ya Allah Biha lebih menepati ciri-ciri lagu yang saya cari. Senikatanya begitu bermakna dan senilagunya begitu mudah sehingga menjadi ikutan anak-anak kecil yang asyik mendengarkannya. Semoga kehidupan kita di dunia ini berlalu dan berakhir dengan penuh kebaikan.

Selain Ya Allah Biha, lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album terbaru Sabyan tidak kurang hebatnya seperti Bismillah,  Allahumma Labbaik (turut tersenarai di bawah) dan El Oum (masya Allah sedih banget lagu ini bikin Nissa Sabyan menitiskan air mata!).

Video:



Lirik:

Kau ciptakan dunia
Kau hadirkan manusia
Kau beri keindahan
Yang hanya sementara

Hidup sebuah misteri
Mati sebuah hal pasti
Doa ku dan harapan
Akhir dalam kebaikan

Ya Allah Biha
Ya Allah Biha
Ya Allah Bihusnil Khotimah


Kau penguasa semesta
Tak ada yang tahu
Kapan ku kembali kepada-Mu
Kaulah rahasia hidupku



TEMPAT KE-7

LIMA AKSARA
Munsyid: Ezad Lazim & Zamani
Senikata Asal: Fedtri Yahya
Senilagu Asal: Mulah
Durasi: 03:48
Muaturun: Spotify | Deezer

Seterusnya arena musik tanah air dikejutkan dengan lagu Lima Aksara oleh 2 legend rock balada tanah air iaitu Ezad Lazim dan Zamani Slam.

Ramai yang tertanya-tanya dan cuba meneka apakah yang dimaksudkan dengan Lima Aksara itu? Ada yang kata C.I.N.T.A. Ada yang kata N.Y.A.W.A. Kalau nak tahu apa jawapannya, hayatilah lirik nukilan Fedtri Yahya dan Mulah ini. Tips yang saya boleh beri terkandung dalam firman Allah SWT dalam ayat 2 surah Al-Anfal seperti di bawah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


Video:


Lirik:

Terhenti lagi dengan air mata
Segala rasa musnah dalam resah
Mencari apa yang tertinggal
Mencari apa yang terkurang
Mungkinkah kesilapan mengejarku tanpa jemu

Malam dan siang pantas bergantian
Aku di sini masih kehampaan
Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung

Dialah Dialah bait yang terindah
Sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
Irama hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan
Lima Aksara yang menggetar kalbuku

Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung




TEMPAT KE-8

AYAT CINTA DARI TUHAN
Munsyid: The Helmis

Senikata: Hazwani Helmi
Senilagu: Hazwani Helmi
Durasi: 04:15
Muaturun: Spotify | Deezer

Senarai tahun ini diteruskan lagi dengan munsyid wanita. Kali ini oleh dua beradik yang sudah tidak asing lagi buat kita iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang kini dikenali sebagai The Helmis.

Lagu Ayat Cinta Dari Tuhan (ACDT) nukilan Hazwani Helmi menyerlahkan bakat terpadam beliau dalam menghasilkan lagu-lagu yang menggegarkan arena nasyid tanah air.

Paduan suara Heliza dan Hazwani pula sangat sesuai namun kedua-duanya memiliki keunikan yang tersendiri. Liriknya pula begitu puitis dan bermakna terutamanya buat mereka yang ditimpa musibah. Ketahuilah walaupun kita mungkin keseorangan menghadapi ujian, Allah sentiasa bersama kita.

Video:

 

Lirik:

Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini

Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan tolong aku hilang rasa pedih 

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku oh Tuhan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman

Hadirmu sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu aku malu
Tuhan kau perhatikan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan



TEMPAT KE-9

SAFIYYAH
Munsyid: Darwish feat. Fareast
Senikata: Ustaz Pahrol Md Juoi
Senilagu: Frizdan
Durasi: 04:39
Muaturun: Spotify | Deezer

Kumpulan Darwish yang dianggotai oleh Amin dan Faiz mungkin kurang dikenali oleh peminat nasyid tanah air kerana masih baru. Namun melalui gandingan dengan Kumpulan Fareast, nama Darwish mula dikenali menerusi lagu Safiyyah.

Lagu ini terus mendapat tempat di medan sosial apabila kerap dikongsikan. Pada waktu ini, Safiyyah telah mendapat lebih 500,000 views di Youtube sejak dilancarkan pada May 2019 yang lalu. Satu jumlah yang tidak sedikit jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang tersenarai di carta radio.

Nama lagu ini membuatkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut, siapakah srikandi ummah yang bernama Safiyyah ini? Kalau nak tahu, kenalah hayati lagu ini!

Video:




Lirik:

Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
Menerjah berani ke medan perang
Kau bukti mujahidah nan waja
Berjuang demi Allah dan RasulNya

Kelibat pedangmu sungguh menggerunkan
Menyambar bagaikan kilat yang memancar
Kemenangan musuh kau calarkan
Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

Walau di hatimu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
Kau relakan segunung kesedihan
Demi tersebarnya lautan keimanan

Oh Safiyyah
Keayuanmu pada ketabahan
Keindahanmu pada keberanian
Kaulah lambang mujahidah
berkalung pedang!

