EKSLUSIF BERSIH 2.0 - Video bermaklumat tentang penyelewengan pilihanraya

Apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini tidak akan terlepas daripada dihisab termasuklah memangkah kertas undi. Mengundi adalah satu tanggungjawab yang berat yang bakal menentukan pucuk pimpinan dan dasar-dasar yg mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kefardhuan membuang undi memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Tidak membuang undi bererti kita merelakan negara dipimpin oleh orang-orang yang tidak takutkan Tuhan.

bersih 2.0 posterAmalan demokrasi dan sistem pilihanraya juga telah disepakati oleh jumhur ulamak sebagai selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan boleh dijadikan sebagai landasan untuk menegakkan sistem khilafah. Dan Islam bukanlah agama yang zalim yang mengenepikan hak-hak sesama manusia yang lain. Namun, sistem pilihanraya yang digunapakai ini haruslah telus dan adil; bebas daripada manipulasi 3M - Money, Media & Machineries oleh parti yang sedang memerintah. Ketidaktelusan ini jika wujud adalah merupakan satu bentuk kemungkaran yang perlu ditegur. Hari ini orang bercakap tentang BERSIH. Adakah BERSIH ini semata-mata retorik untuk menjatuhkan kerajaan ataupun adakah dakwaan-dakwaan mereka ini berasas? 

Sebagai pengundi yang bijak dan bertanggungjawab terhadap undian kita, ayuh kita didik diri sendiri dengan isu-isu semasa (tidak semestinya dengan lantang berpolitik 24/7 tetapi dengan usaha  pencerahan yang berpanjangan) dengan mencari maklumat yang seimbang supaya kita dapat berlaku adil dan diri kita bebas daripada kejahilan yang menjerumuskan diri ke dalam kezaliman dan kancah fitnah. Tontonlah video di bawah ini dari awal sehingga akhir dan buatlah penilaian yang berpatutan.

 

Abe: digs the Metal Gear Solid soundtrack

Tiada ulasan

PENAFIAN: Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca.

Dikuasakan oleh Blogger.