Salam Lebaran 1430H

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum WBT,

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya diri ini ada tersalah dan tersilap di sepanjang perkenalan kita. Saya mendoakan semoga hari kemenangan pada tahun ini bakal disambut dengan lebih bermakna dan lebih ceria buat semua teman-teman yang dikasihi dan dirindui sekalian. Semoga Ramadhan yang berlalu pergi menjadi suatu pengalaman rohani yang penuh bermakna dan penuh hikmah untuk kita jadikan sebagai pedoman dan persediaan dalam mengharung hidup pada hari-hari yang mendatang. Semoga kalian semua senantiasa berada di dalam peliharaan-Nya. Semoga beroleh kemenangan, kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga kita bertemu lagi di dalam keredhaan-Nya. Salam lebaran…

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

   

Abe: berhari raya  penuh syahdu di Kota Bharu pada tahun ini…

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.