Oh Safiyyah
Kaulah citra mujahidah sejati
Gerak hatimu umpama angin
Buat teman kau menjadi bayu yang membelai
Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan




TEMPAT KE-10

AIR MATA
Munsyid: Rabithah
Senikata: Omar K, Ikhwan Fatanna, Ustaz Adnin, Akmal Mustafa
Senilagu: Omar K, Ikhwan Fatanna, Ustaz Adnin, Akmal Mustafa
Durasi: 03:42
Muaturun: Spotify | Deezer

Saban tahun Kumpulan Rabithah terus menghasilkan lagu-lagu nasyid baru yang lebih sesuai dengan generasi masa kini.

Tahun ini kita disajikan dengan lagu Air Mata yang merupakan OST untuk web siri drama terbitan Ustaz Adnin yang berjudul Titisan Suci. Pastikan anda mengikuti drama bersiri ini untuk mengetahui kisah di sebalik lagu Air Mata.

"Orang yg mencintai sesuatu selain Allah SWT, mahu tak mahu cinta itu akan menyiksanya" - Ibnu Qayyim

Video:



Lirik:

Seperti biasa air mataku mengalir semula
Tak tahu mengapa luka hatiku tak terubat jua

Mengapa diri tidak mengerti?
Mampukah aku mengubah "warna" ini?

Air mataku yang telah mengalir
Dan membasahi luka yang hanya sia-sia
Terperangkap dalam mainan jiwa
Hati merintih kerana aku terseksa

Ku mula tersedar betapa egoku jauhnya tersasar
Ku buta tenggelam hanyut bermain dek fananya dunia

Hingga cintaMu telah ku ragu,
Sedang Dikau hakikatnya yang ku perlu

Izinkan aku menangis sekali lagi
Hanya buatMu cinta tiada ganti
Kau setia beri walau ku menjauh
Maafkan aku kasih abadi





TEMPAT KE-11

TERIMA KASIH SEGALANYA
Munsyid: Hijjaz
Senikata: Atie
Senilagu: Putra Aiman
Durasi: 04:48
Muaturun: n/a

Selain lagu Lafaz Salam yang menduduki tangga ke-3 senarai tahun ini, single terbaru Hijjaz yang berjudul Terima Kasih Segalanya tidak kurang juga hebatnya dengan irama lagu yang mengingatkan kita akan lagu-lagu lama Kumpulan Hijjaz.

Lagu bertemakan persahabatan ini terkandung lirik yang mudah namun begitu bermakna buat sahabat-sahabat yang datang dan pergi dalam hidup kita. Ada yang masih hidup dan ada yang telah pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya sahabat sejati itu adalah hadiah yang tidak ternilai. Maka, ucaplah terima kasih kepada sahabat kita selagi masih ada masa.

Video:

 

Lirik:

Masih teringat debar dihati
Saat pertama kali berada disini
Tertanya adakah engkau sudi terima
Ternyata kini kita masih bersama

Tiap melodi yang beralun
Dan setiap bait kata-kata berlagu
Semoga akan dapat menyentuh hatimu
Dan tak kan kau lupa kita pernah 
Oh pernah bertemu

Engkau takkan pernah tahu
Senyumanmu itu penenang hatiku
Hapus semua lelahku
Kau buat ku lupa ujian bertalu

Tulus jiwa ku katakan padamu
Betapaku sayangkan dirimu

Terima kasihku atas kesetiaan
Terima kasihku atas kebahagiaan
Terima kasihku atas penghargaan

Janjiku padamu akan ku usahakan
Kan terus bertahan dengan izin Tuhan
Hingga hujung nyawa ku berterima kasih 
Kepadamu...

Andai tiba waktu takdir menjemputku
Moga tak kau lupa detik yang berlalu
Doaku dambakan moga akan bertemu
Ohh di syurga.




TEMPAT KE-12

WASIAT CINTA
Munsyid: Mestica
Senikata: B. Nury
Senilagu: Khairul Mestica
Durasi: 4:30
Muaturun: Spotify | Apple Music

Jika tahun lepas Mestica membuat penampilan yang berbeza dengan lagu Kassorga, tahun ini Mestica kembali kepada identiti jati mereka melalui lagu Wasiat Cinta.

Wasiat Cinta mengandungi mesej yang tersirat di sebalik liriknya yang puitis. Lagu ini mengingatkan kita akan hakikat cinta yang sebenar yang menjadi wasiat kepada orang-orang yang tersayang.

Video:


Lirik:

Janganlah salahkan bintang berkerlipan
Mengukir cahaya malam
Walaupun tiada rembulan bercahaya
Setia menghias malam

Janganlah merindu bagaikan pungguk
Membelai sinar bulan

Dilamun khayal bersendiri
Asmara mekar sementara
Lestari cinta gugur layu
Pabila bulan hilang dari mata

Sedarlah cinta sering buta
Ketulusan hanya benda zahir semata
Luaran itu bukan cinta
Hakikatnya hanya berilusi
Cinta itu setuju memberi

Hati dan tanggungjawab suci
Mendambakan setia bersendi kasih sayang
Menghulur maaf berbudi
Mendoakan saling bahagia
Disyukurinya segala yang ada





TEMPAT KE-13

ALLAHUMMA LABBAIK
Munsyid: Sabyan

Senikata: Ayus Sabyan
Senilagu: Ayus Sabyan
Durasi: 04:38
Muaturun: Spotify | Deezer

Selain Ya Allah Biha, lagu yang turut mendapat views yang paling tinggi di dalam album terbaru Sabyan adalah Allahumma Labbaik.

