H-A-I-R-A-N

Begitulah reaksi pertama saya ketika membaca akhbar Berita Harian pada hari ini. Masakan tidak, malam sebelumnya kami anak-anak muda yang pantas bermuka-buku telahpun dihidangkan dengan gambar-gambar dari Seremban secara live walaupun ketika itu hujan lebat dan ramai yang pergi kedai mamak tengok game bola antara Manchester United dan Arsenal yang mempamerkan RVP pertama kali menentang pasukan asalnya.

TUP-TAP bila buka surat khabar pada hari ini tertera tajuk laporan dan gambar yang meng-HAIRAN-kan. Kelihatan banyak kerusi kosong tanda program tersebut tidak mendapat sambutan. Nah cuba lihat sendiri keratan akhbarnya:

keratan akhbar berita harian himpunan kebangkitan rakyat menghampakan

Ketika pertama kali membacanya hanya satu perkataan yang terpacul di fikiran saya:

K-A-S-I-H-A-N

Pertamanya saya kasihan kepada orang-orang kampung yang tiada akses kepada berita alternatif dan media baru seperti Facebook. Pastinya mereka ditertawakan apabila cuba membuka topik di kedai kopi sedang enak bersarapan bersama keluarga di pagi Ahad. Anak sendiri pun malu!

Si ayah dengan lantang untuk menarik perhatian orang lain: “Hah, tengok ni.. Takdo orang nak datang ea. Kerusi pun kosong hah. Buek malu jo sapo yg poie!”

Si anak dalam hati: “Alamak, ayah aku tak baca facebook ker?”

Kasihan yang kedua ialah kasihan kepada media lama yang nampaknya masih tak serik menipu. Kasihan kerana mereka tak dapat terima kenyataan, tak dapat terima realiti, masih syok sendiri! Wartawan tu bukannya tak tahu ramai yang datang. Tetapi sengaja buat laporan yang menampakkan kebodohan akhbar kerana semua orang termasuklah wartawan sendiri dah sedia maklum, malam itu tiada kerusi yang kosong. Kerusi penuh dan tak cukup!

Dan kasihan yang ketiga. Kasihan kerana 10,000 itu masih juga dianggap sedikit. Walhal kalau nak diikutkan bukan senang nak mencapai angka ribuan apabila membuat ceramah. Buat surat wajib kehadiran pun belum tentu dapat!

Di zaman maklumat berada di hujung jari ini, eloklah berhenti buat kerja menipu diri sendiri yang memalukan ini. Bagi saya, laporan ini tidak lain dan tidak bukan dibuat dengan niat untuk mengelirukan pembaca seperti laporan-laporan yang melibatkan angka sebelum ini. Perkataan ‘hanya’ dan ‘perhimpunan jalanan’ hanya akan menanam persepsi bahawa perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah perhimpunan yang tidak sah di sisi undang-undang dan tidak mendapat sambutan. Manakala perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional pula seperti Jelajah Janji Ditepati pula adalah perhimpunan yang sah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.

Buat yang belum sempat melihat gambar-gambar malam itu seperti yang telah tersebar luas di media baru, nah lihat sendiri dan selamat mengira diucapkan. Dan kalau boleh tolonglah sampaikan kepada pakcik dan makcik kita di kampung yang baca Berita Harian hari ini yang tak tahu apa-apa dan begitu mudah ditipu hidup-hidup.

himpunan kebangkitan rakyat seremban

himpunan kebangkitan rakyat seremban

himpunan kebangkitan rakyat seremban

  

Ini pula keratan berita daripada Sinar Harian. Yang mana kita nak percaya, Berita Harian kah, Sinar Harian kah, atau mata kepala sendiri?

antara berita harian dan sinar harian

 

Dan cuba lihat gambar yang disiarkan oleh Bernama pula:

kantoi photoshop janji ditepati najib bernama

Abe: Berita Hairan

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2015 |