10 Fenomena Alam Yang Unik dan Menakjubkan!

Assalamualaikum WBT.

Kali ini kita ke luar topik sikit. Saya nak share beberapa fenomena alam semulajadi yang unik dan menakjubkan melalui pembacaan yang dikumpulkan dalam beberapa tahun yang lalu. Sebahagiannya masih menjadi misteri kepada para sainstis. Subhanallah...



1. Lava Biru

Fenomena Lava Biru ini terjadi tidak jauh dari negara kita iaitu  di tempat yang bernama Kawah Ijen, Jawa Timur, Indonesia. Kawah ini adalah merupakan satu tasik sebahagian daripada sistem Gunung Berapi Merapi. Kawah Ijen adalah tempat perlombongan sulfur dan gas sulfur yang terbakar menghasilkan api yang berwarna biru. Api dan lava biru ini hanya boleh dilihat pada waktu malam kerana pada waktu siang ia berwarna merah.







2. Bola Elektrik

Bola elektrik atau Electric Ball adalah antara fenomena unik yang kerap dilaporkan (kira-kira 5% daripada penduduk dunia pernah lihat fenomena ini). Ia selalunya muncul ketika ribut petir dan bersaiz antara sebesar bola golf sehingga beberapa meter lebar. Apa yang mengejutkan ialah, ia juga boleh muncul secara tiba-tiba di dalam rumah! Saintis telah membuat kajian dan merumuskan ia adalah disebabkan gelombang mikro terperangkap di dalam bebola plasma. Oleh itu, fenomena ini juga dikenali sebagai Plasma Ball.





3. Awan Mammatus, Awan Kelvin-Helmholtz, Awan Arcus & Falstreak Hole

Semasa di sekolah dahulu kita belajar mengenai jenis-jenis awan yang utama seperti Awan Cumulus, Stratus dan lain-lain. Tahukah anda terdapat juga fenomena alam yang jarang berlaku seperti Awan Mammatus, Awan Kelvin-Helmholtz dan Awan Arcus. Awan Arcus pernah dilaporkan dilihat di Sabah. Saya secara peribadi pernah melihat Awan Mammatus di sekitar Seremban pada 2 tahun yang lepas.

Terdapat banyak teori bagaimana awan-awan ini terbentuk bergantung kepada jenis awan dan keadaan angin/suhu. Anda boleh membaca lanjut mengenai teori-teori ini di laman web wikipedia.

Awan Mammatus

Awan Kelvin-Hemhotltz


Awan Arcus

Fallstreak Hole









4. Kilat Sprite dan Blue Jet

Kilat berlaku dengan pantas malah dalam tempoh sekelip mata itu sebenarnya pelbagai aktiviti elektikal yang berlaku seperti yang boleh dilihat dalam video kilat yang telah diperlahankan ini. Selain kilat biasa, terdapat pelbagai lagi jenis kilat yang unik dan jarang disaksikan iaitu Sprite dan Blue Jet. Kilat-kilat luarbiasa ini sukar disaksikan kerana ia berlaku di lapisan atas atmosfera Bumi.

Sprite

Blue Jet







5. Puting Beliung Berapi (Fire Devil) dan  Belalai Air (Water Sprout)

Dust devil atau whirl adalah merupakan anak puting beliung yang bersaiz jauh lebih kecil. Fire Devil terjadi apabila terdapat angin yang kuat dan bahang api yang bergerak marak ke atas. Ia selalu dilihat berlaku semasa kebakaran hutan.

Manakala Belalai Air adalah satu fenomena yang semakin kerap terjadi di negara kita terutamanya di pantai barat semenanjung dan borneo. Baru-baru ini dalam bulan September 2018, penduduk di Pengerang, Johor digemparkan dengan kehadiran Belalai Air berkembar seperti yang dirakamkan dalam video ini. Belalai Air yang didapati di negara ini adalah bukan jenis tornado dengan kelajuan angin skala EF0 (108km/j).






Belalai Air yang menggemparkan penduduk Pulau Pinang tahun lalu (2017)




6. Ice Disk atau Ice Circle

Kita tidak akan dapat melihat fenomena ini kerana ianya hanya berlaku di kawasan sejuk dan berais. Fenomena ini berlaku apabila penurunan suhu yang mendadak dan pergerakan air yang berpusing. Bulatan yang dihasilkan sempurna dan sungguh memukaukan!






7. Halos, Fire Rainbow dan Moonbow

Siapa yang tak pernah lihat pelangi dan terpukau dengan kecantikannya? Saya rasa hampir semua orang pernah melihat pelangi. Tapi pernahkah anda melihat adik beradik pelangi yang lain seperti  Halos, Fire Rainbow dan juga Moonbow? Saya secara peribadi pernah melihat Halos dan Fire Rainbow.

Halos dan Fire Rainbow atau (Circumhorizontal Arc) dapat dilihat apabila ais kristal yang tergantung di udara membiaskan pancaran matahari. Fire Rainbow mempunyai warna yang lebih jelas kerana terdapatnya kepulan awan. Manakala Moonbow pula adalah seperti pelangi biasa tetapi terjadi pada waktu malam dengan cahaya bulan yang cerah.

Halos di Himalaya


Fire Rainbow

Moonbow


8. Cahaya Gempa Bumi (Earthquake Light)

Terdapat beberapa laporan yang menyaksikan bebola cahaya sejurus sebelum atau ketika kejadian gempa bumi berlaku. Ia juga dilaporkan dilihat ketika gunung berapi meletus. Saintis masih mengkaji fenomena ini. Terdapat teori yang mengatakan cahaya ini disebabkan oleh batu-batu bercaj elektrik yang timbul di permukaan bumi. Apabila batu-batu ini dimampatkan oleh pergerakan tektonik, ia menghasilkan plasma ke udara yang bertindak balas dengan atmosfera.






9. Kilat Gunung Berapi (Volcanic Lightning)

Semasa Gunung Sinabong di Indonesia meletus pada Mei 2016, imej-imej kilat berlatarkan asap, habuk dan api mula tersebar. Orang ramai amat kagum melihat fenomena yang menyeramkan ini. Fenomena ini terjadi apabila ketulan-ketulan batu yang dihamburkan bergesel sesama sendiri dengan kehadiran ais atau air lalu menghasilkan caj elektrik melalui proses yang dipanggil Charge Separation.





10. Aurora Borealis (Kutub Utara) dan Aurora Australis (Kutub Selatan) 

Akhir sekali (save last for the best!), Aurora adalah antara fenomena alam yang paling mengagumkan kita ibarat pertunjukan cahaya gergasi yang memukaukan. Ramai orang menyimpan cita-cita untuk pergi ke kutub utara atau selatan untuk melihat sendiri fenomena ini dengan mata kasar.

Fenomena ini boleh dikatakan fenomena angkasa berbanding fenomena cuaca kerana ia berlaku di lapisan luar atmosfera bumi. Ia adalah satu mekanisme bumi untuk menyahkan caj plasma Angin Solar (Solar Wind) yang dihamburkan oleh Matahari dari semasa ke semasa.





Subhanallah, wallahu'alam...

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.