Lagu yang bertemakan ibadah haji ini dinukilkan khas oleh Ayus Sabyan untuk kedua ibu dan ayahnya yang pergi mengerjakan haji pada tahun ini. Lagu ini menjadikan laungan talbiyah sebagai chorus dengan irama yang tenang tetapi mudah diingati. Semoga kita semua diberikan peluang untuk mengerjakan haji dengan hati yang tenang jua.

Album terbaru Sabyan turut mengandungi lagu-lagu lain yang sama hebat seperti Bismillah dan El Oum.

Video:



Lirik:

Dulu kau pernah bermimpi
Temuinya di tanah suci
Kini kau kan pergi
Tunaikan panggilan ilahi

Datang dan katakan padanya
Di sana.. Di sana…

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni'matalak
Walmulkala syarikalak

Pergilah dengan hatimu
Pergilah karna panggilan tuhan
Tunaikan perintahnya
Allah kan menjagamu




TEMPAT KE-14

AKU TAK SEMPURNA
Munsyid: Adeep
Senikata: Hafiz Hamidun
Senilagu: Hafiz Hamidun
Durasi: 03:52
Muaturun: Spotify | Deezer

Lagu yang sungguh menyayatkan hati dibawa dengan sempurna oleh Adeep dengan kawalan vokal yang mantap. Lagu ini sering diputarkan di radio tempatan dengan mesej mendalam yang sangat menginsafkan jiwa-jiwa yang sedang menghadapi ujian. Sesungguhnya, hanya kepadaNya tempat kita mengadu dan berserah segalanya.

Video:

 

Lirik:

Aku kuat melindung segala rasa
Namun bukanlah untuk selamanya
Maafkan jika ku terlalu pasrah
Mula menyerah pada ketentuan dan keadaan

Aku tak sempurna bila sendirian
Siang ku gelita malam bercahaya
Engkau melengkapkan semua kekurangan
Nadi yang tertunda kembali bernyawa

Aku mula berteman degan waktu
Menanti detik bertganti dan menunggu
Maafkan jika ku terlalu pasrah
Mula menyerah pada ketentuan dan keadaan

Segalanya mula berubah menjadi bahagia
Tetaplah bersama selamanya
Aku tak sempurna bila sendirian
Siang ku gelita malam bercahaya

Engkau melengkapkan semua kekurangan
Nadi yang tertunda kembali bernyawa
Engkau melengkapkan semua kekurangan
Nadi yang tertunda kembali bernyawa




TEMPAT KE-15

ERTI BAHAGIA
Munsyid: Devotees
Senikata: Halim Ahmad
Senilagu: Halim Ahmad
Durasi: 04:26
Muaturun: Spotify | Amazon Music

Jika tiada lagu nasyid yang romantis untuk teman hidup rasanya tidak lengkap senarai saya saban tahun. Untuk tahun ini kita ada lagu Erti Bahagia oleh Kumpulan Devotees yang dinukilkan oleh Halim Ahmad.

Lagu Erti Bahagia sarat dengan doa dan kasih sayang untuk insan tersayang yang bergelar isteri. Isteri yang solehah menjadi sumber ketenteraman buat suaminya. Hargailah segala pengorbanan mereka wahai suami!

Video:



Lirik:

Tiada satu pun kata
Yang mampu untuk aku gambarkan
Saat bersama betapa engkau bermakna
Kaulah penghibur terasa tenangnya
Kaulah erti bahagia

Kasih, izinku ucapkan
Jutaan terima kasih kerana
Menerima segala kekuranganku ini
Malah kau menjadi pelengkap syurga
Selama in ku damba

Bakti dan kesetiaan yang dicurahkan
Tak dapat aku balasnya selain hanya doa
Tuhan tolong restui dia ke syurga

Tuhan tolong restui dia ke syurga
Tuhan mudahkan jalan untuk dia
Ke syurga





TEMPAT KE-16

HASBUNALLAH
Munsyid: Ungu
Senikata: Pasha Ungu
Senilagu: Pasha Ungu
Durasi: 04:49
Muaturun: Spotify | Deezer

Kumpulan Ungu dari Indonesia sudah tidak asing lagi dengan lagu-lagu legend mereka seperti Tercipta Untukku dan Cinta Dalam Hati. Kali ini Ungu menampilkan lagu religi terbaru berjudul Hasbunallah bersempena dengan Ramadhan 2019.

Suara unik Pasha yang semakin matang memberikan nafas baru kepada bait zikir yang selalu kita dengari. Senikatanya pula cukup mudah namun begitu menginsafkan.

Video:




Lirik:

Apa yang terjadi pada manusia kini
Semakin hari semakin tertutup mati hati
Seakan tiada lagi pengobat hati sedih
Manusia kemana kau pergi

Apa yang terjadi pada zaman hari ini
Manusia semakin hari semakin tak terkendali
Lupakah kita akan dia yang mengasihi
Manusia kemana kau pergi

Dia selalu ada untuk kita untuk semua
Dia slalu ada tuk hambanya
Yang telah mati dan masih bernyawa

Hasbunallah wani'mal wakiil
Ni'mal maula wa ni'man nasiir
Walanabluwannakum hatta na’lamal mujahidiina
Minkum wassaabiriin




TEMPAT KE-17

AREHNA YA BILAL
Munsyid: Maliq Suhaimi
Senikata: ITO Lara
Senilagu: Fadzli FareastDurasi: 04:24
Muaturun: Spotify | Apple Music

Nama Maliq Suhaimi mulai dikenali ramai setelah muncul berduet dengan Fadzli Fareast dalam lagu Carilah Aku Di Neraka yang menduduki tangga ke-2 senarai tahun ini. Namun tahukah anda, beliau juga mempunyai single sendiri?

