PASCA PRN: Tiga sentimen yang perlu ditangani oleh unity government khusus untuk memenangi undi melayu sebelum PRU16




1. Sentimen akar umbi UMNO.
Ada dua sub-sentimen. Pertama, kelemahan pimpinan negeri. Kedua, Zahid haters but Najib supporters.
Yg pertama jelas terjadi di negeri2 selain N9. Di N9, BN menang hampir kesemua kerusi. Kepimpinan negeri masih utuh diketuai Tok Mat. Hampir semua calon adalah muka2 lama yang sudah tidak asing di kalangan penduduk tempatan.
Yg kedua adalah penyokong yang tidak boleh tinggalkan UMNO kerana masih menaruh harapan Najib akan diselamatkan. Kebanyakan mereka tidak membuang undi kerana memberikan signal kepada Zahid. Melompat ke Bersatu bukan pilihan kerana yang menjatuhkan Najib ada dalam Bersatu/Pejuang.
2. Sentimen kesusahan rakyat
Ramai yang bercakap mengenai sentimen agama dan kaum. Namun, di sebaliknya adalah sentimen kesusahan rakyat yang diterjemahkan menjadi ketidakpuasan kepada kaum tertentu dan fall back kepada solusi agama.
Gaji yang tidak cukup dikaitkan dengan majikan Cina. Harga barang naik dikaitkan dengan taikun2 Cina. Harga rumah mahal dikaitkan dengan pemaju Cina. Kesesakan lalu lintas dikaitkan dengan sikap orang Cina. Rasuah dikaitkan dengan orang Cina. Hampir semua perkara yang mereka rasai kesusahannya sekarang dikaitkan dengan kaum Cina.
Kebencian yang teramat ini diterjemahkan kepada tekad untuk menoktahkan dominasi ekonomi kaum Cina. Walau apa pun faktanya, para penyokong tidak ambil kisah walau sedikitpun kerana PN memberikan tawaran dominasi Melayu dan memberikan harapan kepada pengundi untuk melihat ianya menjadi realiti.
3. Sentimen Gerakan Islam Konservatif
PAS ditubuhkan bagi mengimbangi politik melayu liberal UMNO sedang negara menuju kemerdekaan. Selepas merdeka pun, nilai-nilai Islam masih sangat kurang ditonjolkan di mana masih ramai wanita yang tidak bertudung dekad 60-80an. Hanya apabila islamisasi dilakukan oleh Anwar dari dalam UMNO melalui penubuhan UIA, Bank Islam dsbnya barulah nilai-nilai Islam ini lebih banyak diterapkan. Perkembangan ini menjadi red flag buat Tun Mahathir. Apa-apa yang mempunyai label Islam dilihat merbahaya kepada keharmonian negara, termasuklah PAS. Arakian serangan demi serang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap PAS dan negeri Kelantan khususnya.
PAS di luar pula berkembang menjadi parti yang mewakili pelbagai ideologi kerana ia berkongsi matlamat umum yang sama sebagai wadah politik. Namun apabila matlamat umum ini dipenuhi (melalui proses Islamisasi di atas), mula berlaku pertembungan mazhab dan fikrah di dalam PAS kerana matlamat yang lebih khusus kini menjadi agenda.
Dua pendekatan yang berbeza bertembung iaitu progresif dan konservatif. Ia memuncak apabila figura yang menyatukan dua kumpulan ini iaitu Almarhum T.G. Nik Aziz meninggal dunia. PAS meninggalkan Pakatan Rakyat setahun selepas itu bagi membentuk blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera. Saki-baki ideologis progresif yang ditinggalkan dalam PR pula membentuk Amanah.
Dari itu, PAS mula berkempen secara lebih regresif di sebalik perjuangan Melayu Islam yang menawarkan solusi bagi sentimen yang kedua di atas.
Ironisnya, proses Islamisasi dan api perkauman yang ditiupkan selama ini menjadi baja yang menyuburkan PAS pada hari ini.
Sekadar mempersembahkan situasi. Solusinya, jika kalian fikir perlu ada solusi, adalah untuk kalian sendiri fikirkan. p/s: Che Ahmad lalui sekolah konservatif dan sekolah progresif.

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.