PUTRAJAYA, 23 OGOS -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.

rosmahkhatam1

rosmahkhatam2

rosmahkhatam3

Alhamdulillah saya bersyukur dan terharu dengan usaha yang ditunjukkan namun caranya tidak betul. Isi kandungan Al-Quran itu perlu dihayati bukan sekadar dialunkan dengan suara yang merdu. Tatkala melihat gambar-gambar Datin Seri Rosmah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tempoh hari yang lalu, hati tidak menjadi tenang dan senang tetapi menjadi sesak dan marah yang membuak-buak pula. Apakah Datin Seri tidak berasa malu tatkala membacakan Al-Quran di khalayak ramai tanpa menutup aurat? Rasanya tidak melampau jika saya katakan yang Datin Seri tidak sensitif malahan jahil tentang adab membaca Al-Quran terutamanya di dalam majlis yang seumpama itu. Saya harap ada pihak yang rapat dengan Datin Seri untuk segera menyampaikan teguran ini. Sekurang-kurangnya praktikkan common sense dan hormati majlis dengan melabuhkan tudung atau tarik diri sahaja jika dirasakan tidak mampu.

Terdetik di fikiran saya, apakah yang patut kita lakukan dengan pemimpin yang macam ini? Adakah cukup dengan kita beristighfar lalu menutup sebelah mata dan terus melalui kehidupan seperti biasa? Apakah yang patut kita beritahu kepada anak-anak kita nanti tatkala kita mengajarkan kepada mereka supaya menutup aurat dan supaya belajar mengaji Al-Quran? Pemimpin adalah contoh kepada rakyat, dan pemimpin yang beragama Islam pula adalah imam kepada umat islam. Saya malu mempunyai pemimpin yang beragama Islam seperti ini. Saya amat berharap agar DS Najib dapat lakukan sesuatu dan bertindak tegas terhadap perlakuan kurang manis ini. Ingatlah firman Allah SWT yang berikut:

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا قوا أَنفُسَكُم وَأَهليكُم نارًا وَقودُهَا النّاسُ وَالحِجارَةُ عَلَيها مَلٰئِكَةٌ غِلاظٌ شِدادٌ لا يَعصونَ اللَّهَ ما أَمَرَهُم وَيَفعَلونَ ما يُؤمَرونَ

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (66:6)

Selain itu perlunya golongan ulamak dan autoriti agama menegur beliau dengan kadar yang segera sama ada secara tertutup ataupun terbuka. Semoga Allah membuka pintu hati Datin Seri untuk memakai tudung labuh dengan sempurna serta menonjolkan akhlak yang mulia agar menjadi contoh ikutan untuk para muslimah sekalian. Akhir kata, saya ucapkan tahniah buat Datin Seri kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran di bulan yang mulia ini. Marilah sama-sama kita hayati firman Allah:

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (2:183)

Selamat menempuh hari-hari terakhir bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Rosmah turut berjaya  mengkhatamkan Al-Quran pada tahun lalu

 

Abe: ajar bebudak mengaji supaya tutup aurat

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2015 |