Lagu Arehna Ya Bilal nukilan Fadzli Fareast ini mengisahkan tentang seorang sahabat Nabi SAW yang sungguh istimewa sekali. Diangkat  menjadi muazzin ummah yang pertama. Suaranya merdu memukau seluruh kota. Siapa lagi kalau bukan Sahabat Besar Nabi SAW, Bilal Ibn Rabah r.a.

Lagu yang berbentuk kisah cerita ini tidak kedengaran kekok dengan sentuhan unik senilagu Fadzli Fareast disesuaikan dengan kekuatan vokal Maliq Suhaimi yang mengingatkan kita akan Almarhum Ustaz Asri Rabbani.

Video:




Lirik:

Lantunan suara emas pemuda Habsyah
Menusuk ke jiwa penduduk Madinah
Tiada siapa dihatinya selain kekasih Allah
Diangkat menjadi muazzin Rasulullah

Sesungguhnya takdir kewafatan Baginda
Terlalu payah untuk diterima
Berhijrahlah dia ke negeri Syria
Membawa luka yang tiada penawarnya

Betapa kerinduan menyiksa batinnya
Terbawa mimpi dikunjungi Baginda
Segera berangkat ke maqam Nabi
Dengan air mata bak hujan tidak berhenti

Dia tak mampu menolak permintaan
Hasan dan Husin yang lara kerinduan
Dalam sebak dia mengalunkan azan
Tak sempat berakhir terkulai pengsan
Teguhnya dia mencintai Rasulullah

Seisi Madinah luluh dengan tangisan
Khalifah Umar tewas dibadai kepiluan
Semua menyangka Rasul kini kembali
Semuanya illusi tak mungkin terjadi

Teguhkah aku mencintai Rasulullah
Seteguh cinta Bilal Bin Rabah
Hingga derap sepatunya terdengar
Mendahului memasuki Syurga





TEMPAT KE-18

UMMI
Munsyid: Maher Zain
Senikata: Saif Fadel
Senilagu: Saif Fadel
Durasi: 04:13
Muaturun: Spotify | Apple Music

Sebuah lagu yang ditujukan khas untuk ibu-ibu di luar sana. Dinukilkan oleh Saif Fadel untuk Maher Zain, lagu Ummi menampilkan lirik puitis yang sangat bermakna dan menginsafkan.

Lagu Ummi adalah lagu yang meluahkan rasa cinta suci terhadap ibu yang telah banyak berkorban untuk kita. Ayuh kita doakan semoga Allah merahmati ibu kita dan ibu kepada anak-anak kita.

Video:



Lirik (terjemahan):

No matter how big I am, I come back in your hands
As a young child, you have grown up
You are my hope and my happiness
My heart to your satisfaction returned to you

My mother... my love, my mother
Your satisfaction, my mother, my uncle and my mother, my mother
My mother ... my love, my mother
Your satisfaction, my mother, my uncle and my mother, my mother

O who carried me and I think you
I seek to bless what I have lived my teeth
And God will not Ovei Hanank moment
Even if I give you a eyeball

My mother... my love, my mother
Your satisfaction, my mother, my uncle and my mother, my mother
My mother... my love, my mother
Your satisfaction, my mother, my uncle and my mother, my mother




TEMPAT KE-19

IGHFIR ZUNUBI
Munsyid: Akhil Hayy & Mawi
Senikata: Waheeda
Senilagu: Waheeda
Durasi: 04:58
Muaturun: Spotify | Deezer

Hampir ke penghujung 2019, kita menerima penampilan istimewa daripada dua orang seniman yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Akhil Hay dan Mawi melalui lagu yang dicipta oleh Waheeda. Lagu Ighfir Zunubi pastinya mengubat kerinduan peminat-peminat mereka terutamanya lagu-lagu yang dihasilkan oleh Waheeda.

Senikata nukilan puitis Waheeda sangat ringkas namun memberikan kesan yang menginsafkan. Klip video lakonan Akhil Hayy dan Mawi sendiri pula memberikan impak yang membuatkan kita menghayati mesej yang ingin disampaikan.

Video:




Lirik:

اغفر ذنوبي
أنت مقصودي
ورضاك مطلوبي
ارحمني

Dari pendustaan tangan berdosa
Dari tiada jujurnya
Bumi berdarah

رب اغفرلي ذنوبي
ارحمني يا شهيد

Ku pohon sebelumnya
Ku pohon mengulangnya
Ku pohon sesudahnya
Ku pohon menyadungnya
Ku pohon ke akhirnya
Ku pohon memohonnya

اللهم اغفرلي وارحمني وعافني واعف عني

Yg telah ku lakukan 
Yg telah ku laksanakan
Yg telah ku cemuhkan
Yg telah ku pejamkan
Yg tiada ku sabitkan
Yg tiada ku gagalkan




TEMPAT KE-20

SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Munsyid: Nada
Senikata: Imtiaz Ikrimal
Senilagu: Imtiaz Ikrimal
Durasi: 03:42
Muaturun: Spotify | Amazon

Lagu Sahabat Dunia Akhirat oleh Nada mendapat sentuhan ajaib Imtiaz Ikrimal. Senilagunya cukup catchy dan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.

