8 Tips Persiapan Menghadapi Tsunami Yang Lebih Besar - Tsunami R - Recession @ Kegawatan Ekonomi
Kedudukan Kewangan
(financial health) Yang Disyorkan
Pakar kewangan
mengesyorkan agar setiap individu makan gaji (employed) mempunyai simpanan
tunai (cash reserve) bernilai 6 bulan gaji untuk tujuan kecemasan. Untuk yang
self-employed (freelancer, konsultan, ejen dsb.), simpanan tunai kecemasan yang
disyorkan adalah 12 bulan pendapatan.
Realiti Yang
Membimbangkan
Menurut survey yang
dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017, 75% daripada isirumah
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tunai serendah RM1,000 di waktu
kecemasan apabila mereka kehilangan punca pendapatan. Dapatan survey ini sangat
membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila kita dikejutkan dengan krisis seperti
yang kita hadapi sekarang melibatkan pandemik COVID-19. Mimpi ngeri yang kita bimbangi selama ini menjadi kenyataan.
Adakah Akan Terjadi
Kegawatan Ekonomi?
Sesetengah pakar
ekonomi menyatakan kegawatan global bukan lagi menjadi tanda tanya malahan
menjadi kepastian jika penularan COVID-19 tidak dibendung dengan segara.
Ditambah pula dengan konflik OPEC di antara Arab Saudi dan Rusia menyebabkan
harga minyak jatuh merudum sekaligus menjejaskan punca utama pendapatan negara.
Malaysia berisiko
mengalami kegawatan ekonomi jika kita tidak dapat menghentikan penularan
COVID-19 dengan segera, bermula seawal 6-12 bulan akan datang. Perniagaan Kecil
& Sederhana (PKS) yang menjadi tunjang kepada ekonomi domestik negara
(lebih 70% peluang pekerjaan disediakan oleh PKS) sedang mengalami tekanan
kewangan akibat ketiadaan operasi dan aliran tunai semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Walaupun pada masa PKP ini majikan dilarang untuk memberhentikan pekerja (syarat yang ketat) atau tidak memberikan gaji, namun realiti bagi kebanyakan syarikat PKS sudah tidak mampu lagi dan berdepan bankrupsi jika tidak kembali beroperasi. Besar kemungkinan terdapat perniagaan seperti hotel dan kedai yang terpaksa menghentikan operasi secara terus menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Oleh kerana itu, timbul saranan agar rakyat Malaysia mengutamakan membeli barangan tempatan untuk menjana kembali ekonomi PKS.
Kemaskini:
Bank Negara Malaysia pada 3 April 2020 telah melaporkan bahawa perkembangan ekonomi Malaysia dijangka menguncup ke kadar antara 0.5% ke -2.0% (GDP). Kali terakhir GDP negara berada di paras negatif adalah ketika berlaku kemelesetan ekonomi dalam 3 dekad yang lalu ialah pada 2008/2009 (-1.5%) dan pada 1997 (-7.4%).

Cukup Bersediakah Kita Untuk
Menghadapi Kegawatan Ekonomi?
Pada masa sekarang, persediaan
yang terbaik adalah persediaan yang berdasarkan worst-case scenario buat diri
masing-masing. Ada orang mungkin berisiko lebih tinggi kehilangan punca
pendapatan jika syarikat tempatnya berkerja berdepan masalah aliran tunai yang
berterusan. Pekerja Kerajaan pula mungkin boleh menarik sedikit nafas lega.
Tidak semua pihak akan terkesan dengan krisis ini tapi boleh dikatakan majoritinya akan terkesan secara tidak langsung melalui efek domino. Anda boleh merujuk rajah di bawah untuk sektor industri yang dijangka terkesan dengan krisis COVID-19 dan sama ada ia akan memberikan kesan langsung kepada anda.

