7 Langkah & Tips Hiasan Dalaman Rumah Bajet



Pada hari ini terdapat semakin banyak kediaman bersaiz kecil seperti rumah kos rendah dan rumah mampu milik di pusat bandar Kuala Lumpur dengan saiz kecil serendah 600 kaki persegi. 

Dengan kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan purata yang rendah, hiasan dalaman bukanlah menjadi agenda utama bagi pemilik atau penyewa kediaman jenis ini. Namun, adakah impian untuk memiliki kediaman yang dihias cantik sesuatu perkara yang benar-benar mustahil?






Tiada Lagi Alasan

Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap insan untuk hidup dengan serba mencukupi dan selesa. Ini termasuklah mendapatkan makanan yang berkhasiat, pelajaran yang berkualiti, pengangkutan yang selamat dan... tempat tinggal yang selesa!

Rumah adalah tempat untuk kita berehat setelah penat seharian berkerja. Ia adalah tempat kita berimpian untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. Maka sudah pasti kediaman kita seharusnya selesa dan kondusif untuk dinikmati bersama oleh seluruh ahli keluarga buat bertahun-tahun lamanya.

Kualiti binaan atau material tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menghias rumah. Ini kerana, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Aspek-aspek seperti cat dan pencahayaan boleh dimanipulasi untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Lampu-lampu jenis LED dan sebagainya sudah boleh didapati dengan murah di kedai-kedai DIY atau internet. Begitu juga alas kaki, rug, bantal, ruang simpanan, tekstil dan lain-lain. Dengan sedikit pengetahuan DIY dalam wiring, pertukangan dll, kita boleh mengurangkan kos hiasan dalaman dengan ketara.

Soalnya kini, adakah anda mahu? Jika ya, tahniah dan teruskan membaca...


Terlebih Dahulu... Pengurusan Ruang!

Ruang yang kecil bukanlah menjadi satu halangan untuk menjadikan rumah kita lebih selesa, kemas dan cantik untuk didiami. Malahan sepatutnya lebih mudah untuk dihias tanpa memerlukan banyak kerenah.

Menurut Eric Leong, hos rancangan hiasan dalaman Casa Impian yang pernah popular satu ketika dahulu, kelemahan menguruskan ruang sebenarnya adalah faktor utama. Terdapat rumah yang besar tetapi masih kelihatan sempit kerana pemilik gagal menguruskan ruang dengan baik. Rumah di Jepun contohnya kelihatan sangat kemas walaupun mereka tinggal di rumah yang lebih kecil. Ini kerana orang Jepun mahir menguruskan ruang dengan baik.

(Selingan: Lihat siri TV "Tyding Up with Marie Kondo")

Bagi pemilik kediaman bersaiz kecil, mereka perlu melakukan transformasi diri sebelum melakukan transformasi kediaman. Jadi sebagai langkah pertama, kenalpasti keperluan berbanding kemahuan (Needs vs Wants).

Apakah kita benar-benar perlukan perabot atau perkakasan tersebut? 
Adakah semua baju dan seluar kita dipakai secara kebiasaan? 
Perlukah membeli alat mainan lagi? 
Adakah semua pinggan mangkuk digunakan secara kebiasaan atau terperap dalam kabinet? 

Ini adalah contoh-contoh pertanyaan untuk membezakan di antara keperluan dan kemahuan.

Sebelum memulakan proses transformasi kediaman anda, lakukan pembersihan ini sehingga cuma barang-barang yang diperlukan sahaja yang tinggal. Jual barang-barang yang tidak diperlukan sebagai dana tambahan bagi projek menghias rumah anda.






Sedikit-Sedikit, Lama-Lama Jadi Bukit

Proses menghias rumah sehinggalah mencapai hasil yang dikehendaki akan mengambil masa lebih-lebih lagi jika kita mempunyai bajet yang terhad dan perlu DIY atau menghasilkan barang-barang hiasan sendiri. Ada yang mengambil masa sebulan, 3 bulan malahan ada yang sampai bertahun-tahun. Namun hasilnya sangat memberansangkan! Apa yang penting ialah anda mulakannya hari ini.