Klip video musiknya pula menggamit memori perjuangan bersama dengan rakan-rakan semasa di sekolah dan universiti. Walaupun hari ini haluan kita mungkin berbeza, namun destinasi kita adalah sama iaitu syurga di akhirat. Semoga kita bertemu kembali dalam keredhaanNya.

Video:




Lirik:

Sahabat... terkenangku masa lalu
Kau slalu ada untukku
Di kala suka tawaku

Dan bila tersungkurku kesedihan
Tak pernah engkau tinggalkan
Diriku bersendirian

Terima kasih wahai sahabat
Kau temanku dunia akhirat
Kan ku doakanmu dan kenanglah daku 
Dalam doamu selalu

Terkadang kita tak sehaluan
Selalu buntu di persimpangan
Namun perpisahan
Tak pernah menjadi suatu pilihan
Kau sahabatku

Walau jauh terpisah
Kau takkan pernah ku lupa
Kerna kita bersaudara




TEMPAT KE-21

WARDATUL HAMRA'
Munsyid: Khalil Ar Rahman
Senikata: Wan Najib
Senilagu: Madey Vai
Durasi: 04:40
Muaturun: Amazon Music

Ustaz Khalil Ar Rahman, seorang yang tidak asing lagi dalam dunia seni azan menampilkan single sulungnya yang berjudul Wardatul Hamra' nukilan Wan Najib dan Madey Vai.

Lagu ini ditujukan kepada puteri-puteri ummah dengan kata-kata nasihat yang sangat berharga seperti lagu Puteriku Sayang oleh Hijjaz.

Video:



Lirik:

Suburmu di hamparan Hamra'
Indah mekarmu merah menyala
Sinarmu bagaikan cahaya
Sungguh menarik pandangan mata

Begitulah kiasan dirimu
Keayuanmu mendamai jiwa
Kelembutan hiasan peribadimu
Tutur kata dan kesopananmu

Engkau seumpama sekuntum mawar
Yang mekar di dalam jambangan
Indah wajahmu mempersona
Kau sentiasa tegas menjaganya

Engkau adalah serikandi
Menegak Islam yang suci
Menjaga nama dan maruah diri

Engkau mentaati Allah
Dengan sepenuh hatimu
Hanya Dia cinta yang abadi

Kurniakanlah wardatul hamra'
Kurniakanlah wardatul hamra'




TEMPAT KE-22

KASIH RAMADAN
Munsyid: Nahwan Nur
Senikata: Ajie
Senilagu: Khairul Daniel
Durasi: 03:59
Muaturun: Spotify | Deezer

Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, kumpulan Nahwan Nur menampilkan single terbaru berjudul Kasih Ramadan setelah muncul sebagai generasi kedua Nahwan Nur dengan lagu Dia Ada bersama Yasin Sulaiman pada tahun lalu.

Lirik karangan Ajie mempunyai maksud yang mendalam dengan klip video yang sangat memberikan kesan.

Video:

 

Lirik:

Beralih purnama beralih
Mengejar hadirmu bertaluan rindu
Menanti ku ternanti-nanti
Kau menjengah wajah ayumu

Hadirmu membawa kasihNya
Kasih yang teragung nikmat yang ke Syurga
Janjiku agar ku nikmati
Kasih yang diberi untukku

Ramadan Ramadan hadirlah
Ramadan Ramadan ku menanti
Hadirmu ke sisi

Ramadan Ramadan kasihNya
Ramadan Ramadan ku menanti
NikmatMu Ilahi

Kasih Ramadan...




TEMPAT KE-23

TALAMA ASHKU
Munsyid: Mesut Kurtis & Inteam
Senikata: Islamic Heritage & Rahim Inteam
Senilagu: Islamic Heritage
Durasi: 04:13
Muaturun: n/a

Mawlid pada tahun ini diserikan dengan begitu banyak lagu-lagu salawat dan qasidah bagi memperingati Baginda Rasulullah SAW yang dirindui. Antara lagu yang mencuri perhatian peminat adalah qasidah Talama Ashku yang diberikan nafas baru dengan pertemuan artis dari dua benua yang berbeza iaitu Mesut Kurtis dan Kumpulan Inteam.

Lagu ini terhasil melalui kerjasama Inteam Digital dan Awakening Music. Lirik bahasa Melayu yang dinukilkan oleh Rahim Inteam membuatkan kita bertambah rindu kepada Nabi SAW.

Klip video yang kreatif mengimbau kembali zaman pedagang Arab datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan berdakwah membawa pesanan Nabi SAW. Alhamdulillah, nusantara ini direzekikan dengan petunjuk dan hidayah Allah SWT. Sesungguhnya kehadiran Nabi SAW umpama cahaya yang menerangi sekalian alam. Salawat dan salam ke atas Baginda SAW.


