wacana-tarbawi2

Mukaddimah

Islam itu sifatnya ‘alami (sedunia), lihat sahaja sahabat Nabi, ada Abu Bakr Al-Quraisyi, Salman Al-Farisi, Bilal Al-Habsyi dan Suhaib Ar-Rumi. Orang yang beriman itu bersaudara dan berhimpun dengan penuh kasih sayang serta bertemu dalam rangka ketaatan. Islam bukan milik individu, bukan milik jamaah tertentu tapi milik semua.

Ingatlah Ikhwan Muslimin (IM) adalah jamaah dari orang-orang Islam. Pegangan jamaah ini adalah pada aqidahnya, ibadahnya dan syari’ahnya. Semua pegangan ini diikat dengan bahasa hati iaitu ukhuwwah. IM ingin melahirkan ahli-ahli yang mempunyai ciri التضهية (pengorbanan – sebahagian dari Rukun Bai’ah).

Tidak mungkin berlaku penegakan syari’ah melainkan ia ditegakkan di dalam jamaah. Oleh itu, IM menyusun ahli-ahlinya untuk mempunyai:

- Iman yang mendalam
- Ukhuwwah yang akan menyebarkan cinta kasih kepada seluruh alam

(Surah Al-Anfaal: 63)

 

IM dan tarbiyah masyarakat

Tarbiyah dalam masyarakat adalah memperjuangkan kalimah لا اله الا الله , dengan jalan yang lurus agar mendapat petunjuk dari Allah. Rasulullah s.a.w diturunkan di kalangan manusia dengan nilai peribadi dan akhlaq yang sangat tinggi:

(At-Taubah: 128)

Perubahan yang dilakukan baginda adalah menggunakan cara yang hikmah dan peringatan yang baik.

(An-Nahl: 125)

Gunalah akhlaq yang baik sebagaimana kata-kata Saidina Ali r.a.:

“Sesiapa yang lembut kata-katanya, wajiblah mencintainya.”

Rasulullah mengubah masyarakat dengan memerangi rasuah, riba dan berhala (terdapat 760 ribu buah berhala di sekeliling ka’bah – maaf jika tersilap catat jumlah ini). Oleh itu, kerja da’ie adalah untuk mendidik manusia untuk mendapatkan ketenangan kembali. Jika tiada usaha ini, di manakah tinggalnya usaha JIHAD? Rasulullah berusaha membina FARD MUSLIM agar unsur terkecil ini yang akan membawa kebaikan-kebaikan dalam masyarakat.

 

Pembinaan Fard Muslim

كونوا عبادا قبل ان تكونوا فوادا

(Kunuu ‘ubbadan qabla an takunu quwwadan)

Maksud: Jadilah kamu hamba sebelum menjadi pemimpin

Permulaan bagi jalan perubahan adalah menjadikan nilai hamba dalam setiap individu. Prinsip manhaj taghyir IM: الصلاح قبل الاصلاح  (Kejayaan sebelum pembaikan) melalui bidayah taghyir seperti menghadiri katibah, berpuasa, tilawah Al-Quran minima 1 juz sehari dan tazkirah. Semua ini dalam rangka untuk membentuk Fard Muslim mempunyai sifat Rabbani.

Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah melihat suasana Mesir:

- Pemimpin tidak amanah
- Rakyat bertambah miskin
- Penyelewengan berleluasa
- Orang yang mengamalkan Islam adalah golongan minoriti, terpinggir dan dihina
- Terdapat usaha mengkristiankan penduduk Islam Mesir

Berdasarkan pengamatan, HAB menekankan tentang pembinaan kualiti individu yang kian merosot akibat penyakit Al-Wahn. Penyakit wahn (cinta dunia dan bencikan kematian) adalah sama dengan meninggalkan JIHAD. Maka, manhaj taghyir IM adalah pada tarbiah individu agar mereka menjadi jiwa yang Rabbani serta melahirkan individu yang menganggap perkara sunat untuk umum adalah wajib ke atasnya.