Ada beberapa inisiatif
oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi krisis kewangan yang diakibatkan
oleh krisis COVID-19.
1. Pengeluaran Akaun 2
KWSP i-LESTARI bagi pekerja swasta sebanyak RM500 sebulan (maksimum) selama 12
bulan (maksimum).
Permohonan bermula 1
April 2020 (disarankan melalui online) dan duit akan dimasukkan ke akaun bank
bermula 1 Mei 2020. Amaun bulanan yang dimohon tidak boleh diubah setelah
diluluskan.
2. Penangguhan
automatik pembayaran balik pinjaman dengan bank selama 6 bulan.
Melibatkan semua jenis
pinjaman/pembiayaan kecuali hutang kad kredit. Penangguhan ini akan bermula
secara automatik pada April 2020. Semak FAQ bank masing-masing untuk maklumat
lanjut.
3. Bantuan Prihatin
Nasional (BPN)
Melibatkan golongan B40
dan M40 bujang dan berkeluarga. BPN meliputi inisiatif-inisiatif di atas dengan
tambahan pemberian tunai sebanyak RM500 ke RM1,600 dalam bulan April dan Mei.
4. Lain-lain inisiatif
dan penangguhan bayaran pinjaman seperti PTPTN, MARA dll.
Dengan inisiatif-inisiatif
di atas, anda masih mempunyai kesempatan waktu untuk membina kembali simpanan
kecemasan anda jika sebelum ini anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.
8 Tips Persediaan Kewangan Bagi Menghadapi Kegawatan
Berikut adalah tips
yang disyorkan oleh pakar-pakar kewangan untuk mereka yang terkesan. Jika anda
dalam kedudukan kewangan yang agak selesa dan bersedia pula untuk membuat
pelaburan opportunistik, maka tulisan ini bukan untuk anda.
1. Set mindset untuk
berubah bagi menghadapi situasi worst-case scenario.
Persiapkan minda, kemahuan diri dan kekuatan rohani untuk melakukan perubahan-perubahan besar dan ketara. Kehidupan ini ibarat roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Kini adalah masa untuk kita persiapkan diri bagi menghadapi ujian yang besar. Kini bukannya masa untuk kita bersenang-lenang. Ujian ini bukan lagi sekadar teka-teki tetapi suatu kenyataan yang bakal kita hadapi.

2. Mula downgrade
lifestyle.
Kalau sebelum ni banyak makan di luar, mula berjinak dengan masak sendiri. Kalau banyak minum starbucks, buat sendiri dalgona. Kalau pakai kereta mahal, tukar kereta murah atau naik motor/public transport sahaja. Batalkan subscription/bil yang tidak perlu seperti Astro, postpaid, game, netflix, iflix, majalah dll. Berhenti shopping perkara-perkara yang tidak perlu di Lazada atau Shopee. Ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius! Berhenti manjakan diri. Ikat perut bermula sekarang!

3. Kurangkan komitmen
sedia ada.
Lupuskan (jual) aset yang jarang/tidak digunakan yang sukar dicairkan seperti kereta kedua, perabot, perkakasan elektrik dan lain-lain. Jika anda cuba lupuskan kemudian apabila kegawatan telah berlaku, akan ada banyak persaingan. Gunakan pelbagai medium dan channel seperti secara online (Facebook, Mudah, Whatsapp) atau buat car boot sale, house item clearance dll. Iklankan pada jiran, saudara-mara dan rakan-rakan.

4. Ambil pengeluaran
KWSP2 sebanyak RM500 sebulan dan simpan sebagai cash reserve.
Selepas 12 bulan, anda akan dapat simpan RM6,000. Jika anda benar-benar tidak mampu untuk sara asas, gunakan lah duit ini. Memang itu tujuannya untuk mereka yang kehilangan punca pendapatan semasa tempoh PKP. Tetapi jika anda masih menerima gaji, jangan belanjakan duit ini! Sekadar keluarkan dan simpan sebaiknya.