Video:

 

Lirik:

طالما أَشْكُو غَرامي يا نُورَ الوُجودْ
وأُنادي يا تِهامي يَا مَعْدِنَ الجُودْ

Telah lama aku menanggung rindu padamu
Jiwa dan tubuhku pilu jauh darimu
Setiap detik nafasku ingat padamu
Dengarlah luahan ini duhai Nabiku

مُنْيَتي أقصى مَرامي أَحْظى بالشُّهُودْ
وأرى بابَ السلامِ يا زاكي الجُدُودْ

Kedua mataku ini ingin melihatmu
Kedua tanganku ini ingin menyentuhmu
Meskipun di dunia ini aku tak mampu
Namun di syurga abadi moga bertemu

وعليكَ اللهُ صلى ربّي ذُو الجَلالْ
سيدي العمرُ وَلّى جُدْ بالوَصلِ جُدْ

Selawat Allah atasmu oh cahaya hati
Dengannya kan terang hati  dan sanubari
Ku berharap pemberianMu di dalam mimpi
Untuk bertemu Nabiku sebelum mati




TEMPAT KE-24

KU MOHON
Munsyid: Fathi Naim feat. Acap FINE
Senikata: Acap FINE
Senilagu: Fathi Naim
Durasi: 04:10
Muaturun: Spotify

Ustaz Fathi Naim dan saudara Acap FINE tampil berduet dalam lagu Ku Mohon ciptaan mereka berdua. Senilagunya mirip kepada zikir dan senikatanya pula mudah. Walaupun mudah, mesej lagu ini amat menginsafkan.

Selain Ku Mohon, pada tahun ini ustaz Fathi Naim juga tampil berduet dengan saudari Oki Setiana Dewi dalam lagu Salam Rindu.

Video:

 

Lirik:

Oh Tuhanku, aku datang kepadaMu
Oh Tuhanku, ku bawa dosaku bersamaku

Tuhan terimalah taubatku
Ampunkanlah dosa-dosaku
Hanya padaMu Tuhan
Aku merayu

‎سأقبل يا خالقي من جديد 
‎كما انت مني الهي تريد 
‎وارجو اذا انت تقبلني 
‎جنان الخلود ومنك المزيد




TEMPAT KE-25

INSAN BERGUNA
Munsyid: Hneef
Senikata: Ibnu Desa
Senilagu: Abu Yusuf Al-Menara
Durasi: 03:52
Muaturun: MP3

Hneef, sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari selatan Thailand tampil dengan lagu acapella dengan sentuhan rap bertajuk Insan Berguna yang pastinya membawa peminat nasyid tegar mengimbau kembali zaman nasyid dahulu di mana mesejnya mudah tetapi sangat berguna sebagai nasihat. Klip videonya pula menampilkan keindahan pemandangan suasana kampung di negara Thailand.

Semoga dengan kehadiran Hneef dan kumpulan-kumpulan nasyid yang lain akan merancakkan lagi industri nasyid di nusantara ini.

Video:

 

Lirik:

Kicauan burung di pagi nan ceria
Berterbangan bebas merentasi kuala
Sungguh subur tasik dan rimba
Tumbuhan menghijau luas merata

Sungguh indah ciptaan Allah
Tiada terkira segala kurniaanNya
Di manakah petanda kesyukuran
Jika kita lakukan kerosakan

Marilah kawan-kawan
Jadilah insan berguna
Gajah mati meninggalkan gading
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan jasa

Marilah kawan-kawan 
Kesihatan dijaga bersenaman sentiasa
Makanan halalan tayyiba
Minda sihat badan tegak sasa
Kasih sayang sesama warga
Jiwa membina budaya kita

Ayuh kawan-kawan
Jadilah insan yang berguna
Jangan sekali kita lupa dan alpa
Jika kita ingin ke mercu jaya





TEMPAT KE-26

TERIMA KASIH
Munsyid: Marhaen
Senikata: ITO Lara, Hisyam Elharith
Senilagu: Bazli Hazwan, Imtiaz Ikrimal, Marhaen
Durasi: 04:22
Muaturun: Spotify | Apple Music

Kumpulan MARHÆN yang dianggotai 6 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menampilkan single pertama mereka berjudul Terima Kasih yand diterbitkan oleh Inteam Digital. Sebelum ini mereka banyak menghasilkan lagu cover berbentuk religi. 

Terima Kasih adalah lagu yang sangat unik menampilkan rentak rap. Walaupun senikatanya agak berat namun ia sarat dengan mesej yang sangat tajam dan menginsafkan kita nukilan kreatif Ito Lara dan Hisyan Elharith.

Video:




Lirik:

Tidakkah kau rasakan hidup ini berharga
Anugerah teristimewa kurniaan dariNya
Segala galanya sudah tersedia
Kuat jiwa akal sempurna lengkap anggota
Udara yang kau hela tidak dibayar harga
Semuanya tersedia diberi percuma
Siap berada di depan mata
Namun kau tidak pernah tanya
Segalanya ini milik siapa
Apatah lagi menghargai nikmat diberi yang Maha Esa

Langit tinggi tak bertiang
Dan tak bergoncang
Hidup ini gemilang
Jika matlamat dirancang
Hidup kecundangan
Bila iman goyang
Zahir batin terhayang

Cuba kau bertanya pada diri dan jiwa
Adakah sempurna taubat, solat, puasa
serta derma atau kau tak pernah tahu
Semuanya kewajipanmu
Kau masih berlengah-lengah
Lalu satu pun tak pernah
Kau buat dengan amanah
Kualiti ibadah kau punah
Realitinya semua amalan hancur musnah
Yang tinggal hanya dunia
Kau rasakan sempurna
Sedangkan yang abadi
Hanya akhirat yang hakiki
Aku mahu dengan kamu
Bersama sama kita hayati