Sebagai motivasi, saya kongsikan di bawah kejayaan mereka menghias rumah kecil dengan kos yang terhad. Ketik sahaja gambar yang berkenaan untuk ke sumber artikel.


https://www.impiana.my/gambar-lihat-hasil-sentuhan-wanita-ini-hias-flat-pkns-2-bilik-cantik-tapi-jimat-kos/



https://www.impiana.my/wanita-ini-hias-rumah-sewa-dua-bilik-kos-hanya-rm1500-hasilnya-puas-hati/


https://www.impiana.my/hanya-belanja-2k-hias-rumah-kuarters-2-bilik-secomel-ini-memang-ohsem-wanita-ni/


https://www.impiana.my/makeover-ppr-hanya-rm-3k-nampak-macam-condo/



https://www.impiana.my/pasangan-ini-hias-rumah-sewa-650sq-ft-dengan-perabot-basic-namun-tetap-nampak-kemas-dan-cantik/


https://blog.maukerja.my/dengan-bajet-rm2000-rumah-buruk-bertukar-jadi-rumah-designer-dalam-masa-24-jam


https://www.impiana.my/deko-bajet-hasil-wow/



https://ohbulan.com/tips-dekorasi-bajet-untuk-rumah-bujang/








7 LANGKAH & TIPS MENGHIAS RUMAH DENGAN BAJET RENDAH


LANGKAH #1 Kenalpasti konsep hiasan. 

Ada pelbagai konsep hiasan seperti kontemporari, minimalis, industri, scandinavian, tradisional, bali dan lain-lain.

Untuk ruang yang telah dipenuhi dengan perabot sedia ada, kenalpasti elemen utama yang terdapat pada perabot tersebut seperti material, warna, corak, bentuk dan lain-lain.

Jika menggantikan perabot sedia ada bukan pilihan buat anda kerana kos yang tinggi, maka pemilihan konsep perlu berdasarkan jenis dan elemen perabot sedia ada tersebut.

Apa jua konsep yang dipilih, pasti di sana ada cara mudah serta murah untuk mencapai hasil yang dikehendaki dengan menggunakan aksesori, warna, fabrik dan lain-lain. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif.




LANGKAH #2 Kenalpasti skim atau tona warna yang akan digunakan. 

Setelah mengenalpasti konsep, buat carian gambar contoh hiasan dalaman untuk ruang yang berkenaan di Pinterest dan kenalpasti skim warna yang digunakan.

Gunakan aplikasi seperti ColorSnap untuk kenalpasti skim warna yang digunakan dengan memuatnaik gambar tersebut.

Gunakan skim dan tona warna yang "selamat" seperti putih dan kelabu untuk memberikan anda pilihan yang lebih fleksibel untuk dipadankan dengan perabot, aksesori atau fabrik sedia ada.

Sebagai panduan mudah untuk konsep yang general, pilih 3 warna neutral (putih, beige, kelabu) dengan tona/shade yang berbeza (contoh: kelabu muda/tua), 1 warna gelap/terang dan 1 warna striking/contrast.




Gunakan aplikasi floorplanner.com untuk mencuba konsep dan skim warna yang dipilih. Anda boleh meletakkan pelbagai jenis perabot dan perhiasan untuk mendapatkan gambaran dalam bentuk 2D dan juga 3D. Paling best, aplikasi ini mampu render imej 3D yang lebih berkualiti dengan kesan pencahayaan yang berbeza.




LANGKAH #3 Pelbagaikan tona warna dinding 

Menggunakan tona/shade warna berbeza bagi ruang/bilik yang sama akan mewujudkan depth sensation. Ini akan memberikan sensasi sudut, bentuk, kedalaman dan ruang.

Penggunaan dwi-tona untuk ruang yang sama seperti putih dan kelabu akan membuatkan ruang tersebut lebih natural dan tidak seperti berada di dalam kotak yang membosankan.




LANGKAH #4 Pilih dinding yang sesuai dan buat sendiri feature/accent wall. 

Dinding yang paling sesuai untuk dijadikan feature wall adalah dinding yang pertama kali dilihat apabila melangkah masuk ke rumah atau ke mana-mana bilik.

Pelbagai teknik mengecat boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli wallpaper bagi mencapai efek yang diperlukan.

Feature wall boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik yang kreatif tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi seperti menggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan semulajadi seperti batu sungai, pasir dan sebagainya.






