Kementerian Dalam Negeri sedang menjalankan beberapa buah survey berkenaan ISA di laman web rasmi mereka. Kali terakhir saya periksa, sudah ada lebih kurang 3,000 orang yang menyertai survey-survey tersebut. Saya tak ambil kisah sama ada usaha yang diwar-warkan oleh Najib ini sebagai satu retorik untuk Permatang Pasir atau pun ia sememangnya satu kajian yang serius (sebagai contoh: bukan untuk memperbodohkan rakyat), yang penting ialah kita suarakan pendapat kita bila ada saluran baru yang dibuka. Apa-apa pun saya tetap prefer saluran jalan raya!

 

Sila lawat laman web KDN dan undi (ada 5 survey di bahagian kanan bawah laman):

http://www.ikdn.gov.my/

 

 

Beberapa Petikan Berita Yang Berkaitan:

Kerajaan tidak akan hapuskan ISA – Nazri (Berita Hairan)

Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

"Saya seringkali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

Najib: Tiada kebaikan berdemo, k'jaan kaji ISA (Malaysiakini)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.
"Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.

 

Artikel Pilihan Yang Berkaitan:

Kerajaan nak kaji ISA? (oleh DAP Melayu)

SEMINAR JALANAN MENGENAI KEGANASAN ISA

Aku telah dijemput menghadiri Seminar Falaq yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selama 2 hari pada 1 dan 2 Ogos 2009, iaitu hari ini dan esok di Shah Alam. Aku tidak menghadiri seminar ini kerana aku telah membuat pengesahan untuk menghadiri satu seminar lain pada tarikh yang sama iaitu 1 Ogos 2009.

Aku memilih untuk menghadiri ’Seminar Jalanan Mengenai Keganasan ISA’ yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Kompleks Sogo. Upacara penutup serta pengisyitiharan deklarasi seminar dijadualkan dibuat di Istana Negara.

Seminar di Kuala Lumpur lebih menarik minat kerana dari awal lagi dikatakan akan dihadiri lebih 50 ribu peserta dari seluruh negara. Tiada yuran pendaftaran dikenakan, tetapi peserta perlu membawa sebotol air mineral dan tuala kecil. Peserta juga dihidangkan dengan ’air teh tarik’ yang disembur dari trak FRU. Bagi yang merokok boleh sedut ’asap rokok’ yang dibom secara percuma dari trak berwarna merah.

Seminar ini didedahkan dengan pengalaman dan praktikal. Tiada teori, semuanya pratikal. Semua peserta dapat melalui dan merasai sendiri. Bebas bercakap tetapi tidak bebas selepas bercakap ! Bebas bersuara tetapi dicekup selepas bersuara !

Peserta seminar boleh berpakaian bebas, tetapi yang berbaju Unit Amal Pas awal-awal lagi ditangkap dan digari, yang memakai lencana Anti-ISA diberkas dan disumbat ke dalam ’lokap bergerak’. Berbaju merah atau hitam dikejar hingga ke lubang cacing, yang bernasib baik sikit dikejar hingga ke Lorong Haji Taib. Bagi yang bertuah akan menerima belantan dan sepak terajang ! Nah rasakan pengalaman !

Bengkak ? Benjol ? Pengsan ? Luka ? Berdarah ? Ini adalah sebahagian kecil daripada latihan praktikal di seminar jalanan ini.

Seminar untuk membicarakan keganasan ISA, tetapi peserta terlebih dahulu menjadi mangsa keganasan.

ISA & JANJI PALSU UMNO

Sehingga pukul 6 petang seramai 438 orang telah di tahan di Pusat Tahanan FRU di Cheras dan beberapa lokasi tahanan lain di Kuala Lumpur. Antara yang ditahan ialah wanita seramai 47 orang dan kanak-kanak seramai 48 orang.

Ketika tahanan dinafikan daripada berjumpa peguam, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengutuk orang ramai yang menyertai demonstrasi aman itu.

Menteri Di JPM, Mohamed Nazri Aziz pula berkata Kerajaan akan terus mempertahankan ISA dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz hari ini. Kerajaan tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu Najib Perdana Menteri 1Malaysia berkata kerajaan sedang membuat kajian semula dan sedang mendapat maklumat timbal balas daripada masyarakat dan kumpulan tertentu untuk kajian semula.

KERAJAAN NAK KAJI ISA?

Tak payahlah nak kelentong rakyat marhaen. Dah berbuih dah mulut pemimpin Umno berjanji nak mengkaji semula, tapi kaji tak juga. Sudah 3 Perdana Menteri Umno berjanji tapi semuanya janji palsu. Tun Hussein Onn dulu berjanji nak kaji semula ISA. Datang Mahathir pun sama nak semak semula ISA. Bukan ISA disemak tapi mangsa ISA yang bertambah.

Pak Lah datang dan pergi juga dengan janji palsu untuk mengkaji ISA. Sekarang Umno sekali lagi berjanji melalui lidah Najib dan Nazri untuk mengkaji semula ISA.

Rakyat sudah tidak terpesona dengan janji palsu. Rakyat menuntut supaya ISA dikuburkan sebelum Umno dikuburkan dalam Pilihanraya Umum ke 13.

 

 

(gambar hiasan sumbangan fotowaejo)

 

Abe: vote untuk mansuhkan ISA

Blog ini adalah sebuah blog peribadi, dilindungi oleh Creative Commons © 2015 |