Saujana bumi terbentang
(Pandang dengan mata hati)
Meredup pandangan
(Tidak terhingga)

Hidup penuh peraturan
Tersusun adab sopan
Satu penghargaan
(Darimu tuhanku)
Pemberian Tuhan
(Hanya Kau yang Satu)
Dengan bersembahyang

Terima kasih Kekasih
(PadaMu ku bersujud)
(PadaMu ku berserah)
Engkau Maha Pengasih
(Terima Kasih)
Janganlah disisih HambaMu yang daif
Dari pandangan kasih


Pesona alam adalah biasan
Untuk meniti akhirat yang tiada bandingan
Kita sebagai insan
Taat hanya pada tuhan
Dunia jambatan menuju pengakhiran
Menuju abadi
Ke puncak hakiki
Terima kasih



TEMPAT KE-27

MIHRAB CINTA
Munsyid: As Saff

Senikata: Rudi Insani
Senilagu: Rudi Insani
Durasi: 04:33
Muaturun: Amazon Music | Apple Music

As Saff adalah sebuah kumpulan nasyid baru dari Kapabuten Batu Bara, Sumatera Indonesia. Lagu Mihrab Cinta adalah lagu romantis untuk pasangan yang baru diijabkabulkan.

Lagu ini mengajarkan pasangan suami isteri tentang hakikat cinta yang dicari bukanlah dari pasangan masing-masing tetapi dari Allah SWT.

Video:




Lirik:

Ketika cinta datang menyapa
Merasuk meronta di dalam dada
Ingin rasanya ku ungkap semua
Bahwa kaulah yang bertakhta di jiwa

Aku ingin kau tau bahwa
Kau sangat berarti bagiku
Bawalah cintaku ke dalam hatimu
Peganglah tanganku bimbinglah diriku

Tak akan bisa hilangkan rasa
Nyanyian cinta mohon padaNya
Ku tahu kini kembali padaNya
Semoga berkah bahagia

Ya Allah beri kekuatan
Agar dapat menahan cobaan
Pertemukan aku dan dirinya
Di mihrab cintaMu

Aku tidak menitipkan rinduku pada bulan
Atau pula ku titipkan kepada angin malam
Namun rinduku selalu ku sampaikan
Ketika doaku panjatkan

Cintai aku hanya kepadaNya
Cinta Dia...




TEMPAT KE-28

HAJJ
Munsyid: Dashmunsyid
Senikata: Agus Dashmunsyid
Senilagu: Agus Dashmunsyid
Durasi: 04:59
Muaturun: n/a

Nama kumpulan Dashmunsyid mungkin agak asing buat peminat nasyid tanah air. Namun, bagi mereka yang aktif di perisian Smule, pasti sudah mengenali kumpulan ini.

Dashmunsyid dianggotai ratusan peminat nasyid di Smule dari pelbagai negara sebelum secara rasminya menghasilkan single pertama mereka melalui kolaborasi 14 orang kenalan yang berbakat belaka dengan terbitan Loonaq Records.

Lagu Hajj dihasilkan sendiri oleh Agus Solihin setaraf dengan lagu-lagu lain yang popular. Sama-sama kita nantikan karya Dashmunsyid yang seterusnya. Jika anda ingin menyanyi bersama mereka, boleh ikuti laman page Agus di Smule.

Video:







TEMPAT KE-29

DAMAI BERSAMAMU
Munsyid: Virzha
Senikata: Johnny A. Sahilatua
Senilagu: Johnny A. Sahilatua
Durasi: 04:32
Muaturun: Spotify

Lagu Damai Bersamamu dendangan asal Chrisye diberikan nafas baru oleh Virzha. Penampilan rock beliau tidak dapat menafikan jiwa lembut seorang hamba yang telah tersentuh dengan cinta agung Allah SWT.

Lagu Damai Bersamamu adalah lagu yang dekat di hati saya. Tetapi saya mulai kenal lagu ini melalui versi yang dinyanyikan oleh Kumpulan Marjan (versi yang paling saya minati!).

Lirik lagu ini sangat menginsafkan. Buat mereka yang pernah merasai betapa manisnya iman dan terangnya cahaya taubat, pasti akan mahu rasa damai itu berkekalan selamanya. Semoga Allah tetapkan hati kita di atas keimanan dan mujahadah.

Video:




Lirik:

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu



TEMPAT KE-30

TRUST
Munsyid: Raef
Senikata: Raef
Senilagu: Raef
Durasi: 03:55
Muaturun: Spotify | Amazon Music

Raef tampil dengan lagu hit berjudul Trust (percaya). Lirik ciptaan Raef sendiri dalam lagu ini mungkin lebih dekat dengan mereka yang baru memeluk Islam. Pelbagai ujian serta cabaran yang mereka hadapi. Dalam keadaan mereka menerima pelbagai sangkaan, hanya kepada Allah mereka menyerahkan segalanya.

Ayuh kongsikan lagu ini dan tag #hereforyou jika anda mengenali mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan ini.




Lirik:

I am broken how can it be?
Is all I’ve ever known a twisted lie to me?
I am drowning it’s hard to breathe
Is my faith in God alone enough for me?