LANGKAH #5 Mulakan dengan perabot utama

Jika anda sudah mempunyai perabot sedia ada seperti sofa, meja makan dan almari, kenalpasti jika perabot-perabot ini boleh dicat semula atau dipasangkan sarung baru bagi memadankan skim warna yang telah dipilih.

Pada hari ini juga begitu banyak terdapat perabot second-hand yang murah-murah dan dalam keadaan baik untuk dipadankan. Buat carian di Mudah atau Facebook Marketplace.

Jika menukar warna perabot adalah sesuatu yang mustahil (banyak elemen kayu, rotan) dan kos terlalu mahal untuk membeli perabot baru, maka jadikan warna dan rekabentuk perabot sedia ada tersebut sebagai fokal point konsep. 

Ambil kesempatan ini untuk menyusun kembali perabot-perabot utama yang menjadi penghuni ruang tersebut. Cuba bereksperimentasi dengan susunan dan layout yang berlainan.




LANGKAH #6 Padankan & seimbangkan dengan rug/carpet dan langsir

Setelah mengenalpasti warna perabot, elemen utama yang terakhir untuk dipadankan/diseimbangkan dengan perabot, lantai dan dinding adalah langsir dan rug/carpet.

Perhatikan bentuk dan garis perabot dan lantai untuk diseimbangkan dengan corak pada langsir dan rug/carpet. Anda mungkin perlu mengeluarkan sedikit kos untuk jahitan langsir atau rug yang baru jika warna/corak yang sedia ada tidak sepadan.

Pemilihan rug selalunya menjadi langkah pertama untuk ruang yang masih kosong. Namun, untuk ruang yang sudah dipenuhi perabot, pemilihan warna dan corak rug sebaiknya corak plain /simple dan tona yang sepadan. Untuk ruang yang kecil, pilih rug yang berwarna lebih cerah supaya ruang tampak luas.

Klik di sini untuk bacaan lanjut mengenai pemilihan rug dan langsir.




LANGKAH #6 Ruang Penyimpanan

Setelah selesai memadankan perabot utama dengan rak dan langsir, perabot sekunder yang perlu diberikan perhatian untuk rumah kecil adalah ruang penyimpanan. Ini termasuk rak, kabinet, kotak, meja dan lain-lain.

Pertimbangkan perabot yang mempunyai fungsi sampingan untuk menyimpan barang seperti storage bench, storage coffee table dan lain-lain.

Penggunaan wall shelves juga memberikan ruang tambahan di sebelah atas dinding yang jarang digunakan tanpa membuatkan ruang di sebelah bawah menjadi sempit.

Pelbagai idea DIY untuk ruang penyimpanan boleh didapati di internet untuk mengurangkan kos perbelanjaan.







LANGKAH #7 Aksesori & pencahayaan.

Langkah terakhir adalah melengkapkan ruang-ruang dan perabot dengan aksesori-aksesori yang menepati konsep anda seperti frame gambar, cushion, bekas, pokok hiasan, lilin, jam dinding, raga, pasu, selimut, lampu dinding dan lain-lain.

Langkah ini adalah langkah yang perlu diberi perhatian kerana pemilihan aksesori yang tepat dapat menjimatkan kos tanpa perlu terlalu banyak diletakkan. Dengan sedikit aksesori yang tepat dan sesuai, ia akan menyerlahkan kecantikan ruang tersebut.

Di samping itu, pencahayaan juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan kecantikan ruang. Penggunaan cahaya yang tepat dapat memberikan impak yang sangat berbeza walaupun ruang dihias dengan simple sahaja. Pada masa kini terdapat banyak lampu LED yang mudah dan murah didapati tanpa perlu membuat wiring atau plaster ceiling yang menelan belanja yang tinggi.

Bacaan lanjut:



3 ulasan:

  1. Tip hiasan dalaman rumah bajet yang menarik.

    Plaster Siling Selangor 

    BalasPadam
  2. hai..korg ade nak carik idea utk lanscape tanaman di luar?sy bole advice ..nak letak artificial rumput ke...nak deco bunga ke ..apa2 la landscape..sy supply pokok juge..ples free to wsp me 011-16930576....hrga murah murah aje sempena mco ni..jom wsp k ..nice blogg sgt..cntik blog..

    BalasPadam

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.