PRU13: Malaysia Memilih 2013 - Fokus Politik Polisi Bukan Politik Peribadi!

Kita mesti kurangkan politik peribadi dan fokus kepada politik polisi. Kita kena bicara lebih tentang tawaran berbanding dengan kecaman. Jika ada orang cuba berkempen melalui character assasination, maka kita abaikan dan fokus kepada nation building. Itu yang boleh kita lakukan dan wajar dilakukan.

PRU13 Malaysia Memlih

Setelah bekas PM DS Najib mengumumkan pembubaran parlimen tempoh hari (akhirnya), maka bermulalah satu drama bersiri baru sempena pilihanraya umum ke-13 Malaysia (PRU13). Kita bakal menyaksikan pelbagai aksi manusia semasa berkempen. Kawan atau saudara mara yang selama ini diam sahaja mungkin mula banyak sharing kat Facebook. Dan penulis blog yang dah lama mendiamkan diri, mula menulis kembali wakakaka.

Saya ingin menyahut cabaran baru dalam berpolitik sebagai usaha sendirian berhad kita dalam proses mematangkan politik negara. Biarpun BN belum bersedia nak bermain di atas padang yang sama rata, tetapi kita harus bermula dari satu tempat. Dan tempat itu adalah diri kita sendiri. Rakyat sekarang bijak dan umum mengetahui BN tak gentleman. Manifesto BN disiar secara langsung baru-baru ini selama 3 jam setengah, disusuli pula dengan laporan berita tanpa henti keesokan harinya. Sedangkan PR hanya diberi 10 minit dalam bentuk rakaman. Perjuangan memberi kesamaan dalam media ini sudah lama diperjuangkan dan harus terus diperjuangkan iaitu akses media yang sama rata.

Selain itu, kita harus ubah cara berpolitik kita. Kita mesti kurangkan politik peribadi dan fokus kepada politik polisi. Kita kena bicara lebih tentang tawaran berbanding dengan kecaman. Jika ada orang cuba berkempen melalui character assasination, maka kita abaikan dan fokus kepada nation building. Itu yang kita boleh lakukan dan wajar lakukan. Dan orang pun akan respek dengan kita, sama ada kawan atau lawan.

Saya secara peribadi merupakan ‘decided voter’. Saya memilih pembangkang yang kuat. Kerana dengan pembangkang yang kuat barulah rakyat akan untung. Kita kurangkan monopoli politik dan hidupkan persaingan sihat. Lihat sahaja 4 tahun yang lalu, pelbagai pembaharuan dan insentif yang telah dilakukan kerajaan, sama ada yang original mahupun yang dicilok daripada Buku Jingga dsbnya, pokoknya adalah rakyat akan untung bila pembangkang kuat. Tugas pembangkang adalah sebagai entiti check and balance. Dan PR sebagai pembangkang harus dipuji kerana menjadi penjana kepada perubahan negara (dari sudut ini).

Saya juga kagum dengan rakan-rakan yang mula berkerja dua sesi sejak parlimen dibubarkan malah ada yang lebih lama sebelum itu. Sebelah siang kerja di pejabat, sebelah malam pula kerja pasang bendera dsbnya. Sampai tak cukup tidur. Jadi saya rasa saya  juga harus menyumbang sesuatu. Sempena dengan PRU13 ini, insyaAllah saya akan lebih kerap menulis. Fokus saya adalah politik polisi, bukan politik peribadi.

Ayuh Malaysia Memilih 2013!

 

Abe: Macam nak raya plak

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.