Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) Yang Menipu, Scam dan Tidak Betul?
Bagaimana cara untuk mengenalpasti perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang menipu, scam dan tidak betul?
Sebelum cerita lanjut, mari kita dengar dulu apa mamat saleh ni cakap apabila ditanya tentang MLM:
Dah dengar? Ok…
1. Secara amnya MLM adalah satu bentuk bisnes yang legitimate selagi ia melibatkan penjualan produk yang hakiki. Kelestarian sesuatu MLM bergantung kepada kekuatan produk yang dipasarkan. Ini kerana sebahagian besar bonus yang anda terima SEPATUTNYA datang dari keuntungan yang diterima daripada hasil penjualan produk. Ini adalah asas kepada perniagaan.
2. Jika MLM tersebut tidak tertumpu kepada produk yang dijual tetapi lebih fokus kepada mencari orang bawahan (recruiting), bermakna MLM tersebut lebih mirip kepada jenis Networking iaitu apabila 90% kerja pemasaran melibatkan mencari downline, mengadakan seminar, ke hulu ke hilir menerangkan pelan pemasaran berbanding membawa supply dan actually menjual produk.
3. Jika ada produk yang dipasarkan oleh Networking MLM sekalipun, besar kemungkinan produk tersebut anda beli WAYYYY OVERPRICED. Premium yang diletakkan pada harga produk tersebut sebenarnya adalah harga kepala anda. Bonus yang anda terima datangnya daripada keuntungan menjual produk yang overpriced kepada mak bapak anda, adik-beradik anda dan kawan-kawan anda.
“MLM yang legitimate adalah MLM yang menjual produk pada harga retail yang reasonable dan mudah ditemui di pasaran, bukannya unbelievable retail price tetapi sukar ditemui di pasaran!”
4. Kepelbagaian product line adalah penting. Jika MLM tersebut hanya bergantung kepada satu produk, ia mungkin akan fail pada satu masa disebabkan pelbagai faktor pasaran. Dan apabila produk semakin kurang mendapat sambutan dan tidak dapat lagi dijual, keseluruhan MLM akan collapse.
5. Bagi orang Islam pula, dua guideline sahaja sudah mencukupi untuk anda buat keputusan, iaitu (i) produk yang dijual mestilah halal dan (ii) sistem urusniaga yang digunakan mestilah patuh-syariah. Siapa yang layak mengatakan ia halal dan patuh-syariah? JAKIM dan panel syariah yang berdaftar. Jangan check dengan upline anda, tetapi check directly dengan JAKIM dan panel syariah yang dilantik.
6. Di kalangan orang Melayu pula ada budaya MLM nya yang tersendiri. Kereta kena besar. Cheque kena besar. Majlis makan kena besar. Waspada jika anda ditunjukkan gambar-gambar orang bergaya dengan kereta besar. Minta dia tunjukkan geran kereta kalau ada beran.
7. Orang Melayu akan main sentimen perkauman, sentimen agama, nak tolong orang susah, anak yatim (mesti ada unsur CSR sikit lah untuk menjernihkan air yang keruh) dan macam-macam lagi penambah perisa untuk memperlihatkan kemurnian hati merecruit anda menjadi downline. Jika anda berhadapan dengan perkara-perkara ini, berwaspada. Sentimen kaum/agama memang paling senang nak buat main kat orang Melayu. Paling kelakar bila leader ultra malays yang gebang pasal ketuanan Melayu, sat lagi produk orang cina punya. Tak ke tolol?
8. Pemasaran produk memerlukan kerja yang kuat dan gigih. Cuba tanya orang kerja sales. Bukan kuat goyang kaki atau kerja kuat cari downline. Jika anda kuat goyang kaki dan kerja kuat cari downline, besar kemungkinan anda dalam MLM yang tidak akan bertahan lama.
9. Ada MLM yang menjanjikan bonus dan ada juga yang menjanjikan pulangan tetap. Walau apa pun jenis keuntungan yang dijanjikan, pulangan dari pelaburan (return on investment) anda mestilah lojik. Tak mustahil product/business owner boleh dapat 200% margin (hatta 1000% pun tak mustahil) tapi anda sebagai salesperson tahap macai atau sebatang tunggul yang tak menjalan apa-apa aktiviti menjual, janganla expect dapat macam tu juga. Kalau dapat banyak macam tu juga, besar kemungkinan anda jual orang bukan jual produk (kalau ada product pun overpriced!).
10. Margin keuntungan produk dah banyak dimakan oleh owner dan manufacturer. Distributor negeri dapatla lebih sikit (leader besar kawasan ni!). Anda mungkin ‘distributor’ ofis anda sahaja (macai pangkat rendah). Paling loser jika anda sebenarnya adalah sekadar pengguna yang menggunakan product yang overpriced. Sebagai macai dan loser, anda boleh expect margin 200%? Bermimpikah? Kalau nak dapat macam level leader besar kawasan anda kena masuk kawasan baru yang belum tepu. Recruit orang kampung sebelah. Kalau nasib tak baik, orang lain dah masuk kampung sebelah dulu.
