siri 9

Tengah hari semalam telah berlangsung satu wacana yang dianjurkan oleh pihak  Karangkraf Peduli. Saya telah berpeluang menonton wacana tersebut secara live. Semua ahli panel sangat matang dan bersikap profesional dalam berwacana. Dato’ Saifuddin adalah antara orang yang sangat dihormati oleh semua pihak termasuk saya sendiri kerana pendekatan beliau yang tegas dan berani tentang kaedah kerajaan menangani isu Bersih pada 9 Julai yang lalu. Ahli-ahli panel kali ini adalah:

1. YAB Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausa Agung DAP
2. YB Dato’ Saifuddin Abdullah – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO
3. Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah – Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, UM.
4. YB Nurul Izzah Anwar – Naib Presiden PKR
5. Datuk Zaid Ibrahim – Ketua Parti KITA

Pada saya siri wacana sebegini harus diberikan pendedahan yang lebih luas dalam media arus perdana. Saya kurang bersetuju dengan Dato’ Saifuddin bahawa MSM adalah kehendak rakyat. MSM adalah kedua-duanya sekali, polisi kerajaan dan kehendak rakyat. Saya setuju dengan Dr Maszlee bahawa pihak media lain harus memainkan peranan masing-masing. Pilihanraya yang bersih bukan sahaja bergantung kepada sistem yang baik tetapi juga bergantung kepada:

1. Maklumat yang adil
2. MEDIA YANG TELUS
3. Kebebasan bersuara dan memberi maklumat

Wacana yang terakhir buat menutup tirai tahun 2011 ini berlangsung dengan santai walaupun isu-isu yang ditumbulkan agak berat dan sukar juga bagi Dato’ Saifuddin untuk membuat pukulan mati terhadap bola tanggung yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Saifuddin kerana beliau begitu bersahaja dan dalam pada masa yang sama dapat mengekalkan suasana diskusi yang baik dengan kebijaksanaan dan kematangan beliau. YAB Guan Eng juga berdiskusi dengan penuh matang dan membuatkan penonton yang rata-ratanya orang melayu Islam terlopong apabila beliau berkongsi tentang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menjaga kepentingan dan memartabatkan hal ehwal islam dan orang melayu di negeri itu. Prof Abu Hassan juga melengkapkan korum dengan hujah beliau yang bijaksana dan pengisian akademik yang sangat bermakna untuk dijadikan sandaran buat ahli panel dan hadirin. Hujah beliau mudah diterima logik akal dan beliau lebih memikirkan tentang kepentingan-kepentingan negara tanpa ada sentimen partisan. Saya suka penggulungan Datuk Zaid bahawa pembangkang di sesuatu negara itu perlu kuat bagi memastikan keseimbangan politik negara. Beliau dengan terbuka menyeru rakyat untuk memilih calon pembangkang jika calon pembangkang merupakan orang yang lebih berintegriti dan berkaliber daripada calon kerajaan. YB Nurul Izzah menyentuh tentang isu selective transformation PM dan ini disokong oleh Dato’ Saifuddin. Saya agak kecewa dengan moderator yang mungkin terlalu santai dalam berjenaka sehingga memperlihatkan sedikit bias.

Saya harap wacana sebegini akan dipergiatkan lagi di semua peringkat dan mendapat pendedahan yang sewajarnya demi kematangan dan kemajuan pemikiran dan peradaban rakyat di negara kita.

WACANA SINAR HARIAN SIRI 9 - HIGHLIGHTS

UNDI SIAPA JADI PENENTU?

Bahagian Satu

Bahagian 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13.

Bahagian 14: Penggulungan

 

FULL VIDEO {1h45m}

 

Abe: Minda 200% lebih terbuka menonton Wacana Sinar Harian. Minda jadi 200% bengap bila menonton Sembang Rakyat.

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2014 |