5. Simpan tunai yang
diterima melalui BPN.
Dalam tempoh dua bulan, anda akan menerima sebanyak RM500 ke RM1,600 (bergantung kepada kategori masing-masing). Jangan belanjakan duit ini melainkan jika benar-benar perlu bagi tujuan pembelian barangan asas (beras, gula, ayam, ubat dll).
Jadilah Makcik Kiah yang bijak! Jumlah yang diberikan ini sebenarnya adalah sangat sedikit berbanding keperluan mendesak yang bakal anda hadapi dalam bulan-bulan yang mendatang di waktu anda kehilangan punca pendapatan!

6. Simpan tunai yang diterima melalui penangguhan bayaran pinjaman dengan bank
Jumlah simpanan yang ketara bakal diperolehi daripada penangguhan bayaran balik pinjaman dengan bank. Jumlah ini akan bertambah untuk tempoh 6 bulan. Jangan gunakan duit ini, simpan dengan sebaik-baiknya. Contoh tipikal:

Pembiayaan Rumah:
RM1,000 sebulan
Pembiayaan Kereta: RM500 sebulan
Pinjaman Peribadi: RM100 sebulan
Pembiayaan Kereta: RM500 sebulan
Pinjaman Peribadi: RM100 sebulan
Jumlah sebulan: RM1,600
Jumlah 6 bulan: RM9,600
Jumlah 6 bulan: RM9,600
7. Asingkan semua tunai
yang diterima di atas (dan lain-lain bantuan jika ada) dalam satu akaun khas
bagi tujuan kecemasan.
Berikan kepada isteri/suami/ibu/ayah untuk menjaganya jika anda bimbang akan membelanjakan duit ini. Duit ini akan menjadi penyelamat anda pada masa akan datang apabila kegawatan ekonomi berlaku.

8. Mula menjinakkan
diri dengan perniagaan dari rumah sepanjang tempoh PKP ini.
Explore peluang-peluang yang ada. Kenalpasti kepakaran anda yang dapat diterjemahkan kepada servis atau produk yang boleh ditawarkan seperti memasak, menjahit, mengajar, membaiki, design dan lain-lain.
Tanya pada kawan-kawan yang sudah lama terlibat dalam jualan atas talian seperti di Facebook tentang cara dan kaedah yang terbaik. Dapatkan nasihat pakar tentang produk yang sesuai dan banyak permintaan serta mudah diuruskan untuk beginner serta strategi dan teknik pemasaran/penjualan. Jika anda kehilangan pekerjaan, perniagaan yang anda telah mulakan secara kecil ini mungkin menjadi penyelamat dan berpeluang berkembang jauh.
Albert Einstein menyebut, "In the midst of every crisis, lies great opportunity"
(Dalam setiap krisis, ada peluang yang tersedia)
Selain usaha-usaha di atas, sebagai orang Islam, perbanyakkanlah ibadah sewaktu dalam PKP ini. Baca Al-Quran, solat sunat Dhuha, solat tahajjud dan lain-lain. Perbaiki hubungan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
Ayuh kita berdoa agar Allah memberikan ilham dan mempermudahkan urusan kita. Allah jualah yang memberikan rezeki. Kita berdoa agar dijauhkan daripada sebarang kesulitan dan musibah. Pada masa yang sama, kita lakukan segala persediaan dengan sebaik-baiknya dan setelah itu marilah kita bertawakkal.

Allahu ‘alam bissawab.
Allahu Musta’an.
Che Ahmad
Sumber:
- https://www.theedgemarkets.com/article/only-40-malaysians-are-financially-ready-retirement
- https://www.nst.com.my/business/2020/03/576332/covid-19-global-economy-already-recession
- https://www.theedgemarkets.com/article/businesses-cry-help
- https://www.kwsp.gov.my/ms/-/basic-faq-i-lestari-withdrawal
- https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs_Additional%20Measures.pdf
#staystrong #stayhome #staysafe
done follow :D
BalasPadamTerima kasih kerana sudi follow Blog Che Ahmad!
BalasPadam