11. Low risk tetapi high return? Universiti mana yang ajar ni? University of Life ke? High Yield Investment Program (HYIP) memang wujud tetapi ia datang dengan high risk. Risiko rendah sebab cepat balik modal? Fikirkan. Anda mungkin bernasib baik dapat balik modal. Tetapi apa nasib downline anda? Akan sampai satu masa apabila pasaran telah tepu. Semua orang yang dia kenal dah pernah dengar tentang MLM ‘unik’ anda tu. Mungkin juga kenalan dia semua dah kena sebat dengan anda sendiri (musibat betul!). Kawan anda tidak dapat lagi cari downline baru. Modal dia burn. Kawan makan kawan makan kawan.
12. MLM yang lebih mirip kepada Networking selalunya mengetengahkan strategi di mana anda ‘berpeluang’ menambah nilai bonus yang diterima jika anda upgrade atau tambah nilai pelaburan. Kenapa dia buat cenggini? Supaya MLM ni akan lambat (sikit) collapse sebab anda rolling balik duit untung anda dan untuk dipasskan ke atas iaitu orang-orang yang lebih awal masuk. Yang kaya bertambah kaya. In the end, bila dia collapse (dan dia PASTI akan collapse!), anda akan jatuh tersembam.
13. Produk paling senang nak gebang adalah produk kesihatan. Sebab scientific term dia susah orang kampung nak paham. Last-last orang abaikan kredibiliti produk dan just cari downline. Yang dah selalu pakai dan Allah takdirkan sembuh akan jadi hamba produk. Walhal ada banyak sebab dia mungkin sembuh. Pernah dengar Placebo Effect? Doktor bagi air kosong kat pesakit dan menyakinkan dia yang air tu adalah air ajaib yang mengandungi bermacam-macam substance dengan scientific terms yang susah nak sebut. Ditakdirkan dia sembuh. Dia sembuh sebab psikologi bukan sebab air ajaib. Air tu air tawar sahaja! Mungkin sebab sebelum ni dia kurang minum air tawar. Bila dah minum regularly, kesihatan bertambah baik. Produk kesihatan, kosmetik dll juga paling senang nak gebang dan paling senang nak overprice.
14. MLMers networking juga suka jual nama. Dia akan jual nama-nama orang yang dah berjaya (yang masuk awal memang la dah kaya), nama-nama orang yang dipercayai dan ada yang sampai jual nama Nabi SAW (salahguna hadis) untuk menyakinkan anda yang skim dia legitimate dan bukan scam. Dia akan cakap “so and so pun dah join tau, kau bila lagi?” atau “dia tu doktor beb, doktor pun confident dengan produk kita” dan macam-macam lagi. Which is ada kredibiliti di situ, tetapi, betulkah so and so dah join? Apa sebab dia join? Siasat! Siasat! Siasat! Jangan telan macam tu jer.
15. Pencipta produk dan pengasas kepada skim sebegini sangat licik kerana dia tidak perlu menembusi pasaraya untuk menjual produknya dan dia tidak perlu membayar kos pemasaran yang tinggi apabila produknya dijual oleh pembeli/pengguna sendiri kepada pembeli-pembeli yang lain. Harga produk pula yang dia tetapkan sendiri (overpriced!!!)
16. Bisnes model MLM membenarkan salesperson yang ramai tanpa had - INFINITI. Cuba bayangkan jika anda berkerja di satu syarikat sebagai salesman. Anda makan gaji basic yang kecik dan sebahagian besar pendapatan anda berkerja di syarikat ini datangnya dari commission. Jadi, anda pun berhempas-pulas ke hulu ke hilir menjual produk syarikat. Apa akan jadi jika tiba-tiba CEO syarikat melantik lebih banyak salesman macam anda? Terlalu banyak sehinggakan setiap orang yang anda kenal jadi salesman syarikat. Sudah tentu anda akan menghadapi kesukaran menjual produk.Ini lah MLM. MLM menghalalkan bilangan salesman tanpa had!
17. Last but not least. Bape banyak dah kes MLM yang collapse? Tak baca paper ker makcik pakcik menangis duit simpanan hangus. Anak beranak bergaduh, bercerai berai, putus kawan, kena kejar ah long dan macam-macam lagi? Takkan tak dapat baca lagi game dia? Kalau anda dah dapat baca dan memang niat nak untung cepat sambil tindas orang baru masuk. Anda memang HATI KERAS. Kalau anda tak dapat baca lagi game MLM tapi main ikut bodoh jer i.e. taknak ambil teladan dari kes-kes terdahulu dan taknak dengar nasihat orang, anda memang BODOH SOMBONG.
Semoga Allah pelihara kita semua.
Abe: Bila member sendiri ajak masuk MLM, maka terlahirlah post lepas geram ini.
Leave a Comment