Tarbiah individu adalah asas kepada perubahan ekonomi, politik dan pelbagai aspek dalam masyarakat. Jagalah hubungan dengan Allah melalui:

- tilawah 1 juz sehari
- Istighfar 70-100x sehari
- Wirid ma’thurat
- Qiyamullail

Ini penting untuk bersedia berhadapan dengan ujian-ujian dalam perjuangan. Kesan penjagaan hubungan ini, yang lemah akan mendapat kekuatan, seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 249.

Aku tidak risau pada banyaknya musuhmu, tapi aku risau pada banyaknya dosa-dosamu. Rasulullah sendiri dididik oleh Allah sebelum menyampaikan risalah dengan ayat-ayat peringatan dalam surah Al-Muddatsir: 1-4.

Kita lihat kisah seorang sahabat yang telah berbai’ah, pergi berperang dan apabila tentera Islam menang, maka harta ghanimah diagih-agihkan. Sampai agihan bahagian untuknya, beliau marah lalu berkata,”Aku berbai’ah dengan Rasulullah bukan untuk harta. Tetapi aku ingin syahid dengan dipanah di sini (sambil menunjukkan di lehernya).” Rasulullah berkata,”Jika dia benar kepada Allah, dia pasti akan memperolehi apa yang diingininya.” Dan dalam peperangan seterusnya, sahabat tersebut mati syahid dalam keadaan anak panah di lehernya. Lalu berkata Rasulullah, “Sungguh dia telah berkata benar terhadap Allah dan Allah membenarkan kata-katanya.”

Kita perlukan kekuatan ini dengan melaksanakan solat. Pohonlah kekuatan dari Allah agar bertemu nur ‘aqal dengan nur wahyu. Apabila Rasulullah resah dengan tuduhan musyrik (Al-Isra’: 73), Allah berikan jawapan yang kuat melalui pesanan dalam Al-Isra’ ayat 78-79. Ujian itu adalah sunnatullah dan akan berterusan hingga hari kiamat.

Jagalah Ukhuwwah

Ukhuwwah adalah ciptaan Allah yang diberikan kepada mukmin. Jika Allah cinta hambaNya, Allah akan berkata pada penduduk langit, “HambaKu ini perlu dicintai.” HAB berkata kita perlu ‘perangi’ manusia dengan kasih sayang. Ingatlah tentang hati-hati yang diikat oleh Allah (baca do’a rabithah). Ukhuwwah adalah kewajipan yang perlu dihayati dan dilaksanakan. Hadith Rasulullah: Antara 7 golongan yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar ialah dua sahabat yang saling menyayangi kerana Allah.

Kurangkan bercakap, tingkatkan amal kebajikan pada masyarakat. Kaji sejarah dan ambillah faedah darinya. HAB mengkaji:

-          Sejarah Islam

-          Sejarah umat-umat yang bangkit dari kelemahan

-          Sejarah gerakan-gerakan kebangkitan seluruh dunia sepanjang zaman

-          Sosiologi

HAB juga membahagikan masyarakat kepada 4 golongan:

a)      Beriman dan yakin dengan kebenaran

b)      Oportunis dan inginkan pulangan duniawi

c)       Ragu-ragu dengan kebenaran

d)      Penentang

Ini berdasarkan seerah Rasulullah, baginda memanfaatkan orang musyrik iaitu Abdullah bin Uraiqit untuk membantu dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

Jangan putus harapan dalam berdakwah pada masyarakat. Janganlah bakhil masa kamu dengan Allah. Jika kamu berpaling, Allah akan menggantikanmu dengan kaum lain.

Tanda Allah sayangkan kita adalah Dia selalu beri taufiq agar kita mencintai Allah. Selagi Al-Quran berada bersama orang Islam, selagi itu musuh tidak dapat mengalahkan orang Islam.

Allah kurniakan AKHLAQ sebagaimana Dia berikan REZEKI kepada seseorang. Namun, Allah tidak memberi AGAMA pada orang yang TIDAK dicintainya.

 

Sumber: http://on.fb.me/npaXh2 – terima kasih kak Anfaal kerana sudi berkongsi.

 

 

Abe: malas tulis nota

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2015 |