Was the peace I felt at all real?
Can these words somehow help me heal?

I’m putting all my trust in You Allah
It really feels like I’ve lost it all
Hope is slowly fading away
But at the end of the day
I trust only You Allah

Our stars are burning as we watch them fall
Is there any good left in this world at all?
We’re only human and that’s what they say
But can I really brush this painful feeling away?

We’ve built them high, only to cheer their fall
All for a like and and a thousand shares
Redemption lost, all of our wounds are raw
Leaving us cold and blue
O Allah we turn to You!



TEMPAT KE-31

SEMUANYA
Munsyid: Erwan Muhibbain
Senikata: Erwan Muhibbain
Senilagu: Erwan Muhibbain
Durasi: 03:37
Muaturun: Spotify | Apple Music

Walaupun lagu ini telah lama diterbitkan melalui album Aku Hamba Mu, ianya mulai mendapat perhatian ramai apabila kerap diputarkan di Astro Oasis sepanjang tahun 2019.

Lagunya mudah namun liriknya sangat menginsafkan kita. Klip video liriknya pula mencuri perhatian membuatkan para penonton meneliti setiap bait kata yang dinyanyikan. Terima kasih saudara Erwan Muhibbain kerana menghasilkan lagu yang cukup indah ini. Semoga kita semuanya beroleh keampunan Allah dan sentiasa dilindungi dalam rahmatNya.

Video:




Lirik:

اللهم رحمتك أرجوا
فلا تكلني الى النفس طرفة عين
أصلح لي شئني كله
أصلح لي شئني كله

Ya Allah rahmat-Mu ku pinta
Dan jangan biarkan aku kepada diriku sendiri
Perbaikilah urusanku ya Allah
Semuanya

Wahai Tuhanku yang memiliki aku
Kau Maha Tahu akan keadaanku
Dan apa yang berada dalam hatiku

Wahai Tuhanku yang memiliki aku
Kau Maha Tahu akan kesedihanku
Akan kesibukanku

Maka tolonglah aku
Dengan kelembutan-Mu
Maka bantulah aku
Ya Tuhanku



TEMPAT KE-32

MANUSIA
Munsyid: Sufian Aziz
Senikata: Hafiz Rahman & Wan Yusof
Senilagu: Hafiz Rahman
Durasi: 03:30
Muaturun: Spotify | Apple Music

Artis baru Sufian Aziz tampil dengan single nasyid sulung yang berjudul manusia. Lagu Manusia ciptaan Hafiz Rahman & Wan Yusof sarat dengan nasihat untuk manusia akan hakikat dunia serta ujiannya. Melodi lagu dan alunan suara soprano Sufian Aziz mungkin lebih sesuai untuk generasi baharu.

Video:




Lirik:

Muda tua pastikan pergi
Akan hilang yang kau miliki
Apa yang berlaku tidakkah kau sedari
Masihkah ada waktu kita di sini

Hitam putih dunia ini
Penuh helah tagih simpati
Di sini ujian cekallah ditempuhi
Seindah sabar pasti hikmah menanti

Seluas rahmatNya tiada terhingga
Untuk kita mensyukuri apa yang ada
Segera merintih sepenuh jiwa
Dalam sujud bergetar sukma


Kejahilan menyeksa raga
Mengharapkan kerdip cahaya
Bangkitlah semula renungkan sedalamnya
Khabar gembira menyambutmu di syurga




SENARAI RINGKAS LAGU NASYID TERBAIK DAN PALING POPULAR 2019M / 1441H



  1. Sesungguhnya 2019 - Alif Satar & Raihan
  2. Carilah Aku Di Neraka - Fadzli FarEast & Maliq Suhaimi
  3. Lafaz Salam - Hijjaz feat. Jeff A to Z
  4. Labbaikallah - Inteam
  5. Bukti - Farhatul Fairuzah
  6. Ya Allah Biha - Sabyan
  7. Lima Aksara  - Ezad Lazim & Zamani
  8. Ayat Cinta Dari Tuhan - The Helmis
  9. Safiyyah - Darwish feat. Fareast
  10. Air Mata - Rabithah
  11. Terima Kasih Segalanya - Hijjaz
  12. Wasiat Cinta - Mestica
  13. Allahumma Labbaik - Sabyan
  14. Aku Tak Sempurna - Adeep
  15. Erti Bahagia - Devotees
  16. Hasbunallah - Ungu
  17. Arehna Ya Bilal - Maliq Suhaimi
  18. Ummi - Maher Zain
  19. Ighfir Zunubi - Akhil Hayy & Mawi
  20. Sahabat Dunia Akhirat - Nada
  21. Wardatul Hamra' - Khalil Ar Rahman
  22. Kasih Ramadan - Nahwan Nur
  23. Talama Ashku - Mesut Kurtis & Inteam
  24. Ku Mohon - Fathi Naim feat. Acap FINE
  25. Insan Berguna - Hneef
  26. Terima Kasih - Marhaen
  27. Mihrab Cinta - As Saff
  28. Hajj - Dashmunsyid
  29. Damai BersamaMu - Virzha
  30. Trust - Raef
  31. Semuanya - Erwan Muhibbain
  32. Manusia - Sufian Aziz
  


Terima kasih. Selamat mendengar dan semoga terhibur!


Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.